Anda di halaman 1dari 4

SJK (T) LADANG CHERSONESE

34350 KUALA KURAU,


PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA
PROGRAM JOM KE
SEKOLAH
2017

ANJURAN BERSAMA:

UNIT GURU PENYAYANG,


&
LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN

Kehadiran ke sekolah merupakan satu kriteria penting dalam menentukan


kecemerlangan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan bahawa
kehadiran murid ke sekolah harus diberi perhatian sepanjang tahun. Selaras dengan
itu, program ini dirancang untuk mengurangkan sekaligus mencegah tingkah laku
ponteng dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, program ini juga
dirancang berdasarkan hasil tinjauan lepas.

2.0 RASIONAL

Kadar kehadiran murid ke sekolah yang semakin merosot, menjadi satu cabaran
dalam merealisasikan visi sekolah. Sehubungan itu, kempen ‘Jom ke Sekolah’ dapat
memberi satu fokus dan hala tuju dalam menangani gejala ponteng dan
ketidakhadiran murid ke sekolah.

3.0 MATLAMAT

Mendidik pelajar untuk menghormati serta mengikuti peraturan sekolah.

4.0 OBJEKTIF

o Menimbulkan minat dan daya tarikan supaya murid rajin ke sekolah.


o Memupuk semangat cintakan sekolah.
o Memastikan mesej dalam aktiviti ‘Jom ke Sekolah’ dapat dihayati oleh
murid-murid dilaksanakan sepenuhnya.
o Memastikan kehadiran murid ke sekolah mencapai 90%.

5.0 SASARAN PROGRAM

Program ini melibatkan semua murid di SJKT LADANG CHERSONESE.

6.0 TEMPOH MASA & TEMPAT

Tempoh masa program ini adalah seperti berikut ;

Tarikh : 6 Februari 2017 (Isnin)


Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

7.1 Sumber Pendapatan:

7.1.2 PIBG

7.2 Anggaran perbelanjaan:

7.2.1 Peti Aduan 1 × RM 20.00 = RM 20.00


7.2.2 Cenderahati = RM 30.00
Jumlah = RM 50.00

9.0 PENUTUP

Kempen ‘Jom ke Sekolah’ merupakan satu langkah proaktif sekolah dalam


menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah yang semakin meruncing.
Berkat kerjasama semua pihak dalam melaksanakan kempen ini diharapkan dapat
memberikan satu impak dalam kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2017.

Disediakan oleh,

………………………………………
(ENCIK DEVANDRAN A/L SUBRAMANIAM)
SETIAUSAHA
UNIT GURU PENYAYANG
SJK (T) LADANG CHERSONESE

Disemak oleh,

………………………………………
(ENCIK MATHIVANAN A/L MUNIANDY)
GURU KANAN HAL EHWAL MURID
SJK (T) LADANG CHERSONESE

Disahkan oleh,

………………………………………
(EN. MUNUSAMY A/L RETNAM)
GURU BESAR
SJK (T) LADANG CHERSONESE

Anda mungkin juga menyukai