1.0 ) PENGENALAN
Kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) adalah asas dalam pendidikan
di Malaysia. Kemahiran 3M mempunyai proses tertentu untuk dikuasai dengan baik
supaya pembelajaran di sekolah rendah menjadi lebih mudah, Namun, dengan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengarahkan semua
sekolah ditutup dan tiada sesi pembelajaran secara bersemuka telah menyebabkab
murid-murid tidak berpeluang untuk meningkatkan kemahiran 3M secara langsung
di dalam kelas.
Di SK Permatang Pasir masih terdapat murid Tahun 4 danTahun 3 yang belum
menguasai kemahiran 3M pada aras yang sepatutnya mereka berada. Oleh itu,
Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik mengambil inisiatif untuk
mengadakan “Klinik Permata 3M” untuk murid Tahun 4 dan Tahun 3 yang terlibat
supaya kemahiran 3M mereka seiring dengan tahap pembelajaran Tahun 4 dan
Tahun 3.
2.0) OBJEKTIF :
2.1 Murid dapat membaca mengikut aras Tahun 3 dan Tahun 4.
2.2 Murid dapat menulis mengikut aras Tahun 3 dan Tahun 4.
2.3 Murid dapat mengira mengikut aras Tahun 3 dan Tahun 4.
2.4 Murid mendapat sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan (TP) 3 dalam
matapelajaran Bahasa Melayu dan Matemati dalam Pentaksiran Berasaskan
Bilik Darjah (PBD).
Klinik Permata 3M akan dilaksanakan secara atas talian (google meet) selepas
sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Murid-murid akan terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu 20 orang murid Tahun 3 dan 20 orang murid Tahun 4.
Setiap murid akan dibekalkan dengan modul Bahasa Melayu dan Matematik,
mini whiteboard dan kotak permaianan. Modul akan merangkumi bahan bacaan dan
latihan kepada murid. Manakala mini whiteboard akan digunakan oleh murid ketika sesi
pembelajaran (google) untuk aktiviti interaktif antara murid dan guru. Kotak permainan
pula mengandungi beberapa jenis permaianan untuk pembelajaran yang dapat
digunakan oleh murid diluar sesi pembelajaran. Diharap kaedah ini dapat
meningkatkan kemahiran 3M murid seterusnya memupuk minat murid dalam
pembelajaran.
5.0) JAWATANKUASA
Penasihat : Pn Rosmila Bt Che Rose ( Guru Besar )
Pengerusi : Pn Sharifah Bt Wan Nik ( GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Norduriah Bt Mat Daud (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Effendy b. Abd Manaf ( GPK Kokurikulum )
Setiausaha : En Muhammad Suffian Bin Shuhaimi
AJK : Ahli Panitia Bahasa Melayu
AJK : Ahli Panitia Matematik
BI
PERKARA BUTIRAN JUMLAH
L
1 Modul Bahasa Melayu 40 set x RM10.00 RM400.00
2 Modul Matematik 40 set x RM10.00 RM400.00
3 Mini whiteboard 40 set x RM15.00 RM600.00
4 Kotak permainan 40 set x RM15.00 RM600.00
5 Hadiah penghargaan 40 set x RM10.00 RM400.00
5 JUMLAH KESELURUHAN RM2400.00
Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
(ROSMILA BINTI CHE ROSE)
Guru Besar SKPPr
LAMPIRAN 1
PESERTA TAHUN 4
PESERTA TAHUN 3