Anda di halaman 1dari 4

PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN MAX RECALL

( PELAN TINDAKAN SEKOLAH )

NAMA GURU PENYELARAS : ABDUL RAHMAN B. KHALID

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SMK RAJA PERMAISURI BAINUN ,


30020 IPOH

NAMA KAUNSELOR : ABDULRAHMAN B. KHALID


ARBA’AYAH BT DAUD

1. PENDAHULUAN

1.1 Program Max Recall merupakan satu program latihan untuk


mengajar individu kemahiran menggunakan minda dan
meningkatkan keupayaan daya ingatan bagi membantu proses
pembelajaran
1.2 Bengkel latihan pusat bagi Program Max Recall akan dikendalikan
oleh konsultan dari Syarikat Memory Learning Dynamics Sdn. Bhd,
pemegang francais bagi Max Recall Memory Training Programme
di Malaysia
1.3 Program latihan pusat ini dijangka dapat melatih 2000 orang guru
kaunselor dari sekolah menengah luar Bandar sebagai jurulatih
utama dalam tempoh masa 2 tahun ( 2004-2005 ) .Seterusnya ,
jurulatih utama dengan bantuan jawatankuasa sekolah akan
mengadakan latihan bagi semua pelajar tingkatan satu menjelang
tahun 2005- 2006

2. RASIONAL

2.1 Program ini memberi fokus kepada penguasaan teknik ingatan dan
teknik belajar yang dijalankan dalam suasana yang
menggembirakan bagi meningkatkan kemampuan otak dalam
mengingat
2.2 Program ini sesuai dan berpotensi meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya
pencapaian pelajar dalam pelajaran mereka
2.3 Sasaran program ini ialah pelajar tingkatan satu dari kawasan luar
Bandar. Program ini dapat membantu pelajar menghadapi masalah

Max Recall/2004
pembelajaran yang mungkin timbul selari dengan tuntutan
kurikulum sekolah menengah yang lebih luas skop pembelajaran
berbanding dengan sekolah rendah
2.4 Teknik belajar dan teknik daya ingatan dalam program ini boleh
diaplikasi merentasi kurikulum dan dijangka dapat membantu
pelajar dalam mata pelajaran yang kritikal dan memerlukan daya
ingatan yang baik seperti Sains, Matematik,Bahasa Inggeris dan
Sejarah.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan


pembelajaran
di sekolah
3.2 Membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik melalui penerapan teknik belajar dan teknik ingatan yang
berkesan

4 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Hajjah Norlia bt Mohd Shuhaili AMN


( Pengetua )

Naib Pengerusi : En Hasni b. Hashim


( Penolong Kanan Pentadbiran )

: Pn.Siti Zabedah bt Setia


( Penolong Kanan HEM )

Penyelaras : En Abdul Rahman b. Khalid

Setiausaha : Penyelaras Tingkatan 1

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Kanan Bidang


Semua Ketua Panitia
Semua Guru Kelas Tingkatan 1

5 KUMPULAN SASARAN

Max Recall/2004
5.1 Pelajar tingkatan 1 ( tahun 2004 )
5 kelas = 161 orang
5.2 Pelajar Tingkatan 1 ( tahun 2005 )
5 kelas x 30 orang = 150 orang
JUMLAH = 311 orang

6 JANGKA MASA

Jun – Oktober 2004 ( 90 jam )


Mac – Ogos 2005 ( 90 jam )

7 KEPERLUAN PROJEK

7.1 Tenaga Pengajar :


 Kaunselor
 Kaunselor jemputan

7.2 Peralatan dan Bahan Latihan :


 Sekolah
 Kaunselor
 PRS

7.3 Masa :
 90 jam - Kursus sehari
- Waktu guru ganti

7.4 Tempat :

 Kelas masing-masing
 Bilik APD
 Dewan Sekolah

7.5 Kewangan : Unit Bimbingan dan Kaunseling

Manila kad RM 0.50 x 311 keping = RM 155.50


Pen Marker( 3 warna ) RM 2.50 x 30 batang = RM 75.00
Pen Marker ( 500 ) RM 2.50 x 12 batang = RM 30.00
Fail Poket RM 0.60 x 311 orang = RM 186.60
Kertas manjong RM 0.60 x 50 keping = RM 30.00
Bahan Cetak RM 2.50 x 270 orang = RM 777.50
Dokumentasi RM 8.00 x 5 salinan = RM 40.00
JUMLAH = RM 1294.60

Max Recall/2004
( Bahan cetak : Kertas pendua untuk ujian, latihan, nota, dakwat dan lain-lain)
( Dokumentasi : Gambar, binding, kertas taip, dakwat . fotostat dan lain-lain )

8 JADUAL PELAKSANAAN

( lihat lampiran )

9 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Max Recall ini akan dapat berjalan dengan
jayanya dan dapat membantu para pelajar dalam menangani
permasalahan yang sering timbul dalam proses mengingat seterusnya
merealisaikan pencapaian PMR dan SPM yang disasarkan. Diharapkan
juga program ini akan dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang lebih
bermotivasi, bertanggungjawab, prihatin, berdedikasi dan matang dari
segi mental dan fizikal bagi membantu mereka dalam mengharungi
cabaran Wawasan 2020

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………….. …………………………
( Abdul Rahman b Khalid )
Penyelaras Program

Max Recall/2004

Anda mungkin juga menyukai