Anda di halaman 1dari 42

MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

MODUL MENTOR
MENTEE
MODU
BIDANG TAJUK MODUL M/S
L

1 PKMM KEMBALI BERTEMU 2

2 PSDM PENGURUSAN MASA 5

3 PKMM SASARAN AKADEMIK 6

4 PDDM BERHIJRAH 8

5 PDDM KOTAK MISTERI 12

6 PSDM JOM AUDIT DIRI 14

7 PKMM KAWAL MARAH 16

8 PKMM BERFIKIR SECARA POSITIF 19

9 PSDM TEGAS DIRI 21

10 PKMM MOTO HIDUP 25

11 PSDM JANGKAAN MURID 28

12 PSDM PENGORBANAN DIRI 29

13 PKMM RAHSIA KECEMERLANGAN 32

14 PSDM PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN 34

15 PDDM PERKEMBANGAN SAHSIAH 35

16 PKMM PRESTASI SAYA 36

17 PKMM PENGURUSAN STRESS 37

18 PSDM PENILAIAN PROGRAM DAN KENDIRI 42

PETUNJUK : CATATAN : MENTOR BOLEH MENGGUNAKAN


PDDM - PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID MANA-MANA SAHAJA MODUL BERGANTUNG
PSDM - PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI KEPADA KESESUAIAN SEMASA. GURU JUGA
MURID BOLEH UBAH SUAI MODUL SUPAYA DAPAT
PKMM - PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MEMENUHI KEPERLUAN MENTEE MASING-
MENTAL MURID MASING
PKM - PENDIDIKAN KERJAYA MURI

1
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

MODUL 1

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk : Kembali Bertemu

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan mentor dan mentee.

Masa : 30 minit

Bahan : Borang Biodata Diri (Lampiran 1) dan Jadual Perjumpaan (Lampiran 2).

Langkah :

1. Semua mentee diminta membuat satu barisan berbentuk separa bulatan / bulatan
berdasarkan keselesaan mentor.
2. Borang Maklumat Diri diedarkan kepada semua mentee. Mentee diminta mengisi
borang tersebut dengan lengkap. (Untuk yang baru).Mentor perlu mengutip
semula borang tersebut dan mengesahkan maklumat di beri adalah sahih. Ini
adalah bertujuan untuk memudahkan mentor merujuk kepada ibu bapa sekiranya
diperlukan.
3. Mentor dan mentee dikehendaki berbincang dan mencipta peraturan atau syarat
kelompok yang akan menjadi panduan kepada setiap ahli kumpulan sepanjang
tahun 2020.
4. Mentor akan memberi penjelasan mengenai program Mentor Mentee yang akan
dijalankan sepanjang tahun 2020. (Rujuk Nota Guru)

Rumusan Mentor :

Mentor meminta maklum balas dengan memberi fokus kepada

 Perasaan mentee
 Tindak balas yang diperolehi

Falsafah :

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

2
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020
LAMPIRAN 1

BORANG BIODATA MENTEE

GAMBAR
MENTEE

NAMA
NAMA : PANGGILA
N
NAMA BAPA : NAMA IBU
PEKERJAAN PEKERJAA
:
BAPA N IBU
NO TEL
:
ALAMAT IBU
: :
RUMAH BAPA
:
SENDIRI
BILANGAN
CARA KE
ADIK : :
SEKOLAH
BERADIK
SASARAN
BELANJA
: AKADEMIK :
HARIAN
SEMASA
UNTUK CATATAN MENTOR SAHAJA

PERKEMBAN
GAN SAHSIAH :
MENTEE

PRESTASI
AKADEMIK :
MENTEE

PERANCANGA
N KHAS
UNTUK :
MEMBIMBING
MENTEE
PRESTASI
PERUBAHAN
:
POSITIF
MENTEE

LAMPIRAN 2

3
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

JADUAL PERJUMPAAN
BIL TARIKH TAJUK MODUL
PERJUMPAA
N
1 31 JAN 2020 PENYERAHAN MENTOR MENTEE
2 28 FEB 2020
3 13 MAC 2020
4 08 APRIL 2020
5 19 MEI 2020
6 10 JUN 2020
7 24 JULAI 2020
8 OGOS 2020
9 25 SEPT 2020
10 09 OKTOBER 2020

Nota Guru (Cth peringatan dan juga peraturan)

Peringatan Semula Mengenai Mentor Mentee :

1. Setiap mentee mempunyai 2 orang mentor. Mentor adalah guru kelas dan seorang
guru lain bagi mengendalikan kumpulan masing-masing.
2. Perjumpaan pada tahun 2020 akan dijalankan 1 kali setiap bulan iaitu pada hari
jumaat. (Boleh rujuk jadual perjumpaan yang disertakan kepada semua mentor).
3. Masa perjumpaan adalah dari jam 7.30 pg – 8.10 pg. Tempat adalah di dalam kelas
masing-masing. Terpulang kepada mentor masing-masing untuk mengadakan
pejumpaan dengan mentee di tempat-tempat yang sesuai. (Maklumkan kepada
penyelaras pertukaran tempat perjumpaan).
4. Sekiranya mentor tiada di sekolah pada hari perjumpaan secara automatik mentee
akan bersama dengan pasangan mentor yang menjadi pasangan kelas yang sama.
5. Mentee boleh berbincang dengan mentor tentang segala hal yang berkaitan dengan
persekolahan.
6. Semua mentee perlu memberi kerjasama dalam setiap perjumpaan demi menjamin
keberkesanan program mentor mentee. Terutama sekali dari segi ketepatan masa dan
juga kesediaan diri untuk menerima mentor masing-masing.
7. Mentor akan bertanggungjawab memantau prestasi dari segala aspek berkenaan
mentee masing-masing.
8. Mentor dan mentee perlu sama-sama berusaha mewujudkan suasana dan hubungan
yang mesra demi mencapai objektif mentor mentee.
9. Setiap mentee perlu menyediakan fail khas masing-masing untuk mengumpul semua
bahan dan juga nota yang diterima setiap kali perjumpaan. (Mentor perlu menegaskan
perkara ini. Perlu membincang sesama ahli menetapkan dendaan sekiranya mentee
tidak menyediakan fail tersebut).
10. Fail tersebut akan disemak dari mentor dari semasa ke semasa dan pada akhir tahun
mentor perlu menganalis kemenjadian mentee masing-masing.

MENTOR BOLEH MENGUBAH ATURAN MENGIKUT KESESUAIAN


KEPERLUAN KELOMPOK MENTEE MASING-MASING 4
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

MODUL 2

Bidang : Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : Pengurusan Masa

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Merancang pengurusan masa dengan baik


2. Menyedari kepentingan masa dalam mengurus kehidupan
3. Tips mengurus masa dengan baik

Masa : 30 minit

Bahan : Tiada

Langkah :

1. Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang pengurusan masa yang diamalkan
setiap mentee.
2. Mentor membawa mentee kepada perbincangan mengenai kepentingan
pengurusan masa.
3. Bimbingan yang bersesuaian perlu dilakukan oleh mentor.
4. Di harapkan akhir perjumpaan semua mentee perlu mempunyai kesedaran kendiri
mengenai menghargai masa terutama sekali sistem KSSM terbaru yang jangka
masa setiap waktu berkurang kepada 30 minit. Oleh itu, sangat penting mentor
cuba menerapkan unsur-unsur kepentingan peranan mentee dalam memastikan
jangka masa 30 minit itu diguna sebaik mungkin oleh mentee.

Rumusan Mentor :

Mentor memberikan maklum balas positif dan merumuskan hasil perbincangan


kumpulan. Mentor memberi bimbingan mengenai :

 Kemahiran menguruskan masa seharian di sekolah dan di rumah.


 Bahagikan masa untuk akademik, sesi ulangkaji, kegiatan ko kurikulum, tugas-
tugas lain dan tidak lupa masa untuk beribadat.

Falsafah :

MASA ITU EMAS

MODUL 3

5
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk : Sasaran Akademik

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. menetapkan sasaran akademik masing-masing.


2. merancang strategi untuk mencapai sasaran yang dibina.

Masa : 30 minit

Bahan : Borang Sasaran Akademik (Lampiran 3)

Langkah :

1. Mentor menjelaskan kepentingan untuk membina sasaran akademik.


2. Mentor mengedarkan Borang Sasaran Akademik kepada mentee.
3. Mentor mengutip semula borang tersebut dan menyimpan untuk dijadikan
panduan prestasi setiap mentee sepanjang ujian dan peperiksaan tahun 2019.
4. Setiap kali selesai ujian atau peperiksaan, mentor perlu mengarahkan mentee
untuk mengisi prestasi masing-masing.

Rumusan Mentor :

Mentor meminta maklum balas dengan memberi fokus kepada

 Perasaan mentee setiap kali mendapat keputusan


 Tindak balas yang diperolehi
 Perancangan strategi setiap mentee untuk mencapai sasaran yang ditulis.

Falsafah :

ANDA BUAT ANDA DAPAT

LAMPIRAN 3

BORANG SASARAN AKADEMIK


NAMA :

6
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

KELAS :
TAHUN :

BIL SUBJEK TOV UJIAN 1 PEP ½ UJIAN 2 PPT


TAHUN
TR AR TR AR TR AR TR AR
1 BAHASA MELAYU
2 BAHASA INGGERIS
3 SEJARAH
4 PENDIDIKAN ISLAM
5 PENDIDIKAN SIVIK
6 PENDIDIKAN JASMANI
7 MATEMATIK
8
9
10
11
12
TR – Target Murid AR – Markah dan gred semasa peperiksaan sebenar

Bagi mencapai keputusan tersebut, saya akan :

1. Menjaga hubungan baik saya dengan ALLAH dan berjanji akan menjaga solat serta menjaga
tingkah laku.

2.

3.

ULASAN MENTOR (PADA AKHIR TAHUN) PRESTASI KESELURUHAN

Tandatangan Murid Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga Tandatangan Mentor

Nama : Nama : Nama :

MODUL 4

7
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tajuk : Berhijrah

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Membina sikap positif supaya membuat perubahan.


2. Menerima musibah dengan keredhaan sebagai peluang hendak
berubah.
3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri bagi membina konsep
kendiri yang positif.
4. Membina matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas Edaran “Tetapkan Matlamat Anda” , Helaian Petikan Semangat


(Lampiran 4)

Langkah :

1. Semua ahli diberikan kertas edaran “Tetapkan Matlamat Anda” dan diminta
menjawab soalan kendiri dalam masa 20 minit.
2. Semua ahli diberi peluang menceritakan apa yang ditulis dan ahli lain digalakkan
bertanya dan memberi maklum balas yang membina.
3. Sebelum berakhir sesi perjumpaan kali ini, mentor meminta mentee baca petikan
semangat bersama-sama dan kuat.

Rumusan Mentor:

 Kepentingan membina sikap positif supaya boleh berubah, Beri peluang meneroka
potensi diri melalui cabaran menangani perubahan.

Falsafah :

HIDUP LEBIH BERSEMANGAT DENGAN MATLAMAT


LAMPIRAN 4

TETAPKAN MATLAMAT ANDA

Jawab soalan berikut dengan ringkas dan tepat.

Langkah Pertama:

8
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

1. Renungkan sejenak dan tanyakan pada di kamu persoalan berikut:

i. Apa yang hendak saya ubah?

--------------------------------------------------------------------------------

ii. Apa yang hendak saya baiki?

--------------------------------------------------------------------------------

iii. Apa yang saya inginkan?

--------------------------------------------------------------------------------

Langkah Kedua :

2. Pilih 1 dan 2 daripada kenyataan anda, tuliskan format berikut:

Dalam beberapa hari ini saya ingin (mengubah/ membaiki/ mendapat)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam beberapa minggu, bulan, tahun, saya ingin (mengubah/ membaiki/ mendapat)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam beberapa tahun (impian) saya ingin (mengubah/ membaiki/ mendapat)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah Ketiga:

4. Pilih satu daripada langkah kedua dan baiki kenyataan matlamat diri anda dengan kriteria
yang jelas menunjukkan bagaimana matlamat itu boleh dicapai.

Contoh: Dalam masa tiga minggu lagi saya akan meningkatkan masa belajar saya dengan
mematuhi jadual belajar.

9
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

-------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah Keempat:

5. Tulis kenyataan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam ruang di bawah:

-------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------

PETIKAN SEMANGAT : MENTEE DIKEHENDAKI MEMBACA PETIKAN


DIBAWAH BERSAMA-SAMA DAN DENGAN PENUH SEMANGAT

When I change my thinking,

I change my beliefs.

When I change my beliefs,

I change my expectations.

When I change my expectations,

I change my attitude,

When I change my attitude,

I change my behaviour,

When I change my behaviour,

I change my performance.

When I change my performance,

I change my life.

MODUL 5

Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tajuk : KOTAK MISTERI

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

10
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

1. Menguji daya tahan apabila dikritik atau diuji.


2. Melihat penerimaan ataupun penolakan suatu pujian, kritikan ataupun
cacian.
3. Mengubah reaksi / maklum balas negatif kepada positif dan
sebaliknya.

Masa : 30 minit

Bahan : Kotak kecil, kertas keratan kecil yang di catatkan pernyataan positif
atau negatif seperti lampiran (lipat/gulung). (LAMPIRAN 5)

Langkah :

1. Mentor meminta mentee secara bergilir-gilir mengambil keratan kertas di dalam


kotak misteri dan menyimpan sehingga di arahkan membukanya.
2. Selepas semua mentee mempunyai keratan kertas, mereka diminta membaca
pernyataan yang sudah dipilih dengan kuat sebanyak tiga kali mengikut giliran.
3. Mentor meminta reaksi ataupun maklum balas perasaan setiap mentee sama ada
mereka menerima ataupun menolak pernyataan yang dipiluh berdasarkan
penilaian ke atas diri sendiri.
4. Mentor meminta ahli supaya mengubah pernyataan yang dipilih daripada negatif
kepada positif.

Rumusan Mentor :

Mentor memberi fokus kepada :

 Persamaan ataupun perbezaan pernyataan-pernyataan yang dipilih dengan sikap


atau pun diri.
 Kerelaan bagi menerima percubaan dalam hidup.
 Kita boleh memilih hendak menerima ataupun menolak persepsi orang lain
tetapi perlu membuat analisis kendiri yang betul.

LAMPIRAN 5

LAMPIRAN: KENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF

1 Saya memang malas dan lemah.

2 Saya pandai tetapi malas.

11
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

3 Saya yakin boleh berjaya.

4 Saya memang tidak berguna.

5 Saya tiada keyakinan diri.

6 Saya rajin berusaha.

7 Saya ingin maju

8 Saya bermotivasi tinggi.

9 Saya tiada cita-cita

10 Saya memang tidak boleh diharap

11 Saya degil dan malas

12 Saya harapan keluarga

13 Saya akan jadi cemerlang.

14 Saya tidak mungkin berjaya.

MODUL 6

Bidang : Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : JOM AUDIT DIRI

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Membina senarai semak muhasabah diri


2. Menilai baik, buruk, kesan dan akibat mengamalkan tabiat buruk.
3. Membina strategi membersihkan jiwa dengan mengenal pasti sifat-
sifat yang tidak baik.

12
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

4. Membina keyakinan diri dengan membina kemahiran menguasai sifat-


sifat terpuji.

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas mahjung dan pen marker

Langkah :

1. Mentor meminta mentee menyenaraikan sebanyak mungkin perkara baik yang


mereka telah lakukan pada masa seminggu lepas.

2. Seterusnya mentor meminta mentee menyenaraikan sebanyak mungkin perkara


buruk yang mereka telah lakukan pada masa seminggu lepas

3. Semua mentee diminta memaparkan semua senarai yang ditulis di papan


kenyataan bilik supaya dapat dilihat oleh semua ahli kelompok. (tidak perlu
tulis nama)
4. Mentor menerangkan perkara yang dilakukan oleh mentee ada yang termasuk
dalam kategori akhlak yang baik, sifat terpuji dan ada juga dalam kategori yang
buruk iaitu sifat yang tidak baik.
5. Mentor memberi fokus kemahiran menganalisis sifat-sifat terpuji yang perlu
dijadikan panduan hidup.
6. Mentee berbincang berkenaan strategi mengubah sifat tidak baik kepada sifat-
sifat terpuji melalui tingkah laku berakhlak.

RUMUSAN MENTOR:
 Mentor memberikan beberapa contoh akhlak Muslim. (LAMPIRAN 6)
 Mentor akan menerangkan kepentingan dan perkaitan antara ajaran Islam
yang menghubungkan konsep akidah, akhlak dan ibadah.
 Mentor memberikan persoalan untuk difikirkan, ”Bagaimana hendak
dikaitkan dengan konsep ilmu, iman dan amal bagi melahirkan insan yang
sempurna.”

LAMPIRAN 6

CONTOH-CONTOH AKHLAK MUSLIM

1. Mengikut akhlak Nabi Muhammad.

13
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

2. Menyahut panggilan orang yang memanggil dengan segera.

3. Menjaga hati orang lain

4. Tidak menolak pertolongan dan khidmat orang lain.

5. Memenuhi hajat peminta sedekah.

6. Menolong orang yang dalam kesusahan.

7. Sifat berlembut dan suka memaafkan orang lain.

8. Tidak melaknat dan mencerca orang Muslim yang lain.

9. Melarang daripada menfitnah dan mengumpat.

10. Menghormati dan menggembirakan saudara Islam.

11. Menziarahi kaum Muslimin dan memuliakan tetamu.

12. Menziarahi orang sakit.

13. Memuliakan ibu bapa.

14. Hendaklah bersabar dan memelihara adab sopan.

15. Menjauhkan diri daripada pergaduhan dengan ahli keluarga, rakan dan
jiran.

MODUL 7

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk : KAWAL MARAH

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Mempelajari cara mengawal kemarahan secara positif

Masa : 60 minit (2 kali perjumpaan)

Bahan : Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 7), Panduan Kawal Marah 3B


(Lampiran 8).

14
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Langkah :

1. Mentor menerangkan definisi kemarahan kepada murid.


2. Mentor berbincang bersama mentee berkaitan tanda-tanda marah yang dialami
oleh individu.
3. Mentee mengajar langkah 3B mengawal kemarahan.

Rumusan Mentor :

Mentor meminta maklum balas dengan memberi fokus kepada

 Perasaan mentee
 Tindak balas yang diperolehi

Falsafah :

SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

LAMPIRAN 7

Nota Guru

Pengenalan Kawal Marah

Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada


fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat daripada stres
jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada individu dan
menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau perlahan-lahan.

Definisi Kemarahan

Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu.

15
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:

i. Sakit hati / kecewa


ii. Ancaman / ugutan
iii. Penderaan fizikal
iv. Kehilangan

Tanda-tanda Marah
i. Fizikal
 Mengetap gigi
 Sakit / pening kepala
 Tangan berpeluh
 Muka merah padam

ii. Emosi
 Sedih
 Rasa bersalah
 Geram
 Gelisah

iii. Tingkah laku


 Menangis
 Menjerit
 Mengeluarkan kata-kata kesat
 Mengasingkan diri
LAMPIRAN 8

Nota Guru

Langkah 3B

i. B : Berhenti
 Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk
mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
 Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam atau membaca
doa.
 Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta
merta.

ii. B : Berfikir

16
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

 Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang
yang anda marah.
 Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
 Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
 Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati.

iii. B : Bertindak
 Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan
kemarahan.

MODUL 8

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk : Berfikir Secara Positif

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. mengetahui makna pemikiran positif


2. menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif
3. mengamalkan pemikiran positif

Masa : 60 minit (2 kali perjumpaan)

Bahan : Lembaran senario, Panduan berfikiran positif. (Lampiran 9)

Langkah :

1. Mentor memberikan satu senario kepada mentee untuk dibincangkan.

17
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

2. Mentor akan menganalisa senario bersama-sama mentee


3. Mentor menerangkan langkah-langkah berfikiran positif.
a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi
b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif
c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta
mempunyai fakta yang kukuh.
d. Langkah 4 : gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih
muhasabah.

Rumusan Mentor :

Mentor meminta maklum balas dengan memberi fokus kepada

 Perasaan mentee
 Tindak balas yang diperolehi
 Kaitkan dengan situasi di SMKTL.

Falsafah :

KEHIDUPAN LEBIH BERERTI APABILA FIKIRAN SENTIASA POSITIF

LAMPIRAN 9

SENARIO :Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan Disiplin

Nota Guru

Kemungkinan Respon

i. Respon Negatif

Pemikiran negatif :-

Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,

“Mesti ada orang cuba menganiaya aku”.

Tindakan negatif:-

Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih dan sentiasa
mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM.

18
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Hasil negatif:-

Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas. Keputusan peperiksaan
semakin merosot dan mencari alasan untuk berhenti sekolah.

ii. Respon Positif

Pemikiran positif:-

Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,

“Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang”.

Tindakan positif:-

Berjumpa dengan kaunselor untuk membincangkan langkah- langkah bagi memperbaiki


diri.

Hasil positif:-

Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu
mengalami stres.

MODUL 9

Bidang : Perkembangan Sahsiah Diri Murid.

Tajuk : TEGAS DIRI

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. mengetahui makna tegas diri


2. memberi contoh individu yang tegas diri.
3. Membuat latihan untuk menilai tahapp perlakuan tegas diri murid

Masa : 60 minit (2 kali perjumpaan)

Bahan : Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10) , Nota Guru
(Lampiran 11)

Langkah :

1. Mentor mengedarkan Borang Penilaian Tegas Diri berkaitan sikap asertif.

19
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

2. Mentor mentafsir sikap tegas diri murid.


3. Mentor menerangkan ciri-ciri individu yang asertif.
4. Mentor menerangkan perbezaan di antara sikap pasif, tegas dan agresif/garang
(Boleh rujuk lampiran 11)
5. Mentor dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.

Rumusan Mentor :

Falsafah :

BERANI KERANA BENAR

LAMPIRAN 10

BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI

SKALA
BIL ITEM 2 3 4
1
Kadang Jarang Tidak
Kerap
kala Sekali Pernah
Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi oleh
1. kemarahan, percanggahan pendapat, saya boleh
bercakap dengan penuh yakin.

Jika saya berasa ragu-ragu, saya mudah meminta


2.
pertolongan.

Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang,


3. saya dapat menangani situasi ini dengan penuh
keyakinan.

Bila seseorang suka menyindir saya ataupun orang


4.
lain, saya dapat bercakap tanpa berasa marah.

Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan


5. pandangan dengan terus terang tanpa bersikap
agresif.

20
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Sekiranya saya berasa saya diambil mudah, saya


6. boleh menarik perhatian mengenai perkara itu
tanpa bermasam muka atau rasa kecewa.

Kalau seseorang meminta kebenaran untuk


melakukan sesuatu yang saya tidak mahu beliau
7. lakukan, seperti merokok, saya akan menyatakan;

"JANGAN" tanpa berasa bersalah.

Jika sesiapa meminta pendapat tentang sesuatu,


8. saya boleh memberikan pandangan walaupun tidak
popular.

Saya boleh berhubung secara mudah dan berkesan


9.
dengan orang atasan.

Bila layanan yang diberi tidak memuaskan samada


di kedai ataupun di restoran, saya dapat
10.
menyatakan perasaan tidak puas hati tanpa
menyerang pihak lain.

Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang


11. penting, saya akan menyuarakan bagi pihak diri
sendiri.

Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak betul,


12. saya akan bertindak tanpa menunggu akibat yang
lebih buruk.

Bila ada berita buruk yang perlu saya sampaikan,


13. saya dapat menyatakan dengan tenang tanpa
terlalu risau.

Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan


14.
memintanya secara berterus terang.

Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap


apa yang saya katakan, saya berupaya
15.
menyampaikan maksud saya tanpa bercakap
lantang dan berasa kecewa.

Bila seseorang silap memahami apa yang saya


16. sampaikan, saya akan membuat pembetulan tanpa
rasa bersalah ataupun memperkecilkan orang itu.

Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan ramai,


17. saya dapat menyampaikan pendapat saya tanpa
rasa bersalah ataupun angkuh.

18. Saya sedia menerima teguran.

Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu


19.
atau kelihatan mengampu.

21
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Bila marah, saya masih dapat menyampaikan


20. pendapat tanpa menghukum atau pun berasa
kecewa.

KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF)

 Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang.


 Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan dan asertif dalam
menghadapi sebarang situasi.
 Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap asertif tetapi boleh diperbaiki
melalui latihan tegas diri.
 Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan perlu berusaha untuk
memperbaiki sikap.
 Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk membentuk sikap tegas diri.

LAMPIRAN 11

NOTA GURU

PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/ GARANG

Pasif Tegas Agresif/Garang


 Meminta maaf  Kenyataan ringkas dan  Lebih menyebut saya
 Merayu jelas  Angkuh
 Meleret dan  Pernyataan menunjuk  Menekan
Lisan meremehkan kehendak  Mengancam
 Merendah diri  Pernyataan objektif  Menyindir
 Kritikan membina  Menyalah dan
merendahkan orang
Bukan
Lisan

a) Umum  Gerak badan yang  Tingkah laku mendengar  Menunjuk kekuatan


mengharap orang penuh minat, yakin, secara berlebihan,
bertanya kemahuan membayangkan kekuatan angkuh
anda dan prihatin

b) Khusus  Pandangan yang tidak


menyakinkan apabila
menyatakan sesuatu
Suara  Tidak bermaya,  Tegas, mesra, relaks dan  Nyaring, kuat, tidak
teragak-agak, halus dan suara yang bersesuaian mesra dan autoritatif

22
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

ragu-ragu
 sentiasa merenung ke  Pandangan ikhlas, ada
Mata
bawah, berair dan eye contact tetapi bukan
merayu menatap dengan tajam
Lain-lain
a) Kedudukan  Mencari sokongan  Selesa dan relaks  Menuding jari
diri  Memutarbelit  Cekak pinggang, kasar
 Membongkok dan suka menyindir
 Cuba menyembunyikan
diri

b) Gaya atau  Mengangguk kepala  Relaks dan pergerakan  Tindakbalas terburu-


posisi berlebihan yang yakin buru dan menumbuk-
tubuh numbuk
c) Tangan  Sejuk dan menggeletar  Kedudukan selesa  Mengetuk dengan
perlahan
d) Kaki  Berjalan menyeret,
resah gelisah dan
menghayun kaki

MODUL 10

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk : MOTO HIDUP

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar


2. Mengukuhkan sifat cekal bagi mencapai kejayaan dalam hidup
3. Membina matlamat diri untuk berjaya

Masa : 60 minit (2 kali perjumpaan)

Bahan : Peribahasa (Lampiran 12)

Langkah :

1. Mentor mengedarkan helaian peribahasa.


2. Mentor dan mentee berbincang tentang massud peribahasa dan mengaitkan
dengan diri murid.

23
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

3. Mentor meminta mentee memberi contoh peribahasa lain yang sesuai untuk
dirinya yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.
4. Mentor dan mentee merumuskan aktiviti yang dijalankan.

Falsafah :

YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

LAMPIRAN 12

PERIBAHASA
Berikan maksud peribahasa di bawah.

1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________

2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________

3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________

4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”

24
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________

Nota Guru

1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”


JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA

2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”

MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH SABAR SEHINGGA


MENCAPAI KEJAYAAN.

3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI

4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”

USAHA YANG TERUS MENERUS PASTI AKHIRNYA AKAN MEMBERIKAN HASIL

MODUL 11

Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tajuk : JANGKAAN MURID (REALITI KEHIDUPAN)

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Menerima realiti kehidupan tidak semua apa yang kita harapkan


menjadi milik kita.
2. Menyedari semua guru mempunyai harapan supaya anak murid
menghormati dan menerima pengajaran yang diberikan.

Masa : 30 minit

Bahan : Tiada

Langkah :

1. Mentor meminta setiap murid memberikan senarai keinginan mentee tentang


peribadi guru yang disukai/diingini.

25
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

2. Mentor mengaitkan dengan senarai-senarai tersebut dengan menerangkan


keinginan/jangkaan guru terhadap seorang murid (Kaitan dari segi sikap dan
perangai yang baik seorang murid cth : menghormati guru, tidak membuat bising
semasa dalam kelas, memberikan tumpuan dalam kelas dll).
3. Mentor meminta beberapa mentee untuk merumuskan perbincangan yang
dijalankan hari ini.

Rumusan Mentor :

Mentor memberikan maklum balas positif dan merumuskan hasil perbincangan


kumpulan. Memberi penekanan terhadap peranan atau sikap baik yang perlu ada dalam
diri murid terutama berkaitan dengan budaya menghormati guru.

MODUL 12

Bidang : Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : PENGORBANAN DIRI

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Memahami kepentingan berubah untuk mencapai kejayaan.


2. Memahami setiap perubahan yang dilakukan akan memberi kesan
kepada kehidupan.
3. Mengurus masa dengan lebih berkesan.

Masa : 30 minit

Bahan : Potrait Falsafah Kejayaan (Lampiran 13)

Langkah :

1. Mentor menunjukkan Potrait Falsafah Kejayaan (Lampiran 13).


2. Mentor meminta mentee untuk memberikan pandangan masing-masing berkenaan
apa yang dilihat.

26
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

3. Mentor merumuskan aktiviti perjumpaan kali ini (kaitkan dengan peribadi dan
sifat murid)

Rumusan Mentor :

Mentor memberikan tugasan kepada murid untuk menilai diri sendiri perubahan yang
perlu dilakukan.

LAMPIRAN 13

POTRAIT FALSAFAH KEJAYAAN

Untuk Mendapat Satu


Yang

BES
Banyak perkara yang kecil boleh menghalang
seseorang mendapat sesuatu yang besar. 27
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Saya Mesti
Sanggup
Perkara kecil seperti :

Korbankan Menonton televisyen, baca buku


cerita dan komik, berbual kosong,
berbual di telefon, berwhatsap,twiter,

Banyak berfacebook, main ‘game’, bersiar-


siar, tidur berlebihan di siang hari
dan sebagainya.

Perkara Yang
Kecil

NOTA GURU

 Pengorbanan diertikan sebagai suatu tindakan yang mana seseorang melakukan


sesuatu yang diluar dari kemampuannya demi mencapai suatu tujuan. Setiap kali
kita menyebut tentang pengorbanan sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang
kita sayang.
 Mengorbankan sesuatu yang disayangi demi manfaat tertentu dan mencapai
tujuan yang bukan berbentuk peribadi adalah suatu perkara yang sukar dilaksana.
 Untuk berjaya seseorang murid perlu mengorbankan 5 perkara yang sering
dilakukan demi mencapai kejayaan iaitu :

MASA MENONTON TIDUR

BERMAIN/GAME FACEBOOK/WE CHAT/WHATSAPP

MASA CUTI

 Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang
akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa
dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan berfaedah hanya kepada
mereka yang pandai mengurus masa.

28
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

 Seharusnya seseorang murid perlu bijak dalam menguruskan masa dengan


aktiviti yang lebih berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran, menyiapkan
tugasan sekolah ketika waktu luang di sekolah, perbincangan kumpulan yang
berfokus bukan bercakap kosong.
 Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
 Bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diinginkan. Ia memerlukan
pengorbanan, kesabaran dan ketelusan. Allah s.w.t sendiri akan menguji dahulu
seseorang hambaNya sebelum DIA memberi kejayaan. Ujian dari Allah s.w.t
perlu ditempuhi dengan sabar dan istiqomah.

MODUL 13

Bidang : Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : RAHSIA KECEMERLANGAN

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Memahami apa yang dimaksudkan dengan Belajar Itu Ibadah


2. Memahami dan mengamalkan adab belajar bersama guru

Masa : 30 minit

Bahan : Petikan Bahan (Lampiran 14)

Langkah :

1. Mentor berkongsi ilmu kepada mentee berpandukan helaian bahan yang


disertakan (Lampiran 14)
2. Mentor merumuskan aktiviti perjumpaan kali ini (kaitkan dengan peribadi dan
sifat murid)

Rumusan Mentor :

29
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Mentor memberikan tugasan kepada murid untuk menilai diri sendiri berdasarkan ilmu
yang diterima pada perjumpaan pagi ini. Perlu memberi penekanan kepada murid untuk
faham KUNCI KECEMERLANGAN adalah menghormati guru selain menghormati
ibu dan bapa.

LAMPIRAN 14

SUMBER RUJUKAN : BUKU TERAPI JIWA MURID MUSLIM

30
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

MODUL 14

Bidang : Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Memberikan cara-cara dan etika untuk berhubung dengan rakan


sebaya
2. Memberikan cara berkomunikasi untuk acara rasmi dan tidak rasmi.
3. Memberikan cara saling menghormati antara warga sekolah

Masa : 30 minit

Bahan : Tiada

Langkah :

1. Mentor memberikan beberapa situasi sebenar di SMKTL berkenaan dengan cara


murid berkomunikasi dengan guru, sesama murid dan staf sokongan.
2. Kaitkan dengan budaya berkomunikasi yang positif dan yang sewajarnya
dibudayakan di SMKTL.
3. Meminta mentee merumuskan aktiviti yang dijalankan pada hari ini.

Rumusan Mentor :

Mentor memberikan tugasan kepada murid untuk menilai diri sendiri berdasarkan ilmu
yang diterima pada perjumpaan pagi ini. Penekanan kepada membudayakan etika
menghormati dan cara berkomunikasi yang bersesuai dan sepatutnya menjadi amalan
setiap murid. Mengharapkan setiap mentee berusaha untuk mengubah cara
berkomunikasi yang lebih beretika sesama murid, antara guru dan juga antara staf
sekolah. Mentor juga memberikan peneguhan yang positif kepada mentee yang
mengamalkan budaya komunikasi yang positif.

MODUL 15

31
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tajuk : PERKEMBANGAN SAHSIAH

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Menilai sendiri perkembangan sahsiah masing-masing.


2. Menyenaraikan semula sahsiah baik dan tidak baik yang pernah
dilakukan sepanjang bersekolah di SMKTL
3. Merebut peluang yang diberikan sekolah untuk bersahsiah baik (Cth :
Kehadiran penuh)

Masa : 30 minit

Bahan : Tiada

Langkah :

1. Mentor meminta semua mentee menyenaraikan aktiviti/program sahsiah yang


dijalankan di SMKTL.
2. Mentor juga diberi peluang untuk berkongsi perkara baik dan perkara jahat yang
pernah dilakukan di SMKTL.
3. Mentor menerangkan kenapa perlunya penyuburan akhlak dan sahsiah di
kalangan murid. (Ikut keselesaan Mentor)
4. Mentor berkongsi program sahsiah yang dijalankan di SMKTL.
5. Mentor mencabar mentee merebut peluang untuk membuktikan mentee seorang
yang bersahsiah baik (Cth : cabar mentee untuk hadir penuh sepanjang tahun)

Rumusan Mentor :

Mentor memberikan maklum balas positif dan merumuskan hasil perbincangan


kumpulan. Mentor perlu memastikan pertanyaan secara dinamik berlaku dalam
kalangan mentee.

MODUL 16

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid

32
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

Tajuk : PRESTASI SAYA

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Menilai sendiri prestasi ujian masing-masing.


2. Berkongsi kekurangan / kelebihan prestasi ujian.
3. Meminta bimbingan terus daripada mentor mengenai status prestasi.

Masa : 30 minit

Bahan : Slip keputusan ujian masing-masing (Mentee diminta membawa untuk


perjumpaan)

Langkah :

1. Mentor meminta klien mengisi data terkini di dalam borang akademik yang
diberikan pada perjumpaan ke 3 (Modul Sasaran Akademik Saya).
2. Mentor meminta mentee berkongsi prestasi dan menilai sendiri tahap pencapaian
masing-masing bersama ahli kelompok yang lain.
3. Mentor memberi bimbingan terus kepasa mentee. Mentor memberi peneguhan
positif dan semangat positif untuk terus memastikan kecemerlangan untuk ujian
yang berikutnya.

Rumusan Mentor :

Mentor memberikan maklum balas positif dan merumuskan hasil perbincangan


kumpulan. Perlu menunjukkan kepada mentee keprihatinan berkenaan keputusan
mereka (sama ada perlu diberi bimbingan secara personal atau merujuk kepada
kaunselor)

MODUL 17

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid

Tajuk : PENGURUSAN STRESS

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

33
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

1. Memahami definisi stress dan faktor stress.


2. Peluang berkongsi isu yang menjadi punca stress kepada setiap
mentee.
3. Bimbingan terus dari mentor cara untuk menghadapi stress

Masa : 30 minit

Bahan : Nota Guru (Lampiran 15)

Langkah :

1. Mentor bertanyakan khabar mentee.


2. Mentor memberi penerangan berkenaan dnegan pengurusan stress (boleh rujuk
lampiran). Dan seboleh-bolehnya mengaitkan dengan diri mentee.
3. Membuat rumusan

Rumusan Mentor :

Mana-mana mentee yang perlukan bimbingan khas perlu dirujuk kepada kaunselor.

LAMPIRAN 15
NOTA GURU

SUMBER RUJUKAN : BUKU KEMAHIRAN BELAJAR EDISI MURID

34
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

35
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

36
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

37
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

MODUL 18

Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tajuk : PENILAIAN PROGRAM

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Memberi penilaian program mentor mentee sepanjang tahun


menggunakan borang penilaian. (Lampiran 16 untuk mentee Lampiran
17 untuk mentor)
2. Memberi pandangan /cadangan penambahbaikan program mentor
mentee pada tahun hadapan.
3. Muhasabah diri prestasi sepanjang tahun dari semua segi aspek
(Kurikulum, Kokurikum dan Sahsiah)

Masa : 30 minit

Bahan : Borang Penilaian (Lampiran 16 dan 17)

Langkah :

1. Mentor bertanyakan khabar mentee.


2. Mentor mengedarkan borang penilaian.
3. Membuat rumusan keseluruhan aktiviti sepanjang tahun.

Rumusan Mentor :

Mana-mana mentee yang perlukan bimbingan khas perlu dirujuk kepada kaunselor.
Penilaian keseluruhan perlu diserahkan kepada unit bimbingan dan kaunseling untuk
tindakan seterusnya.

38
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

LAMPIRAN 16

BORANG PENILAIAN PROGRAM MENTOR MENTEE


TAHUN 2020
(MENTEE)
NAMA :

KELAS :

NAMA MENTOR :

ARAHAN : TANDAKAN SETIAP PENYATAAN DENGAN SKALA YANG


DIBERIKAN. KEJUJURAN ANDA AMAT MEMBANTU DALAM
PENAMBAHBAIKAN PROGRAM MENTOR MENTEE PADA TAHUN
HADAPAN.

TIDAK
BI MEMUASK BAI
PENYATAAN MEMUASK
L AN K
AN
1 PROGRAM INI MEMBERI
KESAN POSITIF KEPADA
SAYA
2 MENTOR MERUPAKAN
TEMPAT RUJUKAN
APABILA SAYA
MENGHADAPI
MASALAH
3 MENTOR DAPAT
MEMBANTU KE ARAH
PENINGKATAN SAHSIAH
4 SAYA RASA
DIHARGAI/DITERIMA
OLEH MENTOR SAYA
5 SAYA SENTIASA
MEMBERI KERJASAMA
PADA SETIAP KALI
PERJUMPAAN.
6 PROGRAM MENTOR
MENTEE MERAPATKAN
HUBUNGAN SAYA
DENGAN RAKAN-
RAKAN.
7 SAYA GEMBIRA
MENGIKUTI PROGRAM
MENTOR MENTEE.
8 MENTOR MEMBIMBING
SAYA KE ARAH
PENINGKATAN
AKADEMIK

39
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

9 MENTOR MEMBIMBING
SAYA KE ARAH
KECEMERLANGAN
KOKURIKULUM
10 SAYA GEMBIRA
MENERIMA HADIAH
HARI KELAHIRAN
TAHUN INI (BUKU
NOTA)
11 SAYA SETUJU PROGRAM
MENTOR MENTEE
DITERUSKAN PADA
TAHUN HADAPAN
12 TEMPOH MASA
PERJUMPAAN
MENCUKUPI

JUMLAH

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

TANDATANGAN MENTEE

40
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

LAMPIRAN 17

BORANG PENILAIAN PROGRAM MENTOR MENTEE


TAHUN 2020
(MENTOR)
NAMA :

KELAS :

NAMA MENTOR :

ARAHAN : TANDAKAN SETIAP PENYATAAN DENGAN SKALA YANG


DIBERIKAN. KEJUJURAN ANDA AMAT MEMBANTU DALAM
PENAMBAHBAIKAN PROGRAM MENTOR MENTEE PADA TAHUN
HADAPAN.

TIDAK
BI MEMUASK
PENYATAAN MEMUASK BAIK
L AN
AN
1 PROGRAM INI
MEMBERI KESAN
POSITIF KEPADA
MENTEE
2 MENTEE MERUJUK
SAYA APABILA
MENGHADAPI
MASALAH
3 SAYA SENTIASA
MEMBANTU MENTEE
KE ARAH
PENINGKATAN
SAHSIAH
4 SAYA RASA
DIHARGAI/DITERIMA
OLEH MENTEE SAYA
5 MENTEE SENTIASA
MEMBERI KERJASAMA
PADA SETIAP KALI
PERJUMPAAN.
6 PROGRAM MENTOR
MENTEE MERAPATKAN
HUBUNGAN SAYA
DENGAN MENTEE.
7 MODUL YANG
DIBEKALKAN
MEMBANTU SAYA KE

41
MODUL MENTOR MENTEE SMK TANJONG LUMPUR,KUANTAN TAHUN 2020

ARAH PENGENDALIAN
PERJUMPAAN YANG
LEBIH SEMPURNA
8 SAYA MEMBIMBING
MENTEE KE ARAH
PENINGKATAN
AKADEMIK
9 SAYA MEMBIMBING
MENTEE KE ARAH
KECEMERLANGAN
KOKURIKULUM
10 SAYA GEMBIRA
MENERIMA HADIAH
HARI KELAHIRAN
TAHUN INI
11 SAYA SETUJU
PROGRAM MENTOR
MENTEE DITERUSKAN
PADA TAHUN
HADAPAN
12 TEMPOH MASA
PERJUMPAAN
MENCUKUPI

JUMLAH

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

TANDATANGAN MENTOR

42

Anda mungkin juga menyukai