Anda di halaman 1dari 8

SMK SERI SAUJANA

SKRIP MAJLIS PERLANTIKAN BADAN PERKHIDMAT SEKOLAH

SESI PETANG 2018/2019

Mengumumkan ketibaan Pengetua SMK Seri Saujana, Pn. Rohana bt Abd Majid
(Arahan komander bersedia)
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Ke pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai di buka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Bissmillahirahmanirahim
Assalamualaikum wth dan salam sejahtera….

Yang Berusaha, Pengetua SMK Seri Saujana,Pn. . Rohana bt Abd Majid.


Yang dihormati , Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Pn Norlela Binti A Wahid
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hamidah bt Suleiman,
Penolong Kanan Petang, Pn. Chung moun Syha,
Penolong kepada Penolong Kanan Petang, Pn Roshidah binti Nuruddin
Rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian….

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya pada petang yang mulia ini, dapat kita
berkumpul dalam menjayakan majlis watikah pelantikan AJK Badan Perkhidmatan Sekolah
tahun 2018/2019. Untuk makluman hadirin sekalian, tahun ini merupakan tahun ke -7 SMK
Seri Saujana mengadakan Majlis watikah pelantikan AJK Badan Perkhidmatan Sekolah
secara berkelompok yang terdiri daripada 6 unit iaitu:-
(i) Badan Pengawas Sekolah
(ii) Pengawas Pusat Sumber
(iii) Badan perkhidmatan Quarter Master
(iv) Pengawas Koperasi
(v) Pengawas SPBT dan Pengawas surau
Dari perlis puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat;
Tangan di tadah doa di pohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan,

Untuk memberkati majlis kita pada petang ini marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi.
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al Fadhil Ustaz Mohammad
Rosnizi Bin Mat Yaakob bagi memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan….

(bacaan doa)
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Amin,amin.. Ya Rabbal Alamin….Majlis mengucapkan terima kasih kepada al Fadhil Ustaz


Mohammad Rosnizi bin Mat Yaakob di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita lebih di
berkati dan dirahmati Tuhan…

NYANYIAN

Majlis, diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Semua hadirin diminta berdiri…….

(nyanyian lagu negaraku)


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Semua hadirin dipersilakan duduk.

PEMERIKSAAN BARISAN KEHORMAT

Hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan pemeriksaan barisan kehor

Majlis dengan ini mempersilakan penolong Kanan Petang, Pn Chung Moun Shya untuk
mengiringi Pn. Rohana bt Abd Majid bagi membuat pemeriksaan barisan kehormat.

(Arahan komander) ke kanan pusing

Majlis mempersilakan……

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rohana bt Abd Majid di atas kesudian beliau membuat
pemeriksaan barisan kehormat itu tadi.

(Arahan komander) pusing ke kiri dan rehatkan diri

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata alaunan pemanis kalam.

UCAPAN ALUAN PENGETUA

Hadirin sekalian,

Untuk meneruskan lagi Majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Pn . Rohana bt Abd Majid Pengetua SMK Seri Saujana untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada Pn. Rohana bt Abd Majid diatas ucapan itu
tadi.

PENYERAHAN WATIKAH DAN SIJIL PENGHARGAAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada petang ini, akan diteruskan dengan acara kemuncak


iaitu penyampaian watikah perlantikan badan perkhimatan sekolah bagi sesi 2018/2019.

(Arahan komander) bersedia

Majlis dengan ini menjemput Pn. Chung Moun Syha mengiringi Pengetua SMK Seri
Saujana, Pn. Rohana bt Abd Majid untuk menyampaikan watikah perlantikan.
Dipersilakan……………
Dimulai dengan badan pengawas sekolah sesi 2019/2019.
(baca senarai nama pelajar) rujuk lampiran

Badan ini dianggotai seramai 42 orang murid sesi petang…

Majlis menjemput wakil badan pengawas sesi petang


1. IVAN HOO WEY JUNG (Ketua pengawas sesi petang) 2C dan
2. JARED FONG WAI LOK 2B

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat
Sumber

Badan ini dianggotai seramai 19 orang murid sesi petang

Majlis mempersilakan wakil Pengawas Pusat Sumber……


1. ADAM YUSOF BIN HEPISANDRI 2B
2. HIN CHER RYL 2K

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Seterusnya penyampaian watikah pelantikan kepada Badan perkhidmatan Quarter Master


Badan ini, dianggotai seramai 18 orang murid sesi petang

Dijemput wakil Pengawas koperasi


1. LIN HOWEN 2B
2. YAM CHUN KENT 2D

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Majlis, diteruskan pula dengan perlantikan watikah barisan Pengawas Koperasi
Badan ini dianggotai seramai 29 orang murid sesi petang

Dijemput wakil Pengawas Koperasi


1. JOSHUA NIMBAR TAN 2K
2. LEE ZUN WEI 2B

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Seterusnya watikah perlantikan Pengawas SPBT, badan ini di anggotai seramai 16 orang
murid sesi petang

Dijemput wakil Pengawas SPBT

1. AMEYRAH HANAN BT NORZAM 2D


2. MUHAMMAD ZARIAN BIN RAMJAN 2S

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Seterusnya watikah perlantikan Pengawas Rakan Surau yang dianggotai seramai 9 orang
murid sesi petang
Majlis dengan ini, mempersilakan……
wakil Pengawas Rakan Surau

1. SITI FATIMAH BINTI ABDULLAD 2C


2. YASMIN BINTI IQBAL KHAN 2C

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Rohana bt Abd Majid atas kesudian
penyampaian watikah perlantikan itu tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan kepimpinan sekolah sesi 2017/2018 dan selamat
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, jujur dan amanah.
UCAPAN KETUA PENGAWAS

Hadirin sekalian,

Sekarang dipersilakan saudara IVAN HOO WEY JUNG

ketua pengawas sesi petang SMK SERI SAUJANA untuk mengetuai bacaan ikrar. Majlis
mempersilakan……

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Terima kasih diucapkan kepada saudara IVAN HOO WEY JUNG

atas pimpinan bacaan ikrar itu tadi.

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah majlis perlantikan badan
perkhidmatan sekolah smk seri saujana bagi sesi 2018/2019. Diharapkan semua pihak
dapat memberikan kerjasama dan sokongan yang sewajarnya kepada mereka. Semoga
dengan perlantikan mereka ini dapat memberikan impak yang positif kepada suasana
sekolah kita ini.

Akhir sekali terimalah serangkap pantun dari saya,

TUAN PUTERI PERGI KE RASAH


PULANG SEMULA SEBELAH PAGI
KITA BERTEMU AKHIRNYA BERPISAH
DI LAIN ACARA BERSUA LAGI

Wabilahitaufik wahidayah wassalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh…Sekian, terima


kasih.

*Diminta semua Pengawas Sekolah naik ke pentas bagi sesi fotografi.

Anda mungkin juga menyukai