Anda di halaman 1dari 13

MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAUN GUSI II


KOTA BELUD

MODUL PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN DARI RUMAH
(PdPR)

PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 4

Disediakan Oleh :
NORAIZURA BINTI CHE DAUD
GURU MATA PELAJARAN
SMK TAUN GUSI II KOTA BELUD
OKTOBER 2020

1
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

PENGENALAN

MODUL PdPR Versi PBL iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan satu kaedah
pembelajaran yang boleh digunakan oleh semua pelajar semasa pembelajaran di rumah.
Pembelajaran Berasaskan Projek ini adalah salah satu pendekatan pedagogi yang
merangsang kemahiran abad 21 untuk melahirkan murid yang boleh berfikir secara kritikal,
kreatif dan inovatif serta mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat
keputusan yang beretika.

Melalui modul ini, pelajar dapat membuat analisis dan penerokaan secara mendalam
terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Selain itu, modul ini juga mendedahkan dan memberi
pengalaman kepada pelajar untuk meneroka gaya pembelajaran selain belajar di dalam bilik
darjah.

Modul PdPR ini mengandungi panduan kepada ibu bapa sebagai pembimbing agar
kumpulan sasaran dapat menyelesaikan projek dengan lebih baik. Kerjasama antara guru
dan ibu bapa amatlah penting bagi mencapai dan merealisasikan objektif sebenar modul ini.

Akhir kata, semoga modul ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang
menggunakannya.

Sekian, terima kasih.


- Cikgu Aizura-
NORAIZURA BINTI CHE DAUD
GURU PRINSIP PERAKAUNAN
SMK TAUN GUSI II, KB

2
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAUN GUSI II


KOTA BELUD

MODUL PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN DARI RUMAH
(PdPR)

PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 4

NAMA MURID : _____________________________________


KELAS : _____________________________________
NAMA GURU : _____________________________________
NAMA IBUBAPA/PENJAGA : _____________________________________

....................TEMPOH PELAKSANAAN 2 MINGGU ....................

3
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

INFO PENTING

PANDUAN KERJA (MURID & IBUBAPA)

1. Sasaran dan pendamping rapat/pembimbing perlu memahami terlebih dahulu nota (buku teks
yang berkaitan dengan tajuk atau tema ini.

2. Fahami arahan yang terdapat di setiap bahagian aktiviti.

3. Jawab kehendak aktiviti pada Langkah 1.

4. Setelah Langkah 1 siap, teruskan ke Langkah 2.

5. Fahami kehendak soalan Langkah 2 dengan baik.

6. Seterusnya, teruskan ke Langkah 3.

7. Ibu bapa perlu menandatangani setiap lembaran kerja sebagai tanda sokongan dan bimbingan.

8. Sekiranya, semua langkah telah berjaya disiapkan, pelajar bolehlah menghantar kepada guru
untuk disemak.

4
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

MODUL PRINSIP PERAKAUNAN

TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI


1 Menyatakan fungsi imbangan duga.

Menyediakan Imbangan Duga dengan


memindahkan baki Buku Tunai, Buku
5
Tunai Runcit dan lejar secara manual.

SASARAN : Tingkatan 4
SUBJEK : Prinsip Perakaunan
TAJUK / TEMA : Imbangan Duga
NOTA BERKAITAN TAJUK / TEMA : i) Fungsi Imbangan Duga (buku teks :188)
ii) Penyediaan Imbangan Duga bentuk ‘T’ dan
‘lajur’ (buku teks:189 – 194)
iii) Penyediaan Imbangan Duga mengikut
Proses Kitaran Perakaunan (buku teks:195 - 201)
iv) Kekangan dalam Imbangan Duga (buku
teks : 202)
EMK : Keusahawanan
STANDARD PEMBELAJARAN : 6.1.1 Menerangkan fungsi Imbangan Duga.
6.1.2 Menyediakan Imbangan Duga dengan
memindahkan baki debit dan baki kredit dari
Buku Tunai, Buku Tunai Runcit serta lejar
secara manual.
6.1.3 Menyediakan Imbangan Duga
mengikut proses Kitaran Perakaunan
bermula daripada Dokumen Sumber.

5
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :1. Murid dapat menjelaskan fungsi Imbangan


Duga.
2. Murid dapat menyediakan Imbangan Duga
berdasarkan urus niaga yang berlaku
(bentuk ‘T’ dan ‘Lajur’
3. Murid dapat mengenalpasti kekangan dan
kesilapan yang berlaku dalam
Imbangan Duga.

TEMPOH PELAKSANAAN : 2 – 12 November 2020

6
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Memahami fungsi sebenar penyediaan Imbangan Duga, menyediakan Imbangan Duga yang
betul berdasarkan urus niaga yang berlaku serta mengenal pasti kekangan yang terdapat
dalam Imbangan Duga tersebut.

ARAHAN :

1. Nyatakan empat fungsi Imbangan Duga yang betul.

2. Sediakan Imbangan Duga berdasarkan urusniaga yang diberi dalam bentuk ‘T’

dan ‘Lajur’

3. Senaraikan kekangan atau kesilapan yang terdapat dalam Imbangan Duga.

7
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

MAKSUD IMBANGAN
DUGA

Imbangan Duga ialah suatu senarai baki debit

dan baki kredit yang diambil daripada akaun-

akaun dalam lejar pada satu tarikh tertentu.

8
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

LANGKAH 1 :

Lengkapkan peta i-Think (Peta Buih) di bawah dengan jawapan yang tepat.

FUNGSI

IMBANGAN

DUGA

TANDATANGAN IBU BAPA/PENJAGA DISEMAK OLEH GURU

--------------------------------------- ---------------------------------------

TARIKH : TARIKH : 9
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

LANGKAH 2 :

Maklumat berikut diperoleh daripada buku perakaunan Ai Ni Trading pada 31 Mac 20X9.

RM RM

Bank 3 820 Gaji 630

Belian 11 500 Angkutan Keluar 370

Jualan 12 720 Pulangan Jualan 660

Belanja Runcit 280 Duti Import 470

Angkutan Masuk 460 Akaun Belum Terima 2 890

Diskaun Diterima 200 Pulangan Belian 580

Faedah Diterima 490 Upah 170

Kenderaan 7 580 Kadar Bayaran 1 450

Akaun Belum Bayar 2 760 Inventori Awal 2 310

Sewa Diterima 550 Komisen Diterima 290

Anda dikehendaki menyediakan Imbangan Duga pada 31 Mac 20X9 dengan menunjukkan
baki Akaun Modal pada tarikh tersebut (dalam bentuk ‘T’ dan ‘Lajur’).

TANDATANGAN IBU BAPA/PENJAGA DISEMAK OLEH GURU

--------------------------------------- ---------------------------------------

TARIKH : TARIKH :

10
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

LANGKAH 3 :

Lengkapkan peta i-Think (peta pelbagai alir) tentang kekangan atau kesilapan yang terdapat
dalam Imbangan Duga.

TANDATANGAN IBU BAPA/PENJAGA DISEMAK OLEH GURU

--------------------------------------- ---------------------------------------

TARIKH : TARIKH :

11
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

SKEMA JAWAPAN

AKTIVITI 1 :

Fungsi Imbangan Duga : i) Menyemak ketepatan Catatan Bergu.


ii) Menyemak ketepatan pengiraan dalam Buku Catatan
Pertama dan lejar.
iii) Menyemak ketepatan proses pemindahan daripada Buku
Catatan Pertama ke dalam lejar.
iv) Memudahkan penyediaan Penyata Kewangan.
AKTIVITI 2 :

(i) Bentuk ‘T’

Ai Ni Trading
Imbangan Duga pada 31 Mac 20X9
RM RM

Bank 3 820 Jualan 12 720


Belian 11 500 Diskaun Diterima 200
Belanja Runcit 280 Faedah Diterima 490
Angkutan Masuk 460 Akaun Belum Bayar 2 760
Kenderaan 7 580 Sewa Diterima 550
Gaji 630 Pulangan Belian 580
Angkutan Keluar 370 Komisen Diterima 290
Pulangan Jualan 660 Modal 15 000
Duti Import 470
Akaun Belum Terima 2 890
Upah 170
Kadar Bayaran 1 450
Inventori Awal 2 310
32 590 32 590

12
MODUL PdPR PRINSIP PERAKAUNAN TING.4

(ii) Bentuk ‘Lajur’

Ai Ni Trading
Imbangan Duga pada 31 Mac 20X9
Debit Kredit
RM RM
Bank 3 820
Belian 11 500
Jualan 12 720
Belanja Runcit 280
Angkutan Masuk 460
Diskaun Diterima 200
Faedah Diterima 490
Kenderaan 7 580
Akaun Belum Bayar 2 760
Sewa Diterima 550
Gaji 630
Angkutan Keluar 370
Pulangan Jualan 660
Duti Import 470
Akaun Belum Terima 2 890
Pulangan Belian 580
Upah 170
Kadar Bayaran 1 450
Inventori Awal 2 310
Komisen Diterima 290
Modal 15 000
32 590 32 590

AKTIVITI 3 :

Kesilapan Tidak Ketara : i) Kesilapan Amaun


ii) Kesilapan Prinsip
iii) Kesilapan Saling Mengimbangi
iv) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga
v) Kesilapan Komisen
vii) Kesilapan Terbalik atau Songsang

13

Anda mungkin juga menyukai