Anda di halaman 1dari 5

MODUL 4 BUKU CATATAN PERTAMA

MODUL 4 BUKU CATATAN PERTAMA

Buku Catatan Pertama (BCP) buku catatan asal yang merekodkan segala
urus niaga perniagaan.
Semua urus niaga dicatat dalam BCP dahulu sebelum dipos ke dalam Lejar.
BCP juga dikenali sebagai Buku Harian atau Buku Subsidiari.
Kegunaan BCP ialah untuk meminimumkan kesilapan dan ketinggalan
catatan urus niaga dalam perniagaan.
Jenis-jenis Buku Catatan Pertama ialah:

Buku
Catatan
Pertama

Buku Tunai
Jurnal Buku Tunai
Runcit

Jurnal am Jurnal Khas

Jurnal Pulangan
Jurnal Belian
Belian

Jurnal Pulangan
Jurnal Jualan
Jualan

Jurnal Jurnal
Penerimaan Tunai PembayaranTunai

1
MODUL 4 BUKU CATATAN PERTAMA

JURNAL AM

Tujuan penyediaan Jurnal am merekod semua urus niaga yang tidak boleh
direkodkan dalam mana-mana Buku Catatan Pertama yang lain.

Merekod urus niaga Dokumen


sumber
Catatan pembukaan Memo
Belian dan jualan asset bukan semasa secara kredit Invois
Ambilan barang niaga dan aset (selain tunai/cek) Memo
Pemilik membawa masuk aset untuk menambah modal Memo
(selain tunai dan bank)
Pelbagai perkara spt:
Bil diterima tetapi belum jelas
Diskaun diberi dibatalkan Memo
Pelarasan pada tarikh imbangan
Catatan penutup Memo
Catatan pelarasan Memo
Pembetulan kesilapan Memo
Realisasi Memo

Format Jurnal Am:

Jurnal Am JA1
Tarikh Butir Folio Debit Kredit
(RM) (RM)
2017
Jan 1 Nama akaun didebitkan LAX XX
Nama akaun dikreditkan LAX XX
(keterangan urus niaga)
XX XX

Folio Rujukan halaman dalam lejar


JA1 Rujukan halaman 1 dalam Jurnal Am

Untuk merekod urus niaga ke dalam jurnal am, pelajar perlu mahir dalam
Sistem Catatan Bergu.
Sistem Catatan Bergu ialah merekod setiap urus niaga sekurang-kurangnya
dalam dua(2) akaun yang berbeza, satu akaun didebitkan dan satu akaun
dikreditkan dengan amaun yang sama.
Catatan Bergu boleh diingati dengan formula ABLEH berikut:

Dt Akaun Aset dan Belanja (AB) Kt


Baki b/b Nilai berkurang ( - )
Nilai bertambah ( + ) Baki h/b

2
MODUL 4 BUKU CATATAN PERTAMA

Dt Akaun Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil (LEH) Kt


Nilai berkurang ( - ) Baki b/b
Baki h/b Nilai bertambah ( + )

Dt Akaun Ambilan Kt
Nilai bertambah ( + )

Cara merekod urus niaga dalam Jurnal Am boleh rujuk buku teks dari muka
surat 100 104.

JURNAL KHAS
Tujuan penyediaan Jurnal Khas untuk merekodkan urus niaga yang kerap
berlaku dalam perniagaan.
Jenis-jenis Jurnal Khas :
Jurnal Belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Jurnal Penerimaan Tunai
Jurnal Pembayaran Tunai

JURNAL BELIAN

Merekod urus niaga Dokumen sumber


Digunakan untuk merekodkan BELIAN BARANG Invois Asal
NIAGA dan perkhidmatan secara KREDIT
Menambahkan hutang pembeli Nota Debit Asal

Format Jurnal Belian:

Jurnal Belian JB1


Tarikh Butir Folio No. Jumlah
Dokumen (RM)
2016
Mei 10 Kedai A LB1 123 100
Syarikat B LB2 876 200
31 Akaun Belian (Dt) 300
Folio Rujukan halaman dalam lejar belian
No. Dok Nombor invois atau nota debit
JB1 Rujukan halaman 1 dalam Jurnal Belian
Cara merekod urus niaga dalam Jurnal belian boleh rujuk buku teks muka
surat 108 - 110

3
MODUL 4 BUKU CATATAN PERTAMA

JURNAL PULANGAN BELIAN

Merekod urus niaga Dokumen sumber


Pulangan barang niaga kepada pembekal
Antara sebab barang niaga dipulangkan ialah Nota Kredit Asal
barang rosak, kesilapan saiz atau jenama atau
pemulangan bekas-bekas kosong seperti
botol, tin dan tong kepada pembekal.

Format Jurnal Pulangan Belian:

Jurnal Pulangan Belian JPB1


Tarikh Butir Folio No. Jumlah
Dokumen (RM)
2016
Mei 12 Kedai A LB1 23 10
Syarikat B LB2 70 20
31 Akaun Pulangan Belian (Kt) 30

Folio Rujukan halaman dalam lejar belian


No. Dok Nombor nota kredit
JPB1 Rujukan halaman 1 dalam Jurnal Pulangan Belian

Cara merekod urus niaga dalam Jurnal Pulangan Belian rujuk buku teks
muka surat 112 - 113

JURNAL JUALAN

Merekod urus niaga Dokumen sumber


Untuk merekodkan JUALAN BARANG NIAGA Invois Salinan
dan perkhidmatan secara KREDIT
Menambahkan hutang pelanggan Nota Debit Salinan

Format Jurnal Jualan:

Jurnal Jualan JJ1


Tarikh Butir Folio No. Jumlah
Dokumen (RM)
2016
Mei 15 Kedai A LJ1 456 200
Syarikat C LJ2 457 300
31 Akaun Jualan (Kt) 500
Folio Rujukan halaman dalam lejar jualan
No. Dok Nombor invois atau nota debit (mesti berturutan kerana dikeluarkan oleh
perniagaan anda)
JB1 Rujukan halaman 1 dalam Jurnal Jualan
Cara merekod urus niaga dalam Jurnal Jualan rujuk buku teks muka surat
110 - 111

4
MODUL 4 BUKU CATATAN PERTAMA

JURNAL PULANGAN JUALAN

Merekod urus niaga Dokumen sumber


Pulangan barang niaga daripada pembeli
Antara sebab barang niaga dipulangkan ialah Nota Kredit Salinan
barang rosak, kesilapan saiz atau jenama atau
pemulangan bekas-bekas kosong seperti
botol, tin dan tong oleh pembeli.

Format Jurnal Pulangan Jualan:

Jurnal Pulangan Jualan JPJ1


Tarikh Butir Folio No. Jumlah
Dokumen (RM)
2016
Mei 18 Kedai A LB1 15 20
Syarikat B LB2 16 40
31 Akaun Pulangan Jualan (Dt) 60

Folio Rujukan halaman dalam lejar jualan


No. Dok Nombor nota kredit
JPB1 Rujukan halaman 1 dalam Jurnal Pulangan Jualan

Cara merekod urus niaga dalam Jurnal Pulangan Jualan rujuk buku teks
muka surat 113 114

Maklumat tambahan :

Sila rujuk buku teks muka surat 114 117 untuk PEREKODAN URUS NIAGA
DALAM JURNAL DARIPADA PERNYATAAN URUS NIAGA

Anda mungkin juga menyukai