Anda di halaman 1dari 13

SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4

BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA


4.2 Jurnal Am

Tarikh : ..............................................................

4.2 JURNAL AM
1. Definisi
 Buku Pertama dalam sistem perakaunan
 Bertindak sebagai sebuah buku harian yang merekod semua urus niaga perniagaan
secara KRONOLOGI atau mengikut urutan tarikh
 Digunakan untuk membuat catatan bagi urusniaga berikut :-
- Catatan Pembukaan
- Ambilan barangniaga dan aset untuk kegunaan peribadi.
- Merekod Belian dan Jualan Aset Bukan Semasa
- Merekod Modal tambahan kepada perniagaan
- Merekod Catatan Penutup
- Pembetulan Kesilapan
- Catatan Pindahan.
 Catatan jurnal dapat memberi keterangan jelas tentang sesuatu urus niaga.
 Catatan debit dan kredit secara serentak dalam Jurnal Am dapat mengurangkan
kesilapan dan ketinggalan. Jika direkod terus ke dalam lejar, salah satu catatan debit
atau kredit mungkin ketinggalan atau tersilap catat di sebelah yang salah.
 Jurnal yang melibatkan dua akaun sahaja, iaitu satu butir debit dan satu butir kredit
disebut catatan mudah
 Catatan jurnal yang mempunyai tiga butir atau lebih disebut catatan kompaun

2. Format Jurnal Am
JURNAL AM
Tarikh Butiran Folio Debit Kredit
           
 

         
 Setiap halaman diberi nombor untuk rujukan.
 Tarikh – mengikut susunan tarikh urus niaga.
 Butir – merekodkan catatan debit dahulu.
- catatan kredit ditulis ke dalam sedikit dari garis tepi.
 Folio – merujuk kepada akaun dalam lejar.
 Lajur debit – merekodkan jumlah yang didebitkan.
 Lajur kredit – merekodkan jumlah yang dikreditkan.
 Keterangan – ditulis secara ringkas selepas catatan debit dan kredit untuk menerangkan
urus niaga yang telah berlaku.

3. Cara Merekod
 Tarikh setiap urus niaga hendaklah direkodkan
 Rekod catatan debit terlebih dahulu baru catatan kredit (Catatan kredit hendaklah
ditulis jarak sedikit ke kanan dari garisan tepi.
 Rekodkan jumlah yang didebitkan di jalur debit sebaris dengan butir debit dan jumlah
kredit di lajur kredit sebaris dengan butir kredit
 Jumlah debit mesti sama dengan jumlah kredit tidak kira bilangan butiran debit dan
kredit
 Setiap urus niaga hendaklah ditulis keterangan dibawahnya dan diletakkan kurungan.
Keterangan padat dan ringkas.
 Setiap catatan mesti dipindahkan ke dalam akaun tertentu di dalam lejar
 Lajur folio mencatat rujukan semasa pengeposan
Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 3
SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

4. Merekod Dalam Jurnal Am


a. Catatan Pembukaan
1. Catatan Pembukaan mencatat baki aset, liabiliti dan modal pada awal tempoh
perakaunan.

2. Semua aset direkod di sebelah DR dan semua liabiliti dan modal direkod di sebelah
CR.
DR Aset
CR Liabiliti
Modal

3. Modal dicari,jika tidak diberi, guna rumus berikut :-

MODAL = ASET - LIABILITI

Jumlah DR mesti sama dengan jumlah CR tidak kira bilangan butir DR atau CR.

4. Contoh
Pada 1 Julai 20X6, Usaha Bestari mempunyai baki aset dan liabiliti seperti
yang berikut :
RM RM
Kelengkapan kedai 18 000 Tunai 500
Stok 1 500 Pinjaman Bank 5 000
Penghutang : Redza 3 200 Pemiutang : Sykt Lim 2 800

Tarikh Butir F Debit Kredit


20X6       RM RM
1-Jul Kelengkapan Kedai   18 000  
  Stok     1 500  
  Penghutang   3 200  
  Tunai     500  
    Pinjaman Bank     5 000
    Pemiutang-Syarikat Lim     2 800
    Modal     15 400
        23 200 23 200
           
(Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik pada tarikh ini)
       

5. Contoh
Pada 1 Julai 20X6, Usaha Bestari memulakan perniagaan dengan bermodalkan
Tunai RM10000.00 dan Bank RM50000.00

Tarikh Butir F Debit Kredit


20X6       RM RM
1-Jul Tunai   10 000  
  Bank     50 000  
    Modal     60 000
        60 000 60 000
           
(Memulakan perniagaan dengan tunai dan bank
pada tarikh ini)
       

Modul Guru / En Ismail Bin Othman /4


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

b. Merekod Ambilan Barang niaga


1. Ambilan bermaksud pemilik perniagaan mengambil sesuatu daripada perniagaan
untuk kegunaan sendiri atau keluarganya.

2. Ambilan mengurangkan Ekuiti Pemilik (kredit). Oleh itu ambilan berada diruangan
debit. Setiap ambilan yang dibuat oleh pemilik untuk kegunaan peribadi mestilah
dicatatkan dalam buku perakaunan selaras dengan konsep entiti berasingan.

3. Dokumen yang terlibat ialah Memo, Keratan Cek, dan Resit (bertujuan untuk
kepentingan peribadi)

4. Ambilan mungkin berbentuk tunai, barang dagangan atau aset. Contoh ambilan
ialah:
 Pemilik membayar sewa rumah kediaman dengan menggunakan wang tunai
atau cek perniagaan. (ambil tunai/ bank)
 Pemilik perniagaan runcit mengambil beras, gula atau barang niaga yang
lain untuk kegunaan keluarganya. (ambil barang niaga)
 Pemilik mengambil komputer/alatan pejabat untuk kegunaan anaknya.
(ambil aset)

5. Cara merekodnya:-
 Bagi ambilan tunai atau cek, akaun yang terlibat adalah Akaun Ambilan dan
Akaun Tunai/Bank. Oleh itu, ambilan tunai/cek direkodkan dalam Buku
Tunai dan tidak dalam Jurnal Am. Dokumen sumber untuk ambilan tunai
ialah memo dan keratan cek.
 Bagi ambilan barang niaga, catatan dibuat dalam Jurnal Am iaitu debitkan
akaun ambilan (kerana ambilan mengurangkan ekuiti pemilik) dan kreditkan
akaun belian (kerana barang belian berkurangan).
- Debit Ambilan
Kredit Belian
 Bagi ambilan aset, catatan juga dibuat dalam Jurnal Am iaitu debitkan
akaun ambilan dan kreditkan akaun aset (kerana aset berkurangan).
- Debit Ambilan
Kredit Aset

6. Contoh: Merekod ambilan barang niaga


Berdasarkan memo berikut, tunjukkan cara merekodnya dalam Jurnal Am
Perniagaan Nazri.

MEMO
Perniagaan Nazri,
12, Jalan Jelutong,
11600 Pulau Pinang.
Tarikh: 03 Ogos 20X3

Peringatan:
Pemilik (Encik Nazri) telah mengeluarkan barang niaga bernilai RM 200 (Ringgit Malaysia: Dua
Ratus sahaja) untuk kegunaan keluarganya.
Nazri
Pengurus

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 5


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

Catatan dalam Jurnal Am


JURNAL AM
Tarikh Butiran F Debit Kredit
20X3   RM  RM
Ogos 3 Ambilan   200
  Belian   200
(Ambilan barangniaga untuk kegunaan peribadi)

c. Merekod Belian dan Jualan Aset Bukan Semasa


1. Sesebuah perniagaan mungkin akan membeli aset bukan semasa untuk kegunaan
perniagaannya atau mungkin menjual aset bukan semasa yang sudah lama dipakai.

2. Belian dan jualan aset bukan semasa dibuat sama ada secara tunai atau secara
kredit (hutang). Urus niaga tunai akan terus direkod dalam Buku Tunai. Belian
dan jualan aset bukan semasa secara kredit akan direkodkan ke dalam Jurnal Am.

3. Dokumen yang terlibat ialah Invois

4. Bagi belian aset bukan semasa secara kredit (Invois asal), catatan di dalam Jurnal
Am adalah:
 Debit Aset (kerana aset telah bertambah)
Kredit Pemiutang (kerana liabiliti bertambah)

5. Bagi jualan aset terpakai secara kredit (Invois salinan), catatan dalam Jurnal Am
ialah:
 Debit Penghutang (kerana aset bertambah)
Kredit Aset (kerana aset berkurang)

6. Contoh : Merekod Belian Aset Bukan Semasa


Dokumen berikut diterima oleh perniagaan Elina kerana membeli sebuah mesin
daftar tunai secara kredit

No. Invois:
INVOIS Syarikat Mann 1126
  No. 2, Jalan Tok Lam,  
20200 Kuala Terengganu.  
Perniagaan Elina,  
42 Jalan Sultan Ismail,  
20200 Kuala Terengganu,  
Tarikh: 7 Januari
Terengganu 20X3
Harga seunit Jumlah
No.rujukan Perkara Kuantiti (RM) (RM)  
Mesin daftar
C43 tunai 1 1500 1500  
      Jumlah 1500  
Ringgit Malaysia:Satu Ribu Lima Ratus Sahaja  
Azman Elina  
Tandatangan penerima Pengurus  

Modul Guru / En Ismail Bin Othman /6


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

Catatan dalam Jurnal Am


JURNAL AM
Tarikh Butiran F Debit Kredit
20X3   RM RM
Jan 7   Alatan Pejabat   1500
  Syarikat Mann   1500

(Belian Alatan pejabat secara kredit)

7. Contoh : Merekod Jualan Aset Bukan Semasa


Invois berikut dihantar oleh Perniagaan Elina kepada Kedai Perabot Weng
kerana menjual sebuah perabot terpakai

SALINAN INVOIS No. Invois: 1126  


  Perniagaan Elina  
  42, Jalan Sultan Ismail,  
  20200 Kuala Terengganu.  
Kepada,  
Kedai Perabot Weng,  
10B, Jalan Pak Tuyu,  
21300 Gong Tarikh: 10 Januari
Badak,Terengganu. 20X3
Harga
Butir   Kuantiti seunit(RM) Jumlah (RM)  
Perabot terpakai model B7 1 1000 1000  
Jumlah Besar 1000  
Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja  

Catatan dalam Jurnal Am


JURNAL AM
Tarikh Butiran F Debit Kredit
20X3   RM RM
Jan 10   Kedai Perabot Weng   1000
Perabot 1000

(Jualan perabot terpakai secara kredit)


   

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 7


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

d. Merekod Modal Tambahan kepada perniagaan


1. Aset bukan tunai seperti pejabat, kenderaan, perabot dan lain-lain yang dimiliki
oleh peniaga apabila dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan
akan direkodkan dalam jurnal am.

2. Manakala modal tambahan dalam bentuk wang tunai dicatatkan ke dalam buku
tunai.

3. Cara merekod modal tambahan bukan tunai ialah debitkan aset dan kreditkan
modal.

4. Contoh : Merekod modal tambahan kepada perniagaan

MEMO
PERNIAGAAN NAZRI
12, Jalan Jelutong,
11600 Pulau Pinang.
  Tarikh: 17 Disember 20X3
Peringatan:  
Pemilik (Encik Nazri) telah membawa masuk sebuah komputer persendirian
bernilai RM 2 500 untuk kegunaan pejabat
 
  Nazri
  Pengurus
           

Catatan dalam Jurnal Am:


JURNAL AM
Tarikh Butiran F Debit Kredit
20X3   RM RM
Dis 12  Komputer   1000
Modal 1000

(Membawa masuk komputer untuk kegunaaan pejabat)

   

Modul Guru / En Ismail Bin Othman /8


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

e. Merekod Catatan Penutupan


1. Catatan penutupan adalah satu proses pemindahan Akaun Hasil dan Belanja ke
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

2. Akaun-akaun yang terlibat dalam pengiraan untung atau rugi kasar dipindah ke
akaun Perdagangan (Stok, Belian, Jualan, Pulangan Belian, Pulangan Jualan,
Angkutan Masuk, Upah atas Belian, Insurans atas Belian,Cukai atas Belian)

3. Akaun-akaun yang terlibat dalam pengiraan untung atau rugi bersih dipindah ke
akaun Untung Rugi (Sewa, Kadarbayaran, Gaji, Komisen diterima, Faedah diterima
dan lain-lain lagi)

4. Baki-baki belanja dan hasil yang dipindahkan ke Akaun Perdagangan


Contohnya
 Belanja (Stok, Belian, Pulangan Jualan, Angkutan Masuk, Upah atas Belian,
Insurans atas Belian,Cukai atas Belian)

Debit Akaun Perdagangan


Kredit Belanja

 Hasil (Jualan, Pulangan Belian)

Debit Hasil
Kredit Akaun Perdagangan

5. Baki-baki belanja dan hasil yang dipindahkan ke Akaun Untung Rugi


Contohnya
 Belanja (Sewa, Kadarbayaran, Gaji)

Debit Akaun Untung Rugi


Kredit Belanja

 Hasil (Jualan)

Debit Hasil
Kredit Akaun Untung Rugi

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 9


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

Latihan Pengukuhan
A. Pilih jawapan yang betul
1. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sebuah Buku Catatan Pertama
 Mempunyai lajur debit dan kredit
 Rekod catatan debit dahulu diikuti oleh catatan kredit
 Ruangan folio merekodkan rujukan akaun dalam lejar
Antara berikut, Buku Catatan Pertama yang manakah menepati ciri-ciri tersebut.
A. Jurnal Am
B. Buku Tunai
C. Jurnal Jualan
D. Buku Tunai Runcit

2. Urusniaga yang manakah dicatat dalam Jurnal Am?


I. Menjual kenderaan lama dan menerima cek
II. Mengeluarkan tunai untuk kegunaan pejabat
III. Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga
IV. Memasukkan komputer peribadi ke dalam perniagaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Antara berikut, yang manakah tidak direkodkan dalam Jurnal Am?


A. Ambilan tunai
B. Ambilan barang niaga sebagai sampel
C. Ambilan barang niaga untuk kegunaan pejabat
D. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi

4. Kedai Perabot Mewah menerima Invois daripada Pembekal Mokhtar untuk pelbagai almari dan
rak pameran bernilai RM3 600. Buku Catatan Pertama manakah yang digunakan untuk
merekod butiran invois tersebut?
A. Jurnal Am
B. Jurnal Belian
C. Buku Tunai
D. Jurnal Jualan

5. Pemilik telah mengambil barang niaga untuk mempromosikan perniagaannya. Catatan di


Jurnal Am yang perlu dibuat oleh kerani perniagaan itu ialah
Debit Kredit
A Akaun Belian Akaun Stok
B Akaun Ambilan Akaun Belian
C Akaun Promosi Akaun Stok
D Akaun Promosi Akaun Belian

6. Apakah catatan bergu dalam Jurnal Am untuk merekod diskaun dibatalkan akibat daripada Poh
Chan yang tidak layan
Debit Kredit
A Akaun Diskaun Diberi Poh Chan
B Poh Chan Akaun Diskaun Diberi
C Akaun Diskaun Dibatalkan Poh Chan
D Poh Chan Akaun Diskaun Dibatalkan

Modul Guru / En Ismail Bin Othman / 10


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

7. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan


Separuh daripada kadar bayaran yang dibayar iaitu RM160 dengan cek merupakan kadar
bayaran untuk rumah kediaman pemiliknya
Apakah catatan bergu dalam Jurnal Am
Debit Kredit
A Akaun Kadar bayaran Akaun Bank
B Akaun Kadar bayaran Akaun Modal
C Akaun Ambilan Akaun Kadar bayaran
D Akaun Ambilan Bank

8. Syarikat Alatan Muzik telah menghantar nota debit kepada Syarikat KRU kerana terkurang caj.
Catatan bergu yang perlu direkodkan oleh kerani akaun Syarikat Alatan Muzik ialah
Debit Kredit
A Syarikat KRU Jualan
B Syarikat KRU Syarikat Alatan Muzik
C Syarikat Alatan Muzik Syarikat KRU
D Syarikat Alatan Muzik Jualan

9. Antara berikut, manakah catatan bergu yang betul apabila perniagaan memasukkan kenderaan
peribadi ke dalam perniagaan
Debit Kredit
A Akaun Kenderaan Akaun Pemiutang
B Akaun Kenderaan Akaun Modal
C Akaun Kenderaan Akaun Peribadi
D Akaun Kenderaan Akaun Tunai

10. Antara berikut, manakah catatan bergu yang betul jika perniagaan menjual kenderaan
perniagaan secara kredit
Debit Kredit
A Akaun Tunai Akaun Kenderaan
B Akaun Peribadi Akaun Kenderaan
C Akaun Modal Akaun Kenderaan
D Akaun Penghutang Akaun Kenderaan

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 11


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

B. Jawab soalan berikut


1. Pada 1 Jan 2009 Muhammad Deli memulakan perniagaan runcit dengan modal RM1000 tunai
di tangan dan RM5 000 tunai di bank.

Debit Kredit
Tarikh Butir F
(RM) (RM)
2009    
Jan-01 Tunai   1 000
  Bank   5 000
  Modal   6 000
      6 000 6 000

(Memulakan perniagaan pada tarikh ini)


   

2. Pada 1 Jan 2009 Abu Bakar memulakan perniagaan runcit dengan modal RM5 000 tunai di
tangan dan RM25 000 tunai di bank dan membawa masuk kenderaan bernilai RM10 000

Debit Kredit
Tarikh Butir F
(RM) (RM)
2009
Jan-01 Tunai   5 000  
  Bank   25 000  
  Kenderaan   10 000  
  Modal     40 000
      40 000 40 000

(Memulakan perniagaan pada tarikh ini)


       

3. Pada 1 Jan 2009 Kurnain memulakan perniagaan Kedai Buku dengan baki-baki berikut: Tunai
di tangan RM500, Tunai di bank RM30 000, Stok RM5 000, Penghutang: Lala RM500 dan
Pemiutang Nani RM3 500

Debit Kredit
Tarikh Butir F
(RM) (RM)
2009        
Jan-1 Tunai   500  
  Bank   30 000  
  Stok   5 000  
  Penghutang   500  
  Pemiutang     3 500
  Modal     32 500
      36 000 36 000

(Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik pada tarikh ini)


       

Modul Guru / En Ismail Bin Othman / 12


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

4. Murad, pemilik Mardi Enterprise ialah pemborong kain di Bandar Dungun . Pada 1 Jan 2009
, baki-baki aset dan liabiliti perniagaan adalah seperti berikut:
Lengkapan RM15000
Stok 20 000
Bank 10 000
Pemiutang – A Samad 5 000

Debit Kredit
Tarikh Butir F
(RM) (RM)
2009        
Jan-1 Lengkapan   15 000  
  Stok   20 000  
  Bank   10 000  
  Pemiutang     5 000
  Modal     40 000
      45 000 45 000

(Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik pada tarikh ini)


       

5. Catatkan urusniaga yang berikut ke dalam Jurnal Am Kedai buku Bob


Jun 3 Bob membawa masuk sebuah komputer peribadi yang bernilai RM3 900 untuk
kegunaan perniagaan
4 Van peribadi Bob bernilai RM39 900 digunakan sebagai van serahan perniagaan
7 Bob membayar belanja am perniagaanbernilai RM240 dengan tunai peribadi

Debit Kredit
Tarikh Butir F
(RM) (RM)

Jun 3 Alatan Pejabat 3 900


Modal 3 900

(membawa masuk computer ke dalam perniagaan)

4 Kenderaan 39 900
Modal 39 900

(membawa masuk kenderaan ke dalam perniagaan)

7 Belanja am 240
Modal 240

(membayar belanja am perniagaan dengan wang


sendiri)

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 13


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

6. Rekodkan urusniaga berikut dalam Jurnal Am


a. Membeli sebuah komputer berkos RM4 850 daripada Syarikat Komputer Intech untuk
kegunaan perniagaan

b. Sebuah komputer terpakai bernilai RM650 dijual kepada Pei Sen secara kredit

c. Menjual perabot lama bernilai RM430 secara kredit kepada Puspawita pada harga RM430

d. Sebuah komputer terpakai dengan nilai buku RM1 250 dijual secara kredit kpd Shahizan
pada harga RM1 000

e. Tukar beli perabot lama bernilai RM310 kepada Syarikat Lian Seng sebagai sebahagian
daripada bayaran untuk perabot baru berharga RM1 050 yang dibekal dengan cara kredit

f. Mengambil barang berkos RM367 untuk kegunaan sendiri.

g. Syarikat komputer Asia Com mengambil sebuah komputer berkos RM4 670 daripada
stoknya untuk kegunaan pejabat.

h. Satu pertiga daripada bayaran premium insurans sebanyak RM1 500 adalah untuk insurans
nyawa isterinya.

i. Sebuah mesin taip pejabat bernilai RM210 dikeluarkan untuk kegunaan anaknya di rumah.

Modul Guru / En Ismail Bin Othman / 14


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 4 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
4.2 Jurnal Am

Debit Kredit
Tarikh Butir F
(RM) (RM)
a Alatan Pejabat 4 850
Syarikat Komputer Intech 4 850
(Membeli komputer secara kredit)

b. Pei Sen 650


Alatan Pejabat 650
(Menjual komputer secara kredit)

c. Puspawita 430
Perabot 430
(Menjual perabot secara kredit)

d. Shahizan 1 250
Alatan Pejabat 1 000
Rugi atas jualan aset 250
(Menjual komputer secara kredit)

e Perabot 1 050
Perabot 310
Syarikat Lian Seng 740
(Membeli perabot secara kt dgn menukar perabot lama)

f. Ambilan 367
Belian 367
(Mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri)

g Alatan Pejabat 4 670


Belian 4 670
(Mengambil barang niaga untuk kegunaan pejabat)

h Ambilan 500
Insurans 500
(Insurans yg dibayar 1/3 adalah untuk insurans
isterinya)

i Ambilan 210
Alatan Pejabat 210
(Mengambil mesin taip untuk kegunaan anaknya)

j Promosi 555
Belian 555
(Mengambil barang niaga untuk tujuan pengiklanan)

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 15

Anda mungkin juga menyukai