Anda di halaman 1dari 6

SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4

BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN


1.2 Pengeluaran

Tarikh : ...................................

PENGELUARAN
1. Ia bermaksud segala aktiviti memproses bahan mentah bagi menghasilkan barang separuh siap atau
barang siap bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

2. Pengeluaran termasuk penghasilan output atau produk dan perkhidmatan.

3. Barang/produk mesti mempunyai nilai faedah.

4. Nilai faedah bermaksud keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan dapat memuaskan keperluan
dan kehendak manusia yakni bentuk, tempat, masa dan milikan
a. Nilai Faedah Bentuk
 Mengubah bentuk sesuatu keluaran supaya menjadi lebih berguna. Contohnya gandum
diproses menjadi roti

b. Nilai Faedah Tempat


 Memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan. Contohnya petroleum
mentah dipindah dari lombong ke kilang untuk diproses

c. Nilai Faedah Masa


 Menyimpan barang sehingga barang itu diperlukan. Contohnya payung distorkan untuk
memenuhi permintaan pada musim hujan

d. Nilai Faedah Milikan


 Pertukaran milik daripada orang yang tidak memerlukan barang itu kepada orang yang
memerlukannya. Contohnya pengedar kereta Proton memindah milikan keretanya
kepada pengguna

2 JENIS PENGELUARAN:
1. Pengeluaran langsung
 manusia menghasilkan sendiri barang yang diperlukan
 tidak melibatkan pengkhususan (tiada agihan kerja)
 hasil tidak banyak dan hanya untuk keperluan keluarga
 barang yang dikeluarkan bukan untuk dijual
 dijalankan oleh petani sara diri dan masyarakat dulu

2. Pengeluaran tak langsung


 aktiviti yang melibatkan bantuan orang lain
 melibatkan pengkhususan (ada agihan kerja)
 lebihan keluaran dan boleh dijual untuk wang
 wang diguna untuk membeli barang atau perkhidmatan lain

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 6


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.2 Pengeluaran

Perbezaan

Pengeluaran Langsung Pengeluaran Tak Langsung


 Berlaku pada zaman silam  Berlaku pada masa sekarang
 Semasa keperluan dipenuhi dengan daya  Setiap individu hanya mengkhusus dalam
usaha sendiri, seperti menghasilkan makanan satu produk dan bertukar produk itu dengan
dan mendirikan tempat tinggal sendiri hasil orang lain untuk memenuhi
kehendaknya
 Kaedah pengeluaran primitif dan kurang  Kaedah pengeluaran berdasarkan
efiksyen kerana tiada pengkhususan pengkhususan adalah lebih cekap
 Jumlah pengeluaran kecil dan setakat untuk  Jumlah pengeluaran besar dan mempunyai
kegunaan sendiri sahaja lebihan. Lebihan itu boleh dijual
 Skala pengeluaran kecil  Skala pengeluaran besar

3 CABANG PENGELUARAN
Terdapat 3 cabang pengeluaran:
1. PERUSAHAAN
a. Industri Ekstraktif
 dikenali sebagai Industri Peringkat Pertama
 kegiatan eksploitasi sumber asli seperti kayu balak, bijih timah dan getah
 usaha mengeluarkan bahan mentah dari alam dan diproses menjadi barang siap
(barang separuh siap)
 contoh kegiatan pembalakan,pertanian dan perlombongan

b. Industri Perkilangan
 dikenali sebagai Industri Peringkat Kedua
 kegiatan memproses bahan mentah daripada industri ekstraktif menjadi barang
separuh siap atau barang siap
 contoh pemasangan kereta dan pengetinan makanan

c. Industri Pembinaan
 dikenali sebagai Industri Peringkat Kedua
 aktiviti membina struktur atau binaan yang besar
 kos mahal dan tidak boleh dilakukan di kilang
 contoh membina bangunan, jambatan dan pelabuhan

2. PERDAGANGAN
 aktviviti pengagihan barang/perkhidmatan dari tempat pengeluaran ke tempat yang diperlukan
 melibatkan perniagaan dan bantuan perniagaan seperti peruncitan, perniagaan borong, import-
eksport, insurans, perbankan, promosi dan sebagainya
 kegiatan perdagangan dapat menyempurnakan industri ekstraktif, perkilangan dan pembinaan

3. KHIDMAT LANGSUNG
 aktiviti pengeluaran yang tidak menghasilkan barang tetapi memberi perkhidmatan langsung
kepada pelanggan
 contoh peguam, doktor, guru dan akauntan
 khidmat yang ditawarkan memenuhi keperluan dan kehendak manusia

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 7


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.2 Pengeluaran

Latihan Pengukuhan
A. Lengkapkan rajah di bawah tentang jenis-jenis pengeluaran

Pengeluaran Langsung Pengeluaran Tak Langsung


Maksud Maksud

Kegiatan pengeluaran yang dilakukan oleh diri Seseorang individu bergantung kepada orsng lain
sendiri tanpa bantuan orang lain untuk untuk memuaskan keperluan dan kehendaknya. Hal
memuaskan keperluan dan kehendak mereka ini akan membawa kepada pengkhususan
sendiri

Ciri-ciri Ciri-ciri

 Kurang cekap  Adanya lebihan dalam hasil keluaran


 Tiada teknologi digunakan  Penggunaan teknologi dalam pengeluaran
 Hasil berkurang  Berlaku aktiviti pertukaran dan mambawa
 Tiada pertukaran kepada aktiviti perdagangan
 Diamalkan oleh masyarakat sara diri  Berlaku dalam masyarakat moden
 Kecekapan individu meningkat

B. Pilih jawapan yang betul


1. Apakah maksud pengeluaran ?
A Proses mengeluarkan barang dengan mesin
B Aktiviti yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan
C Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam penggeluaran
D Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindungan.

2. Proses pengeluaran ialah penciptaan nilai faedah. Antara berikut, aktiviti yang manakah bukan proses
penciptaan nilai faedah?
A Mengubah suai barangan untuk kegunaan tertentu
B Menghantar barang ke tempat yang memerlukan
C Menyimpan komoditi supaya tahan lama
D Melabel harga ke atas keluaran

3. Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan proses pengeluaran langsung?


A Aktiviti untuk menghasilkan barang
B Aktiviti menambah nilai faedah sesuatu keluaran
C Aktiviti menghasilkan keluaran untuk jualan langsung
D Aktiviti menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri

Soalan 4 – 5 berdasarkan petikan di bawah.

Tanjung Kepah ialah tempat penangkapan ikan yang baru diterokai. Tempat ini agak jauh
dari Pulau Pangkor, iaitu tempat biasa nelayan mendarat. Oleh sebab tempat ini baru dibuka, tempat
ini tidak dikenali oleh para pemborong ikan. Hanya beberapa orang pemborong yang datang
membeli ikan dan mengangkutnya sendiri ke tempat perniagaan mereka. Banyak ikan terpaksa di
bawa sendiri oleh para nelayan balik ke rumah mereka atau di bawa ke pasar Teluk Intan yang
terletak lebih kurang 80 km dari Tanjung Kepah.

Saban hari semakin banyak ikan yang ditangkap oleh para nelayan ini dan kerapkali
separuh daripada ikan ini menjadi busuk kerana tidak habis dijual kepada pemborong atau pembeli
yang datang ke pantai ini.

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 8


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.2 Pengeluaran

4. Kegiatan nelayan menangkap ikan di laut merupakan aktiviti pengeluaran


A ekstraktif
B perkilangan
C keluaran langsung
D perkhidmatan langsung

5. Adakah ikan busuk yang dinyatakan di dalam petikan di atas boleh dianggap sebagai keluaran?
A Ya, kerana ikan itu boleh dijadikan baja pokok
B Tidak, kerana proses penciptaan nilai faedah ke atas ikan tersebut tidak berlaku
C Tidak, kerana ikan tersebut dimakan sendiri oleh nelayan
D Ya, kerana kegiatan menangkapnya dari laut sudah terlaksana

6. Antara yang berikut, manakah aktiviti yang boleh digolongkan sebagai industri ekstraktif?
I memburu binatang
II melombong minyak
III mengeluarkan tayar
IV membina jambatan
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

7. Tok Wan memiliki beberapa buah bot menangkap ikan dan menjalankan perusahaan membuat
keropok. Keluarannya dipasarkan sendiri dan juga melalui peniaga lain. Dalam cabang pengeluaran
yang manakah Tok Wan terlibat?
A Ekstraktif dan perkilangan
B Ekstraktif dan perdagangan
C Ekstraktif, perkilangan dan perdagangan
D Ekstraktif, perkilangan, perdagangan dan khidmat terus

8. Kedai gunting rambut melaksanakan aktiviti


A pengeluaran langsung
B perkhidmatan tidak langsung
C pengeluaran tidak langsung
D perkhidmatan langsung

9. Perkhidmatan doktor, guru, penyanyi dan peguam dianggap sebagai pengeluaran kerana perkhidmatan
mereka
A menghasilkan pulangan
B meningkatkan perniagaan
C memenuhi kehendak manusia
D memberi keselesaan kepada pengguna

10. Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.
Apakah faedahnya kepada pengguna?
A Mengurangkan pembaziran
B Mengurangkan harga barang
C Mengurangkan kos pengeluaran
D Mengurangkan kos simpanan stok

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 9


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.2 Pengeluaran

D. Jawab soalan berikut


1. Jelaskan maksud pengeluaran

Semua aktiviti atau usaha produktif yang dijalankan untuk menghasilkan keluaran yang dapat
memuaskan keperluan dan kehendak manusia

2. Aktiviti pengeluaran dapat menghasilkan nilai faedah. Terangkan jenis nilai faedah yang terhasil
dalam aktiviti pengeluaran dengan disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai

Jenis nilai faedah yang terhasil dalam aktiviti pengeluaran adalah seperti berikut
i. Nilai faedah tempat
 Melibatkan pemindahan barang dari tempat pengeluaran ke tempat yang ada
permintaan
 Contohnya kayu balak dari hutan diangkut ke kilang papan

ii. Nilai faedah bentuk


 Melibatkan perubahan bentuk sesuatu barang kepada sesuatu yang lebih berguna
 Contohnya biji gandum dijadikan tepung ganduum

iii. Nilai faedah masa


 Menyimpan sesuatu barang dan mengeluarkannya apabila ada permintaan.
 Contohnya payung yang dihasilkan disimpan dalam gudang sehingga ada permintaan
pada musim hujan

iv. Nilai faedah milikan


 Hak milik barang berubah daripada seorang kepada orang lain.
 Contohnya pengeluar menjual hasil keluarannya kepada pemborong

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran langsung dan terangkan kelemahannya?

 Pengeluaran langsung bermaksud kegiatan pengeluaran oleh seseorang individu untuk


memuaskan keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga tanpa bantuan orang lain.

 Kelemahan pengeluaran langsung adalah seperti berikut


 Hasil keluaran adalah terhad dan tiada lebihan untuk melakukan pertukaran
 Justeru itu, tidak wujud aktiviti perdagangan
 Oleh yang demikian, masyarakat tidak dapat menikmati pelbagai jenis barang
 Akibatnya taraf hidup masyarakat sentiasa rendah
 Masyarakat hidup kemiskinan
 Kecekapan dalam pengeluaran tidak berlaku kerana individu melakukan pelbagai jenis
pekerjaan yang berbeza pada setiap masa

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 10


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.2 Pengeluaran

4. Apakah kelebihan pengeluaran tak langsung? Jelaskan tiga jenis kelebihan.

Pengeluaran secara tak langsung atau berpengkhususan mempunyai kelebihan seperti berikut
i. Meningkatkan kemahiran, menambahkan pengeluaran dan mengurangkan kos
 Individu yang mengkhusus dalam satu kerja akan mencapai kemahiran dalam kerja itu.
Justeru itu, mutu dan produktiviti kerjanya meningkat. Barang yang dikeluarkan akan
menjadi lebih banyak, lebih berkualiti dan pada kos yang rendah

ii. Membolehkan penggunaan mesin


 Pengeluaran secara tak langsung membolehkan proses pengeluaran dibahagikan kepada
beberapa pengendalian dengan setiap kendalian dijalankan oleh seorang pekerja yang
mengkhusus dalam kendalian itu. Oleh kerana setiap kendalian merupakan kerja yang
berulang-ulang, maka mesin boleh digunakan untuk mengganti pekerja yang boleh
dialihkan untuk melakukan kerja yang lebih produktif

iii. Mewujudkan perniagaan, perdagangan dan kemajuan


 Pengeluaran secara tak langsung menghasilkan lebihan. Lebihan seseorang individu
dapat ditukarkan dengan lebihan individu yang lain. Hal ini akan membawa kepada
perniagaan, perdagangan dan pembangunan

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 11

Anda mungkin juga menyukai