Anda di halaman 1dari 5

SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4

BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN


1.1 Keperluan dan Kehendak

Tarikh : ...................................

KEPERLUAN DAN KEHENDAK

KEPERLUAN
1. Ia bermaksud sesuatu perkara yang perlu ada bagi manusia untuk terus hidup.

2. Jika keperluan tidak dipenuhi, manusia akan mati.

3. Keperluan adalah sama dan tetap walaupun taraf hidup berubah.

4. Keperluan terdiri daripada:


a. Keperluan asas/fisiologi ~ makanan, tempat tinggal, Pakaian
b. Keperluan lain ~ pendidikan, perubatan, bekalan air dan elektrik, pengangkutan

KEHENDAK
1. Ia bermaksud sesuatu perkara yang menjadikan kehidupan manusia lebih selesa.

2. Jika kehendak tidak dipenuhi, manusia masih boleh meneruskan kehidupan.

3. Kehendak adalah tidak terhad dan berubah dari semasa ke semasa.

4. Ia berbeza mengikut faktor umur, jantina, status, taraf pendidikan dan pekerjaan seseorang.

5. Contoh ingin kereta mewah dan rumah banglo.

6. Manusia perlu menyusun kehendak mengikut keutamaan dan kemampuan mereka masing-masing.

Perbezaan

Keperluan Kehendak
 Mesti ada dan mesti diberi kepuasan  Tidak semestinya ada dan diberi
supaya manusia boleh hidup. kepuasan, hanya menyebabkan
kehidupan manusia lebih selesa.

 Jenis keperluan sama dan tetap untuk  Jenis kehendak berbeza mengikut taraf
semua orang. hidup

 Keperluan adalah tuntutan semulajadi.  Kehendak perlu dipelajari daripada


pengalaman

 Mudah diberi kepuasan.  Kompleks, tidak terbatas dan sukar


diberi kepuasan

 Terhad kepada makanan,minuman,  Tidak terhad iaitu pilihan adalah luas.


pakaian, tempat tinggal & sebagainya.

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 1


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.1 Keperluan dan Kehendak

Keperluan
Sempurna Diri

Keperluan
Penghargaannnnn

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Asas

KEPERLUAN FISIOLOGI
 keperluan asas + keperluan keselamatan
 keperluan asas mesti dipenuhi oleh manusia yang terdiri daripada makanan, tempat tinggal dan
pakaian.
 keperluan keselamatan penting kerana manusia perlu melindungi diri sendiri daripada ancaman luar
contoh mendapatkan khidmat polis dan bomba.

KEPERLUAN SOSIAL
 keperluan kasih sayang + keperluan penghargaan
 keperluan kasih sayang memerlukan manusia bergaul, bermuafakat dan tidak boleh bersendirian
 keperluan penghargaan membolehkan manusia dihormati, diberi pujian dan disanjungi.

KEPERLUAN ROHANI
 keperluan sempurna kendiri
 seseorang berusaha mencapai sesuatu yang sesuai dengan cita-cita dan kemampuannya
 manusia berasa puas dan gembira apabila sesuatu yang diusahakan berjaya
 contoh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan setelah berusaha bersungguh-sungguh

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 2


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.1 Keperluan dan Kehendak

Latihan Pengukuhan
A. Isikan jawapan yang tepat mengikut teori Abraham Maslow

Keperluan Keterangan
Keperluan asas paling asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, air, udara
Fisiologi
dan rehat
Keadaan yang memerlukan manusia merasakan dirinya bebas daripada segala
Keselamatan
ancaman dan bahaya seperti jenayah, kemalangan dan sebagainya
Keperluan untuk dikasihi dan disayangi oleh ibubapa, kawan, guru dan
Kasih Sayang
sebagainya. Contohnya persahabatan
Keperluan untuk dihormati atas sesuatu usaha, pencapaian dan kejayaan.
Penghargaan diri
Contohnya ahli sukan yang berjaya dalam sesuatu acara sukan
Keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru. Hal ini
Sempurna kendiri
juga berkaitan dengan kejiwaan atau keagamaan

B. Pilih jawapan yang betul


1. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keperluan manusia?
A Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kini
B Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup selesa dan seronok
C Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan sosial dan rohani
D Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur dan cita rasa seseorang

2. Pernyataan yang manakah menerangkan tentang keperluan manusia?


A Dipenuhi untuk kehidupan yang lebih sempurna
B Diperlukan untuk meninggikan status hidup
C Terlalu kompleks dan tidak terbatas
D Boleh disusun mengikut keutamaan

3. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Roslee.

RM RM
Jumlah Pendapatan 2500

Perbelanjaan :
Sewa Rumah 400
Belanja Dapur 600
Tambang 200
Bil air, elektrik, telefon 180
Yuran Kelab Rekreasi 150
Yuran Kelas Al-Quran 50
Premium Insuran Nyawa 220 1800
Baki 700

Berapakah jumlah Encik Roslee untuk memenuhi keperluan keselamatan dan rohani?
A RM 270
B RM 420
C RM 1380
D RM 1800

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 3


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.1 Keperluan dan Kehendak

4. Dari segi maksud, keperluan dan kehendak adalah sama, iaitu penerangan tentang kemahuan
manusia. Mengapakah Maslow menganggapnya berbeza?
A Berbeza dari segi cara pengeluarannya
B Berbeza dari segi harga penawarannya
C Berbeza dari segi jenis keluarannya
D Berbeza dari segi kepentingannya

5. Mengapakah kehendak manusia berbeza antara satu sama lain ?


A Taraf kehidupan berbeza
B keperluan fisiologi manusia berbeza
C Sumber untuk memenuhi keperluan asas berbeza
D Mata wang yang digunakan oleh manusia berbeza

6. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kehendak manusia?


A Bebas bergerak tanpa gangguan
B Membeli sebuah peti televisyen warna
C Membeli sebuah rumah untuk diduduki
D Mendapatkan rawatan kesihatan di klinik berhampiran

7. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah?
A Makanan dan minuman
B Basikal baru
C Rumah kediaman
D Kesihatan

8. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kehendak manusia?


A Kehendak manusia terdiri daripada barang-barang
B Kehendak manusia perlu dipenuhi sebagai asas untuk hidup
C Kehendak manusia mudah dipenuhi kerana terdapat sumber yang tidak terhad
D Kehendak manusia meningkat selaras dengan kemajuan teknologi

9. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kehendak manusia?


A Perlu dipenuhi untuk hidup
B Boleh disusun tingkatkan mengikut keutamaan
C Adalah sama walaupun taraf hidup manusia berubah
D Berbeza berdasarkan umur, cita rasa dan pendapatan individu.

10. Antara yang berikut yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow?
A Mendapat pendidikan tinggi
B Sentiasa mengikut perubahan fesyen
C Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat
D Menikmati kemudahan kesihatan yang cukup

D. Jawab soalan berikut


1. Apakah maksud keperluan Fisiologi?

Keperluan fisiologi ialah keperluan manusia yang paling asas dan perlu disempurnakan sebelum
keperluan lain. Keperluan ini merangkumi keperluan asas dan keperluan keselamatan.

Keperluan asas merupakan keperluan paling asas yang perlu dipenuhi untuk membolehkan manusia
meneruskan kehidupan. Keperluan asas terdiri daripada makanan, pakaian, tempat tinggal, air dan
udara bersih

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 4


SMK DATO’ SETH, YONG PENG NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.1 Keperluan dan Kehendak

Keperluan keselamatan bermaksud keperluan untuk perlindungan agar manusia merasa dirinya bebas
daripada ancaman seperti cuaca buruk, ancaman binatang buas, ancaman daripada peperangan atau
rusuhan dan ancaman-ancaman lain

2. Walaupun seseorang individu dalam masyarakat moden mempunyai pelbagai kehendak, namun
individu tersebut lebih mengutamakan keperluan asas. Jelaskan pernyataan ini.

Individu lebih mementingkan keperluan asas kerana


 Keperluan asas perlu untuk terus hidup pada tahap keselesaan yang minimum. Contohnya ialah
makanan, pakaian dan tempat tinggal. Lain-lain keperluan asas manusia moden ialah seperti
bekalan air paip, bekalan elektrik dan perubatan

 Manakala kehendak pula merupakan barangan dan perkhidmatan yang membolehkan manusia
hidup dengan selesa. Contohnya rumah besar, pakaian berfesyen, kereta dan lain-lain. Hal ini
adalah pelengkap kepada keperluan manusia. Oleh itu manusia boleh hidup tanpa barang-
barang dan perkhidmatan ini.

3. Pelapor Teori Hieraki Keperluan Manusia, Abraham Maslow berpendapat seseorang individu hanya
akan berusaha mencapai kesempurnaan diri setelah mencapai beberapa keperluan lain yang dianggap
lebih penting. Apakah keperluan lain yang dimaksudkan oleh Abraham Maslow

Mengikut Abraham Maslow, sebelum mencapai kesempurnaan diri, manusia akan mementingkan
keperluan-keperluan lain yang lebih penting iaitu
 Keperluan asas
 Terdiri daripada keperluan untuk makanan, air, udara dan rehat
 Keperluan ini membolehkan tubuh badan manusia berfungsi
 Tanpa keperluan ini, manusia tidak boleh hidup

 Keperluan keselamatan
 Merujuk kepeda keperluan manusia untuk merasakan dirinya bebas daripada segala
ancaman seperti jenayah, keselamatan di tempat kerja dan lain-lain
 Keperluan ini dapat dipenuhi oleh pihak kerajaan melalui penubuhan pasukan polis dan
penggubalan undang-undang, penyediaan pelbagai polisi insurans dan lain

 Keperluan kasih sayang


 Hal ini merujuk kepada kasih sayang sesama manusia, persahabatan dan kemesraan
 Keperluan ini penting agar manusia tidak berasa sunyi, terpengaruh dengan gejala
sosial dan sebagainya

 Keperluan penghargaan
 Merupakan keperluan manusia untuk dihargai, disanjungi, dihormati serta dikenang
atas semua usaha atau kejayaan yang telah dicapai
 Contohnya kejayaan seseorang individu dalam sukan dan pendidikan

Modul Guru / En Ismail bin Othman / 5

Anda mungkin juga menyukai