Anda di halaman 1dari 23

PENULISAN AKEDEMIK

AT 10603

TAJUK: PROSES ADAT PERKAHWINAN ETNIK BRUNEI DI


KAMPUNG BENONI PAPAR, SABAH.

1
NAMA : NORASHIKIN BINTI SAHARUDIN

KAD MATRIKS : BA18110626

KOS &MASA TUTORIAL: HA14 SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI


SOSIAL ( SELASA : 9-10 AM)

NAMA PENSYARAH: PROF DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN

NAMA TUTOR: MISS RAIHAN ANAS

1.0 Pengenalan

Tidak banyak kajian atau tulisan yang menceritakan tentang orang Brunei di
Sabah mahupun sejarah kedatangan mereka ke Sabah. Mereka sering dikaitkan
dengan negara Brunei Darulssalam. Keadaan ini disebabkan oleh kedudukan geografi
kedua-dua wilayah tersebut yang bersempadan dan berlakunya interaksi dua hala
secara langsung dan tidak langsung antara penduduknya. Keadaan ini memungkinkan
berlakunya banyak perkara. Antara perkara yang paling ketara, berlakunya
penghijrahan, perkahwinan, hubungan dagang dan hubungan sosial antara penduduk
daripada kedua-dua wilayah berkenaan.

Menurut Asmiaty Amat (2012) mengatakan sejarah migrasi orang Brunei ke Sabah
bermula semasa pemerintahan Sultan Brunei kelima, iaitu Sultan Bolkiah ( 1485-152 ).
Kewujudan orang Brunei di Sabah dikaitkan dengan sejarah kedatangan Kesultanan
Melayu Brunei. Ini kerana sejarah Sabah adalah sebahagian daripada sejarah Kerajaan

2
Brunei tradisi sebelum bermulanya penjajahan British pada 1881. Sebelum Sabah
merdeka, orang-orang Brunei di Sabah masih lagi berulang-alik ke Brunei dengan
pelbagai sebab umum seperti faktor ekonomi, sosial dan politik.

Walaubagaimanapun pada kali ini, pengkaji lebih menumpukan perhatian kepada


proses adat perkahwinan di Kampung Benoni, Papar. Terdapat beberapa faktor
memilih tajuk kajian ini adalah pengkaji ingin lebih memahami dengan lebih mendalam
tentang adat perkahwinan orang Brunei di Sabah yang telah diperturunkan sejak
turun-temurun disamping lokasi yang dipilih tersebut iaitu di Papar kerana terdapat
ramai orang Brunei yang masih berpegang kuat pada adat walaupun terdapat unsur
moden terutamanya di Kampung Benoni.

2.0 Proses adat perkahwinan etnik Brunei di Kg. Benoni, Papar

Menurut Amran kasimin (1995) adat dapat didefinisikan sebagai alat kebiasaan
atau peraturan yang merupakan adat resam termasuklah bersopan santun apabila
bertutur yang menjadi sifat dan sikap manusia secara semula jadi yang akan diwarisi
secara turun-temurun. Selain itu, menurut Amran kasimin(1995) juga, adat
merupakan kebiasaan sesuatu perbuatan yang diulan-ulang dan diterima oleh
masyarakat sebagai sesuatu peraturan hidup yang mesti sebagai contoh adat
perkahwinan yang diamalkan secara turun-temurun atau diwarisi daripada nenek
moyang mereka. Hal ini dapat dilihat dalam perkahwinan etnik Brunei yang masih

3
meneruskan adat perkahwinan yang diturunkan oleh nenek moyang mereka.
Manakala perkahwinan pula adalah penyatuan seorang lelaki dan wanita dan zuriat
yang dilahirkan oleh seorang perempuan akan diakui sebagai anak kepada kedua-dua
pihak. Perkahwinan juga dapat ditafsirkan sebagai penerimaan masyarakat terhadap
hak seorang lelaki dan wanita untuk hidup sebagai suami isteri (Lucy Mair,1965).
Walaubagaimanapun, tanggapan orang melayu Brunei terhadap perkahwinan ialah
satu tahap sejarah dalam hidup seseorang. Bagi mereka perkahwinan adalah sesuatu
yang murni, anugerah illahi untuk membina sebuah mahligai yang harmoni.
Perkahwinan tersebut bertujuan membentuk komuniti yang kecil dalam sesebuah
rumah tangga selain memenuhi keperluan naluri manusia sebagai suami dan isteri.
Kerana itu pada umumnya, perkahwinan dari kaca mata orang melayu Brunei adalah
sekali bagi seseorang, lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Bagi orang yang
berkahwin berkali-kali, pada umumnya masyarakat masih tidak dapat
menggangapnya sebagai yang lumrah. Kerana itu, perkahwinan perlu dirancang,
supaya segala upacara dapat dijalankan sebaik-baiknya. Keizinan orang tua perlu
dipinta dan restu daripada mereka perlu diperoleh. Adat istiadat perlu dilalui dan adat
berkampung mesti dihormati. Dalam masyarakat yang dikatakan moden, pertemuan
diantara teruna dan dara boleh terjadi tanpa banyak rintangan, sama ada di tempat
kerja, di majlis-majlis tertentu atau sebagainya. Perkahwinan hasil daripada
pertemuan bebas seumpama ini dalam banyak hal boleh melangkaui adat-adat
kelaziman perkahwinan yang biasanya dilakukan. Walaupun demikian, dalam
masyarakat yang masih tertutup, pertemuan pasangan lelaki dan perempuan sukar
terjadi. Hubungan diantara kedua-dua pihak sukar dijalin kecuali melalui orang
perantaraan sebagai penghubung dan untuk mengetahuihal diri kedua-dua belah
pihak. Perkara ini dapat disimpulkan adat perkahwinan dapat berubah dari semasa ke
semasa dan sesebuah perkahwinan juga mestilah dapat pengiktirafan oleh semua
pihak samada pihak keluarga, masyarakat dan undang-undang. Hal ini dapat dilihat
melalui perkahwinan brunei dimana masyarakat memberikan reaksi dan peranan
dalam melangsungkan sesebuah majlis perkahwinan.

Perkahwinan orang brunei hampir sama dengan adat perkahwinan pribumi lain di
Sabah. Apabila seorang pemuda berkenan akan seseorang gadis, dia akan
memaklumkan perkara tersebut kepada kedua-dua orang tuanya. Kemudian ibu bapa

4
pemuda tersebut akan menghantar wakil untuk merisik gadis yang diingini
dikahwininya.

5
Sebelum adat perkahwinan Brunei

i. Merisik (meninjau)

Daripada segi prinsipnya, merisik bermaksud menyisat dengan lebih dekat lagi
tentang kedudukan seorang perempuan itu sama ada sudah bertunang atau
sebaliknya. Ini dilakukan apabila seseorang lelaki itu tertarik hati kepada seorang
perempuan yang tidak dikenali dan ingin memperisterikannya, ataupun pada diri
seseorang lelaki itu telah timbul keinginan untuk beristeri dan masalah pemilihannya
diserahkan bulat-bulat kepada kedua ibu bapa.

Selepas itu, pihak lelaki akan menghantar rombongan yang biasanya yang terdiri
daripada dua hingga empat orang yang terdiri daripada saudara kepada orang tua
atau yang mempunyai pertalian saudara seperti mak cik atau pak cik, tidak kira sama
ada daripada adik beradik sebelah bapa atau ibu si lelaki. Amalan ini dilakukan untuk
mendapatkan maklumat tentang diri perempuan yang hendak dikahwini. Ia dilakukan
untuk mengetahui sama ada perempuan itu telah berpunya atau belum, mengetahui
tentang ahlak, tingkah laku, tabiat, termasuk kesopanannya terhadap orang tua dan
lain-lain lagi. Wakil juga ingin mengetahui tentang didikan agama, sama ada telah
khatam Al-quran atau tidak. Ciri-ciri lain yang wujud pada diri perempuan tersebut
juga dipertimbangkan untuk dijadikan neraca bagi menilai diri perempuan tadi. Bagi
kebanyakan orang, latar belakang kedua-dua ibu bapa juga diperkirakan dalam hal
mencari isteri. Hal ini bertujuan agar lelaki tersebut mendapat pasangan yang baik
sama ada sebagai isteri atau anak-anak mereka kelak. Malah dalam al-quran juga
terdapat garis panduan untuk setiap lelaki yang ingin mencari pasangan hidup.

Selain itu, terdapat peruntukan hari-hari yang patut dipatuhi semasa melakukan
risikan di rumag si gadis. Misalnya melayu brunei memperuntukan hari seperti hari
isnin, khamis dan jumaat adalah hari yang baik untuk tujuan tersebut. Biasanya
sesuatu pekerjaan yang besar yang dilakukan pada hari-hari ini dipercayai akan
melahirkan natijah yang baik.

6
Walaubagaimanapun, terdapat perkara yang perlu ada dalam adat merisik dalam
etnik brunei. Misalnya, bagi rombongan lelaki yang ingin pergi ke rumah perempuan
tersebut perlu membawa sekurang-kurangnya RM 50.00 ringgit sebagai hadiah dan
tanda penghormatan kepada keluarga perempuan tersebut. Sejurus selepas itu, wakil
rombongan lelaki seperti orang tua akan melakukan “Buka Mulut” atau sebagai
pembuka bicara yang bermatlamat ingin menyatakan hasrat bagi pihak lelaki ingin
melamar perempuan tersebut untuk dijadikan isteri.Keputusan penerimaan pihak
perempuan terhadap keputusan itu Selalunya keputusan tidak dibuat pada hari itu
tetapi selang 2 hari atau ada juga berminggu baru keputusan tersebut disampaikan
kepada pihak lelaki. Ini dipanggil sebagai “adat berjarum”. Setelah mengetahui
jawapan, pihak pengantin lelaki akan pergi sekali lagi ke rumah pengantin perempuan
untuk menanyakan tentang “tanda pertunangan”. Jika wanita tersebut bersetuju
menerima lamaran lelaki tersebut peringkat seterusnya akan dilakukan iaitu
mangadakan pertunangan.

Walaubagaimanapun, terdapat peraturan yang pelu dipatuhi sebelum


melangsungkan perkahwinan tersebut.Menurut Rokiah Awang(2018) Jika sekiranya,
pasangan tersebut samada pengantin lelaki atau perempuan yang mempunyai
saudara yang lebih tua tetapi belum berkahwin, pasangan tersebut akan didenda.
Misalnya kalau kesalahan tersebut berpihak kepada perempuan, perempuan tersebut
perlu membeli cincin dan baju kurung manalaka bagi pihak lelaki, baju melayu sebagai
membayar denda tersebut. Amalan ini disebut sebagai “langkah dulang” atau panasan.
Hal ini jika tidak dilakukan, pasangan tersebut tidak akan dikurniakan anak dan nasib
malang akan menimpa mereka.

ii. Pertunangan

Setelah lamaran diterima, istiadat pertunangan akan menyusuli pada tarikh yang
dipersetujui. Pertunangan ialah simbol ikatan perhubungan antara lelaki dan
perempuan yang akan menjadi suami isteri. Sejurus sahaja lamaran diterima, upacara
tanda pertunangan akan dilakukan. Semasa dilaksanakan upacara tanda pertunangan,
rombongannya terdiri daripada ibu bapa bakal pengantin beserta sanak saudara yang

7
terdekat. Biasanya ahli rombongan ini lebih banyak bilangannya berbanding semasa
merisik dan bajarum.Mereka akan membawa lebih kurang RM50 ringgit hingga RM120.
Selain itu, mereka juga akan membawa sebentuk cincin emas, sirih junjung dan
lain-lain kelengkapan seperti kasut, kain baju dan lain-lain. Barang-barang tersebut
biasanya akan diletakkan di dalam beberpa biji dulang gangsa dan digubah dengan
cantik. Bagi pihak perempuan pula, mereka tidak akan membiarkan pihak lelaki pulang
dengan dulang yang kosong. Oleh itu, mereka juga akan menyediakan barang-barang
yang sesuai untuk diisi ke dalam dulang sebagai balasannya.Menurut Rokiah awang
( 2018) penghantaran dulang pada masa itu lebih banyak jika dibandingkan dengan
penghantaran berian pada majlis perkahwinan dilangsungkan.

Apabila rombongan lelaki tiba di rumah pihak pengantin perempuan, mereka akan
disambut dengan penuh istiadat oleh keluarga pihak perempuan. Setelah menyatakan
hasrat kedatangan, perbincangan daripada segi menentukan tempoh pertunangan
akan dibincangkan mereka, hantaran yang diminta. Upacara yang penting sekali
dalam adat menghantar tanda pertunangan ini ialah upacara menyarungkan cincin ke
jari manis gadis yang bakal disunting. Biasanya ia akan dilakukan oleh ibu bakal
pengantin lelaki atau wakilnya. Si gadis tadi kemudiannyaakan bersalaman dengan
bakal ibu mertua serta saudara-mara pihak lelaki yang datang.

Dalam kes putus tunang yang berkemungkinan akan berlaku, sekiranya pihak
lelaki yang memutuskan pertunangan, sebarang hantaran yang telah diberikan kepada
pihak perempuan tidak akan dikembalikan kepada pihak lelaki. Namun sekiranya pihak
perempuan memutuskan pertunangan, hantaran beserta cincin pertunangan perlu
dikembalikan kepada pihak lelaki. Pada masa ini penentuan berian juga akan
dibincangkan mereka.

iii. Penentuan berian dan mas kahwin

8
Setelah tempoh pertunangan tamat dan tarikh menghantar berian tiba, maka
rombongan pihak lelaki akan datang sekali lagi ke rumah bakal pengantin perempuan.
Adat ini dimeriahkan dengan hantaran berupa jumlah berian, belanja hangus,
pelangkahan dan sebagainya. Menurut Tuan Haji Saman (2018) jumlah berian yang
diminta adalah berupa belanja rumah,katil, belanja kedai dan seekor kerbau jantan
yang besar. Anggaran ini jika dikira berjumlah RM10,000 yang merupakan berian yang
paling minimum jika hendak melangsungkan. Berian merupakan pemberian yang
berbentuk hadiah yang diberikan kepada bakal pengantin perempuan begitu juga
dengan sebaliknya. Pemberian ini boleh berbentuk wang ringgit atau berupa benda
yang bernilai. Manakala mas kahwin pula, bagi etnik brunei di sabah adalah berjumlah
RM 100 bagi yang bujang, manakala yang janda berjumlah RM80. Mas kahwin ialah
suatu pemberian yang wajib di berikan oleh suami kepada isteri mengikut hukum islam.
Penentuan jumlahnya bergantung kepada persetujuan daripada kedua-dua belah
pihak. Oleh kerana perkara penetapan berian dimaklumkan oleh orang tua bakal
pengantin perempuan di hadapan majlis, maka jarang-jarang berlakunya tawar
menawar yang dibuat oleh orang tua bakal pengantin lelaki. Hal ini mungkin dianggap
sebagai satu keaiban bagi mereka. Sebaliknya, orang tua bakal pengantin perempuan
pula jarang-jarang meletakkan jumlah harga yang tinggi kerana takut pula dituduh
‘menjual anak’.Menurut Rokiah binti Awang pemberian mas kahwin akan diberikan
sendiri oleh si suami kepada si isteri sebaik sahaja selepas akad nikah. Namun begitu,
mas kahwin atau berian ini sebenarnya ialah suatu yang dituntut dalam perkahwinan
kerana ia suatu penentuan yang ditetapkan dalam islam.

Perihal dalam menetapkan berian ini juga sebenarnya, melalui satu perjanjian
atau berbatu-batu mengikut adat etnik brunei ini. Dalam perjanjian ini, hantaran akan
dianggap hilang atau terhapus jika sekiranya pihak lelaki yang ingkar, sama ada tidak
mahu meneruskan perkahwinan atau berubah fikiran pada saat-saat akhir, iaitu
setelah upacara adat menghantar berian dibuat. Namun, jika bakal pengantin
perempuan ingin membatalkan perkahwinan, maka pihak perempuan mesti
mengembalikan hantaran dengan kos yang berganda. Sehubungan itu, perkara lain
yang perlu dibincangkan kedua-dua pihak semasa majlis menghantar tanda
pertunangan itu ialah penetapan tarikh untuk upacara majlis menghantar berian. Hal
ini akan dipilih pada hari yang baik, bulan baik mengikut kalendar islam dan dengan
persetujuan kedua-dua belah pihak.

9
Penentuan mengenai tarikh melangsungkan upacara perkahwinan akan diminta
oleh ketua rombongan bakal pengantin lelaki, semasa majlis menghantar berian ini.
Makluman tarikh berkenaan merupakan sesuatu yang dianggap penting kerana, selain
memudahkan kedua-dua belah pihak membuat persediaan awal. Para hadirin juga
akan dapat mengetahui, masa akan mereka akan berkumpul beramai-ramai
( berurung-urung) selain sebagai peringatan kepada mereka supaya tidak
mengadakan majlis -majlis atau upacara yang serupa atau yang lain semasa tarikh
tersebut.

Semasa adat perkahwinan etnik Brunei

iv. Perkahwinan

Perkahwinan etnik brunei terdiri daripada beberapa proses yang perlu dipatuhi
dalam masyarakat tersebut. Antaranya adat berbedak, berinai, akad nikah,
bersanding dan adat bersuap.

Langkah pertama dimulakan dengan adat berbedak yang merupakan tradisi orang
brunei. Majlis berbedak dalam masyarakat melayu Brunei dikenali sebagai “malam
masuk berbedak”. Majlis ini berbeza sedikit daripada majlis “Berbedak mandi” kerana
jemputan yang diundang lebih ramai daripada majlis berbedak mandi yang hanya
dihadiri oleh keluarga terdekat. Majlis ini agak meriah dan diadakan di kedua-dua
rumah bakal pengantin. Mula-mula diadakan dirumah bakal pengantin perempuan,
selepas itu baharulah diadakan di rumah bakal pengantin lelaki. Pada kebiasaannya
keperluan untuk majlis ini bagi bakal pengantin perempuan ialah bedak lutut, bedak

10
malam, segangsa, bunga-bungaan, langsir, dian empat pucuk, dian kecil dua kotak,
dan pakaian persalinan seperti kain putih, tuala dan kain baju yang disediakan oleh
keluarga bakal pengantin perempuan. Bapa bakal pengantin merupakan orang yang
mula-mula sekali “membedaki” bakal pengantin dan selepas itu diikuti oleh bakal bapa
mentua. Apabila kaum lelaki membedaki, barulah giliran perempuan memulakannya
dengan didahului oleh ibu bakal pengantin dan ibu mentua bakal pengantin. Namun
majlis ini sudah tidak beberapa lagi diadakan pada malam hari pada zaman sekarang.
Perubahan ini ialah untuk memudahkan kaum kerabat yang tinggal jauh
menghadirkan diri ke rumah pengantin. Apa yang penting “majlis berbedak” ini ialah
untuk memberi seri wajah kepada bakal pengantin sewaktu melaksanakan majlis
berinai. Selain itu, menurut Rokiah binti Awang ( 2018 ) selain adat berbedak
dilakukan, terdapat juga “adat mandi renjis” yang diamalkan di Kampung Benoni,
Papar. Mandi renjis dilakukan selepas pertunagan atau 44 hari sebelum perkahwinan.
Ia merupakan mandi 4 penjuru dan mandi renjis ini dapat disamakan dengan mandi
bunga. Antara bahan-bahan yang terdapat disitu ialah kayu langir atau kayu manis
yang direndam dalam air yang mengeluarkan bau wangian. Mandi renjis dilakukan
adalah untuk menaikkan seri wajah bakal pengantin.

Sejurus selepas itu, majlis berpacar dilakukan. Majlis berpacar merupakan acara
yang tidak kurang pentingnya di dalam masyarakat melayu tradisional di negara
Brunei. Di semenanjung malaysia, majlis ini dipanggil sebagai majlis berinai. Di negara
kita majlis ini dilakukan sekali sahaja pada sebelah malam sehari sebelum
menjelangnya “Hari akad nikah”. Majlis ini dilakukan secara berasingan di rumah
pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Di dalam majlis tersebut, upacaranya
hanya dihadiri oleh sebilangan kecil orang-orang tua dan ahli keluarga yang terdekat.
Di dalam upacara itu, pengantin akan duduk di sisi katil bilik dengan kedua-dua belah
kaki dihanjurkan ke hadapan. Orang yang akan memulakan upacara itu adalah kedua
ibu bapa bakal pengantin dan diikuti oleh para jemputan. Setelah selesai memacari
pengantin, pacar-pacar yang diletakkan ini akan ditambah dengan pacar-pacar yang
baru agar lebih tersusun. Perkara ini dilakukan oleh “pengangun” dengan dibantu oleh
beberapa perempuan yang lanjut usia. Pacar-pacar yang dilekatkan pada bahagian
tangan dan kaki itu booleh dibuka dalam masa 2 atau 3 jam. Pacar membawa maksud
iaitu sebuah lambang bagi dua pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah
tangga. Walaubagaimanapun, adat ini sudah jarang dilakukan tetapi ia masih

11
diamalkan. Pada umumnya, orang melayu Brunei melakukan adat ini tanpa memahami
segala bentuk keperluan dan falsafah mengapa adat ini perlu. Adakalanya, adat ini
dilakukan tanpa ibu bapa kandung atau bakal mertua tetapi hanya menggunakan
pertolongan teman biasa yang turut menginai kuku jari tangannya. Adat ini dilakukan
hanya untuk bersuka-suka sahaja.

Selepas itu, upacara akad nikah telah bermula. Akad nikah daripada perkataan
bahasa arab iaitu ‘aqd’ yang merupakan ikrar perkahwinan. Dimaksudkan dengan
akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan dan wakilnya dan qabul dari
pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses
atau upacara perkahwinan menurut islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau
diwakilkan kepada seorang jurunikah.Upacara akad nikah akan dimulakan setelah
rombongan pihak bakal pengantin lelaki telah sampai ke rumah pengantin perempuan.
Bakal pengantin tersebut telah diiringi oleh keluarga terdekat pengantin tersebut serta
juga diiringi oleh pengapit pengantin lelaki.

Gambar 1: Bakal pengantin lelaki tiba ke rumah pengantin perempuan

Dengan diiringi oleh pengapit lelaki.

12
Dalam adat perkahwinan orang Brunei, majlis “akad nikah” dilangsungkan di
rumah bakal pengantin perempuan pada sebelah petang hari jumaat kira-kira jam
2.00 hingga 3.00 petang, ataupun petang hari sabtu pagi kira-kira jam 10.00 hingga
11.00 pagi. Majlis ini akan dimulai dengan bacaan khutbah perkahwinan oleh
jurunikah yang diberi tauliah atau diiktiraf oleh Majlis agama islam sabah. Perkara ini
perlu didengar dengan teliti oleh pengantin dan disaksikan oleh orang ramai sebagai
peringatan kepada mereka. Setelah itu, jurunikah akan menyerahkan majlis ini kepada
wali, iaitu ayah pengantin perempuan atau wali wakilnya. Pada kebiasaanya, wali akan
menjalankan upacara akad nikah atau ijab kabul ini. Namun kadang-kadang, wali akan
meminta jurunikah untuk mewakili upacara akad nikah atau ijab kabul berkenaan.
Semasa dijalankan ijab kabul, dua orang saksi akan mendengar dan memerhati
dengan teliti. Sebaik sahaja selesai ijab kabul yang dijawab dengan sempurna, semasa
pengantin lelaki memegang tangan imam, para saksi akan dirujuk oleh tuan imam
untuk mendapatkan mereka sama ada lafaz ijab dan kabul itu sempurna dan terang
atau sebaliknya. Setelah sah dan sempurna ijab kabul tadi, doa selamat pun dibaca
dan diaminkan oleh semua hadirin. Sebelum dijalankan upacara akad nikah, ada
beberapa perkara lagi yang perlu dibuat terlebih dahulu. Antaranya ialah pengantin
lelaki perlu berwuduk terlebih dahulu, berlatih membaca dua kalimah syahadah dan
taklik perkahwinan dengan diperhatikan oleh tuan imam. Wali dan dua orang saksi
akan bertanya kepada pengantin perempuan, sama ada rela dinikahkan dengan lelaki
yang bakal menjadi suaminya itu. Tuan imam akan membaca khutbah nikah di
hadapan pengantin lelaki dengan disaksikan oleh orang ramai. Setelah akad nikah ini
sempurna, maka sahlah sudah ikatan pertalian mereka sebagai suami isteri.Tambahan
pula, melalui akad nikah anak yang akan dilahirkan oleh pasangan tersebut akan
dilahirkan secara sah dan diiktiraf sebagai keluarga mereka.

Sejurus selesainya akad nikah, adat “basuh kaki” akan dijalankan atau disebut
sebagai ‘Buri Fu ‘o’ adalah suatu kebiasaan dimana kaki pengantin akan disiram
dengan air. Hal-hal yang diperlukan untuk upacara ini adalah air, sebuah parang dan
pengasah batu ( semacam batu tang digunakan untuk mempertajam sesuatu). Setiap
calon pengantin harus mengambil dari salah satu kasut mereka. Pengantin wanita
perlu meletakkan kaki kanan di atas pengasah batu dan kemudian mempelai itu akan
menginjak kaki kanan pengantin wanita dengan kaki kanannya. Keluarga pengantin
lelaki akan mula menyiram air ke kaki pengantin dan setelah mereka selesai, mereka

13
harus menyerahkan wang atau perhiasan sebagai hadiah untuk orang tua dilantik
mewakili pengantin. Di masa lali, hadiah itu tidak biasanya dalam bentuk wang tunai.
Sebaliknya para tetamu memberikan pohon ternakan misalnya lembu dan buah iaitu
pohon mangga, tetapi pada hari itu, mereka akan memberikan sebuah simbol yang
mewakili hadiah mereka seperti buah mangga.

Pada malam akad nikah, menurut Haji Saman ( 2018 ) mereka akan melakukan
upacara marhabban atau dipanggil sebagai berzanji. Marhabban ialah suatu doa-doa,
puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan
suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis aqiqah, khatan,
perkahwinan dan maulidur rasul. Isi marhabban menceritakan tentang kehidupan Nabi
Muhammad , yang disebutkan secara beturutan mengenai salasilah keturunannya,
zaman kanak-kanak , remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya
juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi muhammad s.a.w. serta pelbagai
peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia. Pembacaan marhabban pada
umumnya dilakukan di masjid atau di rumah untuk mendapatkan keberkatan .
Upacara marhabban ini biasanya jemaah akan duduk atau berdiri sambil bacaan
berzanji secara bergilir seorang demi seorang sambil di sahuti oleh jemaah lain dengan
kalimah ‘Allah’.

14
Gambar 2: Penduduk Kg. Benoni melakukan Marhabban

Menurut Tuan Haji saman ( 2018) juga, selain marhabban penduduk juga melakukan
kegiatan usrah yang merupakan ceramah yang bermanfaat dan boleh menambahkan
ilmu pengetahuan tentang agama islam. Usrah ditafsirkan sebagai perjumpaan yang
melibatkan kegiatan agama islam seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk.
Perkataan usrah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud ‘keluarga’.
Walaupun begitu, medium tidak terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat
medium lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan rumah. Usrah juga merupakan
tapak asas kepada pembentukan tarbiyah individu muslim.

Selepas keesokan hari, istiadat bersanding akan dilakukan. Istiadat bersanding


merupakan upacara kemuncak dari upacara-upacara yang lain yang terdapat dalam
adat istiadat perkahwinan Melayu Brunei. Ia merupakan detik bersejarah dalam hidup
seseorang terutamanya pada kaum wanita. Kerana itu, pengantin perempuan pelu
dihiaskan secantik yang boleh. Pada hari inilah para jemputan akan berkunjung.
Kebiasaannya majlis bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang yang lazimnya.
Setelah pengantin perempuan siap dihias dan bersedia menjalani upacara
persandingan, pengantin lelaki bersama rombongannya akan datang bertandang ke
rumah pengantin perempuan tersebut. Kalau rumahnya bersebelahan, pengantin
lelaki turun dari rumahnya dan terus ke rumah pengantin perempuan. Kalau rumahnya
jauh sedikit seperti di kampung sebelah dan memerlukan masa yang lama untuk ke
rumah pengantin perempuan, rumah tempat bertandang hanya digunakan untuk
bersiap dan berhias sahaja. Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya diiringi
dengan pukulan kompang dan arakan bungga manggar yang mengelilingi mereka di
sepanjang perjalanan menuju ke rumah pengantin perempuan. Selepas itu, kedua
-dua pasangan tersebut akan duduk di atas pelamin. Kadang-kadang persembahan
silat dilakukan ke hadapan pengantin. Upacara bersilat seorang lepas seorang
dilakukan dihadapannya dengan menjujunjung hormat sebelum memulakan langkah.
Silat yang dimainkan itu dinamakan silat pengantin. Adakalanya silat dipersembahkan
secara berpasangan tetapi tidak menggunakan teknik serangan yang banyak. Ini
kerana, tujuan persembahan tersebut adalah menghormati pengantin semata-mata,
bukan untuk memperlihatkan kecekapan bermain langkah. Setelah kedua-dua

15
pengantin sempurna duduk di atas pelamin, upacara menepung tawar pengantin
dimulakan. Adat ini dilakukan sama seperti yang dilakukan di majlis berinai
sebelumnya. Dalam majlis ini, orang yang dijemput akan menabur beras kunyit, air
mawar serta dengan bunga rampai kepada pasangan pengantin tersebut. Ia adalah
sebagai keberkatan kepada pasangan tersebut. Pengujung selepas itu akan diberikan
bunga telur sebagai cenderahati atau hadiah daripada pihak keluarga pengantin.

Gambar 3: Upacara menepung tawar

Upacara persandingan tidak lengkap jika pasangan itu tidak menggunakan pakaian
tradisional. Etnik Brunei mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri seperti
mana-mana etnik lain di Sabah. Antaranya ialah pakaian tradisional Jong Sarat yang
merupakan pakaian tradisi orang Brunei. Jong sarat diperbuat daripada kain tenunan
yang digayakan dengan pelbagai aksesori. Misalnya, kepala pengantin akan dilengkapi
dengan serbang yang dihiasi bunga buatan dan cucuk sanggul untuk lebih
mencantikkannya. Manakala, pada hiasan dada iaitu panding yang bercorakkan bunga
dan hiasan tangan iaitu gelang yang dipanggil “gelang geroncong”. Tujuan pengantin
memakai gelang dengan banyaknya adalah disebabkan ingin mengeluarkan bunyi
yang kuat untuk menarik perhatian pengunjung. Manakala, kaum lelaki pula hanya
memakai baju melayu sahaja. Walaubagaimanapun, pada hari ini, didapati ramai
sudah etnik Brunei memakai pakaian melayu yang moden. Misalnya, pengantin lelaki
akan memakai baju melayu yang dilengkapkan dengan kain songket dan memakai
keris yang disisip di pinggang sebagai perhiasan. Tidak lupa juga dengan perhiasan
atas kepala iaitu bagi lelaki memakai tengkolok, manakala pada wanita memakai
mahkota atau tiara.

16
Gambar 4: Pakaian tradisional ‘Jong Sarat’ etnik Brunei

Gambar 5: Pakaian tradisional melayu moden

Selepas adat persandingan dilakukan, adat ‘makan bersuap’ akan dilakukan. Ini ialah
adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan
tangannya sendiri. Begitu juga dengan sebaliknya iaitu pengantin lelaki akan menyuap
pengantin perempuan. Antara makanan yang disediakan ialah nasi kuning, air garam
dan asam untuk adat makan bersuap. Perkara ini dilakukan adalah untuk menambah
kemesraan antara pengantin baru agar hubungan mereka akan berkekalan. Akhir
sekali iaitu upacara kemuncak, pengunjung akan mengambil gambar dengan
pasangan pengantin tersebut begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

17
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pelbagai makanan turut disediakan.
Hidangan makanan adalah sangat penting dalam sesebuah perkahwinan dan
disediakan oleh para pengunjung dan keluarga pengantin itu sendiri. Antara
makanan yang disediakan, misalnya kuih seperti kuih kalupis dan kuih wajik yang
merupakan pencuci mulut yang wajib dihidangkan. Kuih Wajik dihasilkan daripada
pulut yang dimasak dengan santan dan gula melaka atau gula merah. Manakala
kuih kalupis ialah pulut yang berintikan kuah kacang, kari daging atau rendang yang
begitu sesuai untuk dimakan. Manakala, bagi hidangan berat pula ialah makanan
ambuyat yang diperbuat daripada sagu yang dicairkan menggunakan air panas
yang berkuahkan ikan ampap ( masak masam manis) atau air asam serta lauk pauk
yang lain. Terdapat juga hidangan lazimnya yang selalu dimasak oleh orang sabah
selain etnik Brunei. Walaubagaimanapun, hidangan ini tidak akan dapat disediakan
jika amalan ‘merewang’ tidak dilakukan. Merewang ialah gotong-royong antara
tetangga dan keluarga pengantin yang saling berganding bahu menyediakan
hidangan makanan kepada tetamu. Antara kegiatan merewang ini ialah memotong
sayur-sayuran secara berkelompok dan memasak makanan. Kegiatan merewang ini
dibuat adalah untuk mempercepatkan hidangan yang dimasak agar majlis tersebut
dapat dijalankan dengan lancar. Selain membantu agar majlis perkahwinan dapat
dijalankan dengan lancar, kegiatan merewang dapat mengeratkan silaturahim
antara tetangga dan juga keluarga pengantin tersebut.

Gambar 6: Kegiatan ‘merewang’ jiran tetangga di Kg. Benoni

Selepas adat perkahwinan etnik Brunei

18
v. Penempatan selepas kahwin

Penempatan selepas berkahwin pasangan pengantin etnik Brunei lazimnya


berbentuk ‘Virilokal’. Virilokal ialah selepas berkahwin si isteri perlu pindah ke
kampung atau tempat keluarga si suami. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya adat
‘Mulih’ iaitu tradisi dimana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya dengan
isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya dan keluarga pihak
lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kepada
pasangan tersebut. Walaubagaimanapun, pada zaman hari ini, pasangan hari ini lebih
memilih tinggal bersama-sama di luar jauh daripada keluarga mereka. Ia juga
beralasan mereka hendak berdikari dan mementingkan ‘privasi’.

19
3.0 Kesimpulan

Sesungguhnya tidaklah mudah untuk mengumpul dan mengungkapkan sesuatu


budaya etnik dalam tempoh masa yang singkat, malah untuk benar-benar mengenali
dan memahami sesuatu budaya itu juga memerlukan kesungguhan, keterujaan,
kesabaran dan kemahuan agar penghayatan terhadap budaya boleh ditelah dengan
baik. Demikian juga dengan orang Brunei di Sabah. Batas yang memisahkan antara
budaya besar orang Melayu Brunei Darulssalam dengan orang Brunei di Sabah
hanyalah ibarat senipis kulit bawang yang setiap satunya mempunyai persamaan dan
perbezaan yang sukar diungkapkan. Apatah lagi orang Brunei di Sabah juga sudah
mulai mengadaptasikan budaya Melayu luas ke dalam budaya mereka bersabit dengan
hal-hal seperti busana tradisi semasa perkahwinan. Hal ini telah memberikan cabaran
yang sangat besar bagi penyelidik dalam membezakan adat perkahwinan etnik Brunei
di Sabah dan Brunei Darulssalam.

Bagi mengekalkan adat tradisi perkahwinan etnik Brunei, Penyelidik berpendapat


anak muda perlulah mengambil tahu dan mempelajari adat-adat tersebut tidak kiralah
dia berasal dari etnik tersebut atau tidak. Hal ini kerana bagi memastikan adat terus
dapat dipelihara dan boleh menjadi keunikan dan identiti bagi etnik tersebut
disamping dapat mempromosikan negara dengan kepelbagaian budaya. Kerajaan dan
Ngo juga perlulah mengambil peranan dengan mengadakan festival budaya bagi
menarik pengunjung dari dalam dan luar bagi mengenali budaya tersebut.

20
RUJUKAN

Abdullah Taib. 1985. Asas-asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Amran Kasimin.1995.Istiadat Perkahwinan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Amran Kasimin. 1985. Perbendaharaan Kata Arab dalam Bahasa Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmiaty Amat.2012. Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan & Buku Malaysia.

21
“ Apa Itu Usrah” dlm

http://amieraleethewriter.blogspot.com/2014/11/apa-itu-usrah.html.14
Nov.2014.

Dayang Rokiah Awang. 60 tahun. Kampung Benoni, Papar. Penduduk kampung.

Hasrul Raizan.(2013). Hentikan adat perkahwinan yang menyeleweng ( Berita


Online). Diakses pada 5 Jun dari
https://www.facebook.com/BeritaBrunei/posts/hentikan-adat-perkahwina
n-menye lewengposted-dat.

Haji Saman Abdullah. 80 tahun. Kampung Benoni, Papar. Penduduk Kampung.

Latifah Ariffin.( 2018). Kuwait disaran contohi sistem urus perkawinan Malaysia

(Berita Harian). Diakses pada 17 disember dari

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20180414/282
333975 90726.

Mair, Lucy.1965. An Introduction to Social Anthoropology. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhiddin Yassin. 1990. Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Norazit Selat.1989. Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

22
Dan Pustaka.

Norazit Selat. 1993. Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Syaikh Jaafar. 2004. Terjemah Al Barzanjie. Jakarta: Pustaka Amani.

Syed Faiz Syed Mahmood. 2013. Tip dan Trik Usrah. Bandar Baru Bangi: Prima
Media Sdn. Bhd.

Winstedt, R.O. 1961. The Malays: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul.

23

Anda mungkin juga menyukai