Anda di halaman 1dari 20

Fakulti Pendidikan dan Bahasa Semester September 2012 (Kohort SMP Ambilan Khas Mac, 2011)

HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Tajuk: Perayaan Krismas

Oleh: ONEE AZUA BINTI ZOLKARNAIN

ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN

Akuan Hasil Kerja Sendiri Penghargaan 1.0 2.0 Pendahuluan Sejarah Perayaan Krismas 2.1 Simbolik Krismas 2.1.1 Pohon Krismas 2.1.2 Santa Claus Tujuan Perayaan Disambut 1 2 6 6 7 9 9 9

2.2 3.0

Aspek Perayaan: Persediaan Sebelum Meraikan Krismas 3.1 Amalan-amalan yang Dilakukan Menjelang Krismas

4.0

Aspek Perayaan: Hari Krismas 4.1 4.2 4.3 Cara Perayaan Diraikan Pakaian Semasa Perayaan Pantang-larang Berkaitan dengan Perayaan

11 11 12 12

5.0

Rumusan

12

6.0 7.0

Rujukan Lampiran

13 15

Akuan Hasil Kerja: PENGAKUAN

Saya, ONEE AZUA BINTI ZOLKARNAIN, NO MATRIKS: ., mahasiswa OUM (Kohort Ambilan Khas Mac, 2011) yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Bahasa Melayu mengakui bahawa tugasan HBEF2803: Perkembangan Profesionalisme Keguruan ini adalah hasil kerja saya secara individu setelah membuat rujukan daripada sumber- sumber yang tertentu. Segala sumber tersebut dinyatakan dalam bahagian RUJUKAN. Tiada unsur plagiat dilakukan kerana saya menyedari bahawa perlakuan tersebut hanya akan menjejaskan pemarkahan tugasan ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Tandatangan penulis tugasan: OneeazuaZol Nama: (ONEE AZUA BINTI ZOLKARNAIN) Tarikh: 30 NOVEMBER 2012.

Penghargaan

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kehadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya penulisan ini dapat direalisasikan dan akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini.

Sebelum meneruskan bicara dengan lebih lanjut lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi serta memahami kesibukan isteri dan juga ibu mereka dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga jua ditujukan buat bonda tersayang atas segala bantuan dan doa yang tidak pernah putus untuk anaknya ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapan terima kasih kepada pensyarah atas talian bagi subjek HBEFML2803: Perkembangan Profesionalisme Keguruan, iaitu Encik Shanmuga Velu a/l Subramaniam kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar, berkongsi ilmu dan menjadi seorang pemudah cara yang baik dalam membantu saya melaksanakan tugasan yang amat menarik lagi mencabar ini, iaituPerayaan Krismas.

Tidak dilupakan, rakan-rakan seperjuangan, terima kasihkerana telah bekerjasama serta sudi bertukar-tukar idea.Sokongan dan motivasi daripada kalian membuatkan saya tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar tugasan ini dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan.

Melalui tugasan ini,saya dapat menghayati erti sebenar pepatah Melayu yang menyatakan,Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Apabila saya mula menerima tugasan ini,saya berasa amat terbeban sebab kecetekan ilmu yang ada pada diri saya dan kekangan masa di sebalik kesibukan tugas selaku seorang guru, isteri dan ibu.Atas nama komitmen,saya pun berusaha untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan sebanyak mungkin dari pelbagai sumber sama ada dari bahan bacaan, perbincangan atas talian bersama dengan pensyarah mahupun rakan setalian. Saya cuba melakukan pengagihan

masa dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, berkat kesungguhan, akhirnya tugasan ini mampu jua disiapkan.

Sebagai konklusi, pelbagai ilmu dan pengalaman yang menarik dapat saya kutip daripada pelaksanaan tugasan ini.Pada pendapat saya, tugasan ini banyak memberi manfaat di samping dapat menambahkan pengetahuan saya berkenaan dengan perayaan kaum dan agama lain di negara kita menerusi konsep silang budaya. Sesungguhnya, amalan mengunjungi rumah kaum mahupun bangsa lain ketika perayaan mereka adalah suatu perbuatan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha ke arah merealisasikan impian untuk mewujudkan Masyarakat 1 Malaysia kerana Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekian, terima kasih.

1.0

Pendahuluan

Malaysia ialah sebuah negara yang sinonim dengan masyarakat majmuk. Hal ini kerana, terdapat lebih daripada 80 jenis kaum mendiami kawasan di seluruh Malaysia (Jabatan Penerangan Malaysia, 2012).Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina.Meskipun terdapat kepelbagaian etnik, agama dan adat resam, namun perbezaan tersebut langsung tidak menjadi halangan bagi warga di negara ini untuk hidup dalam suasana yang harmoni. Apatah lagi, Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak telah berusaha dengan gigih untuk menyatupadukan rakyat di bawah Gagasan 1 Malaysia. Sesungguhnya, bagi mewujudkan dan memelihara keharmonian antara pelbagai bangsa ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak: kerajaan dan rakyat. Sikap toleransi, bekerjasama,hormatmenghormati dan kesediaan menerima antara satu sama lain adalah tonggak kepada penyatuan bangsa Malaysia (Jabatan Penerangan Malaysia, 2012).

Pelbagai cara dapat dilakukan dalam usaha untuk mempereratkan hubungan antara ras. Cara yang paling praktikal dan mudah ialah menerusi perayaan. Setiap etnik meraikan perayaan mereka yang tersendiri. Pada hari tersebut, rumah terbuka diadakan. Selain ahli keluarga serta saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga akan saling menziarahi. Tuan rumah menerima kedatangan tetamu ke terataknya yang terhias indah dengan tangan terbuka dan berpakaian baru serta berdandan dengan cantik. Aneka juadah turut dijamu kepada tamu. Ketika itu pelbagai bangsa, agama, budaya dan kumpulan usia bersatu sambil mengucapkan selamat, saling berkenalan, berbual mesra dan menikmati juadah yang dihidangkan.Pendek kata, tiada garis sempadan antara para hadirin. Maka, tidak syak lagi bahawa sambutan perayaan silang budaya merupakan pemangkin kepada penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sehubungan dengan perkara di atas, maka dalam tugasan ini saya telah memilih perayaan Krismas yang diraikan oleh masyarakat yang beragama Kristian untuk dijadikan bahan kajian. Tugasan ini dibahagikan pula kepada 4 peringkat atau aktiviti (sila rujuk Lampiran 1). Matlamat tugasan ini adalah untuk mengenali sejarah tentang perayaan Krismas serta meningkatkan kefahaman dalam diri tentang budaya masyarakat yang menganut agamaKristian. Seterusnya, tugasan ini diharapkan mampu mengeratkan lagi hubungan saya dengan ras lain lantas mewujudkan semangat kekitaan yang tinggi.
1

2.0

Sejarah Perayaan Krismas

Menurut History. com (2012), Krismas atau hari Natalialah hari percutian bagi meraikan perayaan suci agama Kristian. Di seluruh dunia, sambutannya begitu meriah, diselitkan dengan elemen budaya dan menjadi fenomena komersial. Selama dua milineum, penghuni di seluruh dunia telah memerhatikan dan meraikan perayaan tersebut dengan penuh tradisi dan amalan yang meliputi unsur keagamaanmahupun yang bercirikan sekularisme. Meskipun demikian, sebenarnya tiada kepastian tentang bagaimana perayaan Krismas bermula.

Terdapat beberapa kisah sejarah yang dipercayai menjadi asal-usul kepada kemunculan perayaan Krismas ini: versi kisah masyarakat awal Eropah, sejarah sambutan perayaanperayaan di Rom dan kisah masyarakat Eropah selepas kelahiran Jesus. Berdasarkan catatan oleh History. com(2012), berikut ini akan dihuraikan latar belakang sejarah perayaan Krismas.

Berabad-abad sebelum kedatangan Jesus, iaitu orang yang dipercayai sebagai anak tuhan oleh penganut Kristian, masyarakat awal di Eropahakan menghabiskan masa dengan berehat dan bergembira semasa solstis musim sejuk. Puncak kemeriahan ialah pada pertengahan musim sejuk dan menjelang berakhirnya musim itu, iaitu sekitar bulan Disember. Ketika itu mereka akan meraikan kemunculan semula sinaran matahari dengan meriahnya. Maka, penghujung tahun sememangnya waktu untuk bergembira.

Di Scandinavia pula, puak Norse menyambut Yule dari 21Disember hingga bulan Januari, yang merupakan tempoh solstis musim sejuk. Pada masa itu, kebanyakan lembu telah disembelih supaya tidak perlu diberi makan semasa musim sejuk. Musim itu merupakan saat kebanyakan orang mempunyai bekalan daging segar. Wain yang dan bir yang dibuat sepanjang tahun pula akhirnya siap ditapai dan bersedia untuk minum. Seterusnya, pada akhir bulan Disember, bapa dan anak lelaki akan membawa balak besar pulang ke rumah. Balak-balak itu akan dibakar selama 12 hari sebagai pengiktirafan terhadap kepulangan semula cahaya matahari. Puak Norse percaya bahawa setiap percikan api mewakili babi baru atau anak lembu yang akan dilahirkan pada tahun yang akan datang.Situasi ini memberi gambaran bahawa akhir tahun dan awal tahun baru perlu diraikan.

Sementara itu, masyarakat awal di Jermanakan memuliakan dewa pagan(agama selain daripada agama utama), iaitu Odenketika cuti pertengahan musim sejuk.Mereka gerunakan Oden kerana mereka percaya bahawa dia membuat penerbangan pada waktu malam melalui langit untuk melihat kaumnya, dan kemudian membuat keputusan siapa yang akan berjaya atau binasa. Oleh sebab menghormati kehadirannya, ramai orang memilih untuk tinggal di dalam rumah dan menceriakan suasana bersama dengan keluarga masingmasing. Hal ini, menunjukkan bahawa penduduk Jerman turut meraikan bulan Disember.

Masyarakat di Rom pula bernasib baik kerana musim sejuknya tidaklah seteruk yang dialami oleh kawasan-kawasan yang terletak di utara. Ketika ini, mereka meraikan perayaan Saturnalia. Percutian tersebut bersempena menghormati Saturn, iaitu Dewa Pertanian.Perayaan itu bermula pada awal minggu solstis musim sejuk dan berterusan selama sebulan penuh. Saturnalia merupakan masa hedonistik: makanan dan minuman yang banyak dan pemerintahan normal sosial Rom dibongkarkan. Selama sebulan itu, hamba akan menjadi tuan manakalapetani merupakan pemerintah bandar. Perniagaan dan sekolah-sekolah pula ditutup supaya semua orang boleh berseronok.

Selain Saturnalia, penduduk Rom juga meraikan Juvenalia, pesta menghormati kanakkanak Rom. Di samping itu, pada 25 Disember ahli-ahli kelas atasan akan menyambut hari lahir Mithra:Tuhan Matahari yang Tidak Mampu Ditundukkan. Adalah dipercayai bahawa pada asalnya Mithra dilahirkan sebagai batu. Bagi sesetengah orang-orang Rom, hari jadi Mithra ini adalah hari yang paling suci dalam tahun berkenaan. Justeru, dapatlah simpulkan bahawa bulan Disember merupakan bulan perayaan bagi masyarakat Rom: Saturnalia, Juvenalia dan Mithra.

Dalam tahun-tahun awal Kristian, Paskah atau hari kebangkitan semula Jesus adalah percutian utama, manakala hari kelahiran Jesus tidak disambut. Pada abad keempat Masihi, pegawai gereja memutuskan untuk menjadikan hari kelahiran Jesus sebagai cuti. Malangnya, Alkitab tidak menyebut tarikh kelahiran beliau. Walaupun sesetengah bukti menunjukkan bahawa kelahiran beliau mungkin telah berlaku pada musim bunga, namun Paus Julius Itelah memilih tarikh 25 Disember. Dipercayai bahawa gereja memilih tarikh ini dalam usaha untuk menerima dan menyerap tradisi perayaan masyarakat pagan:Saturnalia. Kemudian, tradisi ini tersebar ke Mesir pada 432 Masihi dan ke England menjelang akhir abad keenam dengan gelaran Perayaan Kelahiran.
3

Rumusan daripada cerita- cerita di atas ialah sejak mula lahirnya gereja Kristian yang pertama sehinggalah dua atau tiga ratus tahun kemudian, upacara Krismas tidak pernah disambut dan dirayakan oleh umat Kristian (Catholic Encyclopedia). Hanya setelah abad keempat, perayaan ini mula dirayakan oleh orang-orang Kristian Barat, Kristian Rom, dan Gereja-gereja.Menjelang abad kelima, Gereja Rom memerintahkan penganut Kristian untuk merayakan Krismas sebagai hari raya umat Kristian yang rasmi (Cyril Martindale, tiada tarikh). Walaupun 25 Disember diragukan sebagai tarikh kelahiran sebenar Jesus, namun tarikh tersebut dipilih sebagai hari Krismas kerana bersesuaian dengan tradisi masyarakat di Eropah dan Rom yang telah sekian lama meraikan hari tersebut dengan meriah (History, 2012).

Menurut History. com (2012) lagi, menjelang akhir abad kelapan, sambutan Krismas telah merebak hingga ke Scandinavia. Kini, di dalam gereja-gereja ortodoks di Greek dan Rusia, Krismas disambut 13 hari selepas 25haribulan, yang juga dirujuk sebagai Epiphany atau Hari Tiga Raja. Dipercayai hari tersebut ialah hari tiga orang lelaki bijak akhirnya menemui Jesus dalam palungan.Tetap berpegang kepada Krismas dan pada masa yang sama meraikan perayaan solstis musim sejuk tradisional, akhirnya pemimpin gereja berjaya meningkatkan populariti Krismas, tetapi berputus asa untuk menentukan bagaimana perayaan itu sepatutnya diraikan.

Pada zaman pertengahan, agama Kristian telah mendominasi dan menggantikan agama pagan. Ketika Krismas, orang-orang yang beriman menghadiri gereja, manakala kebanyakan orang lain menyambutnya dalam keadaan mabuk dan suasana menjadi huruhara. Setiap tahun, pengemis atau pelajar akan dinobatkan sebagai "samseng" dan mereka yang nakal akan mengganggu orang lain. Golongan miskin pula akan pergi ke rumah orang kaya dan menuntut makanan dan minumanterbaikmereka. Jika pemilik gagal untuk memenuhi permintaan mereka, pelawat mereka kemungkinan besar akan

mengganasdengan membuat kerosakan. Krismas menjadi saat masyarakat kelas-kelas atasan membayar "hutang" dengan menghiburkan rakyat yang kurang bernasib baik.

Pada awal abad ke-17, gelombang reformasi agama mengubah cara Krismas disambut di negara Eropah. Apabila Oliver Cromwell dan tentera golongan Puritan mengambil alih England pada tahun 1645, mereka berikrar untuk menghapuskan England daripada menghadapi keruntuhan sikap. Sebagai sebahagian daripada usaha mereka, Krismas telah
4

dibatalkan.Namun, atas permintaan ramai, tidak lama kemudian Charles II telah dikembalikan ke takhta. Bagindatelah mengadakan semula sambutan Krismas.

Kumpulan penziarah (Jemaah), iaitu golongan pemisah Inggeris yang datang ke Amerika pada tahun 1620 adalah lebih ortodoks dalam kepercayaan Puritan mereka daripada Cromwell. Hasilnya, Krismas tidak lagi dijadikan hari bercuti di Amerika awal. Dari 16591681, sambutan Krismas sebenarnya diharamkan di Boston. Sesiapa yang mempamerkan semangat Krismas didenda sebanyak lima keping syiling. Selepas Revolusi Amerika, budaya tradisi Inggeris jatuh merudum dan tidak lagi diminati, termasuklah Krismas. Malah, Krismas telah tidak diisytiharkan sebagai cuti persekutuan Amerika sehinggalah 26 Jun1870.

Rakyat Amerika hanya mula meraikan Krismaspada abad ke-19. Pada awalnya, sambutan Krismas diraikan dengan kekecohan dan rusuhan oleh masyarakat kelas bawahan, kumpulan penganggur dan samseng hinggakan polis terpaksa bekerja keras menangani kekacauan tersebut. Lantaran itu, para cendiakawan dan golongan atasan duduk berbincang bagi memikirkan cara untuk mengubah suai sambutan Krismas daripada percutian yang huru-hara kepada percutian yang bercorak kekeluargaan, keamanan dan penuh nostalgia.Akhirnya, lahirlah buku-buku berkaitan Krismas oleh penulis-penulis terkenal seperti Irving Reinvents dan Charles Dickens. Dalam karya mereka, Krismas digambarkan sebagai hari yang aman, percutian keluarga yang menyeronokkan dan perayaan yang diraikan bersama oleh semua ahli masyarakat dengan merentasi garisan kekayaan atau status sosial.

Akhirnya, cara sambutan Krismas telah berubah. Semasa Krismas, masyarakat menjadi lebih berdisiplin, mementingkan hubungan kekeluargaan dan lebih sensitif kepada keperluan emosi kanak-kanak. Krismas dianggap sebagai percutian keluarga dan masa untuk orang dewasa memberi hadiah kepada anak-anak mereka dan juga kanak-kanak lain. Paling menarik, imej Santa Claus dengan kereta rusanya yang bergerak dari rumah ke rumah untuk memberi hadiah telah diperkenalkan. Bagi menambahkan lagi kemeriahan itu, pokok-pokok cemara dihiasi indah di rumah masing-masing, kad-kad ucapan percutian dihantar dan amalan saling bertukar hadiahtelah dibudayakan.

Di Malaysia, perayaan Krismas mula diperkenalkan selepas tahun 1511 berikutan penjajahan orang Eropah di Tanah Melayu: Portugis, Belanda dan British. 2.1 Simbolik Krismas

Menurut Yayasan Lembaga SABDA(YLSA, 2012), perayaan Krismas amat sinonim dengan pokok cemara dan Santa Claus.Tanpa dua ikon itu, Krismas seolah-olah tidak lengkap. Namun begitu, sebenarnya tiada sebarang asas kukuh tentang latar belakang tradisi memasang dan menghiasi pohon cemara sempena hari Natal mahupun kisah tentang Bapa Krismas.

2.1.1 Pohon Krismas

YLSA (2012), mencatatkan sebuah cerita legenda tentang seorang pendeta Inggeris bernama St. Boniface yang memimpin beberapa gereja di Jerman dan Perancis. Suatu hari dalam perjalanannya, beliau bertemu dengan sekelompok orang yang akan

mempersembahkan seorang anak kepada Dewa Thor di sebuah pohon oak. Untuk menghentikan perbuatan jahat mereka, secara ajaib St. Boniface merobohkan pohon oak tersebut dengan pukulan tangannya. Setelah kejadian yang menakjubkan tersebut, di tempat pohon oak yang roboh itu tumbuhlah sebatang pohon cemara atau ru. Sejak itu, orang memuliakan pohon cemara.

Cerita lain pula mengisahkan Martin Luther, iaitu seorang tokoh Reformasi Gereja Protestan pada abad ke-16, sedang berjalan-jalan di hutan pada suatu malam. Terpukau dengan keindahan gemerlapan jutaan bintang di angkasa yang sinarnya menembus cabangcabang pohon cemara di hutan, Martin Luther pun menebang sebatang pohon cemara kecil dan membawanya pulang ke rumah. Untuk menciptakan gemerlap bintang seperti yang dilihatnya di hutan, Martin Luther memasang lilin-lilin pada tiap cabang pohon cemara tersebut.Orang ramai yang melihat pohon itu terpesona dan akhirnya meniru perbuatan beliau.

Menurut History. com (2012), pada tahun 1846, kerabat diraja yang popular:Ratu Victoria dan Putera Albert dari Jerman, telah dilakarkan dalam Illustrated London News dengan anak-anak mereka di sekitar pokok Krismas. Tidak seperti keluarga diraja sebelumnya, Ratu Victoria adalah sangat popular dan apa yang dilakukannya akan kelihatan begitu
6

bergaya dan segera ditiru oleh masyarakat,bukan sahaja di Britain malah hingga kepantai timur Amerika.Sejak itu, pemasangan pokok Krismas di rumah telah menjadi suatu budaya.

Menurut PGI (1999) pula, hingga ke hari ini pemasangan pohon Krismas masih menimbulkan pro dan kontra di kalangan umat Kristian. Bagi orang-orang yang tidak berkenan dengan pohon Natal, mereka mengisahkan bahawa pada zaman dahulubangsa Romawi menggunakan pohon cemara untuk perayaan Saturnalia. Mereka menghiasinya dengan hiasan-hiasan kecil dan topeng-topeng kecil kerana pada tanggal 25 Desember ialah hari kelahiran Mithra:Dewa Matahari, yang asal mulanya dari Dewa Matahari Iran yang kemudiannya dipuja di Rom. Perlu diketahui juga bahawa dewa-dewa matahari lainnya seperti Osiris, iaitu dewa matahari orang Mesir, dilahirkan pada tanggal 27 Disember, manakala Dewa Matahari Horus dan Apollo lahir pada tanggal 28 Disember. Oleh itu, ada aliran-aliran gereja tertentu yang mengharamkan tradisi pohon Natal, sebab mereka menganggap ini sebagai pemujaan dewa matahari. YLSA (2012) pula menyatakan bahawa pohon Natal bukanlah suatu keharusan di gereja mahupun dirumah sebab ini hanya merupakan simbol agar kehidupan rohani manusia selalu bertumbuh dan menjadi saksi yang indah bagi orang lain atau evergreen. Pohon ini juga melambangkan hidup kekal, sebab pada umumnya di musim salju hampir semua pohon gugur daunnya, kecuali pohon cemara yang tetap hijau daunnya. Ironinya, pada setiap tahun sebanyak 20- 30 juta pokok Krismas sebenar dan 8-12 juta pohon Krismas tiruan dijual di Amerika Syarikat sahaja (History, 2012).

2.1.2 Santa Claus

Antara kisah lagenda yang popular berkaitan dengan perayaan Krismas ialah Santa Claus. Asas cerita bagi Santa Claus Kristian bermula pada era Bishop Nicholas yang bertugas di Gereja Smyrna di Izmir yang kini dikenali sebagai Turki. Nicholas hidup dalam abad ke-4 Masihi. Beliau adalah sangat kaya, pemurah, dan kasih sayang kepada kanak-kanak. Selalunya,beliau memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak miskin dengan membuang hadiah masuk melalui tingkap mereka. Gereja Ortodoks kemudiannya, memberi penghormatan kepada St. Nicholas sebagai contoh insan yang mulia. Gereja Roman Katolik mengiktiraf St. Nicholas sebagai santo penaung kanak-kanak (The-North7

Pole.com., 2009). Bagi penganut Kristian Protestan di kawasan tengah dan utara Jerman, St. Nicholas dikenali sebagai der Weinachtsmann. Di England, beliau dipanggil Bapa Krismas. Pendatang Belanda ke Amerika Syarikat pula memperkenalkan St. Nicholas di sana dengan gelaran Santa Claus.

Walau dimana-mana pun, Santa Claus sering digambarkan sebagai seorang lelaki yang gemuk, berjanggut putih, memakai seluar dan kot merah dengan kolar,kuf lengan dan kuf kaki yang berwarna putih, bertali pinggang kulit hitam dan memakai but.Menurut TheNorth-Pole.com. (2009), imej ini menjadi popular di dalam abad ke-19 disebabkan oleh pengaruh ketara puisi yang bertajuk Lawatan dari St. Nicholas oleh Clement Clarke Moore: penulis pengiklanan di Syarikat Montgomery Wardpada tahun 1823. Imej ini diperkukuhkan pula menerusi karikatur oleh Thomas Nast untuk majalah Harper sekitar tahun 1860-1880-an dan diperkukuhkan lagi melalui lagu, radio, televisyen, buku dan filem kanak-kanak.

Santa Claus yang turut dikenali dengan nama Saint Nicholas, Bapa Krismas danSanta ialah seorang yang sentiasa gembira dan menggembirakan orang lain. Semasa lewat petang dan malam menjelang Krismas, iaitu pada 24 Disember, Santa Claus dikatakan membawa hadiah untuk dihantar ke rumah anak-anak yang baik.Justeru, budak-budak akan berkelakuan baik kerana mereka yang baik nakal dipercayai akan diberikan gula-gula, mainan dan sebagainya manakala mereka yang nakal akan diberikan arang batu sebagai hadiah (Gerry Bowler, 2004). Tambahnya, menurut cerita tradisi yang bermula sejak 1820an, Santa Claus tinggal di Kutub Utaradengan sejumlah besar bunian ajaib dan sembilan (asalnya lapan) ekor rusa terbang. Saban tahun, beliau melakukan tugasannya memberi hadiah dengan bantuan bunian yang membuat mainan dalam bengkel dan rusa yang menarik talikereta luncurnya.

Kesimpulan daripada cerita-cerita lagenda di atas ialah nama Santa Claus berasal daripada gelaran yang diberi oleh orang Belanda yang menetap di Amerika kepada seorang paderi, iaitu Bishop St. Nicholas. Kebaikan sikapnya, terutama kepada kanak-kanak membuat orang ramai memuliakan beliau.

2.2

Tujuan Perayaan Disambut

Berdasarkan daripada cerita-cerita sejarah di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa penganut Kristian merayakan hari Krismas pada 25 Disember. Adat resam popular ketika perayaan termasuklah bertukar-tukar hadiah, menghias pokok Krismas, menghadiri gereja, berkongsi makanan dengan keluarga dan kawan-kawan dan sudah tentunya menunggu kedatangan Santa Claus. Menurut Persekutuan Gereja-gereja di Indonesia(PGI, 1999), perayaan tersebut diraikan dengan tujuan untuk:

i.

menyambut ulang tahun kelahiran Jesus: pemimpin spiritual yang membentuk asas ajaran agama mereka,

ii.

bagi masyarakat di Eropah, mereka perayaan Krismas diraikan bagi menanti kedatangan musim panas sambil memanfaatkan masa musim sejuk dengan aktiviti yang berfaedah bersama dengan keluarga dan masyarakat,

iii. iv.

merapatkan hubungan kekeluargaan, dan memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.

Pendek kata, perayaan Krimas diraikan atas dua objektif utama: keagamaan dan sekularisme.

3.0

Aspek Perayaan: Persediaan Sebelum Meraikan Krismas

Setiap perayaan pasti diselitkan dengan unsur tradisi, sosial dan budaya. Demikian halnya dengan sambutan Krismas di Malaysia. Pelbagai amalan akan dilakukan sebagai rutin menyambut perayaan tersebut.

3.1

Amalan-amalan yang Dilakukan Menjelang Krismas

Jabatan Penerangan Malaysia (2012), berkata bahawa menjelang sambutan Krismas, di ruang tamu rumah-rumah dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Menurut Wikipedia (2012) pula, dinding-dinding rumah akan dihiasi dengan gantungan rimbunan daun kehijauan yang melambangkan kehidupan abadi dan rohani yang segar dan gantungan stoking besar pada tempat pendiangan api.Beberapa hari sebelum Krismas, pusat-pusat jualan dipenuhi dengan orang ramai yang
9

membeli-belah persiapan perayaan. Antara barangan yang dibeli ialah pakaian yang cantik dan berwarna-warni, hadiah, barangan runcit untuk masakan, kad ucapan dan aneka makanan serta minuman.

Murshid Eunos dalam My Metro (2011), menyatakan bahawa pada malam sebelum Krismas, suatu majlis makan malam bersama dengan ahli keluarga akan diadakan. Majlis ini amat penting kerana semua ahli keluarga dapat dikumpulkan bersama setelah sekian lama sibuk kerana terikat dengan pelbagai komitmen. Ketika ini, mereka akan saling bertanya khabar dan dapat berbual mesra. Kebiasaannya, anak-anak yang telah dewasa dan bekerja akan memberi hadiah kepada ibu bapa serta datuk dan nenek mereka.

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2012), pada tengah malam ibu bapa akan meletakkan bungkusan-bungkusan hadiah di bawah pokok Krismas untuk dibuka oleh anak-anak pada pagi hari Krismas nanti. Lagu Christmas Carol dinyanyikan di rumahrumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari.Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka.

Penganut-penganut agama Kristian akan mula menyediakan juadah yang berupa masakan berasaskan ayam belanda, burung merak atau angsa panggang, kuih-muih dan aneka makanan serta minuman yang lazat pada petang sebelum Krismas. Tujuannya dalah untuk meraikan makan malam bersama keluarga dan juga menyambut kehadiran tetamu ke rumah mereka pada hari Krismas. Menurut KOSMO! Online(2008), hidangan ayam belanda, burung merak atau angsa panggang merupakan menu wajib sempena Krismas. Namun, ayam belanda panggang lebih popular kerana saiznya yang besar kerana bagi masyarakat Kristian, lebih besar hidangan maka lebih meriahlah perayaan.

Kebiasaannya, ayam belanda dimasak manis, iaitu dibakar dengan campuran madu serta dihidangkan bersama sos yang manis seperti sos cumberland dan sos giblet. Sos-sos berkenaan mempunyai campuran buah-buahan seperti oren, kranberi dan strawberi.Selain ayam belanda, tetamu turut dihidangkan dengan beberapa hidangan sampingan seperti

10

daging bakar atau panggang, stew, salad campuran, kentang panggang, pelbagai jenis roti, kentang lenyek, aneka manisan dan kek (KOSMO! Online., 2008).

Sementara itu, pusat-pusat jualan turut dihiasi indah dengan unsur-unsur yang berkaitan dengan Krismas. Sambil membeli-belah, para pengunjung dihiburkan dengan lagu-lagu seperti Jingle Bells dan Christmas Time Is Here. Oleh sebab bertukar-tukar hadiah merupakan tradisi, maka pelbagai barangan yang sesuai dijadikan hadiah kepada pelbagai golongan peringkat usia dijual untuk dibeli oleh para pelanggan.

4.0

Aspek Perayaan: Hari Krismas

Walaupun perayaan Krismas di Malaysia disambut tanpa kehadiran salji, namun penganut agama Kristian warganegara ini dan warganegara lain tetap menyambut perayaan itu dengan meriah (Star Publications Malaysia Bhd., 2011).

4.1

Cara Perayaan Diraikan

Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas para penganut Kristian akan berpakaian baru atau mengenakan pakaian terbaik mereka lalu mengunjungi tempat ibadat, iaitu gereja-gereja untuk upacara sembahyang.Menurut Wikipedia (2012), kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Tradisi ini telah dimulakan oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13. Tradisi yang berasal dari Itali ini kemudiannya diperluaskan ke banyak negara lain.

Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.

Selepas mengunjungi gereja untuk upacara keagamaan, bermulalah tradisi saling memberi hadiah serta majlis makan istimewa dengan anggota keluarga dan rakan taulan.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum turut memberikan ucapan "Selamat Menyambut Krismas" kepada rakan mereka yang beragama Kristian menerusi Facebook dan Twitter selain panggilan telefon (Star Publications Malaysia Bhd., 2011).

11

4.2

Pakaian Semasa Perayaan

Tiada sebarang pakaian khusus yang perlu dipakai pada hari Krismas. Namun, seperti penganut agama lain, rata-rata orang Kristian akan meraikan hari ini dengan pakaian baru. Di barat, masyarakatnya berpakaian tebal kerana perayaan itu jatuh dalam musim dingin. Di Malaysia yang bercuaca panas, masyarakat yang moden meraikan Krismas dengan pakaian seperti kemeja, skirt, jeans dan gaun. Warna merah mendominasi, sempena warna pakaian yang dipakai oleh Santa Claus (Star Publications Malaysia Bhd., 2011).

4.3

Pantang-larang Berkaitan dengan Perayaan

Tiada pantang larang khusus sempena perayaan ini. Cuma, anak-anak dinasihati berkelakuan baik jika mereka inginkan hadiah daripada Santa Claus.

5.0

Rumusan

Konklusi daripada kajian yang telah saya lakukan berkenaan dengan perayaan Krismas ini ialah perayaan ini diraikan sempena mengingati tarikh kelahiran Jesus: salah satu tuhan bagi penganut Kristian. Krismas mula diraikan oleh masyarakat dunia pada abad keempat masihi. Namun, Krismas hanya tersebar ke Malaysia pada kurun ke-16, iaitu selepas era penjajahan kuasa Eropah di Tanah Melayu. Masyarakat Portugis dan Serani (orang peranakan daripada bangsa Eropah dengan bangsa Asia) merupakan pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan Krismas di negara kita. Selepas merdeka, kerajaan di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum, adat dan kepercayaan telah membenarkan rakyatnya meneruskan tradisi dan pegangan agama masing-masing. Maka, Krismas terus mekar setiap tanggal 25 Disember.

Sesungguhnya, melalui kajian ini saya telah lebih memahami sejarah perayaan Krismas, kepercayaan kaum Kristian serta tradisi dan budaya masyarakat tersebut. Saya juga semakin menyedari akan keperluan amalan konsep silang budaya demi menjadikan sesuatu kaumlebih memahami budaya kaum lain, lantas dapat melahirkan sifat bertoleransi, fahammemahami dan merapatkan lagi hubungan antara kaum. Intihanya, saya memahami bahawa negara yang maju dan makmur lahir daripada kebijaksanaan pemerintah dan juga perpaduan rakyatnya. Maka, wajarlah kita sebagai rakyat yang menyayangi negara
12

Malaysia ini berusaha ke arah memelihara keharmonian serta kestabilan negara menerusi amalan-amalan nilai murni seperti saling berkerjasama tanpa mengira ras, hormatmenghormati perbezaan budaya yang ada, menjauhi isu-isu yang dapat mencetuskan sentimen perkauman dan bersikap prihatin sesama kita. Prinsip Rukunegara yang menjadi ideologi kita wajar difahami dan diamalkan dengan sepenuhnya.

(Jumlah perkataan: 3616 patah)

6.0

Rujukan

Bowler, Gerry. (2004). The world encyclopedia of christmas. Toronto: McClelland & Stewart Limited. Catholic Encyclopedia. Volume 1: 1907; Volume 2: 1907; Volume 3: 1908; Volume 4: 1908; Volume 5: 1909; Volume 6: 1909; Volume 7: 1910; Volume 8: 1910; Volume 9: 1910; Volume 10: 1911; Volume 11: - 1911; Volume 12: - 1911; Volume 13: - 1912; Volume 14: 1912; Volume 15: 1912. New York: Robert Appleton Company. Catholic Online. (2012). Catholic encyclopedia: Christmas.Dicapai pada November 26, 2012 daripadahttp://www.catholic.org/encyclopedia/view.php?id=2933 Cyril Martindale. (tiada tarikh).Christmas: History and celebration. Dicapai pada

November 26, 2012 daripadahttp://oce.catholic.com/index.php?title=Christmas HISTORY.com.(2012). Christmas. Dicapai pada November 24, 2012

daripadahttp://www.history.com/topics/christmas HISTORY.com. (2012). Christmas. Dicapai pada November 24, 2012

daripadahttp://www.history.com/topics/christmas/page2 KOSMO! Online.(2008). Hidangan wajib pelengkap krismas. Dicapai pada November 27, 2012 daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1224&pub=Kosmo&s ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
13

Murshid Eunos. (2011). Simbolik pemberian hadiah. Dicapai pada November 27, 2012 daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Simbolikpemberianhadiah/Article/ PGI. (1999). Almanak kristen Indonesia. Jakarta: Persekutuan Gereja-gereja Di Indonesia. Portal 1 Klik, Jabatan Penerangan Malaysia. (2012). Kaum-kaum di Malaysia. Dicapai pada November 23, 2012

daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185masyarakat-majmuk/3242-kaum-kaum-di-malaysia.html Portal 1 Klik, Jabatan Penerangan Malaysia. (2012). Perayaan di Malaysia. Dicapai pada November 27, 2012 daripada

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1 403:perayaan-di-malaysia&catid=32:perayaan Star Publications Malaysia Bhd. (2011). Penganut kristian Malaysia raikan krismas bersama-Sama keluarga, rakan taulan. Dicapai pada November 27, 2012 daripada http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/12/25/mstar_berita/20 111225145155 The-North-Pole.com (2009). History of santa claus. Dicapai pada November 26, 2012 daripada http://www.the-north-pole.com/history/ Yayasan Lembaga SABDA. (2012). Asal usul pohon natal. Dicapai pada November 24, 2012 daripada http://natal.sabda.org/asal_usul_pohon_natal Yayasan Lembaga SABDA. (2012). Selamat paskah 2012. Dicapai pada November 24, 2012 daripada http://paskah.sabda.org/ Google Images. (tiada tarikh). Christmas Images. Dicapai pada November 29, 2012

daripadahttp://www.google.com.my/search?q=image+of+christmas&hl=en&tbo=d &rlz=1C1CHMO_enMY504MY504&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=ZmG3U N2PEsTOrQeJ-YHgBw&ved=0CAcQ_AUoAA&biw=1366&bih=667

14

7.0

Lampiran

Jadual Kerja Tugasan:


Bil 1 Tarikh 11.11.2012 Perkara Tindakan / Catatan

Tarikh akhir untuk menghantar Selepas ini, bermulalah masa untuk tugasan OUM bagi subjek major membuat tugasan Epic pula. dan minor.

13.11.2012

Melayari portal Epic buat kali Bertanyakan kepada tutor Epic dan pertama bagi semester ini dan meneliti forum rakan-rakan bagi berasa sangat baru geram sahaja kerana mendapatkan idea untuk melakukan terlepas tugasan. Deepavali

mendapati peluang

menjadikan

sebagai subjek kajian. 14.11.2012 29.11.2012

Mencari maklumat untuk Aktiviti 1: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Sejarah perayaan Krismas. Persediaan perayaan. Amalan khas. Juadah istimewa. Pakaian perayaan. Pantang-larang. Rumusan.

Saat melakukan tugasan bermula. Berazam menamatkan tugasan pada 29 November dan menghantar

tugasan pada awal pagi 30.11.2012.

30.11.2012

Menghantar tugasan.

Pastinya berasa sangat lega.

15.1.2013

Tarikh untuk hantar tugasan bagi Mesti mula membuat tugasan, iaitu Aktiviti 2: Temubual 3 generasi memikirkan soalan-soalan temubual tentang perayaan Krismas. sebaik sahaja Fail Aktiviti 1

diserahkan. 6 1.3.2012 Tarikh untuk hantar tugasan bagi Rakaman Aktiviti 3: Rakaman perlu dilakukan pada

suasana 25.12.2012, iaitu ketika menghadiri rumah terbuka rakan suami.

sambutan Krismas. 7 1.3.2013

Tarikh untuk hantar tugasan bagi Tugasan ini perlu dibuat dalam fail Aktiviti 4: Jurnal Reflektif yang berlainan, namun perlu

dihantar pada tarikh yang sama dengan fail Aktiviti 3.

15

Anda mungkin juga menyukai