Anda di halaman 1dari 1

CIRI-CIRI PELAJAR BERWAWASAN Setiap manusia hendaklah mempunyai wawasannya yang tersendiri. Wawasan bererti matlamat dan tujuan.

Begitu juga dengan para pelajar. Antara ciri-ciri pelajar yang berwawasan adalah taat kepada agama. Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka diwajibkan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Selepas bersembahyang, kita hendaklah berdoa atau memohon sesuatu kepada Tuhan yang Maha Esa. Justeru, usaha kita akan diberkati oleh Tuhan. Kita juga akan mendapat pahala dan mendapat Rahmat Allah. Mengamalkan gaya hidup sihat juga adalah antara ciri-ciri pelajar yang berwawasan. Cara mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan seimbang. Begitu juga dengan beriadah pada waktu lapang. Oleh itu, kita akan dapat menjauhi daripada penyakit. Fizikal kita akan cergas dan minda juga akan cerdas. Selain itu, sebagai pelajar yang berwawasan juga, kita mestilah mempunyai cita-cita yang tinggi. Jika hendak mencapai cita-cita yang tinggi, kita mestilah rajin membaca buku. Membaca buku juga merupakan budaya belajar. Apabila telah berjaya mencapai cita-cita yang diinginkan, kesannya, kita sudah dapat berbakti kepada ibu bapa, agama dan negara kita. Pelajar yang berwawasan adalah pelajar yang sentiasa sanggup bersaing. Sebagai pelajar yang berwawasan, kita hendaklah berani menyahut cabaran dan teruja untuk menyertai pertandingan dan perlawanan. Pelajar yang melakukan aktiviti yang berfaedah akan menjadi orang yang berjaya. Dengan demikian, pelajar dapat mengembangkan potensi diri dan membina jati diri serta mencapai kecemerlangan. Seterusnya, pelajar perlulah pandai memanfaatkan masa dengan cara melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah atau dikenali sebagai hobi. Pelajar yang berwawasan juga perlulah menyediakan jadual waktu belajar dan mematuhi jadual tersebut. Pelajar yang berwawasan akan menganggap masa itu emas. Janganlah bertangguh kerja kerana bertangguh itu pencuri masa. Akhir sekali, kita hendaklah mengamalkan ciri-ciri pelajar yang berwawasan seperti yang di atas semoga menjadi insan yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai