Anda di halaman 1dari 2

Pebangunan negara Warisan kebangsaan Bahasa kebangsaan Amalan membaca Budi bahasa Pendidikan ilmu

Buluh kasap dibuat galah Hendak dikait buah sejajar Dimana silap dimana salah Kalau murid malas belajar Berbaju kebaya pergi kekedai Anak ditinggal seorang dirumah Murid berjaya murid pandai Murid gagal gurukah lemah?

Ilmu Orang bugis pergi membajak Membawa nafiri main dimajlis Baharu tulis serangkap sajak Relakah diri dipanggil penulis. Merak mengigal di mahamiru Nampak bergaya warna berbiji Murid gagal salahkan guru Bila berjaya kenapa tak puji Pembangunan negara Indah suasana dipandang mata Nampak tasik seri kawasan Mahu kemana generasi kita Jika asyik tanpa wawasan. Bunga dahlia dimakan rusa Hampir disambar burung kedidi Perjuangan belia membina bangsa Runtuh akhlak mengapa terjadi?

Jasmani, emosi rohani intelek Bagaimana mungkin dapat diserap? Budi Bahasa Bentang mari tikar pandan, Alat duduk orang datang, Sudahkah penuh ilmu di badan, Hendak bermain di tengah gelanggang Harum semerbak bunga cempaka Ambil sekuntum semat dibaju Apalah nasib pantun pusaka Ibarat lelayang putus teraju Anak cina pulang ke linggi Bawa bersama sebiji belanga Belumpun lagi berpegawai tinggi Mengapa tinggi sudah hidungnya? Dipuput bayu bunga menalu Jatuh bergugur tepi telaga Bercakap melayu kononnya malu Kenapa belacan disantap juga?

Warisan kebangsaan Berputih tulang sikap hulubalang Demi pertahan warisan pusaka Bahasa dan santun kian menghilang Sanggupkah bangsa berputih mata Cantik berkilat ikan kelisa Sayang terkurung didalam balang Gamelan dan boria warisan bangsa Mengapa kini kian menghilang? Terbang tinggi burung merpati Hinggap sebentar dipohon kemboja Budaya sendiri dibiar mati Tradisi orang mengapa dipuja?

Amalan membaca

Pendidikan

Sungguh dingin titisan embun Jatuh menitis didalam kuah Kalau dahulu kitabnya setimbun Mengapa kini tinggal sebuah?

Ayam jantan cantiknya taji Berjalan ia mematuk kerupuk Budaya membaca amalan terpuji Bagaimana ia dapat dipupuk

Bahasa kebangsaan Dipuput bayu bunga menalu Jatuh bergugur tepi telaga Bercakap melayu kononnya malu Kenapa belacan disantap juga?

Anda mungkin juga menyukai