Anda di halaman 1dari 7

Roti

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


(Tingkatan 2)

Dari cerobong dapur


asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.
Perut yang lapar
selera kian menggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.
Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

TEMA
Kesyukuran orang yang beriman ketika kenyang, masih memikirkan masalah kelaparan golongan miskin. Dengan
adanya golongan yang beriman seperti ini, nasib golongan miskin akan lebih terbela.

PERSOALAN
1. Kepentingan makanan dalam memastikan kelangsungan hidup.
2. Bau roti yang dibakar amatmembangkitkan selera.
3. Ketika lapar, manusia sukar menahan nafsu makan.
4. Tabiat bersendawa setelah makan sehingga kenyang.
5. Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.
6. Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan.

GAYA BAHASA

 Hiperbola - nafsu makan pun bergelora; melangit damai dirasa


 Inversi - harum berbau juadah tersohor
 Metafora - percikan iman
 Personafikasi - selera kian menggelepar; berkeping-keping menggegar selera
 Simile - terhidang seumpama permaidani terhampar.
 Responsi - [bagi pemilik iman di dada,.. masih ada beban di bahu mereka], [nafsu
makan pun bergelora, perut pun kenyang terasa]
 Bahasa asing (Bahasa Arab) - nafsu, iman, kalimah syukur

NILAI

1. Kesabaran - penulis bersabar menunggu roti yang sedang dibakar.


2. Baik hati - orang yang beriman akan mengingati warga miskin yang berada dalam kesusahan.
3. Kesyukuran - golongan yang mendapat makanan atau dikurniakan rezeki hendaklah sentiasa
bersyukur.
4. Keimanan - ketika kenyang, orang yang beriman akan memikirkan keadaan golongan yang
kurang bernasib baik di luar sana.
5. Kesederhanaan - makanan dalam sajak ini hanyalah roti biasa, tidak berlebih-lebihan.
6. Rasional - memikirkan kesusahan dan kesengsaraan orang yang tidak berkemampuan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu misalnya sementara
menunggu makanan siap dan dihidangkan.
2. Kita hendaklah bermurah hati membiarkan orang lain dapat berkongsi rezeki kita.
3. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan mengingati keadaan orang lain yang kurang bernasib
baik.
4. Kita hendaklah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.
5. Kita mestilah mengamalkan kesederhanaan dalam aspek kehidupan dengan tidak berlebih-
lebihan atau membazir.
6. Kita haruslah bersikap rasional dalam memikirkan kesusahan yang dialami oleh orang miskin

Latihan
(i) Nyatakan dua gambaran penyajak terhadap golongan miskin yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada sajak Roti. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak
tersebut beserta contoh yang sesuai. [3 markah]

(iii) Sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersyukur. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersyukur
dengan segala nikmat kurniaan Tuhan? [4 markah]
PUISI MODEN : Sajak Kucari Damai Di Sini (A. HAMID JEMAIN)
Kucari damai di sini Rangkap 1: Penyajak menyatakan bahawa dia
di tanah subur makmur dan merdeka mencari kedamaian di negaranya makmur dan
merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan antara kenyataan dengan impian. Hal ini demikian
mimpi kerana wujudnya perasaan tidak puas hati antara
membebat perasaan kehidupan rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan
bahawa perasaan negative itu perlu diubati dengan
dengan sejarah persaudaraan bersangka baik iaitu dengan menjadikan sejarah
mengikat naluri kemanusiaan. persaudaraan sebagai dasar untuk membina rasa
kemanusiaan.
Kucari damai di sini Rangkap 2: Penyajak menyatakan bahawa
cinta dan jati diri kedamain juga dicari dengan rasa kasih sayang dan
dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia.
bersemarak di laman sukma Perasaan kasih mengasihi perlu dididik dalam diri
dengan kasih sayang manusia.

bersemadi di naluri.
Di sini damainya badai Rangkap 3: Penyajak menyatakan bahawa
moga gemilang sepanjang zaman walaupun negara kita mempunyai masalah, kita
masih boleh berdamai dan hidup dengan aman.
menjadi catatan sejarah kebanggaan Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai
untuk generasi masa depan. berkekelan. Segala masalah perlu diselesaikan
dengan bijaksana supaya kejayaan tercipta menjadi
kebanggaan generasi akan datang.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah
Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

1.0 Tema sajak:


Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Contoh: Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas
dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih dapat diselesaikan. Negara ini
menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke generasi yang akan datang.

2.0 Persoalan:
1. Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
2. Persoalan negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur
3. Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4. Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5. Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
3.0 Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,:
• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris;
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.
Contohnya, dengan kasih sayang
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada patriotik.

4. 0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • bersemarak di laman sukma (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan konsonan n);

5.0 Gaya Bahasa


Gaya Bahasa Contoh
1. Hiperbola membebat perasaan kehidupan

2. Penggunaan unsur alam. tanah


3. Repetisi. Kucari damai di sini

6.0 Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran
1. Nilai kedamaian Kita hendaklah berusaha untuk medapatkan dan
mengekalkan kedamaian.
2. Nilai patriotisme Kita hendaklah mencintai negara yang merdeka ini.
3. Nilai hormat-menghormati Kita mestilah saling hormat-menghormati dan
berkasih sayang antara satu sama lain.
Puisi Moden : Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata
"Dia mencipta manusia. Rangkap 1: Tuhan yang menciptakan manusia.
Mengajarnya pandai berbicara." Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan
menerima kenyataan.
(Al-Quran, 55:3-4 )
Engkau beri kami kata-kata Rangkap 2: Tuhan telah mengurniakan manusia
dan akal untuk mengucapkannya. kebijaksanaan untuk berbicara tentang apa-apa
yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang
Kami pindahkan makna, terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur
dari tempat ke tempat, dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan
zaman yang berbeza.
dari zaman ke zaman
Engkau beri kami kata-kata Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia pelbagai
dan akal untuk mengucapkannya. bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan
menghuni serata alam untuk mencari rezeki.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Kata-kata yang berselerakan Rangkap 4 : Unsur-unsur alam menjadi
langit, bumi, laut, gunung, dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan itu
satu) Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta
awan, hujan dan pohon, kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita
adalah persekitaran. memperbaiki persepsi kehidupan.

Seperti kami memetik buah-buahan


kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.

Kata-kata mengembangkan pengalaman, Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang


terbentang di semesta alam, dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan
membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.
memaknakan kewujudan.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah
Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

1.0 Tema sajak:


Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan generasi
ke generasi dan dari satu tempat ke satu tempat.
2.0 Persoalan:
1. Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk
berbicara.

2. Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.


Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga bahasa
berbeza mengikut tempat dan zaman.

3. Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah


Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke seluruh alam.

4. Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta


Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.

5. Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.


Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan pencipta

3.0 Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
• rangkap 1: lima baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: sembilan baris;
• rangkap 4: tiga baris.
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga empat patah kata.
Contohnya, adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal untuk mengucapkannya (4 patah kata)
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga tiga belas suku kata.
Contohnya, Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami memetik buah-buahan (13 suku kata)
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada keagamaan.

4. 0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • Kami pindahkan makna (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan k);
5.0 Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


1. Hiperbola terbentang di semesta alam.
2. Penggunaan unsur alam. samudera; pulau-pulau; pantai-pantai;
3. Anafora (perulangan kata pada awal dari tempat ke tempat,
baris). dari zaman ke zaman.
4. Repetisi. perkataan kata-kata

6.0 Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran
1. Nilai kesungguhan Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk
mempelajari bahasa.
2. Nilai keberanian Kita hendaklah berani pergi ke tempat yang jauh
untuk mencari ilmu dan rezeki.
3. Nilai rajin kita mestilah rajin membaca dan mengkaji kitab-
kitab lama untuk memperoleh ilmu.

Anda mungkin juga menyukai