Anda di halaman 1dari 11

SAJAK KUCARI DAMAI

DI SINI, (A. Hamid Jemain)


DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU HADI
MRSM SUBES
Apa Itu Puisi Moden?
• Puisi Melayu moden merupakan sebuah seni penulisan kontemporari yang
mengarang kata dengan susunan yang indah untuk menyampaikan maksud-
maksud tertentu. Puisi Melayu moden menyimpang dari puisi Melayu
tradisional seperti pantun dan syair dari segi bentuk, susunan baris, rankap,
dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional.
• Manakala dari segi isi, PUISI MELAYU MODEN membicarakan is-isu semasa
pada ketika ia ditulis, sama ada persoalan ekonomi, politik, sosial dan
sebagainya.
• Puisi Melayu moden juga dikenali sebagai sajak yang merupakan perkataan
yang berasal dari perkataan Arab SAJA' yang bermaksud persamaan bunyi.
SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI
SAJAK MAKSUD
Kucari damai di sini Rangkap 1: Penyajak menyatakan bahawa dia
di tanah subur makmur dan merdeka mencari kedamaian di negaranya makmur dan
merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
antara kenyataan dengan impian. Hal ini demikian
membebat perasaan kehidupan kerana wujudnya perasaan tidak puas hati antara
dengan sejarah persaudaraan rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan
bahawa perasaan negatif itu perlu diubati dengan
mengikat naluri kemanusiaan. bersangka baik iaitu dengan menjadikan sejarah
persaudaraan sebagai dasar untuk membina rasa
kemanusiaan.
Kucari damai di sini Rangkap 2: Penyajak menyatakan bahawa kedamain juga
dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan kepribadian mulia
cinta dan jati diri rakyat Malaysia. Perasaan kasih mengasihi perlu dididik
bersemarak di laman sukma dalam diri manusia.
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.
SAJAK MAKSUD
Di sini damainya badai Rangkap 3: Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara
kita mempunyai masalah, kita masih boleh berdamai dan
moga gemilang sepanjang zaman hidup dengan aman. Penyajak berharap agar kemerdekaan
menjadi catatan sejarah kebanggaan yang dicapai berkekelan. Segala masalah perlu diselesaikan
dengan bijaksana supaya kejayaan tercipta menjadi
untuk generasi masa depan. kebanggaan generasi akan datang.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
TEMA
• Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
• Contoh: Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai
kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas dan tulen. Walaupun
terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih dapat
diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke
generasi yang akan datang.
PERSOALAN
• Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak
akan datang dengan sendirinya.
• Persoalan  negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur
• Persoalan kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh
kemajuan.
• Persoalan kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
• Persoalan kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan
generasi akan datang.
BENTUK
• Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
• Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
• Contohnya,:
• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris;
• Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
• Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
• Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.
• Contohnya, dengan kasih sayang yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
• Sajak ini berbentuk bebas.
• Nada patriotik.
UNSUR BUNYI
• Asonansi.
• Contohnya, • bersemarak di laman sukma (perulangan vokal a);
• Aliterasi.
• Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan konsonan n);
GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Hiperbola membebat perasaan kehidupan

Penggunaan unsur alam. tanah

Repetisi. Kucari damai di sini


NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai Pengajaran
Nilai kedamaian Kita hendaklah berusaha untuk
medapatkan dan mengekalkan
kedamaian.
Nilai patriotisme Kita hendaklah mencintai
negara yang merdeka ini.
Nilai hormat-menghormati Kita mestilah saling hormat-
menghormati dan berkasih
sayang antara satu sama lain.
Sekian, terima kasih….
LATIHAN BUKU KERJA MUKA SURAT 91.
SILA JAWAB DAN HANTAR TUGASSAN KEPADA GURU.

Anda mungkin juga menyukai