Anda di halaman 1dari 9

PUISI TRADITIONAL

PANTUN BUDI

ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA


Disediakan oleh
Unit Bahasa Melayu
MAKSUD RANGKAP
PANTUN MAKSUD
Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan
Sampan kolek mudik ke tanjung; menjadi sebutan orang.
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan
Yang merah saga; bahasa yang tinggi.
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan
Bunga seroja di tepi kali; dipandang hina.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
MAKSUD RANGKAP
PANTUN MAKSUD
Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih
Jatuh daunnya ke dalam ruang; diutamakan daripada budi bahasa.
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,  Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita
Pandai melompat pandai menari; sentiasa berbudi bahasa.
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia,
Sampan sakat di Pulau Angsa; manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan
lndah tampan kerana budi, tutur kata.
Tinggi bangsa kerana bahasa.
MAKSUD RANGKAP
PANTUN MAKSUD
Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat
Tempat raja membangun kota; jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf
Bijak bertemu dengan jauhari, dengannya.
Bagai cincin dengan permata.
TEMA

Masyarakat akan memandang tinggi terhadap


golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa
menunjukkan identiti sesuatu bangsa. 
PERSOALAN

1. Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.


2. Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa
akan nilai budi bahasa.
3. Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
4. Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
5. Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.
6. Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang
bijaksana.
BENTUK

1. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.


2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
3. Contohnya, setiap rangkap empat baris;
4. Ada pembayang dan maksudnya.
5. Jumlah suku kata 4 hingga 7.
6. Pantun jenis terikat.
GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Anafora (ulangan perkataan di Yang kurik kundi,
hadapan) Yang merah saga, Yang  baik
Penggunaan unsur alam air; laut; tanjung; bunga melati;batu.

Peribahasa. Bagai cincin dengan permata


Personifikasi. Bijak bertemu dengan jauhari.
Repetisi. budi (rangkap 1, baris 4)
Responsi (perulangan Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa
perkataan yang sama di tengah kerana bahasa.
ayat).
NILAI & PENGAJARAN
Nilai Pengajaran
Nilai berbudi Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa
bahasa. agar sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat

Nilai mengenang Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah


jasa. berbudi kepada kita.

Nilai Kita disarankan supaya menjadi golongan yang


kebijaksanaan bijaksana agar dapat membantu untuk membangunkan
bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai