Anda di halaman 1dari 10

PANTUN BUDI

MAKSUD BUDI - kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu / tingkah laku individu
yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal
fikiran yang baik dan bijaksana. [ 个人所做的善事 / 良好的个人行为 ]

TEMA

Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa
menunjukkan identiti sesuatu bangsa.
PERSOALAN

➢ Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina

➢ Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan

nilai budi bahasa.

➢ Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata

➢ Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.

➢ Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.

➢ Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana

BENTUK PANTUN

(a) Terdiri daripada tujuh rangkap.

(b) Berisi empat baris setiap rangkap.

(c) Ada pembayang dan maksudnya.

(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.

(e) Terdiri daripada lima hingga sebelas suku kata sebaris.

(f) Bentuknya terikat.

GAYA BAHASA

(a) Imej alam = Contohnya, air; laut; tanjung; saga; bunga melati; bunga seroja; kali; bunga

cina; batu; daun; emas; anak beruk; dan pantai.


(b) Peribahasa = Contohnya, Bagai cincin dengan permata.

(c) Personifikasi = Contohnya, Bijak bertemu dengan jauhari.

(d) Repetisi = Contohnya, Bunga melati bunga di darat.

(e) Responsi = Contohnya, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

(f) Asonansi = Contohnya, Hina manusia tidak berbudi (perulangan vokal i).

(g) Aliterasi = Contohnya, Bunga melati bunga di darat (perulangan konsonan d).
NILAI
➢ Kebijaksanaan

➢ Budi bahasa

➢ Rendah diri

➢ Mengenang jasa

PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.

(b) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

(c) Kita perlulah mengutamakan budi bahasa daripada kekayaan.

(d) Kita haruslah sentiasa merendah diri agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

(e) Kita haruslah menjadi orang yang bijaksana agar dapat membantu untuk membangunkan
bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai