Anda di halaman 1dari 25

PUISI TRADITIONAL: 

 PANTUN BUDI

Pantun Maksud pantun


Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa
Sampan kolek mudik ke tanjung; dikenang dan menjadi sebutan orang.
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai


Yang merah saga; budi dan bahasa yang tinggi.
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa
Bunga seroja di tepi kali; akan dipandang hina.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup,


Jatuh daunnya ke dalam ruang; kekayaan lebih diutamakan daripada budi
Adat dunia memang begitu, bahasa.
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,  Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan
Pandai melompat pandai menari; kita sentiasa berbudi bahasa.
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan
Sampan sakat di Pulau Angsa; dipandang mulia, manakala martabat bangsa
lndah tampan kerana budi, dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan
Tempat raja membangun kota; lebih hebat jika bersama-sama dengan
Bijak bertemu dengan jauhari, orang yang sama taraf dengannya.
Bagai cincin dengan permata.

(Dipetik daripada antologi Baik


Budi, lndah Bahasa,Tingkatan 2,
Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

1.      Tema
Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa
kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa. 

2.      Persoalan
a.       Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
b.      Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka
lupa akan nilai budi bahasa.
c.       Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
d.      Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
e.       Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.
f.       Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang
bijaksana.
(a)没有礼貌的人会被看不起。

(b)社会重视财富的态度会使他们忘记礼貌的价值。

(c)马来社会非常重视礼貌和言谈。

(d)一个国家的高度是由它说的语言来判断的。

(e)穷人如果有礼貌,仍然会受到尊重。

(f)一个人在有智慧的人中间,就会显露出他的智慧。

3.      Bentuk
a.       Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b.       Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Contohnya, • setiap rangkap empat baris;
c.       Ada pembayang dan maksudnya.
d.      Jumlah suku kata 4 hingga 7.
e.       Pantun jenis terikat.

4.Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Anafora (ulangan perkataan di Yang kurik kundi,
hadapan) Yang merah saga, Yang  baik
Penggunaan unsur alam air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
Peribahasa. Bagai cincin dengan permata
Personifikasi. Bijak bertemu dengan jauhari.
Repetisi. budi (rangkap 1, baris 4)
Responsi (perulangan perkataan Indah tampan kerana budi, Tinggi
yang sama di tengah ayat). bangsa kerana bahasa.

 5.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai berbudi Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi
bahasa. bahasa agar sentiasa dipandang mulia oleh
masyarakat
Nilai mengenang Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah
jasa. berbudi kepada kita.
Nilai kebijaksanaan Kita disarankan supaya menjadi golongan
yang bijaksana agar dapat membantu untuk
membangunkan bangsa dan negara.

Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad

Tema
Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.

Persoalan
(a) Buat baik akan dibalas baik.
(b) Kasih sayang terhadap keluarga.
(c) Sikap tamak segelintir manusia.
(d) Kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman.
(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
(f) Kepentingan alam semula jadi kepada manusia.

Watak dan Perwatakan


Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil berketurunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Berani merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu bapanya.

Raksasa Qadqad
(a) Rupanya mirip katak.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna hijau kuning.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan penduduk kaum asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung
tersebut.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang.
(d) Bapa yang bertanggungjawab.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan ahli keluarganya.

Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

Sidek
(a) Bekerja sebagai pemandu kereta api.
(b) Bekerja dengan Binjah.
(c) Baik hati.

Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan 
(b) Perkembangan 
(c) Klimaks 
(d) Peleraian 

Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Pemerian.
(c) Imbas kembali.

Latar
Latar Tempat
(a) Kawasan Bukit Ungu. 
(b) Rumah Talia. 
(c) Stesen kereta api. 
(d) Kawasan perlombongan.
(e) Hospital.
(f) Balai polis.

Latar Masa
(a) Waktu siang.
(b) Waktu tengah hari.
(c) Tiga hari.
(d) Waktu matahari tergelincir.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat orang asli.
(b) Masyarakat yang menyayangi haiwan.
(c) Masyarakat yang tamak dan kejam.
(d) Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi.

Unsur Gaya Bahasa


(a) Simile.
     Contohnya: (i)   Gempal macam disumbat air
                        (ii)   bagaikan bola bertanduk yang terbang laju
                        (iii)  bagai butir gula dihurungi semut manusia.

(b) Personifikasi.
      Contohnya: (i)    ditelan hutan belantara
                         (ii)   Matahari mula tergelincir.

(c) Sinkope
     Contohnya: (i)     Kami ada padi saja
                        (ii)     Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu.

(d) Repetisi.
      Contohnya, “Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ...”

(e) Inversi.
     Contohnya, Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi.

Nilai
(a) Baik hati. 
(b) Kasih sayang. 
(c) Keberanian. 
(d) Kegigihan.
(e) Tanggungjawab.
(f) Tolong-menolong.

Pengajaran
(a) Kita haruslah bersimpati terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
(b) Kita mestilah menyayangi anggota keluarga kita.
(c) Kita haruslah berani mempertahankan hak kita.
(d) Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang ditimpa kesusahan.
(e) Kita hendaklah menjaga alam semula jadi.

Pelanduk Mengajar Memerang


Sinopsis
     Pada zaman Nabi Allah Sulaiman semua haiwan ditakdirkan oleh Allah dapat berkata-
kata. Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima menteri yang terdiri daripada manusia, jin yang
bernama Ifrit, unggas, landak, dan pelanduk. Antara kelima-lima menteri itu, Syah Alam di
Rimba, iaitu pelanduklah yang paling masyhur kebijaksanaannya.
Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya.
Syah Alam di Rimba sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada
tujuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anakanak memerang itu keluar dari lubang
lalu bermain-main.
Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat mak dan bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak
memerang menyatakan bahawa mak dan bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan
makanan. Oleh itu, Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan
penganiayaan terhadap ikanikan di rimba itu. Syah Alam di Rimba runsing memikirkan
aduan ikan-ikan itu kepada Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba mahu membuat
pakatan dengan memerang. Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara
bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu Syah Alam
di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak
memerang itu sehingga semuanya mati.

     Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang tersebut. Mak dan bapa
memerang melihat semua anak memerang sudah mati. Mak dan bapa memerang mengetahui
Syah Alam di Rimbalah yang melakukan perkara tersebut kerana terdapat kesan tapak
kakinya di situ. Pada malam itu, mak dan bapa memerang berbincang. Mak dan bapa
memerang membuat keputusan untuk
memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.

     Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah
Sulaiman. Mak dan bapa memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam
di Rimba terhadap anak-anaknya. Setelah baginda mendengar aduan tersebut, baginda berasa
hairan akan kelakuan Syah Alam di Rimba. Oleh itu, baginda mahu mengadakan perbicaraan.
Baginda meminta Sang Belatuk
memanggil semua haiwan yang terlibat, iaitu haiwan-haiwan yang menyebabkan kematian
anak-anak memerang itu. Haiwan-haiwan tersebut ialah Syah Alam di Rimba, Sang Bubut,
Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau. Semua haiwan tersebut
bercerita tentang perkaraperkara
yang telah berlaku dengan jujur.

     Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda
memerintahkan Sang Memerang bercakap benar. Dengan takut, Sang Memerang mengakui
kesalahannya. Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak
bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang
sendiri.
Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai 虐待 golongan lain.
Persoalan
(a) Sikap tamak, iaitu mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa
memikirkan nasib pihak lain.
(b) Aduan dibuat kepada yang pihak yang berkuasa.
(c) Pengadilan memerlukan saksi.
(d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
(e) Bercakap benar di hadapan pemerintah.
(f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
(g) Mengakui kesalahan yang telah dilakukan.

(a) 贪婪的态度,即想要尽可能多地得到一些东西,而不考虑对方的命运。

(b) 向当局投诉。

(c) 法庭需要证人。

(d) 解决问题的智慧。

(e) 在政府面前说真话。

(f) 随时准备拯救政府。

(g) 承认已经犯下的罪行。

Watak dan Perwatakan

Pelanduk atau Syah Alam di Rimba


(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kebijaksanaannya.
(c) Pandai bersilat.
(d) Prihatin akan masalah yang dialami oleh rakyatnya.
(e) Taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
(f) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

Sang Memerang
(a) Mempunyai tujuh orang anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.
(c) Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(d) Ibu dan bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak.
(e) Mementingkan diri sendiri.
(f) Taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman.
(g) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

Nabi Allah Sulaiman


(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan haiwan.
(b) Melantik lima menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat keputusan.

Plot

Binaan Plot
(a) Permulaan 
(b) Perkembangan 
(c) Klimaks 
(d) Peleraian 

Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Monolog dalaman.
(c) Pemerian.

Latar
Latar Tempat
(a) Hutan rimba.
(b) Dalam lubang.
(c) Kota istana.
(d) Lubuk.

Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
(b) Waktu siang.
(c) Waktu petang.
(d) Waktu malam.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat haiwan yang tinggal di rimba.
(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
(c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
(d) Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.
(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
(f) Masyarakat yang cepat bertindak.
(g) Masyarakat yang mengakui kesilapan diri.
(h) Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah.
Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Allah Subhanahuwataala; kudrat-Nya; fasal.
(b) Bahasa istana. Contohnya, patik; bersemayam; singgahsana; baginda; bertitah; tuanku;
beta.
(c) Bahasa klasik. Contohnya, Sebermula; Hatta; ayapan; pacal.
(d) Sinkope. Contohnya, Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari.
(e) Repetisi. Contohnya, Kepada fikiran patik tentulah Duli yang Maha Mulia kedatangan
musuh yang besar, patik pun bersiaplah akan perisai patik.

Nilai
(a) Keberanian.
(b) Keadilan.
(c) Kejujuran.
(d) Kebijaksanaan.
(e) Keprihatinan.
(f) Tanggungjawab.
(g) Kepatuhan.
(h) Keinsafan.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin akan masalah rakyat.
(b) Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
(c) Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman musuh.
(d) Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.
(e) Sebagai pemerintah, kita mestilah bijak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
rakyat.
(f) Kita mestilah bercakap jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
(g) Sebagai pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil.
(h) Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan.

(a) 我们必须是关心人民问题的领袖。

(b) 我们必须是负责任的父母。

(c) 我们必须时刻准备好面对敌人的威胁。

(d) 作为公民,我们必须遵守政府的每一项指令。

(e) 作为政府,我们必须明智地解决人民面临的问题。

(f) 当我们被带到法庭时,我们必须诚实地说话。

(g) 作为政府,我们必须公平地作出决定。

(h) 我们必须意识到我们所犯的错误。
Sajak Roti
Tema
Orang yang beriman, ketika kenyang tidak melupakan golongan miskin.

Persoalan
(a) Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera.
(b) Ketika lapar manusia tidak dapat menahan nafsu makan.
(c) Apabila makan makanan yang sedap, manusia akan makan sampai kenyang dan
bersendawa.
(d) Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.
(e) Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan.

(a) 烤面包时,气味会引起食欲。

(b) 当人们饥饿时,他们无法控制自己的食欲。

(c) 吃好食物时,人会吃到饱,打嗝。

(d) 信徒饱足时不会忘记穷人。

(e) 当你得到某物时心存感激是信心的表现。

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak


(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris dan rangkap kedua hingga kelima mempunyai
lima baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


(a) Hiperbola. Contohnya, nafsu makan pun bergelora; melangit damai dirasa.

(b) Metafora: Contohnya, percikan iman.

(c) Personifikasi. Contohnya, selera kian menggelepar.

(d) Simile. Contohnya, terhidang seumpama permaidani terhampar.

(e) Asonansi. Contohnya, Bagi pemilik iman di dada


     (perulangan vokal i)

(f) Aliterasi. Contohnya, Bila begitu selamanya


     (perulangan konsonan b).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ialah abaa
      dan rima akhir bagi rangkap kedua hingga kelima aaaaa.

Nada
Didaktik.

Maksud Didaktik: unsur pengajaran / nasihat / pendidikan yang terkandung dalam karya-
karya

Nilai
(a) Kesabaran.
(b) Baik hati.
(c) Kesyukuran.
(d) Keimanan.
(e) Kesederhanaan.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Kita hendaklah memikirkan orang lain agar orang lain turut mendapat rezeki.
(c) Kita hendaklah ingat akan keadaan orang lain yang kurang bernasib baik.
(d) Kita hendaklah melatih diri agar menjadi orang beriman.
(e) Sebagai manusia kita mestilah bersyukur atas nikmat kurniaan Tuhan.

(a) 我们在等待拿东西时应该耐心等待。

(b) 我们应该为他人着想,使他人也得到寄托。

(c) 我们应该记住其他不幸的人的处境。

(d) 我们必须训练自己成为信徒。

(e) 作为人类,我们必须感谢上帝的祝福。

Meniti Impian

Watak utama : Zahar


Watak

 Anak sulung
 Telah kematian bapanya, ibunya Mak Kiah
 Abang kepada Zakri dan Halim
 Bapa saudaranya Pak Yusuf
 Pandai bermain bola sepak
 Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri
 Lulusan SPM dan IKM
 Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah
 Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili
Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang ....

1. Seorang yang rajin


2. Tidak mudah berputus asa
3. Anak yang baik
4. Patuh pada arahan
5. Seorang yang tegas
6. Seorang yang tekun
7. Bersikap rasional
8. Setia kawan
9. Taat pada printah  agama
10. Tahu membalas budi
11. Cinta akan kampung halamannya
12. Berkeazaman tinggi
13. Berjimat cermat dalam berbelanja
14. Anak muda yang pandai berdikari

Watak sampingan: Pak Yusuf


Perwatakan: Antara perwatakan Pak Yusuf ialah

1. Mengambil berat terhadap anak saudaranya


2. Seorang yang bertanggungjawab
3. Seorang yang gigih bekerja
4. Seorang yang pemaaf
5. Seorang yang rajin bekerja

Suhaili

Perwatakan: antara perwatakan Suhaili ialah dia seorang yang

1. Akan mengakui kesalahannya


2. Suka memandang rendah terhadap orang lain
3. Mudah berputus asa
TEMA
Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang
usahawan.

– Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan kerana ingin
mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang.

– Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu bengkel Pak


Yusuf dalam menyiapkan tempahan setiapa kali pulang bercuti di kampung.

PERSOALAN
1. Usaha yang membawa kejayaan
 Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan
dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan diri
 Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia
tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut.
 Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada
Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja
 Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak
menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza.
 Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung
 Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri
oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan
hidangan untuk majlis tersebut.
 Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan
bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah
hari.
5. Persahabatan yang ikhlas
 Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji
dengan menumpangkan Zahar di rumahnya.
 Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan
antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai