Anda di halaman 1dari 1

KOMSAS T2 –TAJUK 4

PANTUN BUDI
Maksud;
Rangkap Maksud
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung; Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi
Hati terkenang mulut menyebut, sebutan orang.
Budi yang baik rasa nak junjung.
Yang kurik kundi,
Yang merah saga; Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang
Yang baik budi, tinggi.
Yang indah bahasa.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali; Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang
Hina besi kerana karat, hina.
Hina manusia tidak berbudi.
Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang; Sudah menjadi lumrah dalam hidup, kekayaan lebih
Adat dunia memang begitu, diutamakan daripada budi bahasa
Sebab emas budi terbuang
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari; Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa
Biar buruk kain dipakai, berbudi bahasa
Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa; Orang yang berbudi akan dipandang mulia, martabat
lndah tampan kerana budi, bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata
Tinggi bangsa kerana bahasa
Padang Temu Padang baiduri,
Tempat raja membangun kota; Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika
Bijak bertemu dengan jauhari, bersamasama dengan orang yang sama tarafnya
Bagai cincin dengan permata.

Tema ; Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan
identiti sesuatu bangsa.

Persoalan;
 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
 Sikap mementingkan kekayaan menyebabkan seseorang lupa akan budi bahasa.
 Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
 Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
 Budi bahasa lebih penting daripada kekayaan yang dimiliki.
 Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.
Bentuk dan

Nilai; Budi Bahasa / Rendah diri / Mengenang jasa / Kebijaksanaan.

Pengajaran;
 Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.
 Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
 Kita perlulah mengutamakan budi bahasa daripada kekayaan.
 Kita haruslah sentiasa merendah diri agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat.
 Kita haruslah menjadi orang yang bijaksana agar dapat membantu untuk membangunkan
bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai