Anda di halaman 1dari 3

Karangan Jenis Keperihalan / Pengalaman / Cereka.

Panduan Umum;
1. Karangan jenis ini ialah karangan yang memerihalkan atau menggambarkan apa-
apa yang dialami oleh diri atau orang sekeliling berkaitan perkara yang dilihat,
didengar dan dirasai.

Contoh;
Keesokan harinya, aku berasa berat hati untuk meninggalkan nenek
keseorangan di rumah. Ibu dan bapaku bekerja…..

Apabila tiba di rumah, aku amat terkejut melihat ramai orang yang berada di
rumah nenek….

2. Pemerihalan pengalaman yang dialami ini juga termasuklah gambaran sesuatu


keadaan atau tempat atau pemandangan yang berkaitan sesuatu peristiwa atau
acara yang hendak diceritakan.

Contoh; Keadaan di pusat pemindahan sememangnya tidak selesa. Beberapa


buah keluarga berkongsi dewan sekolah yang agak sempit. Namun begitu, kami
menghadapi keadaan itu dengan sabar…

3. Perkara-perkara yang hendak digambarkan mestilah jelas, menarik, mempunyai


perbandingan yang sesuai dan dapat memberikan kesan yang mendalam kepada
pembaca.

4. Karangan ini tidak mempunyai format khusus. Namun, karangan jenis ini tidak
dapat lari daripada disiplin karangan yang lazim, iaitu ada pendahuluan, isi-isi
penting dan penutup.
5.
 Pada bahagian pendahuluan, anda bolehlah menceritakan peristiwa awal
sebelum peristiwa utama berlaku.

Contoh; Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke
rumah nenek saya di kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk
mengemas barang masing-masing. Kemudian, kakak dan saya mengemas
rumah kerana kami akan bercuti lama di kampung.

 Pada bahagian penutup, anda digalakkan untuk menceritakan cara-cara


peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan perasaan anda
terhadap sesuatu peristiwa yang ditulis.

Contoh; Peristiwa itu memang tidak dapat aku lupakan. Tidak hairanlah
sayangku lebih kepada nenek daripada kedua ibu bapaku sendiri.
Contoh Karangan Pengalaman
Soalan; Baru-baru ini, anda bersama rakan anda telah menghabiskan masa bercuti ke tempat
bersejarah di Melaka. Ceritakan pengalaman percutian tersebut.

Saya bersama dengan beberapa orang rakan mengambil


keputusan bercuti ke Melaka untuk sehari sahaja. Ketika
melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, kami bersarapan di Pendahuluan;
kawasan rehat Seremban sebelum meneruskan perjalanan ke -Saya dan rakan - bercuti ke Melaka
Ayer Keroh. Apabila sampai di Ayer Keroh, kami melawat -Bersarapan di Ayer Keroh
-melawat Zoo Melaka
Zoo Melaka yang mempunyai pelbagai kenangan semasa kami
kecil, iaitu menjadi lokasi wajib percutian keluarga jika ke
Melaka.

Selepas berada sejam di Zoo Melaka, kami meneruskan


perjalanan ke Bandar Hilir. Jam masih menunjukkan pukul
10.00 pagi, jadi kami mengambil kesempatan bersiar-siar di Isi 1;
-ke Bandar Hilir
kawasan sekitar Bandar Hilir. Kami melawat beberapa tempat -melawat tempat bersejarah
bersejarah di situ. Antara tempat bersejarah yang kami lawati
seperti Kota A`Famosa, Gereja St Paul dan banyak lagi.

Kami juga berjalan kaki melalui jalan belakang


menyeberangi Sungai Melaka, menuju ke sebuah masjid yang
dikatakan antara masjid tertua di bandar ini. Kami singgah
makan tengah hari di kedai Asam Pedas Selera Kampung yang Isi 2;
-berjalan kaki - masjid tertua
terletak bersebelahan bazar rakyat di Bandar Hilir. Untuk -makan - kedai Asam Pedas
makan di sini agak mencabar kerana terlalu banyak orang yang
turut sama ingin menjamu selera dan menikmati keenakan asam
pedas yang popular di negeri ini.

Selesai makan, kami bergerak ke Kampung Portugis


yang menjadi tinggalan sejarah, yang masih kekal sejak
penjajahan Portugis pada tahun 1511. Di sini, kami bertemu
dengan rakan sekuliah yang juga merupakan orang Portugis Isi 3;
-ke Kampung Portugis
Melaka. Dia menunjukkan kami sekitar kampung dan melawat -bertemu rakan sekuliah
muzium kampung yang terletak bersebelahan rumah ketua -melawat muzium kampung
kampung. Ketika kami sampai, anak-anak kecil sedang berlatih
menari tarian Portugis dengan irama Jingkli Nona. Di sini juga,
kami dijamu dengan makanan Portugis.

Sebelum pulang ke Selangor, kami singgah di Pantai


Klebang untuk merasai sendiri keenakan coconut shake yang
terkenal. Percutian singkat ini berjaya melepaskan tekanan dan
bebanan kerja. Kami akan ke sini lagi pada masa akan datang Penutup;
-berjaya lepaskan tekanan kerja
dan merancang percutian yang lebih baik. Pada masa tersebut -merancang percutian - berbasikal
kami akan menjelajah negeri bersejarah ini sama ada dengan
berbasikal, beca atau berjalan kaki kerana pelbagai tempat yang
terpencil dapat diteroka dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai