Anda di halaman 1dari 62

Ada hati  Ada keinginan

Ada jalan  Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu  Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu
perbuatan

Air muka  Permukaan air


 Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
 Maruah, harga diri

Air seni  Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada pada  Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik
badan yang cergas atau idea yang bernas

Akar umbi  Akar tunjang


 Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
 Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

Alah bias tegal biasa  Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
mengalaminya

Alah membeli menang  Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat
memakai (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk  Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh


pekasam, biar sampai ke hasilnya
 Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu
pangkal lengan
diselesaikan

Ambil langkah  Mulai hendak berjalan


 Mulai bertindak

Ambil berat  Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

Anak emas  Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa

Asam garam  Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka


duka)

Ayam tambatan  Orang harapan

Bagaimana acuan begitulah  Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana
kuihnya faktor baka

Bagai aur dengan tebing  Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Bagai ayam disambat helang  Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan
dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang  Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke batu  Sangat sedih


Bagai kacang lupakan kulit  Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah
menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air  Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan
mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Bagai murai dicabut ekor  Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan permata  Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang  Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
penuh

Baik sangka  Rasa muhibah


 Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam  Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan  Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai


sesuatu

Belut kena ranjau  Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib  Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan


harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga  Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu, berenang-  Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang


renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang
kemudian

Berat mulut  Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul, ringan  Baik buruk sama-sama dipikul


sama dijinjing
Berat tulang  Malas

Berbalik hati  Berubah hati

Berdiri sama tegak, duduk  Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
sama rendah

Beri jalan  Memberikan idea


 Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat
keuntungan

Berkatalah benar walaupun  Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin


menyakitkan hati seseorang
pahit
Berkayuh sambil bertimba  Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati  Suka memberi, tidak kedekut


 Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh  Malas berusaha

Berputih mata  Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai roboh  Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi
kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

Bersekutu bertambah mutu  Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan
kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan tidak  Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi
akan berbunyi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah  Bertengkar


Besar hati  Bangga, gembira

Besar pasak daripada tiang  Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan mati  Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt
adat yang dipegang terpelihara

Bidan terjun  Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara


tiba-tiba

Buah fikiran  Pendapat

Cahaya mata  Anak


 Kekasih, buah hati

Cakap besar  Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan  Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang


lain
 Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Carik-carik bulu ayam, lama-  Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana
lama bercantum juga perselisihan

Celik computer  Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan  Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau


akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir sama  Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka
rugi keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya,
kerugian akan ditanggung bersama-sama

Darah daging  Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah


Darah panas  Pemarah, lekas marah

Darah seni  Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi, diam-  Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam
diam besi berkarat orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Di mana ada kemahuan, di situ  Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan
ada jalan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ  Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
langit di junjung

Di sangka panas sampai ke  Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa


petang, rupanya hujan di kesusahan
tengah hari

Durian rintuh  Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Enggang lalu ranting patah  Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu
musibah

Genggam bara biar sampai jadi  Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan
arang sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Goyang kaki  Bersenang-senang

Gunting makan di hujung  Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah dibuang  Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah
itu ditinggalkan

Hancur hati  Sedih, putus asa

Harimau mati meninggalkan  Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang
belang, manusia mati walau berapa lama pun ia telah mati
meninggalkan nama

Hati gajah sama di lapah, hati  Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak,
kuman sama dicecah beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit

Hati kecil  Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak  Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh


hendak seribu dalih dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak mahu  Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri orang,  Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
hujan batu di negeri sendiri
Ibarat burung, mata terlepas  Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai
badan terkurung kebebasan
Ibarat melukut di tepi gantang  Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah
 Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

Ilmu itu pelita hati  Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat
keputusan yang bijak

Jantung hati  Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal  Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai
manikam sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas pandangan  Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu
tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya

Jinak-jinak merpati  Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi


sebenarnya tidak

Kacang hantu  Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais  Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau
petang makan petang tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli  Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur buluh,  Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda,
biarlah dari rebungnya kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal,  Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat
jangan lautan hendak diduga sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung  Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
manakan dapat sagunya

Kalau takut dilambung ombak,  Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
jangan berumah di tepi pantai

Kata-kata lebih tajam daripada  Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan


mata pedang

Ke bukit sama didaki, ke lurah  Bekerjasama melakukan sesuatu


sama dituruni

Kecil hati  Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka anak,  Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-
besar jangan disangka bapa orang tua sahaja

Kecil tapak tangan nyiru saya  Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
tadahkan
Keras lidah  Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

Lain lubuk lain ikannya  Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus  Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang
ditelan, pahit jangan terus nampak buruk itu jangan lekas ditolak
dimuntahkan

Lidah tidak bertulang  Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan  Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat


kesenangan

Lintah darat  Orang kaya yang menindas orang miskin dengan


meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Makan angin  Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat jalan, malu  Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai
berdayung perahu hanyut kejayaan

Masuk ke kandang kambing  Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling


mengembek, masuk kekandang
kerbau menguak

Mata hati  Perasaan hati

Mati kutu  Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu  Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

Membanting tulang  Bekerja keras


Membuka pekung di dada  Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak,  Baru hendak belajar sesuatu


mendaki baru sekaki

Menangguk di air keruh  Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata  Menyakitkan pandangan

Mencari jalan  Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera putih  Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak gugur  Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

Nafas baru  Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang


memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan
baru

Naik darah  Menjadi marah


Nasi sudah menjadi bubur  Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

Orang mengantuk disorongkan  Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki


bantal

Otak batu  Bodoh

Otak cair  Pandai

Padang jarak padang tekukur  Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran  Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah  Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
simpan
Pemuda harapan bangsa,  Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk
pemudi tiang negara membangunkan negara pada masa hadapan

Perang dingin  Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati  Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur
Pilih kasih  Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat
keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam mendatang  Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

Rezeki kalau secupak tidak  Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
akan jadi segantang

Ringan mulut  Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap

Ringan tulang  Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut  Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah,  Perangai seseorang dapat diubah sedangkan


perangai dapat diubah penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Sambil menyelam minum air  Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain
yang turut dilakukan

Sayangkan anak tangan-  Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu
tangankan, sayangkan isteri akan menjadi sombong
tinggal-tinggalkan

Sediakan payung sebelum  Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang
hujan kurang baik

Seperti api dalam sekam  Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing  Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Seperti enau dalam belukar  Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya
melepaskan pucuk masing- berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
masing
Seperti kera sumbang  Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal  Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru  Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat
terngadah menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan, tak  Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah
lekang dek panas
Tangan kosong  Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun  Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita
buaian mampu menggoncang mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk
membangunkan negara
dunia

Tangkai jering  Kedekut

Terdengar guruh di langit, air di  Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang
tempayan dicurahkan yang tersedia dilepaskan

Tulang belakang  Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri  Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan
kebolehan kita

Umpama biawak bercabang  Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai


lidah perkataannya

Umpama lebah membuang  Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan
sengat mengeji orang

Yang bulat datang bergolek,  Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan
yang pipih tidak datang sendirinya
melayang

Yang dikejar tak dapat, yang  Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada
dikendong keciciran pula hilang atau habis

SIMPULAN BAHASA MELAYU


TINGKATAN 1
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'
1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai
pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama
Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua
ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah
menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi
kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah
apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan
yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya
pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat


Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis,
mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can


Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan
kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya


Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan
tampan.

13. Ada Hati


Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak
membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan


Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di
institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia
dari bandar.

16. Adat Balai


Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat


Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak
mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada
keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar


Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung


Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang
telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku


Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba


Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang
atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu
suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari
kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening


Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami
tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan


Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib


Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di
negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung


Maksud: Mencari rezeki.
26. Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah
menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu
dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka


Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-
main di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak
ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang


Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air Sembilan


Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari
hospital.

30. Air Setaman


Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat
mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air
setaman.

31. Air Surut


Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam


Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-
ajak ayam.

33. Akal Belut


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan
ini dengan harga yang murah.
34. Akal Kancil
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal


Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal
sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu
menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas Perut


Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke
sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal


Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin


Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur
pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka


Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak
dikenali.

42. Alim Kucing


Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan
dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa


Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran
teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat


Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu


Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil
abu sahaja.

46. Ambil Ada


Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan,
jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin


Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap
petang.

48. Ambil Bahagian


Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat
daerah.

49. Ambil Berat


Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran
kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan


Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti
akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati
untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat


Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada
tahun lepas.

53. Ambil Ingatan


Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar
dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka


Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama
kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu


Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam


Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika
langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air


Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang
digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan
Selvi.

60. Anak Baju


Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak
baju.

61. Anak Buah


Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya
semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang
tadi.

62. Anak bukit


Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik


Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak
didiknya.

64. Anak Emas


Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana
kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara


Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan
Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram


Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum
agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya
dengan Karim.

67. Anak Jantan


Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang
menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung


Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri
pertamanya.

69. Anak Kapal


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang
menjejakkan kaki di benua Eropah.
70. Anak Negeri
Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam
perusahaan desa.

71. Anak Perahu


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak Piatu


Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama
Bakti.

73. Anak Pungut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal


Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu
bapanya.

75. Anak Tut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis


Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang
dimenanginya.

77. Angkat Bahu


Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing
yang mati itu.

78. Angkat Diri


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu
berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki


Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.
80. Angkat Kening
Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata


Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka


Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama


Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata
menyerang musuh.

85. Angkat Suara


Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila
bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam


Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering
memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap


Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke
mari.

89. Api Peperangan


Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan
peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh
menyebabkan tercetusnya api peperangan.
90. Api Percintaan
Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di Dahi


Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak
mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening


Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka


Mendapat malu.

94. Asam Garam


Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh
Pak Dollah.

95. Atas Angin


Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk
melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama


Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu
Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:


Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar
kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:


Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah
berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk
kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:


Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya
dalam pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri
Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'


1. Babi Buta = Membabi Buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai
orang awam terkorban.

2. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar


Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh
dengan kakaknya.

4. Bahasa Pasar
Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat
karangan.

5. Baik Budi
Maksud: Baik hati.
Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati
orang tua.

6. Baik Hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma
kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik Sangka
Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap
semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi


Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai
membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang


Maksud: Berpihak kepada musuh.
Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah
berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati


Maksud: Berubah pendirian.
Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan
kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa


Maksud: Orang yang tidak berguna.
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan


Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia
jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang


Maksud: Bekerja bermati-matian.
Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami
sekeluarga.

15. Banyak Akal


Maksud: Banyak helah.
Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak Cakap


Maksud: Orang yang suka berleter.
Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya
mendengarnya.

17. Banyak Mulut


Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat


Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita,
walaupun tiada pertalian darah.
Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri
kata Salmah kepada Karim.

19. Bapa Kandung


Maksud: Bapa sebenar.
Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut


Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas
makan.
Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai
sebagai pembasuh mulut.

21. Batu Api


Maksud: Orang yang suka menghasut.
Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu Loncatan


Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang
lebih besar.
Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan
sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-Bau Bacang


Maksud: Persaudaraan yang jauh.
Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana
kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa Alamat


Maksud: Memberi tanda.
Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa Hati


Maksud: Merajuk.
Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke
negeri orang.

27. Bawa Hidup


Maksud: Merantau mencari penghidupan.
Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan
yang halal.

28. Bawa Mati


Maksud: Menyebabkan mati.
Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di
peringkat awal.

29. Bawa Mulut


Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.
Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

30. Bawa Nasib


Maksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa Nyawa


Maksud: Menyelamatkan diri.
Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika
gempa bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa Sial


Maksud: Mendatangkan malang.
Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan
Allah.

33. Bawa Tempurung


Maksud: Minta sedekah.
Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah


Maksud: Mendatangkan keuntungan.
Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah
kepada perniagaannya.

35. Bawah Angin


Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.
Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah Bendera


Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu
berada bawah bendera Inggeris.

37. Bawah Tanah


Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan
pergerakan bawah tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang Kata


Maksud: Dikias.
Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh
ayah tentang sikap cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa


Maksud: Mengorbankan diri.
Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak
penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya.

40. Bekas Tangan


Maksud: Sesuatu yang diusahakan.
Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah,"
kata Pak Mail memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi


Maksud: Bunyi yang sangat kuat.
Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan
saya.

42. Belah Hati = Berbelah Hati


Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.
Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi
mencari masa depan yang lebih baik.

43. Belahan Hati


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.
Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.

44. Belahan Jiwa


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

45. Belahan Nyawa


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

46. Belakang Hari


Maksud: Kemudian hari.
Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup
kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang.
47. Bendera Putih
Maksud: Mengaku kalah.
Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana
tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut


Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan
abangnya sebuah rumah.

49. Berat Lalat


Maksud: Pura-pura berani.
Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun
durian pada waktu malam.

50. Berani Mati


Maksud: Tidak takut mati.
Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam
mempertahankan tanah air tercinta.

51. Berat Bibir


Maksud: Orang yang pendiam.
Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.

52. Berat Hati


Maksud: Kurang senang.
Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri.

53. Berat Kaki


Maksud: Malas.
Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya.

54. Berat Lidah


Maksud: Tidak dapat berkata-kata.
Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada
ibunya.

55. Berat Mata


Maksud: Mengantuk.
Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.

56. Berat Mulut


Maksud: Orang yang pendiam.
57. Berat Sebelah
Maksud: Tidak adil.
Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

58. Berat Tangan


Maksud: Pemalas.
Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak
mahu menolong kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang


Maksud: Pemalas.

60. Beri Jalan


Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata
ibu kepada abang.

61. Beri Muka


Maksud: Memanjakan.
Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.

62. Berita Hangat


Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.
Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak
Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.

63. Besar Cakap


Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.
Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah
orang yang berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati


Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan
meriah oleh orang bawahannya.

65. Besar Kepala


Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.
Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.

66. Besar Mulut


Maksud: Suka bercakap besar.
Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga
kita yang tak seberapa," kata kakak.

67. Besar Perut


Maksud: Hamil.
Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah
besar perut.

68. Betul Bendul


Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.
Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka
mempermain-mainkannya.

69. Biang Keladi


Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian
lembu baru-baru ini.

70. Bidan Tarik


Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.
Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan
ramai yang tidak hadir.

71. Bidan Terjun


Maksuf: Seseorang yang diminta mengambil alih sesuatu tugas secara
mendadak tanpa dirancang.
Contoh ayat: Encik Kassim menjadi bidan terjunmenggantikan Encik
Dollah sebagai pegerusi majlis apabila Encik Dollah lambat sampai kerana
kemalangan.
72. Bintang Gelap
Maksud: Bernasib malang.
Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya
dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan
tempoh hari.

73. Bintang Hati


Maksud: Orang kesayangan kekasih.
Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar
negara.

74. Bintang Terang


Maksud: Nasib baik.
Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana
mendapat pekerjaan yang baik.
75. Bongkar Sauh

76. Bongkok Sabut


Maksud: Bongkok sedikit.
Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.

77. Bongkok Udang


Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.
Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-
kerja di kebunnya.

78. Buah Bibir


Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.
Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah
bibir rakyat Malaysia.

79. Buah Cakap


Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

80. Buah Fikiran


Maksud: Pendapat.
Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil
kira.

81. Buah Hati


Maksud: Orang kesayangan kekasih.

82.Buah Helah
Maksud: Mencari helah.

83. Buah Kalam


Maksud: Hasil tulisan atau karya.
Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.

84. Buah Mulut


Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

85. Buah Pena


Maksud: Hasil tulisan atau karya.

86. Buah Tangan


Maksud: Hadiah.
Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di
hospital.

87. Bual Kosong


Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.
Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah.

88. Buang Adat


Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama.

89. Buang Air Besar


Maksud: Berak.
Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil


Maksud: Kencing.
Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa
sakit ketika membuang air kecil.

91. Buang Anak = Membuang Anak


Maksud: Menggugurkan anak.
Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh
Tuhan.

92. Buang Arang Di Muka


Maksud: Menghilangkan malu.
Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada
jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri


Maksud: Merantau.
Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara
orang.

94. Buang Lelah


Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.
Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu
sebagai tempat buang lelah.

95. Buang Malu


Maksud: Menghilangkan malu.

96. Buang Muka = Membuang Muka


Maksud: Tidak suka.
Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang
mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri


Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati
bersalah kerana menyertai kongsi gelap.

98. Buang Sauh


Maksud: Berlabuh.
Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah
sebulan belayar tanpa henti.

99. Buang Sial


Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi
bunga sebagai usaha buang sial.

100. Buang Tabiat


Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum
meninggal dunia.

101. Buang ubat


Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun
kena.

102. Buat Akal


Maksud: Mencari helah.
Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah.

103. Buat Bodoh


Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.
Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang
kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat


Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan
perempuan.
Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.

105. Buat Perkara


Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara.

106. Buaya Darat


Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran
tetangganya.

107. Bujur Sirih


Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia
memakai selendang sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu


Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.
Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.

109. Buka Mata


Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau
menginsafkan orang lain.
Contoh Ayat:
a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan
alam semula jadinya.
b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-
maranya buka mata.

110. Buka Mulut


Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan.
Contoh Ayat:
a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu
Berang.
b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.

111. Buka Pintu


Maksud: Memberi peluang.
Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil
untuk memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah


Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di
atas hutan atau tanah yang terbiar.
Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan
tanaman kelapa sawit.

113. Buka Telinga


Maksud: Mendengar baik-baik.
Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang
telah lama bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang


Maksud: Membocorkan rahsia.
Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si
Guna yang mencuri kambing Kurupaya.

115.Buku Lima
Maksud: Penumbuk.
Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah
Amran.

116. Bulan Kesiangan


Maksud: Berwajah pucat.
Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

117. Bulan Madu


Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di
Langkawi.

118. Bulan penuh


Maksud: Cantik.
Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.

119. Bulat Fikiran


Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar
negeri.

120. Bulat Kata


Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan
tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.

121. Bunga Bangsa


Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa
dikenang sebagai bunga bangsa.

122. Bunga Bibir


Maksud: Kata-kata yang manis.
Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.

123. Bunga Dedap


Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik
tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.

124. Buru Hutang = Diburu Hutang


Maksud: Terdesak kerana berhutang.
Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka
berjudi.

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu


Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.
Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah
baik buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat


Maksud: Berusaha mencari pangkat.
Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah
melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran


Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.
Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam
puluhan.

128. Buruk Hati


Maksud: Orang yang jahat.
Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak
saudaranya menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku


Maksud: Kelakuan tidak senonoh.
Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih
daripada masyarakat.

130. Buruk Makan


Maksud: Pelahap.
Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih
yang dihidang di atas meja.

131. Buruk Mulut


Maksud: Percakapan yang kasar.
Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk
mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut


Maksud: Kuat makan.
Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.

133. Buruk sSngka


Maksud: Menaruh curiga.
Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia
berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.

134. Buruk Selera


Maksud: Makan apa sahaja.
Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang
seimbang.

135. Buruk Siku


Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.
Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk
yang telah diberikan kepada adiknya.

136. Busuk Budi


Maksud: Perangai yang jahat.
Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-
maranya.

137. Busuk Hati


Maksud: Orang yang berhati jahat.
Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

138. Busung Dada


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi
wakil rakyat di daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam


Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.
Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia
buta ayam.

140. Buta Hati


Maksud: Bersikap kejam.
Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua
yang tidak berdaya itu.

141. Buta Huruf


Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan
anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu


Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

143. Buta Malam


Maksud: Rabun pada waktu malam.
Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada
waktu malam kerana dia buta malam.

144. Buta Perut


Maksud: Tidak bertimbang rasa.
Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan
nasib mereka yang malang.

145. Buta Warna


Maksud: Tidak dapat membezakan warna.
Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu
Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C'
1. Cabut Nyawa
Maksud: Membunuh.
Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah.

2. Cacing Gila
Maksud: Meronta-ronta.
Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing
gila.

3. Cacing Kepanasan
Maksud: Gelisah.
Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.

4. Cacing Naik Ke Mata


Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing
naik ke mata," kata Tuk Penghulu.
5. Cahaya Mata
Maksud: Anak.
Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang
kedua.

6. Cakap Angin
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke
perpustakaan.

7. Cakap Besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap Mulut
Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap
mulut.

9. Cakap Tinggi
Maksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar Awan


Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar Ayam


Maksud: Tulisan yang buruk.
Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit


Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur Cakap


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara
yang sebenarnya," kata ayah.

14. Campur Mulut


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur Tangan


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
16. Cangkul Angin
Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak
membawa keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah
perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

18. Cari Bala


Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada
pendatang asing.

19. Cari Fasal


Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang
kasut Kasim.

20. Cari Fikiran


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

21. Cari Ikhtiar


Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit
anaknya.

22. Cari jalan


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari Makan


Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk
mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin
menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka


Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari Nama


Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam
bidang nyanyian.

26. Cari Rezeki


Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari Salah


Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula
laporan peribadi kawannya itu.

28. Cari Seteru


Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

29. Cari Susah


Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu


Maksud: Sampai ke paras bahu.
Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah
bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi


Maksud: Jejak ke bumi.
Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah
bumi.

32. Cepat Lidah


Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan
kami berasa tersinggung.

33. Cepat Mulut


Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.
Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan
menjauhinya.

34. Cepat Tangan


Maksud: Orang yang suka mencuri.
Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

35. Cerai Hidup


Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.
Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh
tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih

Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya


merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting Hati


Maksud: Melukai perasaan.
Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah
menggunting hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung Hati


Maksud: Tersangat ingin.
Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah
terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung Payung


Maksud: Orang kesayangan.
Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada
nenek.

48. Gunung Runtuh


Maksud: Bunyi bergemuruh.
Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan
kampung itu seperti gunung runtuh.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'
1. Habis Akal
Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa
bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis Bulan
Maksud: Hujung bulan.
Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi Abu


Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian
untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis Jodoh
Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun
berkahwin.

5. Habis Modal
Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa


Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya
menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang
telah membaham ayahnya.

7. Habis Perkara
Maksud: Selesai.
Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan
jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis Tahun
Maksud: Penghujung tahun.
Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana
ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa Mata
Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.
Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli
sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa Telinga


Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.
Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di
radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa Tangan


Maksud: Tidak mendapat apa-apa.
Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam
pertandingan bahas itu.

12. Hancur Hati


Maksud: Sangat sedih.
Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat
dalam kemalangan itu.

13. Hangat Hati


Maksud: Sangat marah.
Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat Kuku


Maksud: Suam-suam.
Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-
hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi Ayam


Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah
bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus Hati


Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga Diri


Maksud: Maruah.
Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga Mati


Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga Pokok


Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.
Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila
dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah
mahal.

20. Hati Batu


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai
ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.
21. Hati Berlian = Berhati Berlian
Maksud: Sangat baik hati.
Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai
anaknya sendiri.

22. Hati Kecil


Maksud: Perasaan dalam batin.
Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya
pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati Muda


Maksud: Rasa muda dalam hati.
Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua
tetapi tetap berhati muda.

24. Hati Nurani


Maksud:
A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
B) Perasaan hati yang murni.
Contoh Ayat:
A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi
insan yang sentiasa bersyukur.
B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati Tawajuh


Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati Terbuka


Maksud: Ikhlas.
Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati Tungau


Maksud: Penakut.
Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati
tungau.

28. Hati Waja


Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma
menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam Kromo


Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan
hentam kromo sahaja.

30. Hidung Belang


Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia
dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung Tinggi


Maksud: Orang yang sombong.
Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh
kawan-kawan.

32. Hidup Terbuang


Maksud: Tersia-sia diri.
Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang
penyakit.

33. Hilang Akal


Maksud: Gila.
Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan
isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati


Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.
Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering
berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang Harapan


Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.
Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya
kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang Ingatan


Maksud: Gila.

37. Hilang Lenyap


Maksud: Hilang tanpa berita.
Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di
kampung itu.

38. Hilang Nyawa


Maksud: Mati.
Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang Semangat
Maksud: Terkejut.
Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang Timbul


Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.
Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama
diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir Mudik


Maksud: Berjalan ke sana ke mari.
Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu
berniaga, kata ibu.

42. Hina Budi


Maksud: Berkelakuan buruk.
Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak
kepada kakak.

43. Hisap Darah


Maksud: Memeras atau menindas orang.
Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat
hisap darah petani lagi.

44. Hisap Jari


Maksud: Kecewa.
Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk
memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung Pangkal


Maksud: Asal mula.
Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu
hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

46. Hukum Alam


Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana
sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum Allah


Maksud: Takdir Tuhan.
Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di
angkasa.

48. Hutang Darah


Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.
Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah
menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

49. Hutang Lapuk


Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.
Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang Nyawa


Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah
menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'
1. Ibu Angkat
Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur
tiga tahun.

2. Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu Kandung
Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu Keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna
oren.

5. Ibu Pertiwi
Maksud: Tanah tempat kelahiran.
Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri


Maksud: Terlalu berat.
Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta
sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.
7. Ikat Hati = Mengikat Hati
Maksud: Menawan.
Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat Janji


Maksud: Membuat perjanjian.
Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup
bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat Kata


Maksud: Menggubah kata.
Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik
lagu yang ditulisnya.

10. Ikat Perut


Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan
tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan Baiduri


Maksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri Hati


Maksud: Dengki.
Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi Dada


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada
yang terpendam selama ini.

14. Isi Hati


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi Perut


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi Rumah


Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah
seorang ahlinya.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'
1. Jadi Abu Arang
Maksud: Barang yang telah rosak.
Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi Bapa Kuda


Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak
bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa
depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi Langit


Maksud: Orang yang sangat diharapkan.
Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran


Maksud: Masalah yang harus difikirkan.
Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran
kepada suri-suri rumah.

5. Jadi Umang-Umang
Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.
Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-
umanglah saya hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga Hati


Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.
Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-
masing.

7. Jaga Mulut
Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati
kawan-kawan.

8. Jalan Belakang
Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.
Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan
belakang.

9. Jalan Buntu
Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.
Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan
buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit
tersebut.
10. Jalan Damai
Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui
jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku
kesilapan.

11. Jalan Fikiran


Maksud: Cara berfikir.
Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita
menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan Kaki


Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak
sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan Tengah


Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang
bertelingkah dapat didamaikan.

14. Jarum Halus


Maksud: Tipu muslihat.
Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah
terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air Muka


Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang
biadab itu.

16. Jatuh Bangun


Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas
kebijaksanaan pengurusnya.

17. Jatuh Cinta


Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari Langit


Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.
19. Jatuh Harga Diri
Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang
ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga
dirinya.

20. Jatuh Hati


Maksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh Melarat


Maksud: Menjadi miskin.
Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah
semua perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh Nama


Maksud: Menanggung malu.

23. Jatuh Sakit


Maksud: Mendapat sakit.
Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di
gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh Semangat


Maksud: Hilang keberanian.
Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat
apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.

25. Jejak Bahu


Maksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak Bara


Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara
kerana kerusi itu tinggi dan besar.

27. Jejak Keruh


Maksud: Perbuatan yang kurang baik.
Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia
suka berbuat jejak keruh.

28. Jejak Langkah


Maksud: Mencontohi.
Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang
perajurit.

29. Jejak Orang Tua


Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.
Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi
pekerti dan suka menolong orang.

30. Jinak-Jinak Lalat


Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.
Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami
sekelas, kata Suzy.

31. Jinak-Jinak Merpati


Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.
Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling Air


Maksud: Juling sedikit.
Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.

33. Juling Itik


Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah
mengalami kecederaan semasa kecil.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K'
1. Kacang Hantu
Maksud: Orang jahat.
Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka
berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki Arak
Maksud: Orang yang suka minum arak.
Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya
digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam


Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid
kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola
sepak.

5. Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya
yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah
di kampungnya.

8. Kaki Gunung
Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum
memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki Hutan
Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki Judi


Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan
harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki Langit


Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada
waktu senja.

12. Kaki Lima


Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara
menunggu hujan berhenti.

13. Kaki Perempuan


Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki Rambu


Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri
ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki Seribu


Maksud: Cabut lari.

16. Kaki Umpat


Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan
keburukan orang sahaja.

17. Kaki Wayang


Maksud: Orang yang suka menonton wayang.
Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru
yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku Lidah


Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang
penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing Hitam


Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di
kawasan perumahan itu.

20. Kampung Halaman


Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali
ke kampung halamannya.

21. Kata Dua


Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan
tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam
perundingan.
Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat
kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata Hati


Maksud: Perasaan.

23. Kata Pujangga


Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika
memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

24. Kata Putus


Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana
ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya Anak


Maksud: Banyak anak.
Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia
kaya anak dan hidup bahagia.

26. Kaya Hati


Maksud: Pemurah.
Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan
derma.

27. Kaya Hutang


Maksud: Orang yang banyak hutang.
Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya
yang gemar membeli baju berjenama.

28. Kecil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut Hati


Maksud: Takut.
Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati
saya.

30. Kelas Kambing


Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah
harganya.
Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton
wayang.

31. Keliling Pinggang


Maksud: Sangat banyak.
Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.

32. Ke Luar Negeri


Maksud: Pergi ke negeri lain.
Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.
33. Kembang Hati
Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke
sekolah berasrama penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap


Maksud: Meluaskan usaha.
Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi
industri berat pula.

35. Kena Tangan


Maksud: Dipukul.
Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba
mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala Angin


Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

37. Kepala Batu


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala Berat


Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana
dia kepala berat.

39. Kepala Berita


Maksud: Tajuk sesuatu berita.
Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah
menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala Dingin


Maksud: Penyabar.
Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

41. Kepala Dua


Maksud: Orang yang tidak setia.
Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu
maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.

42. Kepala Kain


Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.
Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.
43. Kepala Udang
Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang


Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan
malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

45. Kerang Busuk


Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras Hati


Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepala


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras Lidah


Maksud: Tidak pandai bercakap.
Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris
kerana dia kurang mahir.

49. Keras Mulut


Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun
pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan


Maksud: Memutuskan perhubungan.
Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja
kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

51. Kering Darah


Maksud: Terkejut.

52. Kering Hati


Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana
dia seorang yang kering hati.

53. Keringat Dingin


Maksud: Takut.
54. Kerja Tangan
Maksud: Pertukangan tangan.
Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan
dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam Batu


Maksud: Sangat kedekut.
Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang
memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa Raja


Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk
menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar Angin


Maksud: Berita yang belum sah.
Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar Burung


Maksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing Bertanduk


Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak
akan mengerjakannya.

60. Kucing Kurap


Maksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku Besi


Maksud: Memerintah dengan kejam.
Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan
digulingkan oleh rakyat.

62. Kuku Kambing


Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.
Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam
padi.

63. Kunci Diri = Mengunci Diri


Maksud: Mengurung diri.
Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.
64. Kunci Hati
Maksud: Rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan
diceritakan kepada sesiapa pun.

65. Kunci Mulut


Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang
bersalah.

66. Kurang Adab


Maksud: Tidak sopan.
Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua,
kurang adab namanya.

67. Kurang Adat


Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar


Maksud: Tidak sopan.

69. Kurang Akal


Maksud: Tidak pandai.
Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa
yang mudah kerana dia kurang akal.

70. Kurang Asam


Maksud: Tidak sopan.

71. Kurang Bahasa


Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap
dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.

72. Kurang Fikir


Maksud: Tidak berhati-hati.
Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan
membawa kerugian.

73. Kurang Hati


Maksud: Tidak berminat.
Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak
rumit untuk melakukannya.
74. Kurang Iman
Maksud: Mudah terpedaya.
Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila
ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.

75. Kurang Ingat


Maksud: Pelupa.
Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi


Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang
menjadi tahun ini.

77. Kusut Fikiran


Maksud: Susah hati.
Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum
mendapat kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu Embun


Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3
pagi.

79. Kutu Jalan


Maksud: Orang yang suka merayau.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L'
1. Langit Hijau
Maksud: Sangat jauh.
Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai
ke langit hijau.

2. Langkah Baik
Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan;
permulaan yang baik.
Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik
bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

3. Langkah Bendul
Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki
memberikan hadiah kepada kakak Suraya.
4. Langkah Kanan
Maksud: Bernasib baik; bertuah.
Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di
rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.

5. Langkah Kiri
Maksud: Malang.
Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam
perjalanan.

6. Langkah seribu
Maksud: Cabut lari.
Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila
itu.

7. Langkah Sumbang
Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.
Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah
sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang Dada
Maksud: Perasaan lega.
Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai
menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

9. Lapang Hati
Maksud: Perasaan lega.

10. Lapik Perut


Maksud: Makan Sedikit.

11. Lari Semangat


Maksud: Terkejut.

12. Laut Lepas


Maksud: Tengah laut.
Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai Malang


Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.
Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak,
duitnya pula dicuri orang.
14. Lembut Gigi Daripada Lidah
Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut
gigi daripada lidah.

15. Lembut Hati


Maksud: Penyayang.
Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia
seorang yang lembut hati.

16. Lena Ayam


Maksud: Belum tidur betul.
Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas Angan-Angan


Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.
Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas
angan-angan untuk membeli kereta baru.

18. Lepas Diri


Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.
Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak
tahu tentang hal itu.

19. Lepas Tangan


Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah Bercabang


Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-
ubah.
Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah Biawak


Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-
ubah.

22. Lidah Keras


Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan
yang diadakan.

23. Lidah Panjang


Maksud: Suka menghasut.
Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah
tangga Milah porak-peranda.

24. Lidah Tak Bertulang


Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena
orang yang lidah tak bertulang.

25. Lintah Darat


Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di
kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

26. Lipas Kudung


Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa
setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

27. Lubuk Akal Lautan Budi


Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.
Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika
menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal
lautan budi.

28. Lubuk Akal lautan ilmu


Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.

29. Lubuk Hati


Maksud: Dalam hati.
Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama
mereka.

30. Luka Hati


Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai
telah membohonginya.

31. Lupa Daratan


Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.
Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus Akal


Maksud: Jujur.
Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta
anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.

Anda mungkin juga menyukai