Anda di halaman 1dari 11

Pada cuti penggal sekolah yang lalu , saya sekeluarga telah melancong ke Pulau Pinang .

Kami berada di sana selama tiga hari dua malam .Kami bertolak dari Labuan pada pukul 8:00 pagi. Semasa kami sampai di Pulau Pinang, kami telah disambut oleh saudara -mara kami. Semasa dalam perjalanan, kami telah ternampak Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini yang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan merupakan lambang kemegahan Negara kita Malaysia. Seterusnya, kami telah meginap di sebuah hotel lima bintang. Setelah beristirehat, kami telah melawat ke Tokong Buddha.Ramai pelancong berkunjung ke tokong tersebut untuk melihat patung Buddha yang terbesar itu. Kami juga merakam pelbagai gambar untuk sebagai kenangan. Seterusnya kami telah mengunjungi Bukit Bendera yang terletak di Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah pusat pelancongan yang termasyhur di negara kita.Kunjungan ke Pulau Pinang tidak akan lengkap tanpa mendaki Bukit Bendera. Pada hari tersebut kami sekeluarga tiba awal di kaki Bukit Bendera. Namun begitu, ramai pengunjung yang telah mula berbaris. Kami turut beratur untuk mendapatkan tiketkereta api bukit. Setelah berbaris kira-kira sejam untuk mendapatkan tiket kami terpaksa berbaris pula untuk menunggu giliran menaiki kereta kabel yang disediakan. Sebaik saja pintu koc dibuka, orang ramai berebut-rebut mendapatkan tempat duduk. Saya agak kurang bernasib baik kerana terpaksa berdiri sepanjang pendakian. Kereta kabel mula bergerak perlahan, namun makin lama makin tinggi. Saya mula terasa suasana dingin.Kira-kira pukul 02.30 petang kami sampai di puncak Bukit Bendera. Suasana di puncak Bukit Bendera sungguh indah dan nyaman.Dari puncak bukit itu saya dapat melihat keindahan bandar raya Gerorgetown. Bangunan-bangunan tinggi bagaikan kotak-kotak kecil yang berselerak. Dari jauh saya dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Tanah besar. Kelihatan juga beberapa buah feri yang sarat membawa muatan.Saya terpesona menyaksikan keindahan bandar raya ini. Setelah itu, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bergambar di beberapa kawasan yang menarik. Walaupun matahari sudah semakin tinggi namun kami tidak berasa begitu panas. Saya dapat merasakan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyamankan suasana.Pelbagai jenis bunga sedang mekar di taman dapat dilihat. Setelah penat berjalan kamisekeluarga berehat di bawah sepohon pokok

yang rendang sambil menikmati udara segar. Setelah puas berehat kami sekeluarga menikmati makan tengahari di sebuah restoran.Setelah itu kami sekeluarga pergi melawat ke tempat-tempat menarik yang meninggalkan pelbagai sejarah. Dua laras meriam purba yang menghala ke arah Selat Melaka milik penjajah Inggeris,telah dipamerkan di kawasan yang agak tinggi. Menurut bapa, Bukit Bendera telah dijadikan markas pertahanan British semasa Inggeris memerintah Pulau Pinang dahulu. Kami juga turut membeli pelbagai jenis ole-ole sebagai tanda kenangan untuk rakan-rakan karib di sekolah. Pada pukul 4:30 petang , kami telah berkunjung ke Batu Ferringi. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Georgetown. Pelawat boleh berjemur mentari atau berehat di pantai sambil menikmati pelbagai aktiviti laut seperti lucur angin dan berkayak. Bagi mereka yang gemar sukan lasak, mereka boleh mencuba luncur payung terjun bagi menikmati pemandangan pantai dari udara. Di situ kami terpesona dengan keindahan laut dan pantai yang terbentang luas. pada waktu malam , kami sekeluarga telah singgah di deretan gerai makanan . Di situ terdapat pelbagai ragam makanan . Antara makanan yang terkenal adalah laksa , nasi kerbau , nasi kandar , dan rojak. Kami telah menikmati makanan yang enak dan berlazat di situ. Selepas itu , kami pun pulang. Pada malam itu , Kami sekeluarga tidur awal kerana keletihan. Pada hari keesokannya , kami mengemas barang-barangan untuk pulang ke Labuan. Inilah hari yang paling bermakna semasa saya berada di Pulau Pinang. Kenangan ini akan saya ingati selama-lamanya kerana terdapat banyak kenangan yang manis semasa berada di Pulau Pinang.

FOLIO SEJARAH 2011


NAMA :ROBINA TAN WEI CHIEN KELAS:TINGKATAN SATU ADHARA TAJUK:HARI BERMAKNA DAN PENTING KEPADA SAYA

_____________ TANDATANGAN PELAJAR

_____________ TANDATANGAN GURU

TARIKH: MARKAH:

Anda mungkin juga menyukai