Anda di halaman 1dari 1

Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkelah di tepi pantai.

Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Kami menaiki kereta yang dipandu
oleh bapa.

Setibanya kami sekeluarga di pantai Batu Feringghi, kami


mengeluarkan makanan lalu meletakkan di bawah pokok yang rendang.
Pemandangan di pantai sangat indah. Udaranya sangat segar dan
nyaman.

Saya dan adik menukar pakaian untuk mandi-manda di pantai. Air


laut di pantai Batu Feringghi sangat jernih dan sejuk. Selepas mandi-
manda, saya dan adik membina istana pasir.

Setelah penat mandi-manda dan membina istana pasir, kami


makan makanan yang dibawa daripada rumah. Kami makan dengan
berselera hidangan yang dimasak oleh ibu.

Selepas menikmati makanan, kami sekeluarga berjalan-jalan di


tepi pantai. Kami mengutip kulit siput yang cantik. Kami sekeluarga
mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

Pada waktu petang, kami mengemas barang-barang lalu


dimasukkan ke dalam kereta. Kami pulang ke rumah. Kami berasa letih
tetapi sangat gembira. Kami berharap agar kami dapat pergi berkelah
lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai