Anda di halaman 1dari 1

Semut Dengan Burung Merpati Pada zaman dahulu, di sebatang sungai yang jernih, terdapat seekor semut yang

berbadan kecil. Semut tersebut sedang berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai. eperti biasa dia berjalan dengan riang. Tiba-tiba semut terjatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-hati. Semut itu timbul tenggelam dihanyutkan oleh arus sungai. Dia berusaha untuk berenang ke tepi tetapi tidak berhasil sehingga kepenatan. Kejadian itu disedari oleh seekor burung merpati yang gemuk dan putih. Burung merpati merasa kasihan terhadap nasib malang yang menimpa semut itu dan mahu menyelamatkannya. Lalu burung merpati memetik daun yang hijau dan menjatuhkannya berdekatan dengan semut. Semut merayap naik ke atas daun dan akhirnya dapat menyelamatkan dirinya. Daun itu akhirnya tiba ke tepi sungai dan semut pun terselamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti." Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu. Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah

menolongnya. Dengan pantas, semut menggigit kaki pemburu. Pemburu melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Anda mungkin juga menyukai