Anda di halaman 1dari 2

SEMUT DENGAN MERPATI.

Selamat sejahtera diucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakanrakan sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk Semut dengan Merpati.
Pada suatu hari yang panas, semut mencari air untuk diminum. Setelah
berjalan ke sana ke mari, semua menjumpai sebuah tasik.
Semut memanjat rumput untuk masuk ke tasik kolam itu. Ketika memanjat
rumput, semut tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam.
Semut telah ditolong oleh seekor burung merpati yang sedang duduk di
atas pokok di tepi tasik itu. Sang Merpati menggigit sehelai daun lalu
menjatuhkannya berdekatan dengan semut yang sedang terkapai-kapai.Semut
memanjat daun itu dan akhirnya semut selamat naik ke tebing tasik.
Pada suatu hari, seorang pemburu burung hendak memburu burung
merpati. Semut yang melihat kejadian itu terus menggigit kaki pemburu itu.
Pemburu itu menjerit kesakitan lalu melepaskan senapangnya.
Sang merpati terkejut dan terus terbang dari situ untuk menyelamatkan
dirinya.
Kawan-kawan, perbuatan yang baik akan sentiasa dibalas baik. Sekian,
terima kasih.

SEMUT DENGAN MERPATI.


Selamat petang diucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Semut dengan Merpati.
Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tibatiba, semut tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu
terkapai-kapai. Seekor burung merpati yang berehat di pokok berdekatan
ternampak apa yang berlaku.
Sang Merpati memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan
air. Semut memanjat ke atas daun itu. Semut mengucapkan terima kasih dan
berjanji akan menolong Sang Merpati.
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang untuk memburu burung.
Dia ternampak burung merpati itu berehat di atas pokok. Dia ingin menembak
burung merpati itu. Semut yang ternampak kejadian itu terus menggigit kaki
pemburu itu.
Pemburu itu menjerit kesakitan lalu melepaskan senapangnya. Burung
Merpati terbang pergi kerana terkejut mendengar jeritan tersebut.
Sang merpati mengucapkan terima kasih kepada Semut kerana telah
menyelamatkannya.

Kawan-kawan, perbuatan baik akan dibalas dengan perbuatan yang baik


juga. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai