Anda di halaman 1dari 8

Karangan 1:

Tajuk: Aku Seekor Binatang


Peliharaan

Nama aku Bobi. Aku dilahirkan


sebagai seekor kucing. Aku
berumur 1 tahun. Bulu badan aku
berwarna putih.
Aku dipelihara oleh Ah Beng.
Tuan aku sangat sayang akan aku.
Setiap hari, aku diberi makan.
Dengan itu, badan aku kian
membesar.
Tuan aku selalu membersihkan
aku. Dia menjaga aku dengan
baik.
Aku berasa gembira kerana
mempunyai seorang tuan yang
baik. Aku berharap aku akan
sentiasa hidup bersama
dengannya.
Karangan 2:
Tajuk: Kepentingan Menguasai Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan di


negara kita. Banyak faedah yang dapat kita
peroleh jika kita menguasai Bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia ialah bahasa perpaduan.


Rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia
untuk berhubung.

Selain itu, bahasa Malaysia juga merupakan


bahasa ilmu. Kita perlu menguasai bahasa
Malaysia untuk menambahkan ilmu dalam
pelbagai bidang.

Jika kita menguasai bahasa Malaysia dengan


baik, kita dapat menghasilkan penulisan
bermutu. Misalnya, kita boleh menghasilkan
sajak, cerpen, novel dan sebagainya. Kita juga
boleh menjadi penulis untuk menambahkan
pendapatan.

Dengan kata lain, bahasa Malaysia memberi


banyak kebaikan kepada kita. Kita perlu
menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.

Karangan 3:
Tajuk:Berita Mengenai Kebakaran
Pelabuhan Klang, 5 Mei – Suatu kebakaran
telah berlaku di sebuah rumah kedai yang
terletak di sini. Kejadian ini berlaku pada
pukul 3:00 pagi.

Ketika kejadian berlaku, orang ramai


bertungkus-lumus memadamkan api yang
merebak. Pihak bomba tiba 10 minit
kemudian.

Namun, kebakaran hanya berjaya


dipadamkan 20 minit kemudian. Tiada
kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan bomba mendapati, punca


kebakaran adalah disebabkan litar pintas.
Kebakaran ini menyebabkan kerugian
sebanyak RM 500 000.

Mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan


di dewan orang ramai sementara menunggu
bantuan. Mereka turut menerima
sumbangan daripada penduduk setempat
yang prihatin.

Pihak bomba menasihati para penduduk


agar sentiasa berhati-hati untuk
mengelakkan kebakaran berlaku.
Karangan 4:

Tajuk:Kebaikan Tinggal Di Kampung

Terdapat banyak kebaikannya jika kita


tinggal di kampung.
Udara di kampung lebih bersih.
Keadaan di sekeliling kampung lebih
aman dan tenang. Kampung juga tidak
dicemari oleh bunyi bising.
Penduduk di kampung mengamalkan
semangat kejiranan. Mereka hidup
bergotong-royong dan tolong-menolong
antara satu sama lain.
Perbelanjaan harian di kampung
lebih murah. Dengan itu, kos hidup di
kampung lebih rendah berbanding di
bandar.
Kehidupan di kampung pada masa
kini lebih selesa. Kerajaan telah
menyediakan pelbagai kemudahan
seperti bekalan air, elektrik , sekolah
dan sebagainya.
Oleh itu, hidup di kampung lebih baik
daripada hidup di bandar.
Karangan 5:

Tajuk: Kepentingan Hutan

Hutan banyak mempunyai kepentingan


kepada manusia.
Hutan membekalkan oksigen kepada
kepada manusia dan haiwan. Tanpa oksigen,
manusia dan haiwan akan mati. Hutan juga
dapat mengawal suhu permukaan bumi.
Hutan merupakan sumber pendapatan
kepada rakyat menerusi kegiatan
pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di
hutan digunakan untuk membuat rumah
dan perabot.
Hutan juga dapat mengawal bencana
alam seperti banjir dan hakisan tanah.
Hutan juga merupakan kawasan tadahan air
yang berupaya menyalurkan air bersih
kepada manusia.
Hutan menjadi habitat flora dan fauna.
Penerokaan hutan yang berleluasa akan
menyebabkan hidupan liar semakin pupus.
Hutan sangat penting kepada manusia.
Oleh itu, manusia perlulah memelihara
hutan.

Karangan 6:
TajuK:Jenis-jenis Pencemaran Alam

Pencemaran alam ialah perbuatan


mengotorkan alam sekitar. Pencemaran
alam terbahagi kepada beberapa jenis,
iaitu air , udara dan bunyi.

Pencemaran air berpunca daripada


pembuangan sampah-sarap dan sisa-
sisa toksik ke dalam sungai dan laut. Air
yang tercemar menyebabkan ikan mati.

Pencemaran udara disebabkan


pembakaran secara terbuka dan
pelepasan asap dari kilang dan
kenderaan. Udara yang kotor boleh
menjejaskan penglihatan.

Pencemaran bunyi disebabkan bunyi


bising daripada kenderaan dan alat
hiburan. Bunyi yang bising boleh
menyakitkan telinga kita.

Pencemaran alam boleh menjejaskan


kesihatan. Oleh itu, kita perlu
menyayangi alam sekitar kita.
Karangan 7:
Tajuk: Kebaikan Aktiviti Bersukan

Pada waktu lapang, saya suka bersukan. Bersukan


merupakan aktiviti yang sihat.
Bersukan dapat menyihatkan badan. Kita perlu
banyak bersukan agar badan kita sentiasa sihat dan
cergas.
Bersukan dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan
itu, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan
bersukan.
Aktiviti bersukan juga dapat mengeratkan hubungan
antara masyarakat. Semangat bermasyarakat dapat
dipupuk dalam perlawanan persahabatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa bersukan memberi
banyak manfaat kepada kita. Oleh itu, kita haruslah
banyak bersukan.

Karangan 8: Berkelah Di Tepi Pantai


Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga
berkelah di tepi Pantai Merdeka. Kami bertolak pada
pukul 8 pagi.
Kami tiba di Pantai Merdeka pada pukul 11 pagi.
Saya dan adik membantu ayah dan ibu membawa
barang-barang.
Kemudian, saya dan adik terus berenang
menggunakan pelampung. Ayah dan ibu menyediakan
makanan di bawah pokok.
Setelah penat berenang dan bermain air, kami
duduk di bawah pokok. Kami sekeluarga makan dan
minum bersama. Selepas itu, kami mengambil gambar
sebagai kenang-kenangan.
Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun berkemas
untuk pulang ke rumah. Walaupun penat, tetapi kami
berasa seronok.

Karangan 9:
Tajuk:Perhimpunan Sekolah Saya

Perhimpunan sekolah saya


diadakan pada setiap hari Selasa.
Perhimpunan sekolah diadakan di
dewan sekolah.
Murid-murid beratur mengikut
kelas masing-masing. Murid-murid
berdiri tegak semasa lagu
Negaraku, lagu negeri dan lagu
sekolah dinyanyikan.
Bacaan ikrar akan dilakukan
oleh ketua pengawas. Guru
bertugas akan mengumumkan
beberapa perkara penting kepada
murid-murid.
Kemudian, Guru Besar akan
memberi ucapan. Selepas tamat
perhimpunan, murid-murid masuk
ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai