Anda di halaman 1dari 2

Cerita legenda ini berasal dari Sarawak.

Boleh juga
dikatakan cerita asal usul gunung Santubong dan
gunung Sejinjang yang terdapat di Sarawak sehingga
hari ini. Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di
sebuah negeri Sarawak terdapat dua buah kampung
yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan; Kampung
Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.
Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia
Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan
bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin
penduduk kampung berusaha menuju kearah
kemakmuran. Puteri Santubong memimpin Pasir
Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih.
Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan
bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut
dengan perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-dua
kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan
Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan
harga yang mahal. Sementara tanaman padi di
Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran


orang dagang, termasuklah Putera Serapi dari Matang
yang segak itu, akhirnya bercinta dengan Puteri
Santubong sementara Panglima Putih sakit hati
kerana pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih
dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta
ditolak Puteri Sejinjang. Puteri itu lari ke istana
Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh
cinta. Bibik permusuhan lantaran cemburu telah
membawa kepada perkelahiran kedua mereka.
Akhirnya, kerana langgar sumpah mereka bertukar
menjadi gunung.

Anda mungkin juga menyukai