Anda di halaman 1dari 2

Lagenda Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja
Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk
menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi,
ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan
terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada asalnya kedua-dua puteri
tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung
kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan
dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.

Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain
manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan
aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan.
Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara
dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang
berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi
hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi.
Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang
sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan
kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.

Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak
menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu,
kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan
antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa
henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia
lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri
Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu
menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian
kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit
mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong
menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi
pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai
Gunung Serapi.

Puteri Santubong
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,


Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,


Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,


Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,


Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai