Anda di halaman 1dari 2

PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati, para hakim yang arif lagi bijaksana,
para penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, guru-guru, rakan-rakan dan para
hadirin sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Berdirinya saya di sini pada pagi adalah untuk
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang’.

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang
mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa
sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagai purnama menghias alam,
bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di
kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup
merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan
Puteri Sejinjang.

Hubungan Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang amat mesra sekali. Mereka
diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir.
Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan
sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

“ Sejinjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita main-main mahu?” Tanya Puteri
Santubong kepada Puteri Sejinjang yang asyik menumbuk padi.

“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejinjang

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas tu kita petik bunga ya?”

“Baiklah ” jawab Sejinjang.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain.
Manakala Puteri Sejinjang pula asyik menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong menenun kain dan Puteri Sejinjang
menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka
memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“ Sejinjang. Kau lihat tak diriku yang sempurna ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku
dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja
sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwiniku! Aduh, bahagianya aku!” Tanya
Santubong kepada Sejinjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji diri sendiri. Dia pasti dayang-dayang istana akan
memuji dirinya anak dewa kayangan yang paling cantik.
Puteri Sejinjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba
menentang kata-kata Puteri Santubong. Puteri Sejinjang menyatakan dirinya lah yang
paling cantik dan rupawan. Kecantikannya dapat menewaskan paras rupa Puteri
Santubong.

“ Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini menjadikan
tubuhku ini kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting
padi,”

“ Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus da lenganku ini terasa tegap
berbanding engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau pula rebah ke
bumi.” Balas Puteri Sejinjang.

Mendengar kata puteri sejinjang, puteri santubong enggan mengalah. Mereka terus
bertengkar dan masing-masing tidak dapat mengawal perasaan lagi. Pertengkaran
antaranya berlarutan.

“ Sejinjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi.
Takut lemak tak berisi. Dek antan itu jugalah jari-jemari kau kesat dan kasar. Tidak seperti
jemariku ini yang halus dan runcing.” Kata Puteri Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan marah, Puteri Sejijang hilang sabar lalu menyerang Puteri
Santubong dengan antan. Pukulannya terkena ke pipi Puteri Santubong yang sedang
duduk menenun kain.

Puteri Santubong bertambah marah lantas menikam Puteri Sejinjang dengan batang
belidah. Tikaman itu terkena tepat di kepala Puteri Sejinjang dan menebusinya.

Maka berakhirlah persahabatan dan persaudaraan mereka.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan Puteri Sejinjang yang terkena pipi
Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong berpecah menjadi dua seperti yang
dilihat pada hari ini.

Demikian juga tikaman batang belida Oleh Puteri Santubong menyebabkan Bukit
Sejinjang pecah bertaburan menjadi pulau-pulau kecil berhampiran Gunung Santubong.

Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang akhirnya menjadi
kenangan dan ingatan rakyat Sarawak shingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai