Anda di halaman 1dari 3

SKRIP BERCERITA TAHAP 2

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Terima kasih
Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Salam sejahtera, pembuka bicara,

“Kisah Seuncang Padi” tajuk cerita

Mari renungi sedalam-dalamnya,

Semoga menjadi teladan kepada kita semua.

Sepasang suami isteri yang sangat miskin tinggal di sebuah kampung iaitu Pak
Abu dan isterinya Mak Milah. Mereka selalu menyalahkan nasib mereka yang miskin.
Orang-orang kampung menyara kehidupan mereka dengan bercucuk-tanam tetapi
malangnya Pak Abu dan isterinya malas bekerja. Mereka lebih suka membuang masa.

Ya kawan-kawan, saban hari mereka berdua akan meminta bantuan


makanan daripada jiran-jiran. Mereka tidak tahu malu sehingga ada di antara jiran
mereka tidak mahu membantu mereka lagi. Oleh kerana sikap mereka yang
pemalas, kehidupan mereka menjadi bertambah susah. Ada kalanya mereka
tidak dapat makan dan tidur dengan lena

Kawan-kawan nak tahu apa terjadi seterusnya?

Pada suatu malam, muncullah seorang perempuan tua di hadapan pintu rumah
mereka. “Bolehkah saya masuk?” tanya perempuan tua itu. “Silakanlah,”jawab Pak
Abu Perempuan tua itu meminta sedikit makanan kerana terlalu lapar tetap
malangnya mereka tidak apa-apa makanan untuk diberikan kepada perempuan tua
itu. Perempuan tua itu memandang keadaan rumah suami isteri itu. “Adakah kamu
ingin menjadi orang yang kaya?” tanya perempuan tua itu. Mereka mengangguk-
angguk kegembiraan apabila mendengar kata perempuan tua itu.Perempuan tua itu
menyeluk gendongan kain buruk lusuh yang dibawanya.

Kedua-dua mereka melihat sahaja kelakuan perempuan tua itu. Pada fikiran
mereka, tentulahperempuan tua itu akan mengeluarkan sebongkah emas. Cuba kawan-
kawan teka, apa yang diberikan oleh perempuan tua itu kepada mereka?

“Nah, ambillah uncang ini. Harap ia boleh menjadikan kamu kaya,” kata
perempuan tua itu. “Pagi esok kamu taburlah isi uncang ini di belakang rumah. Sudah
pasti kamu akan menjadi kaya-raya,” pesan perempuan tua itu sebelum pulang

Pada keesokan harinya, mereka telah membuka uncang tersebut. Mereka berasa
kecewa kerana dalam uncang itu hanyalah padi kering. Tanpa berlengah-lengah
lagi, mereka menaburkan padi itu di belakang rumah.Tidak lama kemudian, anak
padi mulai tumbuh. Alangkah terkejutnya mereka, apabila padi itu berbuah dan
menguning. Setelah padi masak, mereka pun menuainya. Dua tiga musim menabur
dan menuai padi akhirnya padi mereka menjadi banyak.

Semenjak hari itu kehidupan Pak Abu dan isterinya tidak lagi miskin. Mereka telah
menjadi kaya dengan menjual padi. Mereka sering membantu dan memberi
makan kepada penduduk kampung yang miskin. Sikap Pak Abu dan isterinya mula
berubah, mereka menjadi tamak dan tidak suka bersedekah kepada orang yang
susah atau miskin. Sebaliknya, mereka mengambil kesempatan untuk merampas
harta penduduk kampung.

Kawan-kawan tahu apa kesudahan cerita ini? Ya kawan-kawan, malam


itu mereka suami isteri tidur dengan nyenyak. Tanpa menduga apa yang akan
terjadi keesokannya. Tiba-tiba, setelah terbangun daripada tidur mereka mendapati
semua pokok padi telah layu dan mengering. Tiada lagi pokok padi yang dapat dituai
untuk dijual. Lama- kelamaan semua pokok padi telah mati. Kesemua harta benda
mereka terpaksa dijual bagi menampung kehidupan akibat tiada lagi pokok padi yang
membuahkan hasil. Pada masa itu, barulah Pak Abu dan Mak Milah menyesal dan
insaf dengan perbuatan buruk dan tamak mereka. Malangnya nasi sudah menjadi
bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Hiduplah mereka dalam kemiskinan semula. Ingatlah kawan-kawan, kita


hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan. Jangan
tamak dan haloba. Jangan suka meminta-minta kerana tangan yang memberi lebih
mulia daripada tangan yang menerima. Rajinlah berusaha untuk mencapai
kejayaan dalam hidup dan apabila kita telah kaya jangan lupa menderma atau
bersedekah kepada fakir miskin. Bak kata pepatah Melayu; kalau dapat
memandangulan, jangan lupa rumput di bumi. Kita jangan lupa tentang asal-usul
sendiri terutama apabila telah menjadi kaya. SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai