Anda di halaman 1dari 4

RUJUKAN

INTERNET
http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/10/kertas-kerja-cadangan-jogathon.html.
(Diakses pada 08 September 2014).
http://www.slideshare.net/SamsudinAhmad1/kertas-kerja-merentas-desa-2013. (Diakes
pada 08 September 2014).
http://skjalankebun.edu.my/index.php?p=7_6. (Diakses pada 08 September 2014).
http://www.scribd.com/doc/59823805/KERTAS-CADANGAN-JOGATHON-2011.
(Diakses pada 08 September 2014).
http://www.scribd.com/doc/210026945/Kertas-Kerja-Deaf-Walkathon-2014. (Diakses
pada 08 September 2014).

LAMPIRAN

HALAMAN JUDUL

PENGHARGAAN
Kami bersyukur dan berterima kasih kepada tuhan yang maha mulia kerana
mengurniakan kami tubuh badan yang sihat dan sempurna untuk kami memulakan dan
menyiapkan kerja kursus yang diberikan. Walaupun timbul beberapa masalah semasa
melengkapkan kerja kursus ini dengan pertolongan beberapa pihak akhirnya kami
dapat melengkapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Pertama sekali kami ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik
Zulkiply Bin Mohd Nor ,selaku pensyarah mata pelajaran PENGURUSAN KURIKULUM
(WAJ3081) yang banyak memberikan pandangan dan nasihat yang berguna untuk
kami menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau kami merasakan bahawa
kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Kami ingin berteima kasih
sekali lagi untuk kesungguhan beliau memimpin kami dan rakan sekelas lain dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Beliau memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu walaupun
kami dan rakan lain menjumpainya lebih dari sekali.
Selain itu, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa kami. Mereka sentiasa menanyakan tentang kerja kursus
yang perlu kami siapkan dan menasihati kami supaya jangan menangguhkan kerja
yang diberi untuk mengelakkan kesulitan. Mereka juga sentiasa memberi sokongan dan
galakan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih buat rakan-rakan yang banyak
membantu dalam menyiapkan kerja kursus. Rakan-rakan sanggup bertukar bahan dan
maklumat yang dicari dengan kami dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
juga sanggup menegur dan menasihati kami jika terdapat sebarang kesilapan dalam
kerja kursus yang dibuat oleh kami.

Anda mungkin juga menyukai