Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Aktiviti : Dunia Ini Terbalik !

Cara pelaksanaan

1. Semua murid disuruh berdiri.


2. Guru memberi arahan tentang peraturan aktiviti tersebut kepada murid.
3. Murid perlu melakukan aksi yang sama tetapi terbalik dengan segala aksi yang
dibuat oleh guru. Contohnya, jika guru melambaikan tangan kanan, murid perlu
melambaikan tangan kiri. Jika guru menepuk pipi kiri, murid perlu menepuk pipi
kanan mereka.
4. Sebagai dendaan, sesiapa yang membuat aksi yang salah akan diminta berdiri di
depan untuk membuat aksi dan perlu menangkap sesiapa yang membuat aksi yang
salah untuk menggantikannya.

Kebaikan aktiviti tersebut kepada kanak-kanak


Melalui aktiviti tersebut, perkembangan psikomotor murid dapat digalakkan. Penguasaan
motor kasar dan motor halus membolehkan kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal dengan penuh yakin. Kanak-kanak juga dapat membezakan antara kanan dengan kiri.
Aktiviti ini dapat menyebabkan kanak-kanak lebih bersemangat dan tidak akan berasa
bosan. Kanak-kanak juga dapat belajar mendengar arahan melalui pelaksanaan aktiviti
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai