Anda di halaman 1dari 4

3.

Merancang jadual dan rutin harian

a) Jadual waktu
Merancang Jadual Waktu mengikut kehendak KSPK
b) Ketibaan Murid
1. Menyambut ketibaan murid
2. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu
kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
3. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar
kedatangan murid.
c) Merancang waktu aktiviti
1) Mengikut slot yang ditentukan
2) Selaras dengan objektif yang hendak dicapai
3) Menyediakan alatan yang mencukupi jika perlu
4) Mengawal murid dan memastikan keselamatan murid pada setiap
masa
d) Aktiviti Luar
1) Dilaksanakan mengikut waktu yang dijadualkan.
2) Memastikan semua alatan permainan luar adalah dalam keadaan
selamat
3) Aktiviti dirancang selaras dengan objektif yang hendak dicapai
4) Murid berpakaian yang sesuai
5) Mengawal keselamatan murid pada setiap masa
d) Makan/Minum pagi
1) Disediakan mengikut menu yang telah dirancangkan
2) Mengikut garis panduan penyediaan makanan yang disediakan oleh
Kementerian

3) Melaksakan rutin seperti cuci tangan sebelum dan selepas makan, doa
dan sebagainya.
e) Penilaian dan Bersurai
1) Guru mengadakan sesi refleksi mengenai perkara yhang dipelajari
pada hari tersebut.
2) Guru melaksanakan rutin sebelum murid pulang ke rumah seperti doa,
bersalaman, kemas meja, ambil beg dan sebagainya.
3) Guru memastikan keselamatan setiap murid supaya mereka disambut
oleh waris yang berkenaan sahaja.
Contoh Jadual Sehari (210 minit)
Rutin 10 minit
Perbualan Pagi 20 minit
Permainan/Aktiviti Luar 20 minit
Aktiviti Kelas 30 minit Rehat 30 minit
Aktviti Kumpulan 60 minit Aktiviti Kelas 30 minit
Aktiviti Penutup/Penamat 10 minit

AKTIVITI SEHARI DI PRASEKOLAH


Rutin
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Aktiviti yang dilakukan setiap hari dan tidak ada kaitan dengan tema
menyambut ketibaan murid dengan mesra
menyusun kasut dan beg
mengambil kedatangan murid
membersihkan diri selepas makan
perhimpunan pada awal minggu
peraturan di dalam dan di luar kelas

Perbualan Pagi
Bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan dengan :

- murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru (show and
tell)
- guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu
- menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid

Permainan/Aktiviti Luar
Dijalankan di luar kelas. Bertujuan untuk :
meningkatkan kemahiran motor kasar
mendedahkan kepada cahaya matahari dan udara segar
peluang untuk pengalaman penerokaan ruang luas
prihatin kepada aspek keselamatan
penerapan nilai murni dan kepekaan kepada persekitaran
Aktiviti Kelas
Guru akan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut mengikut rancangan yang
dirancangkan :
- bercerita
- aktiviti fizikal di luar kelas
- membuat lawatan di sekitar sekolah
Aktiviti Kumpulan
1. murid dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil bagi menjalankan pelbagai
aktiviti serentak
boleh bertukar aktiviti selepas lebih kurang 20 minit
2. murid belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti lain, harus dibenarkan untuk
meneruskan aktiviti tersebut
Rehat
1. menikmati hidangan makanan berkhasiat dan seimbang mengamalkan nilai
murni seoerti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas selepas
nakan dan menggosok gigi
2. menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku bergambar dan
mendengar muzik perlahan

Aktiviti penamat/penutup
mengemas peralatan dan mastikan kebersihan kelas
murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan
membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari pada hari itu

Anda mungkin juga menyukai