Anda di halaman 1dari 7

RAPUNZEL

Situasi
Pada suatu hari, terdapat sepasang suami isteri yang hidup bahagia tetapi malangnya
mereka tidak ada bayi. Pasangan ini selalu mendoa kepada Tuhan agar mengurniakan bayi.
Setelah sekian lama, Tuhan mengakbulkan doa mereka. Wanita itu mengandung. Suaminya
sangat gembira dan menjaga isterinya dengan baik sekali.
Dialog
YOGAM

Abang, saya sangat gembira setelah sekian lama kita mendapat anak.

LOK LEE

Ya ya, saya juga sangat gembira dan rasa bertuah.

YOGAM

Abang, saya nak anak perempuan yang paling cantik sekali.

LOK LEE

Sudah pasti, sebab isteri saya juga cantik.

YOGAM

Saya nak anak kita memiliki rambut yang panjang dan halus.

LOK LEE

Hmmm ya sayang, sudah pasti.

YOGAM

Saya tak nak kahwinkan anak kita kepada orang yang biasa. Saya

nak
menantu yang tampan dan kaya.
LOK LEE

Hahaha, boleh boleh sayang.

Situasi
Di belakang rumah mereka, terdapat sebuah kebun sayur. Pasangan suami isteri ini boleh
melihat kebun sayur itu melalui tetingkap. Kebun sayur ini dikeliling oleh dinding yang tinggi.
Di kampung itu, tiada orang yang berani memasuki kebun sayur itu. Hal ini demikian kerana,
pemilik kebun sayur itu seorang ahli sihir yang memiliki kekuatan dan kesaktian yang boleh
mencederakan orang di sekilingnya. Semua orang takut pada perempuan sihir itu. Isteri
melihat kebun sayur iu melalui tetingkap.
Dialog
YOGAM

Wah besarnya, kebun sayur ini

LOK LEE

Ya sayang.

YOGAM

Abang, saya nak makan kangkung yang terdapat di kebun sayur itu.

LOK LEE

Kenapa sayang? Taman itu milik perempuan sihir yang jahat itu. Saya

akan berusaha untuk mendapatkan kangkung di tempat lain.


YOGAM

Tak boleh tak boleh, saya nak makan dari kebun sayur itu sahaja.

LOK LEE

Aduhai! Kenapa ini?

Suami itu tidak sampai hati untuk menolak permintaan isterinya dan ingin mendapatkan
kangkung di kebun sayur itu walaupun sangat berbahaya. Malam itu juga, dia pergi ke
kebun sayur itu lalu mencuri kangkung yang terdapat di sana. Suami membawa pulang
kangkung itu dan memberi kepada isterinya. Isterinya pula memasak kangkung itu dan
makan sehingga habis. Keinginan isteri untuk makan kangkung itu bertambah tiga kali
ganda dan ingin mendapat lebih banyak kangkung. Suami sangat sayang pada isterinya dan
ingin memenuhi kehendak dia. Suami pergi ke kebun sayur itu lagi. Malangnya, perempuan
sihir itu muncul di sana.
THAMARAI

Si pencuri, beraninya kamu datang sini(bunyi besar-geram)

LOK LEE

Hahaha, maaf maaf, saya tidak sengaja.

THAMARAI

Ini kebun saya, ini kangkung saya, berani kau curi.

LOK LEE

Maaf, isteri saya mengandung, isteri saya hanya mahu makan


kangkung kebun ini sahaja.

THAMARAI

Isteri kau mengandunghahaha (bunyi besar)

LOK LEE

(Takut) Tolong lepaskan, saya akan bayar duit bagi kangkung ini.

THAMARAI

Hehehe, jika kau cakap benar saya akan beri banyak kangkung tepi
dengan satu syarat.

LOK LEE

Saya akan patuh kepada syarat itu.

THAMARAI

Saya mahu anak kau yang bakal lahir.

LOK LEE

Tak boleh itu anak saya,kalau saya bagi anak itu isteri saya akan

sedih

sangat.Ini anak pertama saya.

THAMARAI

kau.

Kalau kamu tidak beri anak kamu, saya akan bunuh kau dan isteri
Faham tak ?

LOK LEE

Saya setuju (berlari)

THAMARAI

(Bunyi besar) Pergi dari sini !!!

Situasi
Selepas 9 bulan, seorang anak yang cantik dilahirkan. (bunyi bayi). Perempuan sihir itu
muncul di hadapan pasangan itu. Perempuan sihir itu membawa pulang bayi itu tanpa
kebenaran pasangan itu. Mereka sangat sedih dan berharap bahawa mereka boleh
berjumpa lagi dengan anak kesayangan mereka.

Dialog
THAMARAI

Saya nak menamakan kau, Rapunzel

BAYI

(Menangis)

THAMARAI

Comelnya, anak saya

Perempuan sihir itu menjaga anak itu dengan baik sekali. Ketika Rapunzel berumur 12
tahun, perempuan sihir itu mengunci dia di sebuah menara yang tinggi di dalam hutan.
Menara itu tidak ada tangga dan pintu tetapi terdapat sebuah tetingkap yang kecil di
bahagian paling atas. Jika perempuan sihir itu ingin masuk ke dalam menara itu dia makan
berdiri di bawah.
THAMARAI

Rapunzel Rapunzel, lepaskan rambut kamu

Rapunzel memiliki rambut yang panjang dan halus. Rambutnya berwarna emas. Selepas
mendengar suara perempuan sihir itu, Rapunzel akan melepaskan rambut panjang itu
THAMARAI

: Ohh Rapunzel. Anakku yang paling cantik di dunia ini.Siapa pun tidak boleh
ambil kamu daripada saya. Rapunzel, apa yang kamu nak ? saya boleh

bawa

satu dunia untuk kamu dengan kesaktian saya. Beritahulah sekarang. Apa
yang kau nak ?

KAVIPRIYA

: Ibuuuu, saya nak satu sahaja. Hmmmmmm saya nak berjumpa dengan
ibu bapa saya yang sebenar .

THAMARAI

: ( Menolak Kavipriya). Sayalah ibu kamu. Sayalah bapa kamu. Faham tak ?

Selepas beberapa tahun kemudian


Seorang putera yang tampan datang ke hutan itu. Rapunzel selalu bernyanyi dengan
sendirian untuk menghilangkan kebosanan. Putera itu dapat mendengar suara merdu
Rapunzel dan ingin mencari pemilik suara itu. Putera dapat membuat jangkaan bahawa

suara itu datang daripada menara yang tinggi itu. Putera ingin menaik ke menara itu tetapi
tidak berhasil. Putera sangat sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan gadis itu.
( kavipriya akan bernyanyi satu lagu song play)
CIAN LI

Wow, merdunya suara itu. Saya tetap nak jumpa gadis yang menyanyi
lagu itu tadi. Hmmm

Pada masa itu, perempuan sihir itu datang ke menara dan memanggil Rapunzel. (putera
berselindung di belakang pokok besar)
THAMARAI

Rapunzel Rapunzel, lepaskan rambut kamu

Selepas perempuan sihir itu balik dari menara, Putera itu mendapat idea untuk berjumpa
dengan Rapunzel. Pada waktu malamPutera memanggil Rapunzel dengan suara
perempuan sihir yang jahat itu.
CIAN LI

Rapunzel Rapunzel, lepaskan rambut kamu

Rapunzel tertipu dan melepaskan rambut dia ke bawah. Putera pula naik ke atas menara itu
dengan bantuan rambut Rapunzel.
CIAN LI

Rapunzel

KAVIPRIYA

(Dalam ketakutan) Siapa kamu?

Cian Li

Jangan takutjangan takut Saya juga manusia seperti kamu. Saya


sangat suka lagu kamu tadi. Suara kamu merdu, wajah kamu cantik!

KAVIPRIYA

(Kehilangan ketakutan) Baiklah. Memandangkan kamu jujur dan

sedikit
kacak saya percaya kamu. Kenapa kamu datang sini?
Cian Li

Saya mahu dengar suara merdu kamu sepanjang hayat. Sudikah

kamu
berkahwin dengan saya.
Setelah berfikir
KAVIPRIYA

Ya, saya lebih suka kamu daripada ahli sihir itu. Tetapi saya tidak tahu
bagaimana nak menurun dari menara ini. Jadi, setiap hari kamu bawa
sehelai kain supaya saya boleh ,menjahit tangga untuk turun dari sini

CIAN Li

Boleh.. Rapunzel, bolehkah kita menari bersama-sama ?

KAVIPRIYA

:OH puteraku ! Saya sangat malu. Saya tak pernah menari


dengan seorang lelaki sebelum ini

( Song play Kavipriya menari untuk lagu rock )


Cian Li
Cian Li

: Wahhhh ! Tidak teruk sangat. ( Menari dengan kavipriya )


: Baiklah Rapunzel. Kita jumpa esok malam. Saya akan rindu kamu. Bye.

Selepas beberapa hari, Rapunzel dapat menjahit kain-kain itu dan menjadikannya sebagai
sebuah tangga. Ahli sihir itu tidak tahu perkara ini. Pada suatu hari
Thamarai

Rapunzel, Apa itu?

KAVIPRIYA

Tidak ibu Ini hanya baju saya.

Thamarai

Bohong kamu. Saya tidak pernah beli baju ini untuk kamu. Apa tu?

KAVIPRIYA

Maafkan ibu. Ini adalah tangga untuk melepaskan diri dari sini. Malam
ini, putera saya akan datang untuk bawa saya.

Thamarai

Betapa beraninya kamu tipu saya. Saya yang membesarkan kamu

dari
kecil. Tetapi kamu tidak berterima kasih. Budak jahat. (Dengan marah,
ambil gunting dan potong rambut Rapunzel)
Perempuan sihir itu naik angina dan menghalau Rapunzel ke hutan yang bahaya. Dia ingin
membalas dendam Putera itu. Malam itu, prempuan sihir itu menunggu di menara dengan
mengikat rambut Rapunzel yang telah dipotong.
Putera pun tiba di bawa menara dan memanggil Rapunzel.
Rapunzel lepaskan rambut kamu!
Putera itu naik ke menara dengan memanjat rambut itu.
Cian Li

(terkejut melihat perempuan sihir)

Thamarai

Hahahaha! Saya sengaja tunggu kamu dari tadi. Saya bukan baik
seperti Rapunzel yang kamu cintai. Saya ahli sihir yang paling jahat di
dunia ini. Rapunzel kamu tidak ada lagi. Kamu tidak akan jumpa dia
sepanjang hayat kamu. Hahahaha!

Cian Li

(Dengan sedih) Apa yang kamu buat pada Rapunzel saya? Saya nak

jumpa dia. (menangis)


Thamarai

Nangislah sepuas-puas hati kamu, tetapi boleh jumpa dengan


Rapunzel kamu. Hihihihi!

Perempuan sihir itu mengangkat tongkat sihirnya dan menyumpah putera itu supaya dia
jatuh dari menara itu.
Putera itu jatuh atas pokok berduri. Pokok itu menyelamatkan putera itu, tetapi duriya
terkena kedua-dua mata putera dan putera telah jadi buta.
Putera itu sangat sedih tetapi ingin mencari Rapunzel yang tercinta. Dia mengembara di
hutan dan makan apa sahaja yang terdapat di situ.
Cian Li

(Menangis) RapunzelRapunzel di mana kamu? Saya nak jumpa


kamu!

Selepas beberapa tahun mencari Rapunzel


Pada suatu hari
KAVIPRIYA

(menyanyi dan memetik bunga)

Cian Li

Ini suara Rapunzel RapunzelRapunzelRapunzel


Di mana kamu? Saya tahu kamu dekat sini sahaja.

Melihat putera lalu


KAVIPRIYA

(lari dan memegang tangan)


Oh! Putera saya. (menangis)
Apa sudah terjadi kepada kamu?
Saya lama menunggu kamu. (menangis)

Titisan air mata Rapunzel terkena mata putera yang buta lalu putera itu pun dapat melihat
semula.
(memegang tangan)
Mereka sangat gembira kerana dapat berjumpa lagi.
Putera bawa Rapunzel balik ke istananya, tetapi perkara ini sudah diketahui oleh
perempuan sihir itu!
Thamarai

HaHaHa! Amboi, bahagianya. Saya takkan lepaskan kamu.

Cian Li

Si jahat! Kali ini saya akan bunuh kamu. Kamu tak boleh pisahkan

kami. (ambil pedang)


Pergaduhan antara ahli sihir dan putera dan putera bermula. Rapunzel ketakutan dan
berharap putera menang.
(Pergaduhan)
Ahli sihir pun sudah hilang kuasa dan lari dari tempat itu.
( Cian li & Kavipriya peluk ibu bapa )
Yogam : ohh anakku. Saya sangat rindu kamu. Apa sudah terjadi kepada ahli sihir itu ?
Cian Li

: Saya telah kalahkan ahli sihir itu dan telah selamatkan puteri saya. ( Smiling)

Lok Lee : Terima kasih menantu.Rapunzel, apa sudah jadi kepada rambut kamu ?
Kavipriya : Ayah..Ahli sihir itu sudah potong rambut saya.
Yogam : Takpe lah abang.. Kita kan ada Johnsons Baby Oil. Nanti rambut anak kita boleh
jadi panjang lagi.
Cian Li : Marilah kita pulang ke istana saya.Di sana saya kahwin puteriku Rapunzel.

( keempat-empat orang itu berjalan sambil bersenyum )


~Sekian, terima kasih.~

Anda mungkin juga menyukai