Anda di halaman 1dari 19

Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi.

Nak dengar cerita saya tak


?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
Sekolah kawan-kawan pernah menyambut hari guru tak ?? Tentu pernah
kan ??...

Saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk Perayaan Hari Guru di
Sekolah Saya.

Mari kawan-kawan dengar cerita saya yer

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna bagi
pendidik bangsa. Pada setiap tahun Hari Guru pasti akan diraikan di
setiap sekolah di Malaysia.
Sekolah saya juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan
Hari Guru yang penuh bermakna walaupun serba sederhana. Kami
menyambut dengan begitu meriah. Kami dapat menyaksikan wajah-wajah
keceriaan yang tergambar pada setiap pendidik kami. Sambutan
dimulakan dengan bacaan perutusan oleh Guru Besar, ikrar guru dan
nyanyian lagu Kami guru Malaysia.
Selain itu , kami membuat persembahan khas untuk guru-guru kami.
Kelas saya menyanyikan lagu Terima kasih cikgu untuk tatapan guru
tersayang. Ada juga murid yang mendeklamasikan sajak, berbalas pantun
dan sebagainya. Tanpa paksaan, masing-masing membawa hadiah yang
pelbagai saiz untuk dihadiahkan kepada guru-guru mereka.

Kawan-kawan tahu tak tema hari guru tahun ini ???
Tema hari guru tahun ini ialah Guru, pencetus kreativiti panjana inovasi.
Kawan-kawan .. tanpa guru siapalah kita
Saya akhiri cerita saya dengan serangkap pantun:

Bunga melur berbau wangi,
Buat hiasan penabur seri;
Hari guru kita sanjungi ,
Semoga tak lupa jasa dan budi.


Sekian, terima kasih.



Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
(menyanyi)
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
kawan-kawan pernah dengar lagu ni tak ?? Tentu pernah kan ??...

Saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk Sambutan Hari
Kemerdekaan.
Tanggal 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara.
Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun
kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan,
memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya.
Sambutan di peringkat sekolah pula, dipanggil sambutan Bulan
Kemerdekan yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua
warga sekolah.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini menjurus
pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah seperti
ceramah , pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis esei dan
sebagainya.
Setiap kelas dan kawasan sekolah pula dihiasi dengan kibaran bendera
jalur gemilang dan pelajar-pelajar berlumba-lumba menghias kelas
dengan jalur gemilang untuk merebut anugerah hiasan kelas paling
cantik.
Kawan-kawan .. kita mestilah memupuk semangat patriotik atau
cinta akan negara. Saya akhiri cerita saya dengan serangkap pantun:
Bendera berkibar di rumah Pak Agos
Di halaman rumah pasang pelita
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita
Sekian terima kasih





Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
Kawan-kawan .. pada hari ini saya akan menceritakan tentang Membaca Amalan
Mulia.
Kawan-kawan lihat tak gambar tadi???
Gambar menunjukkan sekumpulan murid sedang khusyuk membaca buku di
perpustakaan sekolah. Ada juga murid sedang mengulangkaji pelajaran di sini.
Keadaan di sini tenteram kerana kita tidak boleh membuat bising. Di perpustakaan
sekolah terdapat banyak bahan bacaan seperti buku cerita, buku rujukan, novel,
majalah, surat khabar, komik dan banyak lagi.
Aktiviti NILAM juga boleh dilakukan di sini bagi memupuk tabiat membaca.
NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca. Membaca merupakan amalan yang
mulia. Murid yang rajin membaca akan mendapat banyak pengetahuan. Budaya
membaca juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang
berfaedah.
Untuk menjadi murid yang berjaya kita hendaklah rajin membaca kerana
Membaca itu Jambatan Ilmu. . Saya akhiri cerita saya ini dengan serangkap
pantun
Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.
Sekian terima kasih.


Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
Kawan-kawan .. pada hari ini saya akan menceritakan tentang
Perkhemahan Unit Beruniform di sekolah saya.
Pada cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti
Perkhemahan Unit Beruniform. Perkhemahan ini diadakan di padang
sekolah saya. Semua murid Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri
perkhemahan ini. Saya turut menyertai aktiviti perkhemahan ini.
Selepas saja pendaftaran peserta, semua murid berkumpul di dalam
dewan untuk mendengar taklimat. Taklimat disampaikan oleh Kem
Komanden iaitu Cikgu Razali. Selepas itu, kami dibahagikan mengikut
kumpulan. Kami diminta mendirikan khemah di padang sekolah. Kami
diajar oleh guru cara mendirikan khemah dengan betul.
Saya dan ahli kumpulan saya bekerjasama untuk mendirikan khemah.
Khemah perlu dipasang mengikut prinsip dan teknik yang betul kerana
boleh merosakkan khemah. Semasa mendirikan khemah pelajar
bekerjasama bagai aur dan tebing untuk memastikan khemah tersebut
kukuh dan sesuai didirikan di kawasan tersebut.

Saya sungguh gembira dapat menyertai aktiviti perkhemahan ini.
Pelbagai suka dan duka saya tempuhi dan dijadikan pengalaman bermakna
buat diri saya.
Saya akhiri dengan serangkap pantun;
Pergi ke kedai membeli roti
Beli bersama sebatang lilin
Aktiviti kokurikulum kita sertai
Melahirkan murid yang berdisiplin




Sekian terima kasih.







Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Kawan-kawan lihat tak
gambar tadi??? Gambar menunjukkan banyak ikan yang mati di dalam
sungai. Kawan-kawan tahu tak kenapa ikan-ikan ini mati??? Kalau nak
tahu .. dekat-dekatlah dengan saya. Pasang telinga yer..
Ikan merupakan sumber makanan kita. Ikan merupakan benda hidup
sama seperti manusia.
Malangnya. Sikap rakus manusia yang tidak bertanggung jawab
dengan membuang sampah di dalam sungai telah menyebabkan sungai
menjadi tercemar dan berbau busuk. Ia juga mengganggu habitan
hidupan di dalam air. Pembuangan sampah seperti tin kosong, botol dan
plastik menjadikan sungai kita semakin tersumbat.
Selain itu,pembuangan sisa seperti sisa toksid dan bahan kimia
daripada kilang menyebabkan air sungai kita menjadi racun dan
merbahaya. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati
disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik. Hal ini akan
mendorong kepada kepupusan hidupan akuatik.


Kawan-kawan
Sesungguhnya,alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang perlu
dipelihara kebersihan dan keindahannya untuk kebaikan semua hidupan di
muka bumi ini.

Saya akhiri dengan serangkap pantun;
Pergi ke kota bersama teman,
Kota Melaka tempat pilihan,
menjaga sungai jadi amalan,
agar tidak berlaku pencemaran.
Sekian terima kasih.














Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak ?? kalau
nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
Kawan-kawan pernah beriadah di taman permainan tak ?? tentu pernah kan
Saya juga selalu beriadah bersama keluarga saya di taman permainan di Tasik
Melati. Taman permainan ini sangat bersih dan cantik. Di sekeliling taman
permainan ini telah ditanami pepohon yang rendang dan menghijau.
Di taman permainan ini terdapat pelbagai kemudahan seperti pondok rehat,
bangku, tong sampah, trek joging dan padang yang luas. Di taman ini juga terdapat
alat permainan seperti jongkang-jongket, papan gelongsor, buaian, dan palang besi.
Ramai kanak-kanak suka menghabiskan masa lapang mereka di sini.
Pada setiap petang, saya dan keluarga akan mengambil angin di taman
permainan ini. Saya suka bermain buaian manakala abang pula suka bermain kasut
roda di taman permainan ini. Dua orang adik saya yang masih kecil pula suka
bermain papan gelongsor dan jongkang-jongket. Seperti biasa, ayah dan ibu akan
bersembang di bawah pokok yang rendang sambil memerhatikan kami.

Suasana di taman permainan begitu meriah dengan suara gelak ketawa kanak-
kanak. Di taman permainan inilah tempat kami beriadah dan bersuka ria. Dengan
adanya taman permainan ini, kami boleh mengisi masa senggang kami dengan
melakukan aktiviti yang berfaedah di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Saya berasa sangat gembira kerana dapat beriadah di taman permainan bersama-
sama keluarga saya. Kami akan sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan taman
permainan ini.
Saya akhiri dengan serangkap pantun;
Pergi ke pasar membeli pegaga
Pegaga dibeli berikat-ikat
Aktiviti riadah bersama keluarga
Mengeratkan hubungan dalam masyarakat









Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
Kawan-kawan lihat tak gambar tadi???
Gambar menunjukkan penduduk kampung sedang tolong menolong
menolak lori yang terbulus dalam lumpur. Sikap tolong-menolong ini amat
penting dalam kehidupan. Dengan tolong- menolong kita akan dapat
membina hubungan baik sesama manusia. Tolong- menolong juga dapat
memupuk rasa kasih sayang antara jiran tetangga, antara kawan, dan
masyarakat.
Kawan-kawan
Kita perlu amalkan sikap tolong menolong tanpa mengira bangsa utk
pengeratkan lagi pertalian perhubungan sesama manusia. dan yang paling
penting kita harus ingat setiap yang menolong pasti mendapat kebaikan
yang kita sendiri tidak mengetahuinya. kekadang kita menolong semasa
org dalam kesusahan.. dan suatu hari bila kita susah org yang pernah
tolong itu mungin akan menolong kita semula.
Tolong menolong juga dapat membentuk masyarakat yang bersatu
padu. Masyarakat akan aman dan bahagia jika kita semua mengamalkan
amalan ini.
Oleh itu, marilah kita tolong menolong dalam masyarakat kerana
sesungguhnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
Saya akhiri dengan serangkap pantun;
Mak Limah melipat kain
melipat baju dan kain pelikat
tolong menolong satu sama lain
Hidup bermaufakat membawa berkat.
Sekian , terima kasih











Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
Kawan-kawan lihat tak gambar tadi???
Sungguh rajin kawan-kawan kita ini yer .. Kita hendaklah membantu ibu
bapa dalam meringankan tugas mereka. Dalam gambar ini tadi
menunjukkan anak-anak sedang bergotong-royong membersihkan
kawasan halaman rumah mereka. Persekitaran yang bersih dapat
menghindarkan daripada penyakit. Contohnya penyakit denggi yang
berpunca daripada nyamuk aedes yang bersarang di dalam sampah sarap
dan air bertakung.
Ibu sedang mencabut rumput. Abang yang berbaju biru sedang menyapu
sampah manakala kakak yang berbaju ungu sedang mengutip tong-tong
kosong untuk dibuang. Adik-adik lelaki yang lain sedang asyik mengutip
sampah sarap untuk dibuang.

Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai aktiviti yang
wajib dilakukan oleh keluarga mereka secara bersama-sama pada setiap
hujung minggu. Amalan berat sama dipikul ringan sama dijinjing ini perlu
diperkasakan supaya anak-anak menjadikan amalan tolong-menolong
sebagai budaya hidup mereka.
Saya akhiri dengan serangkap pantun;
Anak berudu di balik batu,
Mengelak diri dinampak helang,
Ibu bapa perlu dibantu,
Rajin-rajin ringankan tulang.

Sekian terima kasih











Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer

Kawan-kawan .. kenal tak Datuk Nicol Ann David sukan squash dan Datuk
Lee Chong Weiii pemain badminton No. 1 Dunia. ??? Mesti kenal kan ..
Kawan-kawan nak jadi macam mereka ??? Kalau nak .. mestilah aktif
bersukan

Hari ini saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk Sukan baik
untuk Kesihatan.

Kawan-kawan

Sukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik
untuk kesihatan . Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita
memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada
bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.


Kawan-kawan pernah dengar tak Dasar 1 Murid 1 Sukan ??? Dasar
1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah


Kawan-kawan nak sihat tak ?? kalau nak sihat selalulah bersukan kerana
bersukan menjadikan badan kita sihat dan cergas. Majulah sukan untuk
negara kita.
Saya akhiri cerita dengan serangkap pantun:

Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Sekian, terima kasih.














Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Berkelah
bersama Keluarga.
Kawan-kawan pergi ke mana cuti sekolah yang lalu???
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di Lata
Sedim , Kedah. Kami pergi dengan menaiki kereta.
Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.
Saya menolong ayah mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami
di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di
situ . Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.
Setelah selesai mangangkut barang ,kami menjamu selera .Ibu
menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar.Kami menikmati mi
goreng,nasi lemak ,kuih-muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan
gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak
dan berkhasiat.
Bunyi air yang menghempas ke batu membuatkan kami tidak sabar
untuk pergi bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehinggakan badan
saya menggigil.

Selepas penat mandi-manda kami pun berkemas dan membersihkan
tempat perkelahan. Kami membuang sampah ke dalam tong sampah demi
menjaga kebersihan tapak perkelahan. kami pulang ke rumah kira-kira
jam 5 petang.
Saya akhiri dengan serangkap pantun;
Pergi berkelah bersama keluarga.
Singgah sebentar di rumah nyonya.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Kasih ayah buat selamanya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai