Anda di halaman 1dari 4

Bagai Aur dengan Tebing Masyarakat Kampung Teratai terdiri daripada pelbagai kaum.

Di situ ada orang Melayu, ada bangsa Cina dan masyarakat lain. Kampung Teratai terletak di kawasan tanah rendah dan selalu terdedeh kepada bahaya seperti ancaman banjir. Sebatang sungai yang menganjur di situ selalu menjadi punca banjir kilat. Pada suatu petang, banjir kilat berlaku lagi akibat hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti beberapa jam lamanya. Banyak juga rumah yang rosak dan ditenggelami air. Harta benda juga banyak yang binasa. Ada di antara penduduk yang terpaksa dipindahkan ke bangunan sekolah. Ketika malapetaka inilah baru nampak pentingnya semangat hidup "bagai aur dengan tebing." Hidup yang saling sandar-menyandar, paut-memaut, bantu-membantu dan tolongmenolong satu sama lain dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang berat. Dengan semangat itu, manusia menjadi kukuh, padu dan kuat. Bukankah ada peribahasa yang berbunyi, "Bersatu teguh, bercerai roboh?" Ketepatan maksud peribahasa ini dapat digambarkan melalui kisah menarik ini. Beberapa orang pemuda yang diketuai oleh Mamat telah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Mereka sibuk berperahu ke sana ke mari untuk menyelamatkan apa yang dapat. Mereka jugalah yang memujuk penduduk supaya berpindah. Sesampai saja di pusat pemindahan, yang dibuka pada malam itu juga, penduduk bernama Armuntam bersuara, "Nasib baik ada si Mamat, kalau tidak kami habis dibawa air." Waktu itu Mamat baru saja tiba di pusat pemindahan. Dia baru sahaja selesai memindahkan keluarga Lim. "Terima kasih Mamat dan kawan-kawan. Saya sungguh banyak terhutang budi kepada penduduk kampung ini kerana dapat menyelamatkan keluarga kami ," kata Lim. "Terima kasih. Apalah sangat dengan pertolongan ini ! Kan kita hidup sekampung. Hidup mesti tolong-menolong. Tengok di tebing sungai tu. Ada aurkan? Ha, kalau tidak ada tebing, aur tidak hidup. Tetapi kalau tidak ada aur, tebing tidak kuat. Begitulah juga dengan hidup kita di kampung ini," kata Mamat dengan nada merendahkan diri. Kita harus bersatu dan berkerjasama sekiranya kita hendak maju. Janganlah bersikap seperti "enau di dalam belukar, hendak melepaskan pucuk masing-masing." Ikutilah teladan anai-anai yang hidup bermuafakat sehingga terbinanya sebuah busut.

Pengalaman Pulang ke Kampung Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung. Kampung datuk saya terletak di Kuala Krau, Pahang. Datuk saya tinggal bersama-sama dengan nenek di kampung. Perjalanan ke kampung saya mangambil masa kira-kira dua jam. Sewaktu dalam perjalanan, saya melihat pemandangan yang cukup indah. Saya berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan datuk dan nenek. Apabila tiba di sana, kami disambut oleh datuk dan nenek dengan senyuman. Kemudian, kami turut bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan datuk dan nenek. Datuk dan nenek menjemput kami masuk untuk menjamu selera dan berehat kerana keletihan sewaktu dalam perjalanan. Pada keesokan hari, kami semua pergi ke dusun buah-buahan yang dimiliki oleh datuk yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di sana seperti buah jambu, rambutan, durian dan duku langsat. Kami berpeluang untuk mengutip buah-buahan sambil merasai buah-buah tersebut. Pada waktu petang, kami diajak oleh datuk untuk memacing ikan di sungai yang berdekatan. Di sana, kami menangkap pelbagai jenis ikan seperti ikan tilapia dan ikan patin. Datuk menyuruh nenek memasak gulai tempoyak ikan patin dan ikan tilapia bakar sebagai hidangan makan malam kami. Pada hari ketiga, kami sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Sebelum itu, nenek membekalkan kami sekeluarga dengan rendang ayam, sayur-sayuran kampung dan buah-buahan. Selepas bersalam-salaman, kami bertolak pulang ke rumah. Saya berasa sangat gembira dan berharap akan pulang ke kampung lagi pada masa akan datang.

Cara-cara untuk Menceriakan Kawasan Sekolah Sekolah ialah tempat kita belajar dan mendapatkan ilmu. Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah. Antaranya adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Bergotong royong bermaksud melakukan kerja bersama-sama. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat, bak kata pepatah, yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Pada hujung minggu, pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang. Selain itu adalah dengan mengadakan taman bunga di sekolah. Taman bunga ialah kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga. Taman bunga boleh mencantikkan kawasan sekolah. Sekolah boleh membeli pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu atau di sekeliling kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Oleh itu, taman bunga perlu diadakan di sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah. Cara lain untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengecat semula bangunan. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku.. Sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh mengecat dan melukis mural di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak. Pertandingan kelas terbersih dan terceria juga dapat menjadikan sesebuah sekolah ceria. Pertandingan kelas terbersih ialah peraduan bilik darjah yang paling bersih dan paling ceria. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan hadiah dan sijil penghargaan. Selain mengadakan pertandingan pihak sekolah juga boleh mengadakan Program 3K. Program 3K bermaksud Kesihatan, Keceriaan dan Keselamatan. Program ini boleh menjadikan sekolah sentiasa ceria dan selamat. Ini kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Oleh itu program 3K perlu diadakan di sekolah.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersamasama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria. Sekolahku adalah kesayanganku.

Anda mungkin juga menyukai