Anda di halaman 1dari 22

Contoh Soalan: Pada cuti penggal persekolahan yang lepas, anda sekeluarga melancong ke luar negara.

Tulis sepucuk surat kepada sepupu anda untuk menceritakan pengalaman manis dan lucu yang anda alami sepanjang berada di sana. Pendahuluan

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi bertanyakan khabar - menyatakan khabar anda dan keluarga

Isi-isi Penting

memaklumkan bahawa anda telah pergi melancong ke negara China bersama dengan keluarga - nyatakan masa - cuti pertengahan penggal, mengikuti pakej pelancongan ada pemandu pelancong - berada di sana selama lebih kurang seminggu berpeluang melawat ke beberapa tempat menarik - Tembok Besar China - antara tujuh benda ajaib di dunia - kagum akan seni bina dan keutuhan tembok tersebut pengalaman manis - berjaya mendaki Tembok Besar China dan dapat sijil pendakian pusat beli belah - bazar, pasar - membeli pelbagai cenderahati menarik untuk kawankawan pengalaman lucu - sukar berkomunikasi dengan penjual (tidak fasih berbahasa Inggeris) ketika membeli belah - tidak dapat tawar-menawar harga barang telah menikmati beberapa juadah/masakan Cina Muslim yang enak - percutian yang menyeronokkan bercadang untuk melawat sepupu anda pada cuti akhir tahun nanti - akan membawa gambar-gambar semasa melawat ke China dan cenderahati untuk sepupu dan keluarga

Penutup

akan menulis lagi jika ada kesempatan - menyampaikan salam untuk ibu bapa dan keluarganya

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Rabu, Februari 13, 2013 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Selasa, Januari 29, 2013

Contoh Karangan Cerita - Membantu Rakan yang ditimpa Kemalangan

Kategori: Penulisan UPSR Soalan: Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah.

...Ibu memuji tindakan saya itu. Saya bersyukur kerana dapat membantu rakan saya. Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan sekelas menghadiri kelas tambahan di sekolah. Setelah kelas tambahan berakhir, saya, Hafiz dan Syafiq berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, kami ternampak Syazwan, salah seorang murid sekolah kami yang menunggang basikalnya dengan laju. Tiba-tiba, tayar hadapan basikalnya terlanggar seketul batu. Dia gagal mengawal basikalnya lalu terjatuh di bahu jalan. "Aduh!" Kedengaran jeritannya yang mengerang kesakitan. Saya dan kawan-kawan saya segera mendapatkan Syazwan. Dia cedera di bahagian tangan dan kaki kiri. Kami membantu Syazwan untuk bangun sambil menanyakan alamat rumahnya. Setelah berbincang sesama sendiri, kami sebulat suara mahu menghantar Syazwan pulang ke rumah. Lima belas minit kemudian, kami tiba di rumah Syazwan lalu memberi salam. Seorang wanita yang merupakan ibu Syazwan menjemput kami masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat keadaan anaknya. Syafiq meletakkan basikal Syazwan di tepi pagar manakala saya dan Hafiz memapah Syazwan. Kami membaringkan Syazwan di atas katil di biliknya. Kemudian, kami kembali ke ruang tamu. Kami menceritakan apa yang telah terjadi kepada ibu Syazwan. Ibunya menggelenggelengkan kepala memikirkan sikap Syazwan yang tidak menjaga keselamatan diri. Setelah menghidangkan sepiring kuih karipap dan sejag minuman sejuk kepada kami, ibu Syazwan pun beredar ke bilik Syazwan untuk melihat keadaan anaknya. Selepas memberseihkan luka di tangan dan kaki Syazwan, ibunya menyapu ubat antiseptik. Mujurlah Syazwan hanya cedera ringan. Pada pukul dua petang, kami meminta diri untuk pulang. Ibu Syazwan mengucapkan terima kasih kerana membantu anaknya. Saya sampai di rumah agak lewat. Ibu dan bapa berasa susah hati dan menanyakan sebab mengapa saya balik lewat. Saya menceritakan apa yang telah terjadi. Ibu saya memuji tindakan saya itu. Saya bersyukur kerana dapat membantu rakan saya.
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Selasa, Januari 29, 2013 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Khamis, Oktober 11, 2012

Kerangka Karangan - Faedah Mengunjungi/Memanfaatkan Perpustakaan

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan UPSR Soalan: Guru guru kamu tentu menggalakkan murid muridnya ke perpustakaan. Berikan pendapat

kamu tentang faedah faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan. Pendahuluan:

Membayangkan perpustakaan, terbayang susunan buku. Terbayang rakan rakan yang tekun belajar Kemudahan untuk murid

Isi-isi:

Perpustakaan tempat untuk menimba ilmu - Pengetahuan bertambah dalam pelbagai bidang - Pengetahuan itu boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas Dapat memanfaatkan masa senggang dengan baik - Mengelakkan diri dari terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah - Sebagai pewaris bangsa, setiap detik perlu digunakan sebaik baiknya. Perpustakaan tempat mencari hiburan - Boleh membaca buku cereka yang digemari Dapat merehatkan dan menenangkan fikiran Dapat mengulang kaji pelajaran atau membuat persediaan untuk peperiksaan Suasana tenang, dapat lebih fokus terhadap apa yang dibaca - Jika di rumah atau di tempat tempat lain, suasana agak bising dan riuh rendah

Penutup:

Banyak kebaikannya - memanfaatkan perpustakaan. Menggunakan perpustakaan dengan bijak, memberi pulangan yang baik pada diri Langkah yang bijak, tidak melakukan perbuatan yang sia sia

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Khamis, Oktober 11, 2012 2 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Aku Seekor Rama-rama

Kategori: Penulisan UPSR

Sumber imej: dreamstime.com

Aku ialah serangga yang terdapat hampir di seluruh dunia. Aku mempunyai sayap yang berwarna warni di badan dan sepasang sesungut panjang yang terletak di atas kepala. Aku menggunakan sesungut untuk meraba dan menghidu. Aku seekor rama rama. Setiap pagi, aku dan kawan kawanku terbang mencari makanan. Makananku ialah madu yang boleh aku dapati daripada tumbuhan berbunga. Setelah kenyang, aku bermain main dengan kawan kawanku di taman bunga dengan senang hati. Pada suatu hari, aku melihat sekumpulan budak lelaki meluru ke arah aku dan kawan kawanku. Mereka membawa jaring dan sebuah botol. Rupa rupanya mereka ingin menangkap aku dan kawan kawanku yang sedang bermain. Kami semua mula berasa cemas. Aku dan kawan kawanku cuba melarikan diri kerana takut ditangkap oleh mereka. Malang tidak berbau, kerana mereka berjaya juga menangkap diriku. Aku cuba melepaskan diri tetapi usahaku menemui jalan buntu. Kawan kawanku sungguh sedih melihat keadaan diriku yang dikurung di dalam botol. Keesokan harinya aku dibawanya ke sekolah untuk diserahkan kepada gurunya. Rakanrakan sekelasnya asyik memerhatikan aku sambil memuji muji kecantikan diriku. Baru aku tahu, rupa rupanya budak budak itu menangkapku untuk membuat kajian tentang kehidupan seekor rama - rama sepertiku. Meskipun aku tidak lagi hidup bebas seperti dahulu, aku tidak menyesal kerana ditangkap. Malah aku berbesar hati kerana dapat memberikan khidmat demi menjayakan kajian budak budak yang pintar ini. Namun, nyawaku tidak panjang kerana aku hanya boleh hidup selama dua minggu sahaja. Aku sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan mereka. Tiada apa yang dapat aku lakukan kerana memang riwayat rama rama sedemikian.
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Khamis, Oktober 11, 2012 0 komen

Artikel

ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Rabu, September 26, 2012

Kerangka Karangan - Saya Sebuah Komputer

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan UPSR

Pendahuluan: - Saya sebuah komputer bernama Toshiba. - Dibuat dan dipasang di Jepun. - Siap dipasang dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak. Isi-isi: - Dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar. - Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke sebuah lori. - Lori kemudian bergerak menuju pelabuhan. - Bersama teman-teman di masukkan ke kapal yang besar. - Kapal berlepas ke sebuah negara yang indah dan makmur, Malaysia. - Akhirnya tiba di Pelabuhan Klang. Melalui pemeriksan ketat oleh Jabatan Kastam. Kemudian dibawa dengan van ke sebuah kedai komputer. Setelah beberapa hari dibeli oleh seorang ibu dengan harga RM4336.00. Saya dihadiahkan oleh ibu itu kepada anak angkatnya. Anak angkatnya belajar di UiTM. Saya digunakan untuk menulis cerpen, menyiapkan tugasan-tugasan. Saya menjalankan tugas dengan lancar dan gembira. Apabila rosak saya dihantar ke pusat servis.

Penutup: - Tiga tahun kemudian, tuan saya membeli komputer baru.

Saya diletakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi. Meratapi nasib malang.

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Rabu, September 26, 2012 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Sabtu, Mac 17, 2012

Kerangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi - Menasihati Rakan Agar Tidak Berhenti Sekolah

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan SPM,Penulisan UPSR [Format Surat Kiriman Tidak Rasmi] Pendahuluan: Memberi salam, bertanya khabar dan memberitahu surat rakan telah diterima, isi kandungan surat difahami berasa bersimpati dengan kemalangan yang menimpa ayah rakan hingga hilang punca pendapatan Isi-isi Penting:

Meminta rakan memikirkan kembali hasrat untuk berhenti sekolah bukan penyelesaian kepada masalah yang ada - jelaskan kepentingan ilmu pada zaman ini tidak wajar berhenti sekolah. Cuba berkongsi masalah dengan saudara-mara atau pihak sekolah supaya dapat meringankan bebanan kewangan - jumpa dengan guru kaunseling sekolah Cadangkan pada rakan anda supaya melakukan kerja sambilan pada hujung minggu dan musim cuti sekolah untuk menampung kos persekolahan - cadangkan ibu rakan untuk mula berniaga secara kecil-kecilan. Contoh: kuih-muih, kerepek. Sedikit sebanyak dapat tambah pendapatan. Teruskan pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam peperiksaan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi - mempunyai kelulusan - dapat pekerjaan yang lebih baik - menyara keluarga Pelajaran akan menentukan masa depannya - harus ingat 'Ilmu itu pelita hidup'

Penutup: Mengharapkan rakan dapat menimbangkan perkara ini sebaik-baiknya - batalkan hasrat untuk berhenti sekolah harus tabah menghadapi dugaan.
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Sabtu, Mac 17, 2012 1 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Sabtu, Februari 11, 2012

Kerangka Karangan Keperihalan - Menziarahi keluarga murid yang miskin dan daif.

Kategori: Penulisan PMR, Penulisan UPSR Contoh soalan: Anda telah mengikuti guru kaunseling dan guru hal ehwal murid ke rumah seorang murid/pelajar yang miskin. Anda mendapati bahawa kehidupan keluarga murid terbabit amat menyayat hati. Perihalkan keadaan tersebut. Pendahuluan - tujuan kunjungan melihat keadaan sebenar seorang murid/pelajar yang miskin Isi isi - rumahnya agak jauh dari sekolah terpaksa melalui jalan tanah merah yang becak sukar mencari rumah tiada alamat tetap - tiba sejam kemudian sebak melihat persekitaran rumahnya rumah papan itu tampak sudah mula reput keadaan tidak ubah seperti reban ayam - dijemput masuk tiada perabot - tiada bilik - hanya tirai untuk memisahkan ruang dinding rumah yang berlubang dan atap bocor di sana sini - jika hari hujan, mereka sekeluarga pasti basah lencun paling tidak bermandikan tempias - ibunya kurang sihat pendapatan kecil kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ayahnya sudah lama meninggal dunia tidak mendapat bantuan yang sewajarnya hanya ihsan daripada jiran tetangga Penutup - guru menyerahkan sumbangan pihak sekolah kepada ibu murid/pelajar berjanji akan cuba mendapatkan bantuan yang diperlukan melihat keadaan murid/pelajar tersebut mengajar diri agar mensyukuri apa yang ada
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Sabtu, Februari 11, 2012 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Khamis, Februari 02, 2012

Kerangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi - Surat kepada abang yang menuntut di luar negara

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR Contoh soalan: Tulis sepucuk surat kepada abang anda yang menuntut di luar negara. Ceritakan tentang kerinduan ayah dan ibu anda kepadanya dan harapan mereka untuk bertemu dengan abang anda. Ceritakan juga tentang nenek anda yang sakit.

(Format surat kiriman tidak rasmi)

sudah lama tidak menerima berita, bertanya khabar dan kehidupan hariannya di sana harap cuaca sejuk tidak menjejaskan kesihatan - bagaimana perkembangan pelajaran di sana musim buah-buahan di kampung setiap hari ke dusun, membantu ayah mengumpul buah-buahan (berikan beberapa contoh) teringat pada abang yang suka makan buah-buahan setiap kali musim buah tiba Ayah dan ibu rindukan abang setiap kali ke dusun ayah akan luahkan perasaan alangkah baiknya jika abang turut ada bersama - ibu pula - sering terkenangkan abang - apatah lagi apabila masak lauk-lauk kegemaran abang - mereka berdua berkirim salam ingin maklumkan - nenek sakit - (huraikan sedikit sebanyak tentang keadaan nenek) abang jangan bimbang - penyakitnya terkawal - doakan kesejahteraan dan kesihatan nenek rindu akan abang - tidak sabar menanti kepulangan abang setelah berjaya menggenggam segulung ijazah semoga abang dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang jadi kebanggaan keluarga salam sayang untuk abang

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Khamis, Februari 02, 2012 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Rabu, Februari 01, 2012

Kerangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi - Pelawa Rakan ke Rumah pada Musim Buahbuahan

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR Contoh Soalan: Rakan kamu yang tinggal di bandar pernah menyuarakan hasratnya untuk merasai suasana musim buah buahan di kampung. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk mempelawanya ke dusun buah buahan milik keluarga kamu memandangkan musim buah buahan telah pun tiba. Pendahuluan:

alamat pengirim dan tarikh bertanya khabar rakan dan keluarganya menyatakan khabar diri

Isi isi:

meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis surat kepadanya sibuk membantu ayah di dusun buah buahan kemudian menjual buah buahan di pasar sekarang musim buah buahan menjemput rakan datang ke rumah menikmati suasana musim buah buahan menikmati keenakan pelbagai jenis buah

dapat makan buah sepuas puasnya tidak perlu membeli buah buahan di bandar yang mahal harganya [Ceritakan juga aktiviti yang bakal kamu berdua lakukan : bersama sama menunggu buah durian gugur di pondok yang dibina menjual buah buahan di tepi jalan raya] berharap rakan dapat datang pernah berjanji akan mempelawa rakan datang ke kampung apabila musim buah buahan tiba rakan dapat memberitahu tarikh kedatangan segera.

Penutup:

semoga bertemu nanti sampaikan salam kepada keluarga rakan mohon mengundurkan diri tandatangan

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Rabu, Februari 01, 2012 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Motosikal

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan UPSR Pendahuluan:

nama dilahirkan di sebuah kilang motosikal keluaran negara setanding dengan motosikal dari luar Negara

Isi isi:

reka bentuk yang cantik berwarna merah enjin berkuasa tinggi yang moden aku dan rakan rakan yang lain dihantar ke kedai kedai motosikal seluruh Malaysia dipamer pengunjung tertarik melihat rupa dan gayaku membanggakan aku dipamerkan sebaris dengan motosikal motosikal import

baru tiga hari di situ tidak sempat bermesra dengan kawan kawan baru telah dibeli oleh seorang pemuda yang kacak sempat aku dengar perbualan rakan rakanku yang iri hati melihat ketampanan tuanku dibeli dengan harga RM6 000 dibawa pulang berasa teruja memulakan hidup baru bersama tuanku disayangi oleh tuanku akulah jantung hatinya - dimandikan setiap hari tubuhku dijaga tiada habuk atau debu yang sempat singgah lama di tubuhku dibawa bersiar siar ditimpa kemalangan dilanggar oleh sebuah lori aku dan tuanku cedera parah tuanku dikejarkan ke hospital aku dihantar ke bengkel

Penutup:

malang tidak berbau aku tidak dapat dibaiki tubuhku rosak teruk - ibarat sudah jatuh ditimpa tangga - menjadi besi buruk tamatlah riwayatku

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Rabu, Februari 01, 2012 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Jumaat, Oktober 14, 2011

Kerangka Karangan - Pemakanan Seimbang

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR Soalan: Kamu dan rakan sedang menikmati makanan di kantin. Sambil makan, kamu berbual bual tentang makanan seimbang. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.

Pendahuluan:

sedang menikmati makanan di kantin sekolah berbual bual tentang pemakanan makanan seimbang penting diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran yang sihat

Isi isi:

maksud makanan seimbang makanan berkhasiat terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin dan zat zat lain - pengambilan makanan seimbang bermaksud mengambil makanan bergizi yang cukup untuk keperluan tubuh jenis jenis makanan berkhasiat - makanan yang mengandungi karbohidrat - memberi tenaga (beri contoh yang sesuai) - protein untuk tumbesaran dan membina tisu-tisu dalam badan (beri contoh yang sesuai) banyakkan makan sayur dan buah vitamin untuk mencegah serangan penyakit - susu - untuk keperluan kalsium tubuh amalkan mengambil makanan secara teratur dan seimbang - rancang menu yang sihat - jauhi makanan ringan (beri contoh yang sesuai) yang tidak elok untuk kesihatan kebaikan mengambil makanan yang berkhasiat - tumbesaran lebih sempurna - zat makanan cukup - dapat mengelakkan penyakit mengelakkan pemakanan yang berlemak, bergula atau terlalu berkanji tidak mengawal pemakanan akan mengakibatkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang membaca risalah kesihatan dan pemakanan yang sihat sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital

Penutup:

waktu rehat tamat minta diri masuk ke kelas menyambung pembelajaran mengucapkan selamat tinggal

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Jumaat, Oktober 14, 2011 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Khamis, September 22, 2011

Contoh Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Kapal Terbang

Kategori: Penulisan UPSR Aku Sebuah Kapal Terbang

Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia. Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku. Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama. Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh. Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan dan akibatnya aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku pada waktu ituumpaca kaca terhempas ke batu. Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat

keputusan untuk menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya. Ditulis oleh: Nur Syarahanim Mohd Naim 6 Aman Sekolah Kebangsaan Kuang
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Khamis, September 22, 2011 1 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Kerangka Karangan - Kebaikan Mempunyai Hobi

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR Pendahuluan Apa itu hobi? Sesuatu yang gemar dilakukan pada waktu lapang - terdiri daripada pelbagai aktiviti sama ada dilakukan di dalam rumah atau di luar rumah. Bila? Pada waktu senggang atau waktu lapang. Contoh hobi:

membaca buku memasak melayari internet memancing bercucuk tanam bersenam menjahit melukis

Isi-isi (faedah/kebaikan)

boleh mengisi masa lapang dengan membuat kerja-kerja yang berfaedah - contoh: bersukan, membaca buku dan memancing - boleh mengelak daripada terjebak dengan anasir atau gejala yang tidak sihat. boleh memperoleh banyak maklumat - contoh: membaca dan melayari internetmenimba banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat. menjana pendapatan - contoh hobi bercucuk tanam,memasak dan membuat kraf tangan - hasil tanaman, masakan dan bekas tangan boleh dijual dan mendatangkan keuntungan boleh menyihatkan tubuh badan dan meredakan tekanan - bermain badminton,bermain bola sepak dan memancing - dapat beriadah

Penutup

pelbagai jenis hobi boleh dipilih - terpulang kepada individu - tepuk dada tanya selera

Disediakan oleh: Nur Syarahanim Mohd Naim 6 Aman Sekolah Kebangsaan Kuang
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Khamis, September 22, 2011 2 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Ahad, September 04, 2011

Kerangka Karangan - Faedah dan Kebaikan Bersenam

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR Pendahuluan - apa itu bersenam - aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh - selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang - kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam.

Isi-isi (Kebaikan & Faedah)

boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksik dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu badan kita - kita akan jadi lebih sihat

dapat bantu mengawal berat badan/mengatasi masalah obesiti - bersenam akan meningkatkan metabolisme badan, bakar lemak - maka bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau mengawal berat badan meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas dapat berfikir dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tuntas & bernas sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan atau stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat mengeratkan hubungan sesama mereka

Penutup - banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam - banyak kesan positif yang dapat kita nikmati - lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari - dua atau tiga kali seminggu - bersenam demi kesihatan atau cara hidup yang lebih sihat - 'badan cergas, otak cerdas'
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Ahad, September 04, 2011 17 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Sabtu, September 03, 2011

Nilai-nilai Murni (Nota Ringkas)

Kategori: Penulisan UPSR Selamat Hari Raya & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Miss Crayon ucapkan untuk semua. Hari ini Miss Crayon muatnaik nota ringkas nilai-nilai murni untuk calon-calon UPSR 2011. Mesti kalian tidak senang hati berhari raya tahun ini :) Bagi yang sedang membuat persediaan akhir, Miss Crayon harap nota ini sedikit sebanyak dapat melancarkan ulangkaji kalian.
Nilai Murni UPSR
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Sabtu, September 03, 2011 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Khamis, September 01, 2011

Karangan Keperihalan UPSR: Pengalaman Memelihara Haiwan Kesayangan di Rumah

Kategori: Penulisan UPSR

Antara perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya ialah pengalaman menjaga haiwan peliharaan saya, Snowy. Snowy ialah seekor kucing yang comel. Bulunya panjang, gebu dan putih seperti salji. Saya menjumpai Snowy di hadapan rumah saya ketika Snowy masih kecil. Saya berasa simpati akan nasib Snowy yang dibuang dan hilang tempat bergantung ibarat layang-layang terputus tali. Setelah mendapat kebenaran ibu bapa, saya mula menjaga Snowy sebagai haiwan peliharaan saya. Semenjak kecil lagi, Snowy merupakan seekor anak kucing yang comel. Telatahnya sering mencuit hati saya dan keluarga. Saya menjaga Snowy ibarat menatang minyak yang penuh. Pengalaman menjaga Snowy menyemai rasa tanggungjawab dalam diri saya. Saya perlu memberinya makanan yang berkhasiat tiga kali sehari. Di samping itu, saya perlu memastikan sangkar dan tempat tidurnya bersih. Saya turut memandikan Snowy dua minggu sekali dan sekali-sekala saya menyikat bulu Snowy yang panjang itu. Dengan memelihara Snowy, hidup saya telah terisi. Saya selalu bermain dengan Snowy pada masa lapang. Apabila saya ada masalah, saya selalu menceritakannya kepada Snowy dan Snowy sentiasa menjadi pendengar yang setia dan baik. Pernah suatu hari, ibu dan bapa saya balik kerja lewat. Saya tinggal di rumah bersama Snowy. Dengan tidak semena-mena, bekalan elektrik terputus. Saya berasa takut namun ketakutan itu hilang sebaik sahaja mendengar Snowy mengiau. Saya tahu saya tidak keseorangan. Sudah dua tahun saya menjaga Snowy. Snowy ibarat sebahagian daripada ahli keluarga saya. Jika dulu saya susah hendak menguruskan Snowy namun alah bisa tegal biasa. Karangan ditulis oleh: Nur Syarahanim Mohd Naim 6 Aman Sekolah Kebangsaan Kuang
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Khamis, September 01, 2011 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Sabtu, Ogos 27, 2011

Kerangka Karangan: Keburukan Permainan Video

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR Andaikan bahawa kamu pencadang dalam suatu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan ialah Permainan Video Banyak Mendatangkan Keburukan kepada Kanak Kanak. Sediakan hujah hujah kamu selengkapnya.

Pendahuluan kata kata aluan kepada Pengerusi Majlis, panel hakim, para pembangkang dan para hadirin - beri penjelasan atau definisi tajuk perbahasan - nyatakan pendirian sebagai pencadang menyokong tajuk perbahasan Isi isi

banyak membuang masa kanak kanak mereka lalai dan leka dengan permainan tersebut - jadual harian terganggu - lupa untuk makan, solat dan membuat kerja rumah membawa kesan buruk kepada prestasi pelajaran asyik tertumpu pada permainan tersebut sanggup bermain berjam jam lamanya tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran/bersedia untuk peperiksaan tidak mempunyai unsur unsur pendidikan dan pengetahuan hanya hiburan dan keseronokan semata mata - melentur buluh biarlah daripada rebungnya - pada usia semuda ini, kanak-kanak perlu disemaikan dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan yang menjana minda - bukannya disogokkan dengan budaya suka berhibur

membazir wang membeli permainan tersebut dan aksesorinya dengan harga yang mahal bil elektrik meningkat tinggi - menjejaskan perbelanjaan dan ekonomi sesebuah keluarga turut menimbulkan persengketaan di antara adik-beradik dan ahli keluarga kerana berebut mahu bermain permainan berkenaan

Penutup menegaskan bahawa permainan video banyak meninggalkan kesan buruk kepada kanak kanak - ibu bapa perlulah memainkan peranan yang besar dalam memastikan anak-anak tidak hanyut dalam dunia permainan video
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Sabtu, Ogos 27, 2011 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Selasa, Ogos 23, 2011

Contoh Karangan Cerita UPSR

Kategori: Penulisan UPSR Soalan: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang sekolah. Tiba-tiba... Mulakan karangan kamu dengan: Tiba-tiba... Tiba-tiba aku dan dua orang rakanku terdengar seorang perempuan menjerit meminta tolong. Kami berasa sangat terkejut. Kami mencari dari mana datangnya suara itu tanpa meminta kebenaran daripada guru terlebih dahulu. Suara itu datang dari arah hutan. Aku berasa ingin tahu tentang pemilik suara itu. Aku mahu pergi walaupun dihalang oleh rakan-rakanku. Aku memaksa mereka supaya pergi ke sana bersamaku. Kami menjejak suara itu sehingga masuk ke dalam hutan. Kami semakin jauh ke dalam. Hari semakin malam. Aku berasa sangat takut dan sejuk tetapi aku gagahkan diriku untuk memenuhi keinginanku. Semakin jauh berjalan, suara itu semakin jelas dan kuat. Kami ternampak satu cahaya di hadapan. Kami berlari laju untuk pergi ke arah cahaya tersebut. Di situ kami terlihat ada sebuah rumah yang besar dan menakutkan. Suara itu kedengaran lagi. Suara milik seorang perempuan menjerit dengan kuat. Aku berasa takut dan seram sejuk. Rumah itu nampak sungguh seram dan menakutkan. Warna rumah itu putih dan dipenuhi daun-daun yang menjalar naik dan lalang yang memanjang. Tempat itu sungguh gelap. Rumah itu seperti sudah lama ditinggalkan. Kami memasuki rumah itu dengan

perasaan yang bercampur baur. Tiba-tiba aku teringatkan keluargaku, sekolah dan rakanrakan yang lain. Aku pasti mereka mesti sangat risau akan aku. Aku membaca surah-surah Al-Quran yang aku hafal. Kami menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Kami berasa sangat terkejut. Kami terlihat ada seorang perempuan duduk di atas kerusi dengan tangan dan kakinya terikat. Mulutnya pula ditutup. Kami segera pergi ke tempatnya. Aku membuka mulutnya manakala rakan-rakanku membuka ikatan di tangan dan kakinya. Di sebelah kakinya terdapat sebuah telefon bimbit. Aku terdengar ada seseorang membuka pintu dan memasuki rumah ini. Kami segera menyorok dan mengambil telefon bimbit itu. Seorang lelaki naik ke atas dan terkejut melihat ikatan budak perempuan itu yang telah terlerai. Dia segera mengikat budak itu kembali. Di tempat kami bersembunyi pula, aku segera menelefon pihak polis dan keluargaku untuk memaklumkan kejadian itu. Setengah jam kemudian, pihak polis dapat mengesan kami dan mengepung rumah itu. Pihak polis dapat menangkap penjahat-penjahat itu. Penjahat-penjahat itu merupakan pengedar dadah dan rumah itu dijadikan tempat menyimpan bekalan dadah. Budak perempuan itu pula sebenarnya anak seorangg jutawan dan dia telah dijadikan tebusan untuk penjahat itu meminta tebusan daripada ayahnya. Pihak polis mengucapkan tahniah kepada kami. Ibu bapaku pula memeluk dan menciumku sambil menitiskan air mata gembira. Aku tahu jauh di sudut hati mereka sangat berbesar hati dengan keberanianku. Karangan ditulis oleh:

Nur Syarahanim binti Mohd Naim 6 Aman Sekolah Kebangsaan Kuang


Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Selasa, Ogos 23, 2011 4 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Sabtu, Ogos 13, 2011

Faedah Menabung

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR

Pendahuluan

menabung amalan yang mulia baki wang belanja harian disimpan banyak kebaikannya

Isi isi

memupuk nilai berjimat cermat dalam diri membiasakan diri menabung walaupun dengan jumlah wang yang kecil mendidik diri supaya berjimat tidak membelanjakan kesemua wang yang dimiliki wang yang disimpan boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan pembelajaran tidak perlu meminta duit daripada ibu bapa wang tabungan boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran [beri contoh SSPN menyimpan untuk membolehkan kita menyambung pelajaran di peringkat universiti] wang simpanan boleh digunakan untuk membiayai kos rawatan & perubatan jika sakit simpanan untuk kegunaan hari tua apabila tidak mempunyai sumber pendapatan

Penutup

dengan menabung, banyak manfaat yang akan kita perolehi amalan ini perlu dipupuk dan disuburkan sejak kecil

Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Sabtu, Ogos 13, 2011 0 komen

Artikel ini:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Langkah langkah Menyuburkan Tabiat Membaca

Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan PMR, Penulisan UPSR Assalamu'alaikum & selamat sejahtera semua! Bagi yang beragama Islam, bagaimana puasa kalian hari ini?Baiklah, Miss Crayon hendak kongsikan kerangka karangan untuk UPSR dan PMR mengenai bagaimana kita hendak suburkan budaya membaca dalam kalangan anakanak. Isi-isi di bawah boleh digunakan. Tetapi jangan lupa untuk membuat huraian dan sertakan contoh-contoh yang sesuai. Buat murid-murid UPSR, pilih tiga atau empat isi penting dan bina perenggan berdasarkan kerangka yang diberi. Buat pelajar-pelajar PMR pula, semestinya olahan isi kalian perlu lebih panjang. Jangn lupa untuk menggunakan peribahasa (yang bersesuaian) dalam karangan kalian.

Pendahuluan membaca jambatan ilmu membaca merupakan kunci kejayaan melalui pembacaan banyak mendapat ilmu Isi isi

perlu dipupuk sejak kecil bermula dari rumah menyediakan perpustakaan mini di rumah sediakan bahan bacaan yang sesuai ibu bapa berperanan mendidik anak anak tunjukkan tabiat membaca bawa anak anak ke kedai buku dan ekspo buku/pesta buku memberi pendedahan terhadap pelbagai jenis buku - biar anak rasa teruja apabila melihat buku lantas berminat untuk membacanya pihak sekolah menganjurkan kempen membaca atau bulan membaca anjurkan pelbagai jenis aktiviti seperti pertandingan mengeja, membaca, pesta atau karnival jualan buku contoh: Program Nilam dapat merangsang minat murid untuk membaca pusat sumber sekolah sediakan pelbagai bahan yang terkini dan variasi buku buku cerita yang menarik, majalah majalah ilmiah - dorongan untuk membudayakan amalan membaca dalam diri murid murid kerajaan perlu lebih kerap mengadakan kempen membaca semaikan dalam jiwa anak anak bahawa membaca itu amalan mulia perpustakaan boleh menyediakan sudut khas yang penuh dengan bahan bacaan kanak kanak menarik minat mereka ke perpustakaan akhbar harian turut boleh mainkan peranan dengan mewujudkan ruangan atau sisipan yang menarik khusus untuk pembaca cilik

Penutup dengan didikan yang betul dan adanya sumber bahan bacaan yang mudah didapati dan tidak terhad budaya membaca akan subur dalam jiwa murid murid membaca jambatan ilmu luaskan pengetahuan dan minda
Dari meja Kelas Tuisyen Dewan Hj Ali pada Sabtu, Ogos 13, 2011 0 komen

Artikel ini:

Anda mungkin juga menyukai