Anda di halaman 1dari 58

Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa.

Oleh
itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk
mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam
sesebuah rumah tangga yang dibina.

Peranan Ibu Bapa Sebagai Role Model Untuk


Mendidik Anak Yang Sihat Dan Cemerlang
Peranan Ibu Bapa, Umum
11

Gambar 1 : Berdoa demi keluarga satu bentuk amalan positif

Sabda Rasul S.A.W “Ajarilah anak-anak kamu dan keluarga kamu kebaikan dan lengkapkanlah
mereka dengan adab susila..” Riwayat Abd Razzak dan Said Mansur.
Peribahasa menyatakan, “Getah daun akan mengalir ke batang jua,” menunjukkan bahawa anak-
anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Mengambil iktibar daripada
peribahasa tersebut, amatlah penting kepada ibu bapa untuk memupuk anak-anak dengan segala
bentuk amalan yang positif (Gambar 1) seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, amalan cara
hidup sihat dan budaya hormat-menghormati. Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan oleh
ibu bapa agar anak-anak akan lahir daripada acuan tingkah laku yang baik yang dijanakan oleh ibu
bapa. Hal sama pasti boleh dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa mementingkan
kebersihan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Lihat sahaja Sabda Rasul S.A.W yang
menyarankan agar ibu bapa bertanggungjawab dalam melengkapkan anak-anak dengan ilmu dan
pengetahuan yang baik bagi menjadikan anak-anak insan yang soleh dan solehah.
Anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang membentuk anak-anak sama ada menjadi
Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Demikian juga yang ditegaskan oleh pendakwah bebas Ustazah Siti
Nor Bahyah Mahmood dalam mendidik anak-anak. “Anak-anak merupakan dominan terhadap ibu
bapa, guru dan juga para selebriti. Namun paling penting ialah ibu bapanya kerana pendidikan awal
bermula dari rumah. Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh si ibu mahu diturutinya. Kalau dalam
aspek sebegini anak-anak mahu mencontohi ibu bapa mereka maka, pastinya mereka cuba
mencontohi aspek lain-lain juga.” “Sebab itu ada pepatah yang menyebut bapa borek anak rintik, ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan lain-lain. Semua ini membuktikan bahawa kalau anak-
anak bermasalah maka faktor utama yang perlu dilihat terlebih dahulu ialah ibu bapa mereka.” Ujar
Ustazah Bahyah.
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah mentaliti ibu bapa sekarang yang terlalu bersifat ambil
mudah dan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam perkembangan sahsiah mahupun
akademik anak-anak mereka. Adakah ibu bapa sekarang terlalu sibuk hinggakan urusan atau
tanggung jawab utama mendidik anak-anak diabaikan? Peranan ibu bapa amatlah diharapkan untuk
membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawal yang mana jika
tidak dicegah akan mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.

Jika dilihat kepada masalah sosial yang berlaku di kalangan generasi muda sekarang,
kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelonggaran ibu bapa dalam mengawal tingkah laku serta
perhubungan anak-anak mereka. Memanglah banyak faktor yang mendorong kepada permasalahan
ini tetapi ini semua dapat dikawal jika ibu bapa mempunyai pengetahuan dalam kaedah mendidik dan
mengawal tingkah laku anak-anak.

Ibu bapa sepatutnya menjadi role model untuk dicontohi anak-anak mereka terutama daripada segi
mengamalkan gaya hidup sihat dan penampilan diri yang kemas dan ceria, namun begitu pada hari
ini, kita dapati ramai di kalangan ibu bapa yang menunjukkan perlakuan yang tidak baik yang boleh
mempengaruhi pemikiran dan tumbesaran anak-anak seperti perlakuan menghisap rokok, meminum
minuman keras, menagih dadah, bersikap ganas, malas untuk bersenam, mengamalkan gaya hidup
yang sedentari dan sebagainya (Gambar 2).

Gambar 2 : Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menyebabkan tumbesaran anak menjadi
tidak sihat.

Dalam arus era globalisasi ini, kebersihan menjadi salah satu elemen utama yang membawa kepada
pelbagai jenis jangkitan di seluruh dunia. Saban hari, kita telah dinasihatkan supaya menjaga
kebersihan diri agar kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Masyarakat pada hari ini dilihat mengambil
mudah dan tidak peka dengan kebersihan persekitaran mereka bahkan kebersihan mereka sendiri.
Disebabkan itulah jangkitan seperti H1N1, demam denggi, keracunan makanan, demam kepialu dan
lain-lain mudah merebak disebabkan oleh kealpaan masyarakat kini. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4, pernah bersuara, “Untuk melahirkan masyarakat yang sihat,
aktif dan proaktif, kebersihan perlu dititikberatkan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan utama
dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan agar dapat
melahirkan generasi yang sihat pada masa hadapan.”
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan dengan
mendidik mereka sejak kecil mengenai nilai kebersihan. Dewasa kini, terdapat segelintir ibu bapa
yang tidak menitikberatkan tentang nilai kebersihan pada anak-anak mereka. Bahkan ada juga ibu
bapa yang berasakan bahawa anak mereka sudah dewasa dan dapat membezakan antara
kebersihan dan kekotoran. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita tidak tahu bila penyakit akan
datang menyerang kita jika kebersihan tidak diamalkan. Disebabkan hal inilah ibu bapa perlu sedar
bahawa kebersihan itu amat penting buat anak-anak bagi menjamin masa depan yang bersih, sihat
dan harmoni. Seperti peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, ibu bapa perlu
mengamalkan prinsip ini dan mendidik anak-anak mereka tentang kebersihan sejak kecil kerana
apabila mereka ini sudah dewasa mereka akan menjadi lebih sukar untuk dididik. Tuntasnya, ibu
bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang kebersihan di usia muda supaya nilai ini menjadi
salah satu prinsip dalam diri mereka.
 
Gambar 3 : Membasuh tangan dengan betul dapat menghindar diri daripada virus dan bakteria yang
tersembunyi di tapak tangan.

Sumber : http://h1n1.moh.gov.my/risalah/Wash/Ris_BasuhTangan_BM/Ris_BasuhTangan_BM_web.

Ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan buat anak-anak mereka dalam mengamalkan nilai
kebersihan dalam kehidupan mereka. Hal ini disebabkan anak-anak selalu mengikuti perbuatan yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka tidak kira sama ada perbuatan itu baik ataupun sebaliknya. Oleh itu,
ibu bapa merupakan orang penting dalam proses pembelajaran zuriat mereka, dengan itu mereka
perlulah menunjukkan contoh yang terbaik buat anak-anak mereka. Salah satu contoh yang boleh
ditunjukkan oleh ibu bapa adalah dengan mempraktikkan amalan kebersihan di hadapan anak-anak.
Contohnya, membuang sampah di tempat yang sepatutnya, basuh tangan sebelum dan selepas
makan (Gambar 3), tutup mulut ketika batuk atau bersin dan banyak lagi. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu iaitu “bagaimana acuan, begitulah hasilnya”, itulah yang boleh digambarkan
sekiranya ibu bapa menunjukkan amalan yang baik di hadapan anak-anak.
Peranan ibu bapa juga perlu bagi memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam
kehidupan dengan cara mengamalkan gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama seisi
keluarga. Melalui cara ini, anak-anak akan mengerti kepentingan kebersihan itu tersebut. Aktiviti ini
bukan sahaja dapat mempraktikkan amalan kebersihan dalam kehidupan, malahan juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim seisi keluarga di samping dapat menyihatkan tubuh badan.
Aktiviti ini tidak semestinya dilakukan setiap hari, tetapi boleh juga dilakukan secara berkala seperti
dua minggu sekali ataupun pada lain-lain waktu. Cogan kata “Kebersihan Adalah Tanggungjawab
Bersama” harus didukungi oleh semua orang.
 
Gambar 4 : Amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan membentuk
sahsiah yang baik di kalangan anak-anak.

Ibu bapa merupakan perancang utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan
dalam kehidupan mereka. Amalan kebersihan ini amatlah penting bagi seseorang individu, kumpulan
masyarakat dan sesebuah negara (Gambar 4). Sebuah negara yang maju dan proaktif berakarkan
masyarakat mereka yang sihat dan cergas serta mereka ini pula mengamalkan kebersihan dalam
kehidupan seharian. Untuk itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak supaya kebersihan diamalkan
bagi melahirkan sebuah generasi yang sihat dan positif pada masa hadapan.

Sesungguhnya, tepatlah kata-kata bahawa, apabila anak-anak diajar erti kasih sayang mereka akan
belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab, dan apabila
mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa
menjadi sumber rujukan dan terminologi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Jika baik
perihal yang ditunjukkan, justeru baiklah anak-anak.

Peranan Ibn Bapa


Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran belajar di rumah yang 
m e m b o l e h k a n  perkembangan konsep kendiri dan penerimaan kendiri yang
ositif berlaku. Apabila kedua-dua faktor ini berkembang ke arah yang lebih positifmaka pencapaian a
kademikjuga turut meningkat (Hart, 1987).M e r a i k a n   k e j a y a a n   a n a k -
a n a k   d a l a m   p e l a j a r a n   d a n   b e r b i n c a n g   m a n a - m a n a   a s p e k   yang perlu
diti ngkatkan akan memberi semangat kepada anak-anak menempa kejayaan
padam a s a   h a d a p a n .   A n a k - a n a k   m e m e r l u k a n   g a n j a r a n ,   p u j i a n   d a n   i n s e n t i f  
y a n g   b e r s e s u a i a n dengan tahap umur mereka seti ap kali mereka beIjaya di
dalam pelajaran mereka.Tambahan pula, ibu bapa yang prihati n menyediakan satu set
peraturan yang bolehdiikuti oleh anak-anak khususnya mengenai jadual belajar, masa
belajar dan tempat belajar yang sesuai. Berkomunikasi secara positi f, berterus terang
dan berkesan dengan anak-
anak a k a n   m e n j a d i k a n   m e r e k a   m e r a s a i   b a h a w a   d i r i   m e r e k a   d i h a r g a i   d a n   i d e a  
s e r t a   p a n d a n g a n mereka
dihargai.l b u   b a p a   j u g a   s e h a r u s n y a   m e m b i n a   s e m a n g a t   a n a k - a n a k  
u n t u k   b e r a n i menerima risiko. Mereka sepatutnya memupuk kepercayaan 
d a l a m   a n a k - a n a k   b a h a w a melakukan kesilapan adalah salah satu proses
pembelajaran dan banyak manfaat yang
bolehd i p e r o l e h i   h a s i l   d a r i   p e m b e l a j a r a n   m e l a l u i   k e s i l a p a n   s e r t a   k e b e r a n i a n  
m e n g h a d a p i   r i s i k o (Hart, 1987).

Peranan ibu bapa dalam membentuk


masyarakat penyayang.
Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin
Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat
penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada
anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan
kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-
anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh
membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan
mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi,
impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai
jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak
semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-
anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak
penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya
menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-
anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak
mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada
anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu
bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari
nanti.

Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada


anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan
hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi
keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap
ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di
negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk.
Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal
ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata
pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu bapa perlu
menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya,
mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat
ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya,
peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf
globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan
pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk
memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing”
hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda
sejak belakangan ini.

Pendahuluan:
•Keluarga merupakan  institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
•Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
•Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
•Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.
•Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta
kepada insan lain yang memerlukan.
•Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar
kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
•Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri
kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya.
Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan
diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan
perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan
membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.
•Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-
masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati antara
mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga,
maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.
Persoalannya………………..

Isi

1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak


- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu
bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan
teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut
dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu
sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka
juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa
borek, anak rintik.
-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti
pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan
menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan
dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak
menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada
anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan
berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di
pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah
tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah
diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

2.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan


-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi
memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan
kebahagiaan keluarga mereka.
-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus
praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama
daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu
untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel
yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu
tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk
melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa


-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk
dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini
disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya
bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan
perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan
kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama
Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa
yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang
merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang
berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala
pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu
pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra
dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu
cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada
ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan
di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-
anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan

4. Memberikan didikan agama dan moral


- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan,
pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di
kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab
serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang
berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak
ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan
keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan
nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan
menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata
peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama
dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa
setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni
akan dapat dilahirkan.

5.Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak


- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya
mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam
kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan
sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli
keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat
pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng
arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi

6. Setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.


-Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan
terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak
seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga
secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah
keluarga yang harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan
mengambil berat terhadap keluarga,mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam
keluarga agar keluarga kita  dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong
serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain.
Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek Matematik,haruslah
dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik
dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka
tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah mereka lebih rela melihat
generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita haruslah mengamalkan sikap "berat sama
dipikul ringan sama dijinjing" dan "ke gunung sama didaki,ke lurah sama
dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan
datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga

Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu
yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan
sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur
sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.
Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang
penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah
masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang
akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama

Semangat kejiranan perlu dipupuk bagi melahirkan


masyarakat yang harmoni.  Anda berminat untuk
menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah
Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan
Masyarakat” untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar
tempatan.
Tulis rencana anda selengkapnya,
**********************************************************
*************************************
Langkah-langkah untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat
Oleh Naqib Muhsin Bin Mathadi

                Mendepani realiti baru era milenium yang pantas


berubah dan berkembang ini,  isu kelunturan semangat
kejiranan dalam jiwa kalangan masyarakat semakin
menjadi perbualan hangat serta sering memenuhi ruangan
akhbar pada hari ini.  Semakin hari, isu ini sering
ditujukan kepada generasi muda khususnya para remaja. 
Memang tidak dapat dinafikan bahawa gejala sosial yang
semakin berleluasa ini adalah salah satu punca kelunturan
semangat kejiranan.  Bukan itu sahaja malahan menjadi
punca dominan yang jelas dilihat pada hari ini.  Tambahan
pula, semangat kejiranan seharusnya dipupuk melalui
pengamalan sikap keperibadian yang mulia seperti
bekerjasama, prihatin dan bertolak  ansur yang mampu
membentuk jati diri untuk memperlihatkan kita sebagai
masyarakat yang kaya dengan budi pekerti.  Sebagai
masyarakat yang mendiami negara ini,  kita seharusnya
bersyukur kepada Tuhan kerana masih dikurniakan
keamanan.  Kita perlulah menyedari bahawa semangat
kejiranan ini boleh dijadikan sebagai amalan gaya hidup
intim yang wajar memandangkan negara kita telah
merdeka sejak 58 tahun lamanya.  Menurut Tun Dr.
Mahathir,  mantan Perdana Menteri ke-4 pernah
menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam
kegiatan bergotong-royong,  kita berupaya menerapkan
pelbagai nilai murni dalam diri.  Hal ini secara tidak
langsung menjadikan nilai-nilai murni yang diterapkan
dapat dijadikan sebagai dorongan untuk meningkatkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. 
Sememangnya kita perlu berfikir bahawa teknologi pada
masa ini juga merupakan penyumbang kepada jurang
pemisah antara masyarakat yang berbilang kaum ini.  Hal
ini kerana, rambut sama hitam,hati lain-lain.  Persoalan
yang sedang bermain-main dalam fantasi minda kita
sekarang ialah adakah peranan kerajaan sahaja yang
bertanggungjawab untuk memupuk semangat kejiranan?
Jawapannya tidak. Hal ini kerana dalam usaha memupuk
semangat kejiranan, memerlukan obligasi daripada
pelbagai pihak untuk menyalurkan peranan mereka demi
melahirkan masyarakat yang maju dari aspek sosial.  Oleh
itu,  marilah kita menggunakan minda kelas pertama
untuk mengupas topik kita dalam perbincangan ini iaitu
langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat secara terperinci untuk kepentingan
semua pihak.
                Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan
ialah peranan ibu bapa amatlah signifikan untuk menanam
nilai-nilai murni dalam jiwa cahaya mata mereka sejak
kecil lagi.  Peribahasa Melayu ada mengatakan, melentur
buluh biarlah dari rebungnya iaitu mendidik seseorang
dengan menerapkan nilai-nilai murni sejak awal lagi.  Hal
ini demikian kerana ibu bapa bertindak sebagai agen
pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana
kecemerlangan anak-anak. Bertitik tolak daripada itu,  ibu
bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Dalam
konteks ini, ibu bapa perlu menunjukkan sikap berkasih
sayang kepada anak-anak mereka. Memang pada
realitinya, anak-anak akan mengikut tingkah laku ibu bapa
mereka kerana mereka lebih mengenali ibu bapa mereka
sendiri. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, ibu bapa
haruslah juga mengawasi perlakuan dan kegiatan luar
anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun
jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak
dalam kancah negatif. Dalam meniti arus peredaran zaman
yang semakin meruncing ini, sebilangan besar ibu bapa
lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan
tanggungjawab hakiki mereka untuk mendidik anak yang
dahagakan kasih sayang mereka. Hal ini kerana anak-anak
merupakan anugerah dan tanggungjawab daripada Tuhan
kepada ibu bapa untuk mencorak jiwa mereka ke arah
kebaikan. Betapa rugilah ibu bapa jika tidak menyemai
nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak kerana mereka
berkemungkinan besar untuk menjejakkan kaki ke kancah
negatif. Dalam hal ini, ibu bapa boleh membawa anak-anak
mereka untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan
seperti bergotong-royong dan kunjung-mengunjungi
sesama jiran tetangga. Daripada amalan ini , anak-anak
muda mampu membuka mata, mencelikkan minda serta
mengenali dunia luar yang mereka tidak pernah alaminya
sendiri. Secara langsung,  sedikit demi sedikitmereka 
berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi.
Begitu juga halnya dengan dengan kawasan kejiranan
yang didiami oleh pelbagai kaum. Anak-anak muda pada
hari lebih gemar menggunakan teknologi yang canggih
dan mendapati bahawa mampu memberi pelbagai faedah
tetapi sangkalan mereka salah kerana menggiatkan diri
dalam aktiviti kemasyarakatan lebih berfaedah bukan
untuk diri sahaja malahan boleh melahirkan masyarakat
dan negara yang aman damai. Daripada semangat
kejiranan ini juga dapat menjadikan negara sebagai negara
contoh dan disegani oleh sebab terkenalnya kaum yang
pelbagai mendiami Malaysia tetapi masih boleh membina
kepercayaan antara satu sama lain. Jelaslah bahawa ibu
bapa seharusnya menitikberatkan tanggungjawab untuk
melahirkan anak-anak yang berjiwa kental untuk
memupuk semangat kejiranan sesama sendiri.
                Meninjau skop yang lebih luas, tunggak utama
untuk membangunkan semangat kejiranan ialah
masyarakat. Pada realitinya, sesebuah masyarakat perlu
menjalankan aktiviti yang selaras dengan usaha untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat  . Hal ini demikian, masyarakat sesebuah
kawasan mampu mewujudkan pelbagai inisiatif untuk
menjadikan hubungan kejiranan semakin erat. Masyarakat
perlu mengaktifkan program Rukun Tetangga. Dalam
konteks ini, pelaksanaan Rukun Tetangga merujuk kepada
program yang melibatkan masyarakat untuk bekerjasama
dalam menjaga keamanan sesebuah masyarakat. Dalam
hal ini juga, Rukun Tetangga boleh melibatkan anak-anak
muda untuk kegiatan yang berfaedah ini daripada
menghabiskan masa secara berfoya-foya yang boleh
meruntuhkan akhlak mereka. Sesebuah masyarakat yang
progresif menunjukkan bahawa masyarakat tersebut
mempunyai nilai-nilai murni yang penuh dalam jiwa.
Memang tidak dapat dinafikan pelaksanaan Rukun
Tetangga boleh melahirkan individuyang
bertanggungjawab seterusnya mampu membentuk
masyarakat yang berjiwa murni. Dalam hal ini juga, ada
sesetengah masyarakat mempertikaikan pelaksanaan
seperti ini sama ada ia dapat berjalan lancar ataupun
tidak. Memang wajarlah kita mempercayai bahawa
masyarakat sebegini perlu diterapkan dengan nilai-nilai
murni sejak peringkat awal lagi. Antara alpukah yang
dapat dicadangkan selain yang dinyatakan, penduduk
kawasan perumahan perlu menganjurkan aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong untuk
membersihkan kawasan kediaman. Yang paling nyata
pada hari ini, aktiviti bergotong-royong masih lagi
diamalkan dan memang wajar diamalkan oleh setiap
penduduk. Dalam menempuh era berteknologi ini, kita
dapat menyaksikan bahawa semangat bekerjasama dalam
kalangan masyarakat semakin rapuh. Oleh itu, memang
tidak dapat dinafikan bahawa aktviti kemasyarakatan
sememangnya sedang menempuh cabarannnya. Hal ini
kerana, untuk mendirikan sesebuah masyarakat yang aktif
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
memerlukan kerjasama dan kerpercayaan antara
penduduk. Oleh itu, kepercayaan dan kerjasama antara
penduduk diperlukan untuk melancarkan aktiviti
kemasyarakatan ini. Tegaslah bahawa masyarakat perlu
menyedari amalan bekerjasama dalam menjalankan
aktivit meliputi semua masyarakat memerlukan
kerjasama dan kepercayaan penduduk yang  kukuh .

                Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa


pihak sekolah perlu mendidik murid-murid tentang
kepentingan semangat kejiranan. Umum mengetahui
bahawa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah
kebangsaan khususnya terdiri daripada masyarakat yang
pelbagai kaum. Jelasnya di sini bahawa murid-murid perlu
bekerjasama walaupun kita terdiri daripada pelbagai
kaum dan latar belakang yang berbeza. Hal ini kerana ia
tidak akan memberi kesan kepada permuafakatan
masyarakat. Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti
yang melibatkan daripada murid-murid. Selain itu, ibu
bapa perlu menyokong tindakan pihak sekolah secara
membenarkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri
dalam aktiviti yang sedemikian. Kendatipun ada
sesetengah pihak ibu bapa tidak mempersetujui dengan
aktiviti yang dijalankan. Mereka juga tidak membenarkan
anak-anaknya untuk menyertai aktiviti tersebut. Di sinilah
kita jelas menyaksikan sikap perkauman telah terwujud
kerana tidak mahu melibatkan diri untuk menyertai
aktiviti tersebut oleh sebab kegiatan ini melibatkan
pelbagai kaum dan agama. Dalam konteks ini, pihak
sekolah perlu menggalakkan murid-murid untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Selain itu,
pihak sekolah tidak usah menzahirkan keraguan akan
tindakan yang diambil. Jika kita memulakan sesuatu
dengan perkara yang positif,maka hasil yang bakal
diperoleh sudah tentu sesuatu yang positif juga.
Sebagaimana yang kita maklumi, aktiviti kokurikulum
akan diadakan pada setiap hari Rabu. Aktiviti kokurikulum
merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh setiap
persatuan unit beruniform masing- masing. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa aktiviti ini perlu diteruskan .
Seterusnya, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti
hari kantin,hari koperasi dan hari kokurikulum. Kita
mengetahui bahawa aktivitiseperti ini memerlukan
kerjasama yang kuat antara murid dan guru. Hal ini
demikian kerana aktiviti-aktiviti tersebut menjalankan
perniagaan. Dalam konteks ini, murid-murid dan guru
berganding bahu untuk menjayakan perniagaan yang
dijalankan. Selain daripada murid dan guru, murid-murid
turut berganding bahu sesame murid. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa secara tidak langsung semangat
bekerjasama dapat diterbitkan dalam jiwa murid-murid.
Selain itu, nilai kerjasama ini dapat diaplikasikan dalam
kehidupan murid-murid apabila mereka mencuba untuk
menggiatkan diri dalam aktivit kemasyarakatan ini.
Izharlah bahawa, pihak sekolah perlu memberi galakkan
kepada murid-murid untutk menyertai aktiviti yang
melibatkan nilai kerjasana agar jiwa mereka mudah untuk
disemai dengan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.
                Setelah meniti perbincangan di atas secara
mendalam dan terperinci, mauduk tentang langkah-
langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat akan dibugar dari perspektif peranan
kerajaan untuk memupuk semangat kejiranan. Kita
seharusnya tidak memandang sebelah mata terhadap
peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan. Peristiwa 13
Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di
Malaysia.  Tragedi berdarah yang melibatkan rusuhan
kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap
generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei yang
mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di
Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua
kali. Dalam konteks ini,pihak kerajaan perlu memainkan
peranan yang amat penting untuk mengelakkan
perselisihan faham antara kaum di samping memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Dalam
konteks ini, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen
yang berkisarkan memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat pada hari ini. Umum mengetahui
bahawa, cabaran yang dihadapiterlalu banyak seperti
gejala sosial, isu perkauman dan sebagainya. Hal ini
demikian, kerajaan perlu menjalankan kempen di
kawasan kejiranan. Di samping kita memupuk semangat
kejiranan, kita juga mampu menimba ilmu pengetahuan
cara untuk memupuk semangat kejiranan secara tidak
langsung. Ada juga sesetengah masyarakat memandang
enteng terhadap pelaksanaan program seperti ini.
Sesungguhnya, masyarakat seperti ini lebih memerlukan
perhatian kerana masih kurang pengetahuan tentang
kepentingan semangat kejiranan. Untuk pengetahuan,
masyarakat yang saling mempercayai dan bekerjasama
mampu membangunkan modal insan dan negara yang
maju dari aspek sosial,politik seterusnya ekonomi. Bertitik
tolak daripada itu, pihak kerajaan juga boleh
menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia. Dalam hal ini,
rumah terbukapada kebiasaannya akan diadakan setiap
kali perayaan utama diraikan. Antara contoh yang dapat
kita lihat pada hari ini, sambutan hari terbuka diraikan
sangat meriah meskipun negara kita mengalami cabaran
yang sukar untuk dihadapi. Dalam konteks ini juga,
sambutan rumah terbuka mampu melahirkan mesyarakat
yang sentiasa mengenali budaya kaum. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa, pelabagai kemaslahatan yang
mampu diperoleh daripada pelbgai pihak yang meliputi
daripada pelbagai lapisan masyarakat. Izharlah bahawa,
kerajaan merupakan tunggak utama selain peranan ibu
bapa, masyarakat dan pihak sekolah untuk membina
keperibadian masyarakat yang utuh dengan semangat
kejiranan. 

                Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada


keruh yang tidak jernih. Oleh itu, kata sepakat seia sekata
perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk berganding bahu
melaksanakan langkah-langkah untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Jika
semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni, Insya-Allah langkah-langkah yang
dilaksanakan akan memperbuahkan hasil yang lumayan
dan jelas dilihat untuk tatapan masyarakat pada hari ini.
Usaha yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-
sungguh bak mutiara kata genggam bara api biar sampai
jadi arang agar usaha ini bukan sekadar hangat-hangat
tahi ayam mehupun melepaskan batuk di tangga sahaja
malahan menjadikan usaha-usaha ini sebagai pendorong
untuk masyarakat berjaya dalam kemajuan sosial.
Besarlah harapan kita untuk menyaksikan usaha-usaha ini
memberi kesan yang berlarutan kepada masyarakat untuk
diamalkan agar negara kita terus disegani dan dicontohi
oleh masyarakat dunia.

Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum seperti


orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban,
orang Kadazan dan sebagainya.
Jelaskan kebaikan - kebaikan apabila anda mempunyai
sahabat yang berlainan kaum.
       Sahabat itu seperti bintang, tidak selalu nampak
tetapi selalu ada di hati. Sahabat akan selalu
menghampiri ketika mana seluruh dunia menjauh
kerana persahabatan itu seperti tangan dengan mata.
Saat tangan terluka, mata menangis saat mata
menangis, tangan menghapusnya. Persahabatan
diibarat garpu dan sudu yang sama-sama
melengkapkan antara satu sama lain. Peranan kawan
mahupun teman merupakan aspek yang terpenting
dalam kehidupan seseorang. Sahabat juga tempat kita
mengadu permasalahan, tempat kita meluahkan serta
ruang untuk kita berkongsi momen terindah kita selepas
keluarga tercinta. Pastinya kenangan yang tercipta
dalam kehidupan kita sudah tentu terselit saat-saat
indah bersama dengan kawan-kawan. Pepatah Melayu
ada mengatakan berkasih biarlah satu berkawan biarlah
seribu. Menurut Al-Quran, Allah menciptakan
makhluknya berpasang-pasangan yang mana dapat kita
lihat contohnya. Allah menciptakan Adam di dunia dan
disusuli Hawa sebagai peneman hidup ini secara
langsung dapat dikaitkan dengan terjemahan Al- Quran
tentang hubungan persahabatan. Kita sedia maklum
perhubungan sesama manusia memang diperlukan
kerana manusia tidak mampu mencapai kejayaan tanpa
berpegang pada bantuan insan-insan lain. Kemandirian
diri memang izhar kita tahu dan perlu praktikkan tapi itu
tidak bermakna kita tidak perlu berhubung dengan orang
lain. Kisah hidup kita pastinya sunyi sepi tanpa
kehadiran insan-insan yang bergelar sahabat mahupun
keluarga. Sejarah telah pun menceritakan serta
memaparkan Tanah Melayu yang dahulu serta
kepelbagaian kaum di Malaysia hasil daripada ideologi
British bagi memenuhi keperluan ekonomi British. M,aka
terbentuklah satu komuniti atau bangsa yang
berpaksikan ketatanegaraan Malaysia. Pada zaman Tun
Abdul Razak hingga ini, kita rakyat Malaysia hidup aman
dan harmoni berbumbungkan semangat patrotisme
yang tinggi terhadap negara. Kita dapat melihat betapa
mashyurnya negara Malaysia di mata dunia, mereka
menyanjung tinggi keharmonian negara yang dibentuk
oleh rakyat yang pelbagai kaum serta bangsa. Jika kita
lihat senario pada zaman atom ini terdapat banyaknya
pertelingkahan saudara di negara-negara luar.
Sehubungan dengan itu ,rakyat jelata seharusnya
berasa bersyukur dikurniakan kemakmuran dan
kedamaian hidup di bumi yang bertuah ini. Perpaduan
tidak bisa dibina hanya dalam sekelip mata, semangat
bersatu hati memerlukan komitmen yang tinggi daripada
pelbagai pihak bagi mewujudkan kerjasama antara
kaum. Kerjasama yang erat membuahkan satu jaringan
tali-temali sosial yang utuh tanpa mengenal kaum
mahupun bangsa. Oleh hal yang demikian, mari kita
menyelusuri maslahat yang kita peroleh daripada
terbinanya persahabatan berlainan kaum.
       Di Malaysia terdapat pelbagai lapisan kaum etnik
dan bangsa yang berkongsi cerita. Bersahabat dengan
orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum-
kaum lain menghasilkan satu variasi hidup yang tidak
dapat diterjemahkan dalam bentuk lisan.
Sememangnya, hal ini merupakan satu pengalaman
yang sangat menarik dan mungkin antara saat yang
terindah dalam hidup kita. Berlainan budaya
membuatkan kita belajar sesuatu yang baharu dalam
kehidupan seharian kita. Cara yang sangat berlainan
dari kebiasaan membuatkan kita teruja. Tamsilnya, jika
kita berkawan dengan rakan yang berbangsa India kita
dapat mengenali adat dan budaya mereka dengan lebih
dekat. Sebagai contohnya, budaya mandi minyak pada
pagi Hari Deepavali. Mereka juga menyambut satu lagi
perayaan iaitu hari Thaipusam. Secara umumnya, adat
didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup.
Dalam konteks ini, adat mencerminkan segala
perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari
ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau
tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah
budaya. Walaupun dari aspek bunyinya berbeza, tetapi
dari segi pengertiannya, menerangkan konsep yang
saling bergantung dan sama. Terhimpun banyak
kebaikan di sebalik kelainan yang ditunjukkan dalam
persahabatan berlainan bangsa. Sahabat yang
berbahasa Mandarin, mereka akan menyambut Tahun
Baru Cina pada awal tahun. Dalam meraikan perayaan
itu, mereka akan memberikan ‘angpau’ sebagai hadiah
pada hari tersebut kepada saudara mara mahupun
sahabat handai. Jika dilihat dari skop budaya, terlalu
banyak yang kita boleh lihat dan pelajari daripada
kawan-kawan yang berlainan kepercayaan dan di
Malaysia sahaja terdapat seribu satu makanan yang
dapat diperoleh. Sememangya jika bercakap sahaja
tentang makanan kita tahu Malaysia merupakan syurga
makanan di rantau ini. Daripada makanan Melayu, India,
Cina serta makanan Barat semuanya ada. Oleh sebab
itu, para pelancong yang mampir ke Malaysia tidak risau
jika ada yang tidak serasi dengan selera mereka kerana
berbagai-bagai jenis makanan dapat dicari di sekitar
bandar-bandar terkenal mahupun di kampung-kampung.
Malaysia terkenal dengan keunikannya yang
mempunyai penduduk berbilang kaum serta hidup rukun
damai sejak kemerdekaan 58 tahun yang lalu. Situasi
inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah
pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang
prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab
untuk mengekalkan keharmonian ini.
       Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
menggambarkan kisah persahabatan yang saling
membantu ketika saat genting mahupun ketika
menyambut kegembiraan. Gambaran itulah makna
sebenar sebuah persahabatan yang sejati. Sahabat
memberi maksud yang mendalam berbanding dengan
nama yang seangkatan dengannya. Hal ini adalah
kerana sahabat memberi maksud kepada seseorang
yang banyak memberi kita manfaat serta dorongan
ketika mana kita memerlukannya. Lain pula dengan
kawan, kawan adalah orang yang selalu kita berinteraksi
bersama-sama. Pemilihan sahabat amat penting bagi
seseorang pelajar kerana rakan ialah orang yang mudah
mempengaruhi kita berbanding orang lain. Hal ini
demikian kerana, kita sesama rakan mempunyai minat
yang sama serta dalam lingkungan umur yang sama.
Situasi ini membuatkan kita memahami antara satu
sama lain dan mengetahui apa-apa yang kita mahukan.
Kebarangkalian bagi seseorang itu terjurumus ke
lembah kehancuran bergantung dengan siapa dia
berkawan. Perumpamaan kawan yang baik dan yang
buruk itu ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi,
berkawan dengan penjual minyak wangi akan
membuatmu harum kerana kamu dapat membeli minyak
wangi daripadanya atau paling tidak menghidu bau
wanginya. Sementara berkawan dengan pandai besi
akan membakar badan dan bajumu atau kamu hanya
akan mendapatkan bauan yang kurang enak. Dalam
konteks ini, persahabatan secara umumnya kawan atau
sahabat yang mencerminkan personaliti diri kita kepada
orang lain. Oleh itu, saya mengharapkan rakan-rakan
sekalian dapat membezakan yang mana intan dan yang
mana permata. Hal ini merupakan pelaburan jangka
masa panjang kepada diri kita sendiri. Sahabat lebih
memahami isi hati kita berbanding keluarga justeru,
luahan hati dan perasaan dapat diterjemahkan kepada
sahabat dan pastinya rakan akan siap membantu bagi
merungkai masalah yang dihadapi. Jika masalah yang
dihadapi itu berkenaan dengan pelajaran mungkin
sahabat handai boleh membantu anda mencari jalan
keluar. Apa-apapun pengorbanan yang dicurahkan oleh
sahabat tidak mampu untuk kita balas . Maka dengan
itu, hargailah persahabatan yang sedang terjalin dan
insya-Allah moga-moga hubungan persahabat
membawa ke syurga. Berkawan dapat mengurangkan
beban masalah yang dihadapi oleh seseorang dan
bagaikan terapi jiwa yang sukar dibeli atau dijual.
Betapa mulianya sesebuah perhubungan itu jika
membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.
       Lain orang lain pandangan yang terbit di benak
fikiran mereka. Oleh itu, bersahabat dengan pelbagai
jenis latar belakang rakan memberikan satu bonus
kepada kita kerana dari situ akan terhasilnya idea yang
kreatif lagi inovatif. Persaudaraan sejagat yang
terbentuk atas asas semua bangsa berasal dari
keturunan Nabi Adam. Situasi semasa menuntut
kerjasama dan komitmen semua pihak dalam membina
sebuah peradaban. Yang paling nyata, perlu diingatkan
bahawa pada zaman sekarang ialah zaman jemaah dan
manusia seluruhnya perlu bersatu atas prinsip
kemanusiaan. Gerak kerja secara berkumpulan
diperlukan dalam waktu ini kerana kesepaduan
memberikan kekuatan dan kekuatan inilah yang
menatijahkan keputusan yang lebih baik dan berlipat kali
ganda berbanding tindakan yang dibuat secara
bersendirian. Tentunya antara rakan pasti kita akan
dapat memperbaiki idea yang dilontarkan supaya dapat
diilhamkan dengan hasil yang memberasangkan
malahan dapat membantu kehidupan insan lain.
Pandangan yang dilontarkan tidak semestinya berkaitan
dengan kerja khusus mahupun kerja sekolah, kadang
kala dapat menyelesaikan masalah rakan- rakan yang
lain. Seterusnya, dengan bertambahnya kawan di
sekeliling kita, sudah semestinya kita juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan secara tidak
langsung. Hal ini kerana, setiap insan di dunia ini
dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Dalam konteks
ini, dapat juga kita kaitkan dari sudut pembelajaran
secara berkumpulan, semestinya setiap seorang dari
ahli tersebut mempunyai pandangan masing-masing.
Pada masa yang sama, kita akan memperoleh faedah
berkaitan pandangan kawan-kawan kita terhadap subjek
yang dibincangkan. Selaras itu, sikap menghargai jasa
antara rakan turut dapat disemai dalam diri masing-
masing. Hal ini dapat diwujudkan apabila kita memberi
tumpuan yang sepenuhnya tatkala rakan kita itu
menyuarakan buah fikirannya. Oleh itu, haruslah kita
mempunyai rakan yang pelbagai kaum agar kita juga
bertambah ilmu pengetahuan.
       Hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah
perbezaan memberikan banyak input baru serta perkara
baru kepada seseorang kerana mereka dapat
mempelajari daripada kelainan yang ada. Persahabatan
merentas bangsa dan budaya dapat meningkatkan
kemahiran berahasa dan perbendaharaan kata yang
selama ini kita pelajari di institusi pendidikan tidak kira di
peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat
universiti. Jalinan persahabatan yang dibina dianggap
seperti perhubungan antara guru dan murid, kerana kita
sesama sendiri dapat menimba ilmu serta berkongsi
pengalaman ini sekali gus dapat meningkatkan tingkat
pemikiran kita ke arah pemikiran minda kelas pertama.
Kemahiran bahasa merupakan kemahiran yang penting
bagi umat manusia kerana cara penyampaian yang
berkesan dapat membina keyakinan diri dan
memberikan bonus kepada diri kita. Pembelajaran
secara tidak formal atau bahasa mudahnya
pembelajaran secara praktikal dianggap berkesan dan
terbukti memberikan hasil yang sangat
memberangsangkan kepada seseorang yang
mempelajari bahasa. Hal ini demikian kerana
pembelajaran secara teori tidak dapat menghasilkan
impak yang maksima kepada otak kita untuk
menyimpan maklumat. Hal ini dapat saya buktikan
melalui kajian yang telah dirumuskan oleh pakar-pakar
komunikasi, yang menunjukkan bahawa kira-kira 85%
daripada pengetahuan kita diperolehi melalui
pendengaran. Teman merupakan insan yang selalu
berdamping dengan diri kita dan secara tidak langsung
tabiat serta kelakuannya menjadi ikutan. Hal ini
termasuklah cara percakapan mereka malahan bahasa
yang sering digunakan. Melalui proses mendengar
secara efektif, kita seolah-olah dapat menganalisis
setiap apa yang dituturkan jika sahabat itu bertutur
dalam bahasa ibunda mereka. Kita mungkin tidak
menyedari sepanjang perhubungan kita bersama lain
rakan-rakan yang berlainan bangsa merupakan masa
pembelajaran kita untuk mempelajari bahasa tanpa
perlu kita bersusah payah memasuki kelas-kelas
bahasa bagi membolehkan kita bertutur dalam bahasa
asing.
       Pada suatu masa dahulu, Malaysia bumi bertuah
pernah melakar sejarah apabila mencapai kemerdekaan
tanpa perlu mengangkat senjata mahupun
mengorbankan nyawa rakyat yang tidak bersalah
dengan kerjasama pelbagai kaum. Pencapaian ini
dianggap sebagai satu kejayaan yang sangat
membanggakan bagi Tanah Melayu pada ketika itu
yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Pencapaian ini turut memberikan inspirasi kepada dunia
tentang cara berdiplomasi yang berkesan bagi
mengelakkan peperangan berlaku. Bak kata pujangga
dahulu kala, melentur buluh biarlah dari rebungnya iaitu
didikan dan asuhan yang betul perlu dimulakan dari
awal. Persahabatan yang terjalin antara rakan pelbagai
kaum ternyata bukan dijalin dalam masa yang singkat
malah memakan masa yang lama dari generasi ke
generasi. Oleh itu, generasi pada zaman atom ini
melihat usaha ini sebagai suatu yang tidak boleh disia-
siakan dan terbukti tali-temali sosial yang terjalin
ternyata membuahkan hasil yang lumayan. Buktinya,
persahabatan ini dapat meningkatkan pengetahuan
tentang adat resam dan budaya kaum lain, bertukar-
tukar pendapat dan meningkatkan kemahiran bahasa .
Tedapat banyak manfaat yang mengilhamkan seribu
satu input yang berguna buat kita pada hari ini atau
mungkin pada masa hadapan. Oleh itu, saya menyeru
kepada seluruh rakyat Malaysia meluaskan hubungan
sosial mereka dengan rakan yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang budaya bagi mempelajari lebih
mendalam tentang kehidupan kaum lain.

Peranan anda dalam menghargai jasa guru yang mengajar


dan mendidik anda.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil  duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Dua rangkap sajak di atas hasil nukilan Usman Awang
bertajuk Guru Oh Guru (1979) jelas menggambarkan
peranan guru dalam mencorakkan masa depan anak-anak
bangsa dan menyumbangkan bakti kepada nusa tercinta.
Guru dapat didefinisikan secara literal sebagai pengajar,
pendidik atau pengasuh dalam proses pembelajaran.
Dalam agama Islam, martabat atau darjat seseorang guru
sangat tinggi sehingga amat disegani dan dihormati dalam
kalangan masyarakat. Golongan para pendidik ini
diumpamakan matahari yang menyinari sinar kehidupan
orang lain daripada kegelapan kepada kecerahan. Justeru,
sebagai seorang pelajar, saya mestilah menghargai jasa
guru-guru saya dengan memainkan pelbagai peranan yang
efektif. Persoalanannya, apakah peranan saya dalam
menghargai jasa guru yang mendidik saya? Oleh itu,
peranan saya dalam menghargai jasa guru yang mewarnai
fokus perbincangan akan dikupas dan dibugar secara
terperinci untuk kepentingan semua pihak.
Lontaran idea pertama, saya akan belajar bersungguh-
sungguh sehingga mencapai kejayaan ibarat genggam bara
api biar sampai jadi arang. Hal ini kerana, pencapaian
keputusan yang cemerlang dalam akademik mampu
menggembirakan hati seorang guru bak peribahasa
seperti anjing bertemu pasir. Dalam konteks ini, saya
mestilah memberikan sepenuh perhatian ketika guru
sedang mengajar supaya tidak tertinggal input-input
penting yang disampaikan oleh cikgu. Secara tidak
langsung, saya dapat menjaga hati        cikgu-cikgu saya
supaya mereka sentiasa berasa dihargai oleh anak
muridnya. Bertitik tolak daripada itu, saya akan membina
jadual belajar sendiri supaya dapat menggunakan masa
dengan lebih bijak kerana masa itu emas dalam usaha
untuk memperoleh kejayaan. Sekiranya ada kekeliruan
yang melanda ketika proses pembelajaran dan pengajaran
dijalankan, saya akan terus bertanya kepada cikgu supaya
lebih faham dan tidak menjadikan sikap malu bertanya
sebagai tunjang utama kegagalan saya dalam mencapai
keputusan yang cemerlang kerana malu bertanya sesat
jalan, malu berdayung perahu hanyut. Sesungguhnya,
azam dan semangat yang berkobar-kobar akan
mendorong setiap tindakan atau usaha yang diambil
sehingga kejayaan dicapai bak peribahasa di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Pujangga pernah mangatakan
bahawa anda tidak diwajibkan membayar jasa guru-guru
anda dengan wang ringgit, tetapi anda diwajibkan
membayar jasa-jasa mereka dengan mengukir suatu
prestasi yang gemilang. Tegasnya, saya mestilah belajar
dengan gigih demi mencapai kecemerlangan dalam
akademik sebagai menghargai jasa-jasa guru.
Lontaran idea kedua, saya haruslah menziarahi guru
ketika sakit atau selepas guru bersara di rumahnya.
Sesungguhnya, sebagai manusia biasa sudah tentu guru
pun menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan
seperti ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi
penyakit dan sebagainya. Oleh itu, sebagai muridnya saya
wajarlah menziarahi mereka jika mereka menghadapi
masalah tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati
ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. Selain
itu, saya juga boleh membawa buah tangan seperti buah-
buahan atau makanan berkhasiat yang lain supaya cikgu
cepat sembuh sekiranya sakit. Tambahan pula, saya boleh
membantu cikgu meringankan beban yang ditanggungnya
dengan mengutip derma dalam kalangan warga sekolah.
Hal ini dapat disamakan dengan peribahasa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul. Secara tidak
langsung, perasaan simpati dan kasih sayang antara guru
dan murid dapat dilahirkan untuk mengeratkan
silaturahim. Seterusnya, nilai-nilai murni yang mulia dapat
dipupuk dalam diri saya seperti prihatin, kasih sayang dan
bantu-membantu. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
bahawa, barang siapa yang meringankan beban orang
mukmin di dunia ini, maka nanti pada hari kiamat Allah
akan meringankan beban daripadanya beban-beban hari
kiamat. Daripada realiti ini, dapat saya katakan bahawa
kita membantu orang lain kerana Allah. Sama ada orang
itu menghargai atau tidak, kita akan tetap membantu
mereka kerana itu merupakan suruhan Allah SWT.
Deduksinya, frasa guru, jasamu dikenang, budimu
disanjung bukanlah sekadar kiasan sahaja kerana
pengorbanan guru akan sentiasa saya kenang mahupun
para pelajar yang lain.
Lontaran idea ketiga, saya perlulah sentiasa mendoakan
kesejahteraan guru-guru yang telah mengajar dan
mendidik saya selama ini. Mendoakan kesejahteraan guru-
guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka
kembali ke rahmatullah dapat membuktikan bahawa saya
sentiasa mengenang jasa-jasa mereka. Dalam konteks ini,
saya perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat
sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya yang
mendatang. Pada masa yang sama, saya tidak akan
menjadi seperti kacang lupakan kulit mahupun ulat
lupakan daun. Hal ini kerana, guru yang sihat dan cergas
sudah tentu dapat melaksanakan tanggungjawabnya
dengan sempurna tanpa sebarang masalah yang timbul.
Kendatipun demikian, sekiranya terdapat guru yang telah
meninggal dunia, saya haruslah mendoakan agar dosa-
dosa mereka diampunkan dan ditempatkan bersama-sama
dalam kalangan orang beriman. Impaknya, saya akan
sentiasa mengingati jasa guru-guru saya tidak kira yang
masih penjang usianya atau yang telah meninggal dunia.
Sesungguhnya, peribahasa harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama dapat
diungkapkan dengan situasi ini, jelaslah bahawa,
mendoakan kesejahteraan guru-guru merupakan salah
satu cara unuk menghargai dan mengenang jasa guru.

Lontaran idea keempat, sebagai pelajar saya perlulah


prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru.
Dengan berbuat demikian, guru-guru akan berasa bahawa
jasa-jasa mereka dihargai dan sentiasa dikenang. Contoh
yang boleh saya ketengahkan untuk menghargai jasa guru
ialah meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei
setiap tahun. Dalam konteks ini, sambutan Hari Guru
perlulah diraikan dengan meriah dan gilang-gemilang
sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik dan
bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Bertitik
tolak daripada itu, saya boleh membelikan hadiah atau
cenderamata kepada guru-guru yang tidak kenal erti lelah
dalam mencurahkan ilmu atau didikan kepada saya. Selain
itu, amalan seperti ini juga akan mendorong saya untuk
mendapatkan restu atau keberkatan guru supaya lebih
faham dan jelas akan sesuatu subjek. Memetik kata-kata
daripada Dan Rather, pembaca berita CBS yang terkenal
menyatakan bahawa dorongan, bimbingan, kepercayaan
dan restu daripada guru mampu membantu golongan
pelajar mencapai impian mereka. Sesungguhnya, guru-
guru tidak pernah menagih apa-apa jua balasan daripada
anak-anak didiknya walaupun telah banyak
mengorbankan masa demi mendidik bakal-bakal
pemimpin negara pada masa hadapan.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan,


setiap pelajar mestilah menghargai dan mengenang jasa-
jasa golongan mudarnis di dunia ini. Sudah terang lagi
bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar
untuk untuk dibalas walaupun menghadiahkan mereka
segunung intan. Sesungguhnya, tanpa guru siapalah kita
dalam bidang pendidikan yang kian meluas ini. Justeru,
janganlah kita sombong, berlagak dan angkuh seperti
merak. Sebaliknya, para pelajar mestilah menghormati
guru dan mengamalkan sikap rendah diri untuk
mengelakkan diri mempunyai sikap yang dada tinggi
daripada perut. Abu Hurairah pernah meriwayatkan
bahawa pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga
dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan
diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar
kamu. Demi merealisasikan visi kudsi wawasan 2020,
marilah kita bersama-sama melahirkan golongan pelajar
yang menghargai dan mengenang jasa guru walaupun
mereka tidak berkhidmat sebagai pendidik lagi. Mahupun
yang telah meninggalkan alam fana ini buat selama-
lamanya.

SOALAN:
Anda telah dilantik sebagai ketua pengawas pusat
sumber sekolah.
Anda ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada
pihak sekolah untuk menggalakkan murid-murid
berkunjung ke pusat sumber sekolah.
Kemukakan cadangan-cadangan anda tersebut.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan


teknologi, pelajar sudah tidak lagi berminat untuk
membaca buku mahupun menjejakkan kaki ke pusat
sumber sekolah. Pusat sumber sekolah boleh
didefinisikan sebagai gedung ilmu dan khazanah
informasi. Seperti yang kita ketahui, pusat sumber
sekolah merupakan destinasi dominan untuk warga
sekolah yang dahagakan ilmu pengetahuan. Ilmu
pengetahuan sangat penting bagi setiap manusia yang
hidup di muka bumi ini. Saidina Ali bin Abu Talib,
seorang tokoh Islam terkemuka telah menyenaraikan 10
kepentingan ilmu. Hal ini menunjukkan betapa
pentingnya ilmu pengetahuan dan kita perlu
mengetahui bahawa ilmu tidak akan habis walaupun
sudah diterokai sedalam-dalamnya jika dibandingkan
dengan harta yang akan habis dibelanja. Persoalannya
kini, apakah peranan saya sebagai ketua pengawas pusat
sumber sekolah dalam mengemukakan beberapa
cadangan kepada pihak sekolah untuk menggalakkan
murid-murid berkunjung ke pusat sumber sekolah?
Oleh hal yang demikian, cadangan saya kepada pihak
sekolah untuk menggalakkan murid-murid berkunjung
ke pusat sumber sekolah yang mewarnai fokus
perbincangan akan dikupas secara terperinci demi
kebaikan semua pihak.

Mari kita kupas peranan saya sebagai ketua pengawas


pusat sumber sekolah dengan menggunakan minda
pelajar kelas pertama dalam memberi cadangan supaya
mewujudkan suasana pusat sumber sekolah yang
kondusif untuk dikunjungi oleh murid-murid
khususnya. Dalam konteks ini, pihak sekolah perlulah
merancang susun atur rak buku, meja, dan kerusi
dengan kemas serta teratur. Hal ini perlu bagi
memudahkan pergerakan murid untuk mencari bahan
bacaan. Bahan-bahan ilmiah perlu diasingkan mengikut
kategori tertentu supaya tidak menyukarkan pelajar
untuk mencari bahan bacaan yang ingin dibaca.
Sekiranya pihak sekolah melakukan seperti yang saya
cadangkan, saya akan memastikan buku-buku itu akan
sentiasa tersusun dengan kerjasama daripada pengawas
pusat sumber sekolah yang lain untuk mewujudkan
sistem penyusunan buku yang sistematik. Selain itu,
pihak sekolah perlulah menyediakan ruang bacaan yang
luas supaya pelajar berasa selesa untuk menimba ilmu
di pusat sumber. Saya juga mencadangkan agar pihak
sekolah menampal gambar-gambar tokoh yang
berkaitan dengan pelbagai ilmu untuk menceriakan
persekitaran di dalam pusat sumber. Contoh tokoh
ilmuan yang boleh dipaparkan di pusat sumber ialah
Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Albert Einstein dan Isaac
Newton. Impaknya, pusat sumber sekolah dapat
mewujudkan persekitaran yang selesa dan tenang untuk
menelaah dan menjadi faktor penarik bagi merangsang
murid mengunjungi pusat sumber. Tegasnya, saya
perlulah mencadangkan kepada pihak sekolah supaya
mewujudkan pusat sumber yang kondusif untuk
menarik minat murid ke pusat sumber.

Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah


saya mencadangkan agar pihak sekolah
memperbanyakkan bahan bacaan dan rujukan serta
mewujudkan sudut komunikasi dan teknologi
maklumat(ICT).  Justeru, pusat sumber perlulah
dilengkapi dengan pelbagai bahan ilmiah dan rujukan
yang bervariasi dan menarik.  Umum mengetahui
bahawa generasi muda  tidak begitu menggemari
membaca buku yang tidak mempunyai sebarang gambar
tetapi mereka lebih menggemari buku yang penuh
dengan gambar, ilustrasi yang  berwarna-warni.Sebagai
contohnya, novel, majalah, ensiklopedia dan buku
rujukan perlulah disediakan oleh pihak sekolah untuk
diletakkan di dalam pusat sumber.  Oleh hal yang
demikian, bahan-bahan yang disediakan hendaklah
yang terkini supaya murid didedahkan dengan
perkembangan semasa.   Dengan berbuat demikian,
pelajar tidaklah dikatakan seperti katak di bawah
tempurung yang tidak tahu tentang perkara yang
berlaku di sekeliling mereka. Selain itu, pihak sekolah
perlulah menyediakan sudut ICT dan komputer bagi
murid mengakses maklumat dengan pantas yang
kini  hanya di hujung jari.   Secara tidak langsung,
kemudahan ini dapat membantu murid yang kurang
berkemampuan untuk menggunakan komputer. Dengan
adanya pelbagai bahan ilmiah di pusat sumber akan
membantu murid daripada keluarga yang kurang
berkemampuan untuk meminjam dan menggunakan
buku-buku rujukan agar kemiskinan tidak menjadi
penghalang kejayaan buat mereka.  Pada masa yang
sama kemudahan yang disediakan di pusat sumber pasti
dapat menarik murid untuk mengunjungi pusat sumber
dengan lebih kerap lagi.  Jelaslah bahawa, cadangan
saya agar pihak sekolah menambahkan jumlah bahan
ilmiah dan penyediakan kemudahan ICT akan
menjadikan pusat sumber sebagai tempat yang sering
dikunjungi oleh murid-murid.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, cadangan saya


ialah pihak sekolah perlulah memperkasakan program
Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM). Hal ini adalah
kerana, program ini mampu menggalakkan murid untuk
membaca dan seterusnya menarik minat mereka supaya
berkunjung ke pusat sumber yang menyediakan
pelbagai jenis bahan bacaan yang menarik.   Seperti
yang kita ketahui, program NILAM telah diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan satu
misi berwawasan iaitu menggalakkan murid membaca
dan seterusnya menjadikan amalan membaca sebagai
sebahagian daripada rutin seharian mereka. Oleh itu,
pihak sekolah telah mewajibkan setiap murid untuk
memiliki sebuah buku NILAM dan membuat catatan
sebarang bahan bacaan sama ada bahan bacaan
berbentuk fiksyen ataupun bahan bacaan bukan fiksyen
yang telah dibaca. Peranan guru pula, terutamanya guru
yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris perlulah membawa murid-murid ke pusat
sumber untuk memberikan peluang pelajar membaca
dan membuat sinopsis bahan bacaan mereka dalam
buku NILAM. Guru Bahasa Melayu juga boleh
menyuruh murid untuk membuat sinopsis ringkas
setelah selesai membaca buku Antalogi KOMSAS dan
novel yang dipelajari. Dalam hal ini, guru dapat
memastikan murid benar-benar memahami segala yang
telah dipelajari di dalam kelas. Wajarlah bagi pihak
sekolah untuk memberikan anugerah sebagai motivasi
kepada murid untuk berkunjung ke pusat sumber.
Anugerah Gangsa, Perak, Emas dan NILAM akan
diberikan kepada pelajar mengikut jumlah buku yang
telah dibaca. Izharlah bahawa, pemerkasaan program
NILAM dapat meningkatkan jumlah pelajar yang
berkunjung ke pusat sumber.

Lontaran idea saya yang seterusnya ialah pihak sekolah


perlulah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menarik
minat murid supaya mengunjungi pusat sumber
sekolah. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah
hendaklah merangka aktiviti-aktiviti dengan baik agar
aktiviti yang dijalankan berjaya membuatkan murid
sering mengunjungi pusat sumber. Bagi setiap program
yang dianjurkan, iklan-iklan mengenai ptogram tersebut
perlulah disebarkan.  Iklan-iklan bagi mempromosikan
aktiviti yang dianjurkan mestilah disediakan dalam
pelbagai bentuk seperti kain pemidang, banting, poster,
risalah dan brosur. Jawatankuasa pusat sumber sekolah
hendaklah membantu menyebarkan risalah dan brosur
kepada pelajar agar mereka maklum dengan aktiviti
yang dijalankan. Program-program yang boleh
dianjurkan ialah kempen 'Jom Berkunjung ke Pusat
Sumber' dan kempen '1 Murid 1 Buku' bagi
menggalakkan amalan membaca dan seterusnya
mengajak murid berkunjung ke pusat sumber. Dengan
perkataan lain, iklan-iklan yang disediakan perlulah
menarik minat setiap mata yang memandang untuk
memastikan program yang dijalankan mendapat
sambutan hangat daripada murid. Pertandingan
bercerita, menulis esei, kuiz dan membuat buku skrap
perlu dijalankan sepanjang kempen mempromosikan
pusat sumber. Di samping itu, hadiah yang lumayan
juga perlu disediakan untuk menggalakkan penyertaan
murid-murid. Tegasnya, penganjuran pelbagai aktiviti
dan kempen dapat menggalakkan murid-murid
berkunjung ke pusat sumber sekolah.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka


sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan,
saya sebagai ketua pengawas pusat sumber yang
mengetahui serba sedikit punca-punca pelajar tidak
mengunjungi pusat sumber sekolah akan
mengemukakan cadangan seperti yang disarankan di
atas. Oleh itu, diharapkan cadangan yang telah saya
kemukakan dapat mengatasi masalah tersebut.   Saya
ingin melihat senyuman pada setiap wajah pelajar yang
mengunjungi pusat sumber sebagai tanda mereka
berpuas hati dengan kemudahan di pusat sumber. Jika
pihak sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah
berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni, jumlah pelajar yang berkunjung ke pusat
sumber pasti dapat ditingkatkan lagi. Pada masa yang
sama, minat membaca dapat disemai dalam kalangan
murid dan seterusnya melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu.   Amalan membaca perlu dipupuk dalam
kalangan pelajar kerana dengan membaca, generasi
yang beilmu pengetahuan dapat dilahirkan. Sekiranya
ingin mengetahui masa depan bagi sesebuah negara,
lihatlah generasi muda pada masa ini kerana merekalah
yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada
masa akan datang. Oleh itu, usaha yang dilaksanakan itu
perlulah bersungguh-sungguh serta berterusan
bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun
melepaskan batuk di tangga sahaja. Marilah kita
menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa
depan negara dengan warna seindah pelangi dalam
merealisasikan misi dan visi Wawasan 2020. 
                                                                                                                  
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang
perlu dipertahan untuk tatapan generasi akan datang.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
RANGKA KARANGAN
ELEMEN 1 ELEMEN 2
Peranan Pelbagai Pihak Memartabatkan
permainan tradisional
(Kesan / Kebaikan)
Ibu bapa - suri teladan - anak-anak dapat mewarisi
membelikan permainan permainan tersebut
tradisional - menurunkan daripada ibu bapa / nenek
ilmu cara-cara bermain - moyang mereka tentang
cth, gasing, congkak dan teknik-teknik atau cara-
wau. cara bermain

Sekolah - menganjurkan pelajar dapat 


kelab permainan mendominasi permainan
tradisional - menyediakan tradisional dan dapat
lebih banyak alatan melahirkan pelapis muda
tradisional  - menjemput yang mahir dengan
pihak luar yang mahir permainan ini
dengan permainan
tradisional - cth,
mengenal nama
permainan, cara bermain.

Media massa - menaikkan imej negara


menghebahkan serta negara luar akan
permainan tradisional tertarik dengan negara kita
melalui surat khabar,
televisyen, majalah, radio
dan internet - menyiarkan
iklan - cth, layang-layang
tercantik, teng-teng,
congkak

Kerajaan - menubuhkan generasi muda  kini dapat


pusat permainan melestarikan permainan
tradisional - mengadakan tradisional sebagai warisan
karnival - mengadakan serta permainan
kempen - cth, festival tradisional akan menjadi
layang-layang popular dan dikenali
antarabangsa, jom main seantero dunia.
permainan tradisional

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini adalah
peribahasa yang perlu kita jadikan pegangan dan
panduan dalam usaha untuk memartabatkan permainan
tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal
sebagai permainan budaya yang sudah diamalkan oleh
sesuatu masyarakat untuk satu tempoh tertentu. Sejak
dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa
permainan tradisional semakin ditelan zaman seiring
dengan  arus pemodenan masa kini. Pada masa yang
sama, permainan elektronik semakin diagung-agungkan
dalam kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks
ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng
oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh permainan
elektronik yang semakin mendapat tempat di hati
masyarakat seantero dunia. Persoalannya kini, adakah
kita bersedia untuk melihat satu-satunya warisan
daripada nenek moyang kita hilang begitu sahaja secara
perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering
yang terbang ditiup angin? Adakah kita sanggup melihat
masyarakat sekarang semakin jatuh jauh ke dalam
kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa
kita sedar atau tidak banyak mendatangkan keburukan
berbanding kebaikan bagi seseorang itu sendiri.
Persoalan yang sering menerjah dan menerawang di
gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan
pelbagai pihak untuk memartabatkan lagi permainan
tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia?
Antara peranan pelbagai pihak yang boleh dilakukan
ialah menganjurkan kelab permainan tradisional dan
mengadakan kempen untuk mengangkat martabat
permainan tradisional ke satu tahap yang lebih tinggi.
Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa yang konkrit,
sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta dibugar
dengan lebih terperinci demi kemaslahatan semua pihak
yang masih tercari-cari tongkat mereka untuk dijadikan
panduan.

Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu


bapa memainkan peranan yang signifikan dalam usaha
untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada
generasi muda khususnya anak-anak. Sebagaimana yang
kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan untuk
anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal
ini adalah kerana, setiap perbuatan ibu bapa akan
dicontohi anak-anak seperti peribahasa bagaimana
acuan, begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh membelikan anak-anak permainan tradisional
sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa
pulang dari bekerja di luar daerah seperti congkak dan
gasing. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan
ilmu yang dipelajarinya satu ketika dahulu kepada anak-
anak mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh
membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain
dengan permainan tradisional. Peribahasa yang
berkaitan dengan hal ini ialah melentur buluh, biarlah
dari rebungnya. Secara langsung, anak-anak dapat
mewarisi permainan tradisional daripada ibu bapa
mereka tentang teknik dan cara- cara bermain.
Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan mereka maka,
permainan  tradisional ini akan kekal sepanjang zaman
walaupun sudah berdekad lamanya. Tegasnya, peranan
ibu bapa amat signifikan dalam usaha untuk
memperkenalkan permainan tradisional yang semakin
ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke
generasi.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan


pihak sekolah juga merupakan salah satu usaha yang
penting untuk memartabatkan permainan tradisional
dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam konteks ini,
pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
supaya pelajar lebih mengenali dan meminati
permainan tradisional kerana tak kenal maka tak cinta.
Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan
kelab permainan tradisional sejak dari awal lagi supaya
usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab
tersebut. Dalam hal ini, untuk menarik minat pelajar
menyertai program-program yang dianjurkan, pihak
persatuan boleh menjemput tetamu dari luar  yang
mahir dalam permainan tradisional untuk membimbing
mereka tentang cara dan teknik bermain permainan
tradisional yang betul. Secara langsung, para pelajar
dapat mendominasi permainan tradisional dengan lebih
baik lagi kerana jauhari juga yang mengenal manikam.
Tambahan pula, pihak sekolah boleh mengadakan acara
dan pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh
para pelajar dan guru. Bertitik tolak daripada itu, pihak
sekolah perlu menyediakan lebih banyak alatan
permainan tradisional yang boleh digunakan di sekolah
bagi memudahkan para pelajar untuk menggunakan
alatan permainan tradisional. Secara tidak langsung,
para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan
permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa
dalam diri setiap pelajar. Begitu juga halnya dengan
pengekalan permainan tradisional yang perlu
ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa, pihak
sekolah mestilah memainkan peranan untuk
memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan
remaja di Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas


ialah media massa perlu memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media massa
merupakan satu medium yang sentiasa menguar-uarkan
sesuatu berita dengan cepat, tepat dan sahih. Bertitik
tolak daripada itu, pihak media massa boleh
menghebahkan tentang permainan tradisional melalui
surat khabar, majalah,radio,internet dan televisyen.
Tambahan pula, media massa boleh menganjurkan
pertandingan melalui program seperti jom heboh
dengan tawaran hadiah yang lumayan. Yang paling
nyata ialah apabila media massa memaparkan iklan-
iklan yang menarik mengenai permainan tradisional kita
maka, masyarakat dari negara luar akan tertarik untuk
mengetahui dengan lebih dalam tentang permainan
tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita katakan
bahawa media massa mampu mendominasi seluruh
masyarakat di setiap ceruk rantau dunia. Bagi
membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang kini telah
diangkat sebagai salah satu acara sukan yang
dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu piala
dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara luar
seperti Thailand kini telah menguasai sukan sepak
takraw dan mampu menandingi Malaysia. Impaknya,
media massa yang memaparkan sukan ini dapat
mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan
masyarakat seantero dunia tanpa mengira perbezaan
latar belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah
bahawa, media massa perlu bergerak dengan lebih giat
lagi dalam usaha untuk memartabatkan permainan
tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh
masyarakat Malaysia agar diangkat lebih tinggi hingga
ke peringkat antarabangsa dan membuka mata dunia
tentang keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
       
Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan
peranan yg penting dalam mengekalkan permainan
tradisional. Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan
seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan
Warisan dapat mengekalkan permainan tradisional
dengan mengadakan pesta permainan tradisional di
peringkat negeri dan kebangsaan. Sebagai analognya,
rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui
dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional
yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Pada
masa  yang sama, pihak kerajaan boleh memperluaskan
permainan tradisional negara Malaysia sehingga ke
peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat
membuka mata bahawa permainan tradisional juga
dapat dibawa ke peringkat antarabangsa dan mendapat
perhatian di mata dunia. Sebagai contohnya, permainan
wau dan layang-layang. Tambahan pula, ramai
pelancong asing melawat ke Malaysia untuk melihat
pertandingan layang-layang yang dianjurkan oleh
kerajaan Malaysia pada saban tahun.  Secara
eksplisitnya, rakyat Malaysia tidak mudah untuk
melupakan permainan tradisional yang semakin pudar
di mata rakyat. Dalam konteks  ini, pihak kerajaan boleh
memperkenalkan program Cintai Permainan
Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan
mempelajari permainan tradisional dengan lebih
mendalam. Dengan cara ini, permainan tradisional tidak
akan mudah terhakis pada zaman akan datang. Izharlah
bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan
permainan tradisional yang diwarisi secara turun-
temurun oleh masyarakat Malaysia hingga ke tahap
antarabangsa.     

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka


sebagai akhirul kalam seluruh masyarakat Malaysia
tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang
berharga seperti permainan tradisional ini lenyap terus
daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding
bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama
dituruni, isu ini akan dapat ditangani oleh masyarakat
Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap
diamalkan dari generasi ke generasi akan datang.
Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara
tidak mungkin akan membiarkan permainan tradisional
ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui namanya
sahaja dan tiada siapa pun yang dapat mewarisi
kemahiran atau teknik bermain permainan tradisional
untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan
datang. Bertitik tolak daripada itu, kita sebagai penerus
warisan negara perlu mengambil inisiatif yang
pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat
memanifestasikan generasi pewaris negara yang tidak
akan melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan
kulit. Dalam konteks ini, generasi sekarang perlulah
memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat
menyanjungi dan menghargai warisan negara sejak dari
rebungnya lagi. Pada masa yang sama, masyarakat
Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan
warisan negara ini sentiasa terpelihara dan tidak hilang
ditelan zaman serta terus hidup subur dihati, fikiran dan
diri masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil
memerlukan komitmen yang padu daripada semua
pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi
ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja.
Kendatipun demikian, kita masih perlu menjangkau
sehabis tangan bagi mempertahankan khazanah warisan
tinggalan nenek moyang kita yang ulung ini agar tidak
dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-
sama menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan
masa depan negara dengan warna seindah pelangi
dalam merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan
2020.
 

Posted by Zainafsiah at 9:32 PM 10 comments: 

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

BENCANA ALAM ~ SUMBANGAN NEGARA KITA


MEMBANTU NEGARA-NEGARA YANG TERLIBAT
DENGAN BENCANA ALAM
Bencana alam sering berlaku di merata-rata tempat di
dunia ini. Sebagai sebuah negara yang prihatin,
Malaysia sering menghulurkan bantuan untuk
menolong negara yang dilanda bencana alam.  Huraikan
sumbangan yang dapat diberikan oleh negara kita untuk
membantu negara-negara tersebut.
Dunia kini semakin sering kedengaran gegar
gempitanya tidak kira di sebelah selatan, utara, timur
dan barat. Bunyi letupan serta gegaran yang dirasai oleh
mereka bagaikan mimpi buruk yan tidak berkesudahan.
Barangkali petanda bumi sudah dimamah usia ataupun
sikap manusia yang rakus mengundang si dia? Pada
zaman atom ini, sering kita lihat serta tonton di kaca
televisyen bencana alam mengundang duka dan derita
saudara kita di merata–rata dunia.  Bencana alam yang
sememangnya datang tidak dijemput perginya
dinantikan. Keprihatinan warga dunia ditagih serta
diperlukan bagi meneruskan kehidupan. Ada yang
hilang tempat bergantung, ada yang bergelar yatim piatu
serta hidup sebatang kara. Malaysia sebagai negara yang
prihatin serta masyarakat yang suka menghulurkan
bantuan sering menghulurkan bantuan untuk menolong
negara yang dilanda bencana alam.

Muktahir ini, kita dapat menyaksikan di dada-dada


akhbar serta di kaca televisyen gempa bumi yang
melanda negara dunia ke-3 Nepal yang menyebabkan
kerosakan yang amat dahsyat. Kekebalan bangunan-
bangunan runtuh dengan sekelip mata dibadai gegaran
gempa bumi yang berukuran 7.3 skala rikter. Gempa
bumi ini dicatatkan yang terburuk selepas gempa bumi
sebelumnya. Malaysia mendatangkan sumbangan
daripada rakyat Malaysia serta kerajaan melalui badan-
badan kerajaan serta badan –badan bukan kerajaan
NGO yang turut berlepas ke Nepal bagi menghulurkan
bantuan dari segi perubatan, makanan, bekalan air
bersih serta khemah sementara. Dianggarkan 8 juta
rakyat Nepal terjejas dalam bencana kali ini. Pihak
kerajaan yang diwakili, Kelab Putra 1Malaysia telah
ditugaskan ke sebuah tempat pengagihan makanan serta
keperluan asas lain kepada penduduk yang terjejas.
Sumbangan yang diberikan walaupun sedikit tetapi
mampu mengukirkan senyuman daripada mangsa-
mangsa terlibat yang amat bermakna kepada petugas.
Keprihatinan, doa serta dorongan yang berterusan
daripada seluruh rakyat Malaysia dipanjatkan agar
mereka dapat kembali hidup seperti sedia kala.

Sumbangan rakyat Malaysia sangat diperlukan oleh


penduduk yang ditimpa bencana dan dihargai.
Sumbangan berupa keperluan asas seperti roti,
minuman air bersih serta kelengkapan tidur adalah
antara barang yang sering dikirimkan kepada mangsa
bencana. Malaysia yang sudah memang terkenal dengan
sifat prihatin rakyatnya serta pemimpinya sering
dinantikan ketibaan bantuannya di tapak khemah
sementara. Malaysia bukan sahaja menerbangkan
barang bantuan malah menerbangkan pakar-pakar
perubatan serta sukarelawan bagi membantu apa-apa
yang termampu. Kebutuhan ubat–ubatan bagi merawat
penduduk terjejas juga menjadi keutamaan pihak
penyumbang. Pakar perubatan akan memberikan
pembedahan langsung bagi mengelakkan kecederaan
yang lebih serius. Kebersihan kawasan kem turut
dititikberatkan oleh kem bantuan Malaysia bagi
mengelakkan wabak penyakit berjangkit tersebar.
Sukarelawan-sukarelawan yang ditugaskan juga bukan
sahaja menjaga makan minum penduduk terjejas.
Malah, sukarelawan serta pakar perubatan juga
memikul tanggungjawab merawat trauma yang dialami
penduduk terutamanya kanak-kanak. Bencana alam
yang menimpa mereka mungkin memberikan kejutan
serta impak yang besar kepada mereka. Trauma
merupakan penyakit psikologi yang sering kali berlaku
kepada orang yang dihantui perkara yang buruk.
Suasana yang aman dan selesa dapat mengubati trauma
yang dialami mereka dan pihak bantuan menyediakan
tempat bagi kanak-kanak bermain serta menimba ilmu
pengetahuan.

Selain itu, bantuan sukarelawan bagi memulihkan


keadaan sekeliling turut dihantar ke kawasan bencana.
Hanya bantuan yang dapat dihulurkan kerana
selebihnya hanya mereka yang merasai penderitaan
kerana berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya.  Tidak lupa juga, bantuan daripada pihak
berkuasa seperti polis, bomba serta tentera bagi
memastikan keselamatan kawasan sekitar serta mencari
saki baki orang–orang yang hilang atau tertimbus di
bawah runtuhan. Bantuan berupa tenaga sangat
diperlukan kerana tenaga yang sedia ada terhad dan
tidak mempunyai kepakaran sepertimana pihak
berkuasa. Bantuan kaunseling turut ditawarkan kepada
mangsa bencana selepas kehilangan tempat tinggal serta
saudara mara. Bukan sahaja pihak kerajaan malah pihak
organisasi bukan kerajaan juga turut bergiat aktif
memberi bantuan contohnya MERCY.

Kesimpulannya, pertolongan dari segi aspek perubatan,


makanan, tempat tinggal, bekalan air bersih serta
rawatan daripada pihak yang membantu sedikit banyak
dapat mengurangkan beban mangsa bencana.`Hulurkan
bantuan ringankan beban ‘ begitulah kata-kata hikmah
yang perlu disematkan dalam setiap hati rakyat
Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah menanam
sikap bantu-membantu dalam diri serta mengajar anak-
anak sejak berumur setahun jagung lagi agar sikap ini
dapat meringankan beban dan dapat memberikan
senyuman kepada mangsa bencana. Kesungguhan kita,
sebagai individu menyumbang serta individu-individu
lain mengukuhkan peribahasa ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni. Tangan yang menghulur lebih baik
daripada tangan yang menerima. Diharapkan sikap
prihatin rakyat Malaysia dapat diteruskan seterusnya
mewujudkan masyarakat yang harmoni serta  tolong-
menolong menjadi sikap yang sudah sebati dalam jiwa
rakyat Malaysia. 

[694  patah kata]


ENGKU NUR UMAIRAH BINTI TUAN SANUSI
ASMADI
5 BERLIAN 2015

Posted by Zainafsiah at 9:11 PM 2 comments: 

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


KARANGAN TARGET SPM 2015 ~ Warisan negara
seperti seni budaya dan permainan tradisional
semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Tulis
sebuah rencana tentang kepentingan mengekalkan
warisan ini.
Kepentingan Mengekalkan Warisan Negara
Oleh : Ameer Syafiq 

Di sini lahirnya sebuah cinta


Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan…
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Rangkap pertama dan rangkap terakhir daripada lirik


lagu Warisan yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor
negara, Allahyarham Sudirman bin Haji Arshad telah
mempotretkan kita sebagai penyambung warisan
negara. Warisan negara dapat ditakrifkan secara literal
sebagai khazanah penting yang telah diwarisi sejak
zaman-berzaman daripada nenek moyang kita. Warisan
negara bukan sahaja merangkumi bangunan bersejarah
semata-mata, malah tarian tradisional, permainan
tradisional dan juga seni mempertahankan diri seperti
silat. Sungguhpun begitu, hakikatnya ialah generasi
pada masa ini semakin memandang sepi dan tidak
menghargainya ekoran tahap kesedaran mereka yang
terlalu rendah. Persoalan yang telah menerjah dan
menerawang di gawang minda saya ialah apakah
kepentingan mengekalkan warisan negara kepada kita?
Oleh hal yang demikian, kepentingan mengekalkan
warisan negara yang menunjangi fokus perbincangan
akan dikupas dan dibugar secara terperinci sehingga ke
akar umbi demi kebaikan kita bersama.

Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah


warisan negara amat penting sebagai satu elemen yang
melambangkan identiti sesebuah negara. Dalam konteks
ini, identiti sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada
warisan seni budaya seperti tarian tradisional sesuatu
kaum di Malaysia. Tambahan pula, tarian tradisional
yang pelbagai menunjukkan sifat masyarakat yang
majmuk khususnya di negara kita yang masyarakatnya
terdiri daripada pelbagai kaum. Bagi membuktikan
perkara ini, contoh tarian tradisional yang dapat saya
ketengahkan ialah tarian Mak Yong dan Zapin oleh
orang Melayu, tarian naga dan tarian kipas oleh orang
Cina serta tarian Kathak dan Bharata Natyam oleh kaum
India. Dengan perkataan lain, semua jenis tarian di
Malaysia mempunyai identiti, sejarah dan tujuan yang
tersendiri. Yang paling nyata ialah setiap rakyat
Malaysia hendaklah berusaha mengenali serba sedikit
tentang budaya tarian bagi setiap kaum di negara kita.
Izharlah bahawa, kepentingan mengekalkan warisan
negara adalah untuk melambangkan identiti sesebuah
negara.
Mari kita kupaskan signifikan seterusnya dengan
menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam
berbicara tentang kepentingan memelihara warisan
negara supaya menjadi daya tarikan pelancong sama ada
pelancong domestik mahupun pelancong antarabangsa.
Pada masa yang sama, pengekalan monumen, arca dan
bangunan bersejarah tinggalan penjajah telah
menggamit hati para pelancong untuk melihat sendiri
keunikan ciptaan masyarakat terdahulu. Secara
langsung, senario ini dapat dibuktikan menerusi
peningkatan bilangan pelancong yang mengunjungi
bandar warisan seperti Georgetown dan Kota Bharu,
Kelantan yang amat ketara dalam tempoh tahun 1990
hingga 1997. Antara contoh negeri lain di Malaysia yang
menjadi destini wajib para pelancong untuk mengetahui
sejarah sebenar yang berlaku dan mempunyai kesan
tinggalan sejarah ialah negeri Melaka seperti Kota A
Famosa, perigi Hang Tuah dan juga makam Hang Jebat
yang terletak di Bandaraya Bersejarah tersebut. Jelaslah
bahawa, warisan negara perlu dikekalkan bagi
merancakkan industri pelancong sekali gus
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. 

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di


atas, warisan negara juga hendaklah dipelihara untuk
mengekalkan kesinambungan tamadun sesuatu bangsa.
Menyedari hakikat ini, permainan tradisional yang
merupakan permainan warisan masyarakat Melayu
sejak zaman Kesultanan Melayu haruslah dihidupkan
kembali kerana permainan tradisional ini menjadi
lambang warisan dan kebudayaan masyarakat Melayu
supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Antara contoh permainan tradisional masyarakat
Melayu yang boleh saya ketengahkan ialah wau, gasing,
sepak raga, congkak dan batu seremban. Yang paling
nyata, pada zaman dahulu, permainan tradisional
merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang
sedangkan pada zaman ini, permainan tradisional
semakin dilupakan kerana sudah tidak relevan dan tidak
dikomersialkan di kaca-kaca televisyen. Bertitik tolak
daripada itu, alat permainan tradisional perlu
dimodifikasikan supaya menjadi lebih menarik, namun
begitu ciri-ciri keunikannya hendaklah dikekalkan
keasliannya. Tegasnya, kesinambungan tamadun perlu
dikekalkan supaya generasi muda celik tentang asal usul
mereka dan tidak lupa daratan.

Ayuh, kita capahkan lensa perbincangan kita kepada


skop yang lebih khusus di bawah kata kunci kepentingan
mengekalkan warisan negara bagi memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam
konteks ini, semangat patriotisme akan lahir dengan
sendirinya apabila generasi muda dapat merasakan
keperitan dan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan
negara dalam mempertahankan tanah air yang tercinta.
Tambahan pula, nama-nama pejuang yang telah
terkorban ada tercatat pada Tugu Negara untuk tatapan
semua. Rentetan itu, generasi muda tidak akan menjadi
seperti kacang lupakan kulit kerana mereka akan
sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang-
pejuang tanah air dalam mempertahankan negara. Pada
masa yang sama, peristiwa sejarah penting yang berlaku
di negara kita dapat dikenang semula apabila bangunan
lama yang diberi nafas baharu dapat mengembalikan
nostalgia yang sungguh bermakna buat semua. Sebagai
analoginya, Bangunan Sultan Abdul Samad telah
menjadi saksi bisu terhadap kemerdekaan negara
tatkala laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957
telah berlangsung di sini.   Deduksinya, usaha
memelihara warisan negara amat penting bagi
memupuk semangat patriotisme agar generasi muda
tidak melupakan sejarah-sejarah penting negara kita.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka


sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan,
dapatlah saya rumuskan di sini bahawa warisan negara
haruslah dihargai dan dipelihara oleh setiap individu
dalam sesebuah masyarakat. Kita seharusnya berterima
kasih kepada pihak kerajaan khususnya Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara kerana memainkan
peranan bagi merancang, mengumpul dan mengedar
bahan serta informasi berkaitan seni dan budaya untuk
tatapan umum. Oleh hal yang demikian, masyarakat
perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni supaya
warisan nenek moyang kita dapat dilestarikan. Memetik
kata-kata pujangga George Santayana, manusia yang
melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula.
Usaha yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-
sungguh bak mutiara kata genggam bara api biar sampai
jadi arang. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan
2020, janganlah kita biarkan warisan kita hanya dapat
disaksikan di muzium sahaja, bak pepatah yang
berbunyi, biar mati anak, jangan mati adat, supaya
warisan negara terus subur dan mekar meredah zaman.

Anda mungkin juga menyukai