Anda di halaman 1dari 4

CERPEN : Talia dan Raksasa Qadqad karya Zaniffa Azzura Abdullah

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
"Apa istimewanya budak ini?" Binjah bersuara mewakili kekaguman mereka.
Melihat Dodo dan Misa tidak menjawab, lelaki itu menarik Talia dari rangkulan
ibunya. Anak kecil itu ditelitinya.
"Benda ungu apa ni?" Soalnya. "Ini, di tangannya, di kakinya, di rambut..."
Talia merentap tangannya daripada pegangan Binjah.
"Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo bingung.
"Ah," gumam Binjah senang. "Tanah berwarna ungurupa-rupanya, katakkatak raksasa itu alah dengan tanah ungu!
Binjah membuat rumusan mudah, mengaitkan tanah ungu di tangan dan
rambut Talia dengan pengunduran makhluk itu tadi. Seperti ramai yang lain,
Binjah terlalu jahil akan perihal hubungan Talia dengan Qadqad yang telah
bersemi di sempadan huma beberapa bulan yang lalu. Fikiran serong Binjah
mula merancang-rancang sesuatu.
(Dipetik daripada cerpen Tali dan Raksasa Qadqad, antologi Baik Budi,
Indah Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i.

Mengapakah Binjah dikatakan terlalu jahil?


(3 Markah)
Jawapan: Binjah dikatakan terlalu jahil kerana dia membuat rumusan
mudah mengaitkan tanah ungu di tangan dan rambut Talia punca
pengunduran makhluk itu. Malah, binjah tidak tahu akan perihal
hubungan Talia dengan Qadqad yang telah bersemi di sempadan huma
beberapa bulan yang lalu.

ii.

Kemukakan dua gaya Bahasa yang terdapat dalam petikan cerpen di


atas.
(3 Markah)
Jawapan: Dua gaya Bahasa yang terdapat dalam petikan di atas ialah
gaya Bahasa repetisi. Contohnya, di tangan. Di kuku, di kaki, di rambut.
Seterusnya, terdapat gaya Bahasa kata ganda. Contohnya, ruparupanya, katak-katak raksasa dan merancang-rancang.

iii.

Pada pandangan anda, bagaimanakah pihak kerajaan boleh mengawal


kegiatan pembalakan haram di negara ini?
(4 Markah)
Jawapan: Pada pandangan saya, pihak kerajaan boleh mengawal
kegiatan pembalakan haram di negara ini dengan mengadakan
kempen kesedaran antipembalakan haram. Di samping itu, pihak
kerajaan juga boleh mengenakan denda maksimum serta menjatuhkan
hukuman penjara maksimum ke atas pembalak haram. Selain itu,
Jabatan Perhutanan harus memantau keadaan hutan dari semasa ke
semasa.

CERPEN : Menuai Emas karya Salina Ibrahim


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Puaslah hati kamu tiba-tiba mereka batalkan projek tu? Puaslah
hati kamu!
Suara Abang Man serasa-rasa masih memetir di telinga. Petang
itu, kali kedua Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung jadi
tetamu tidak diundang menjarah laman rumahnya.
Tentu mereka ada sebab kenapa tiba-tiba tak jadi, balas Alif,
cuba bertenang.
Kamu buat apa sampai mereka batalkan projek? Abang Man
masih menuduh.
Ada. Saya memang ada buat sesuatu! Dia menyahut, berani.
Kamu buat apa? Makin lantang sergahan Abang Man.
Saya berdoa. Saya minta pada Allah agar projek itu batal. Kalau
itu salah, Abang Man laporkan kepada polis, suruh polis penjarakan
saya! Alif nekad.
Abang Man tergamam. Wajahnya merah padam.
Kami yang tua-tua ni tak terdaya nak terus bertani. Itu sebab
kami nak lepaskan, daripada langsung tidak diusahakan. Sekarang
syarikat itu dah batalkan rancangan mereka, nampaknya terus tinggal
terbiarlah tanah itu, jadi tempat tikus bertandak!
Terdengar keluhan dalam kalangan tetamu tidak diundang itu.
Alif menarik nafas. Dia bersabung pandang dengan mata emak.
Dia Nampak emak mengejipkan mata semacam memberi isyarat, tidak
semena-mena dia Nampak wajah abah terselit dalam kerumunan orang
ramai itu.
Saya ada rancangan untuk petak-petak itu. Saya minta izin dan
restu semua tuan tanah.
Buat apa? Ada suara mencelah laju.
Estet padi!

i.

Mengapakah Abang Man menuduh Alif yang menyusahkan orang


kampung? [3 Markah]
Jawapan: Abang Man menuduh alif menyusahkan orang kampong
kerana tindakan Alif yang mempertahankan tanah sawahnya telah
menyebabkan pihak pemaju membatalkan projek mereka.

ii.

Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di


atas.
[3 Markah]
Dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah
masyarakat yang agresif. Contohnya, abang Man menyalahkan Alif
merupakan punca yang menyebabkan pemaju membatalkan projek
mereka. Seterusnya, msyarakat yang tabah. Contohnya, Alif tabah

iii.

berdepan dengan Abang Man dan jiran-jiran sekampung yang


menyerang rumahnya.
Pada pendapat anda, mengapakah sector pertanian hasil makanan
penting kepada negara?
[4 Markah]
Jawapan: pada pendapat saya, sector pertanian hasil makanan pentng
kepada negara kerana menjadi sumber bekalan makanan kepada
rakyat. Selain itu, hasil pertanian juga boleh dieksport untyk menjana
pendapatan negara. Sector pertanian juga mampu mengurangkan
masalah pengangguran disamping menyumbang kepada
pembangunan kawasan luar bandar dan sistem perhubungan.

DRAMA: Mahkamah karya Awang Abdullah


Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PENDAKWA RAYA
TERTUDUH 1
PENDAKWA RAYA
sebiji pisang
TERTUDUH 1
PENDAKWA RAYA
sedang berjoging

TERTUDUH 1
PENDAKWA RAYA
tersebut?
TERTUDUH 1
PENDAKWA RAYA
TERTUDUH 1
PENDAKWA RAYA
kamu buang,

: Bulat bi Leper, adakah pada 10 Januari 1988, antara


jam 8.00 hingga
9.00 pagi, kamu berada di Taman Gagak Putih.
: Ya, benar, tuan.
: Dan pada waktu yang tersebut itu, kamu telah makan
dan membuang kulitnya?
: Ya, benar sekali, tuan.
: Dan dalam waktu tersebut itu, seorang nenek yang
telah terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu
tergelincir dan jatuh.
Kejadian itu telah menyebabkan pinggangnya patah
dan dia mati
dalam perjalanan ke hospital. Adakah kamu mengaku
bahawa
kenyataan ini benar?
: Kenyataan itu tidak benar, tuan.
: Saya ulang. Adakah kamu makan pisang pada waktu
:
:
:
:

Benar, tuan.
Dan kulit pisang itu, kamu yang buang bukan?
Benar, tuan.
Dan nenek itu mati akibat terpijak kulit pisang yang

bukan?
TERTUDUH 1
: Tidak benar, tuan.
PENDAKWA RAYA : Awak tidak mahu mengaku?
TERTUDUH 1
: Tidak mengaku, tuan.
PENDAKWA RAYA : Benar-benar tidak mahu mengaku?
i.
Apakah tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH 1?
Markah ]

[3

Jawapan: TERTUDUH 1 dituduh menyebabkan kematian seorang nenek


tua yang sedang berjoging di Taman Gagak Putih akibat terpijak kulit
pisang yang dibuang olehnya.
ii.

Nyatakan dua perwatakan PENDAKWA RAYA daripada petikan drama di


atas.
Jawapan: Satu perwatakan PENDAKWA RAYA daripada petikan di atas
ialah beliau seorang yang tegas. Buktinya PENDAKWA RAYA tegas
dalam hujahnya sewaktu mengemukakan soalan kepada TERTUDUH 1.
Di samping itu, PENDAKWA RAYA seorang yang suka menekan.
Buktinya, dia mendesak TERTUDUH1 mengaku keslahan.

iii.

Pada pendapat anda, apakah kesan system kehakiman yang goyah


kepada masyarakat dan negara?
Jawapan: Pada pendapat saya, kesan system kehakiman yang goyah
kepada masyarakat dan negara ialah menjejaskan imej negara,
menyebabkan negara tidak aman dan kes rasuah akan berleluasa. Di
samping itu, masyarakat tidak gentar terhadap tindakan undangundang serta individu yang tidak bersalah akan teraniaya.

Anda mungkin juga menyukai