Anda di halaman 1dari 14

MARI

BERPANTU
N
(UNTUK KANAK KANAK 8-12 TAHUN)

SIRI ADAB MELAYU

PANTUN ADAB BELAJAR


PANTUN ADAB BERKAWAN
PANTUN ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM
PANTUN ADAB DENGAN GURU
PANTUN ADAB CINTAKAN NEGARA
PANTUN ADAB BERMUSAFIR
PANTUN ADAB BERDOA
PANTUN ADAB DALAM MASJID
PANTUN ADAB DENGAN IBU BAPA
PANTUN ADAB BERJIRAN
PENULIS: AZAIRINA YUSOFF
ISI KANDUNGAN

PANTUN ADAB BELAJAR


PANTUN ADAB BERKAWAN
PANTUN ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM
PANTUN ADAB DENGAN GURU
PANTUN ADAB CINTAKAN NEGARA
PANTUN ADAB BERMUSAFIR
PANTUN ADAB BERDOA
PANTUN ADAB DALAM MASJID
PANTUN ADAB DENGAN IBU BAPA
PANTUN ADAB BERJIRAN

PANTUN ADAB BELAJAR

Anak raja pergi memburu,

Tersadung kaki di akar rotan,

Mendahulukan salam kepada guru,

Tangan dicium tanda penghormatan.


Bonda merantau ke Kota Bharu,

Lama sudah tidak kutemu,

Usah bercakap dihadapan guru,

Ketika guru memberi ilmu.

Petang hari pergi ke pekan,

Ke pekan untuk membeli tali,

Dengar kusyuk ilmu disampaikan,

Walau diulang seribu kali.

Usaha tanpa mengenal jemu,

Perbaiki akhlak hiasi diri,

Rujuk guru memilih ilmu,

Agar berjaya kemudian hari.

Ilmu pembentuk akhlak mulia,

Insan terpuji bukti ungkapannya,

Membaca doa minda bersedia,

Supaya sentiasa dalam redanya.

PANTUN ADAB BERKAWAN

Jika siang melihat awan,

Tidakkan nampak si Bima Sakti,

Sudah lumrah adat berkawan,

Menjaga hati berbudi pekerti.


Anak kampung berbudi bahasa,

Budi tinggi jadi taruhan,

Tolong- menolong sepanjang masa,

Sentiasa bersama dalam kesusahan.

Indah sungguh si pohon jati,

Megah di rimba tegap berdiri,

Hindari sifat iri hati,

Kerna kelak memakan diri.

Sang kancil tinggi kebijaksanaan,

Haiwan dibantu penuh kepercayaan,

Bersungguh-sungguh mencapai kejayaan,

Rajin usaha kunci kekayaan.

Anak kecil bermain api,

Tegah segera usah lewati,

Rahsia sahabat dijaga rapi,

Pegangan bersama sahabat sejati,

PANTUN ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

Peti emas simpan dilaci,

Sungguh bernilai emas jauhari,

Sebelum makan tangan dicuci,

Buang kotoran di celah jari.


Bagai si bangau mencari ikan,

Ikan ditangkap tanpa simpati,

Doa dibaca sebelum makan,

Semoga rezeki sentiasa diberkati.

Tasik nan indah tumbuh dirimu,

Teratai dipuji tertunduk malu,

Ambillah makanan dekat denganmu,

Tangan kanan digunakan selalu,

Burung merbuk berkasih sayang,

Mesra berdua sepanjang masa,

Berhenti makan sebelum kenyang,

Jangan gelojoh, tenang sentiasa.

Paku payung si paku tekan,

Diguna penukang setiap hari,

Tidak mencela makanan disajikan,

Sentiasa bersyukur nikmat diberi.

PANTUN ADAB DENGAN GURU

Terbang helang dilangit biru,

Berdarah panas pemangsa ditakuti,

Hormat insan bernama guru,

Mencurah ilmu menabur bakti.


Tenang laut ombak menderu,

Tepian pantai menghempas batu,

Mendoakan kesejahteraan semua guru,

Semoga dilindungi allah yang satu.

Sungguh dingin di tanah rata,

Khazanah berharga usah diteroka,

Penuh hemah bertutur kata,

Bersopan santun memuliakan mereka.

Sayang itu tandanya cemburu,

Berjanji setia seribu kali,

Hindari menyinggung perasaan guru,

Meninggikan suara tidak sekali.

Pagi indah menyingsingnya fajar,

Muncul mentari teman cerita,

Memberi tumpuan ketika belajar,

Bersungguh-sungguh mencapai cita.

PANTUN ADAB CINTAKAN NEGARA

Pohon hijau sedap dipandang,

Disiram dijaga penuh cermat,

Menghormati segala undang-undang,

Negera harmoni sentiasa selamat.


Jalan bersaing sambil berpimpin,

Bersama akhirnya menuju pelamin,

Taat setia kepada pemimpin,

Kesejahteraan Negara akan terjamin.

Apa guna gelaran juara,

Jika usaha masih membatu,

Patuhi hayati rukun Negara,

Patriotism disemai bangsa bersatu.

Kerbau tertipu helah buaya,

Ditimpa malang hidup sensara,

Menjadi warga baik budinya,

Demi Negara sedia berkorban.

Harimau dihutan mula mengaum,

Penghuni rimba berlari ligat,

Hormati kunikan pelbagai kaum,

Supaya perpaduan tidak tergugat,

PANTUN ADAB BERMUSAFIR

Bercabang tiga si gunung daik,

Tiga puncak rumit pendakian,

Niat dirancang mestilah baik,

Bukan kearah maksiat kemungkaran.


Buah pinang rasanya kelat,

Mengubati parut hilangnya kesan,

Hormati waktu dirikan solat,

Doa permudah segala urusan.

Anak kecil mengutip ceri,

Lekas diisi dalam raga,

Membawa cukup keperluan diri,

Supaya kebersihan sentiasa dijaga.

Rama-rama terbang ditaman,

Menghisap manis bunga berkenan,

Jika bermusafir bersama teman,

Lantik ketua, pimpin perjalanan.

Anak muda tersedar lamunan,

Kenangan semalam usah dikenang,

Sentiasa berzikir dalam perjalanan,

Dugaan sukar hadapi tenang.

PANTUN ADAB BERDOA

Dara sunti manis berhijab,

Menutup aurat jadi pilihan,

Manfaatkan keadaan yang mustajab,

Memohon doa kepada tuhan.


Pesanan bonda dilupa jangan,

Jadi pedoman harus manfaatkan,

Menghadap kiblat mengangkat tangan,

Ikhlaskan hati mohon kebaikan.

Nilai murni harus diterap.

Pembentuk intelek rohani teguh,

Merendahkan hati penuh harap.

Yakin diri perlu bersungguh.

Ikutlah resam padi menunduk,

Angkuh tiada berilmu asasnya,

Jangan lupa mengambil wuduk,

Tenangkan hati memohon berkatnya.

Sungguh lincah anak rusa,

Tidakkan sama lemahnya labi,

Memulai dengan memuji yang esa,

berzikir selawat keatas nabi.

PANTUN ADAB DALAM MASJID

Walaupun lidah menjamah keju,

Jangan dilupa hidangan warisan,

Barpakaian indah, masjid dituju,

Menutup aurat memakai perhiasan.


Ditengelami cahaya gelap gelita,

Kusuluh pelita malamku redah,

Bersegeralah menuju masjid tercinta,

Tunjukkan semngat untuk beribadah.

Ratu semut mencari gula,

Mencari bersama anak buahnya,

Masuk masjid doa dimula,

Dahulukan kaki kanan itu adabnya.

Hasad dengki perlu jauhkan,

Lindungi diri perbetul tindakan,

Solat dua rakaan kita amalkan,

Sebelum duduk kita lakukan.

Cantik amnis si anak nyonya,

Manis seperti indahnya nama,

Mengagungkan masjid berupa hendaknya,

Kusyik berdoa, zikir bersama.

PANTUN ADAB DENGAN IBU BAPA

Tibanya raja kompang disambut,

Mengiringi raja bersama tentera,

Bertuturlah dengan lemah lembut,

Bersopan santun ketika berbicara.


Menjala ikan jarring terbuka,

Lari si ikan sedih belengu,

Segera menyahut penggilan mereka,

Supaya mereka tidak tertunggu.

Muda mudi janganlah alpa,

Pemangkin bangsa Negara merdeka,

Berbaktilah kepada ibu dan bapa,

Tiada rugi, untung belaka.

Bangunlah anak warisan bangsa,

Aspirasi Negara ayuh penuhi,

Menghormati mereka setiap masa,

Meninggi suara perlu jauhi,

Tuah asal dari Melaka,

Hingga bersemadi terus berbakti,

Bermanis muka hadapan mereka,

Terapi diri, sejukkan hati.

PANTUN ADAB BERJIRAN

Nasihat ayah jadi pedoman,

Kasih dicurah membawa erti,

Sentiasa wujudkan suasana kemesraan,


Kenal mengenal, hormat-menghormati.

Herba dicari pengubat luka,

Tumbuh merat dipinggir hutan,

Tidak menyakiti hati mereka,

Melalui perkataan mahupun perbuatan,

Istimewa sungguh si gunung tahan,

Mengalir sungai tempat bersiram,

Bantulah jiran ditimpa kesusahan,

Agar mereka tenang, tenteram.

Adat resam dihapus jangan,

Hindari diri perbuatan keji,

Menghadiahkan jiran buah tangan,

Sedekah jariah amalan terpuji.

Orang berilmu diandang mulia,

Jadi rujukan setiap masa,

Doakan selalu jiran bahagia,

Tulus ikhlas harmoni sentiasa.

MAKLUMAT PENULIS
NAMA AZAIRINA BINTI YUSOFF
ALAMAT N0 65, RUMAH RAKYAT PERINGKAT 3, 72200

BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN DARUL

KHUSUS
UMUR 28 TAHUN
EMAIL Iamazai88@yahoo.com
NO TELEFON 014-6471400
MANUSKRIP BUKU KANAK-KANAK
TAJUK MARI BERPANTUN (SIRI ADAB)
RASIONAL SAYA MERANCANG UNTUK MENGHASILKAN

BUKU MARI BERPANTUN DENGAN

MENGUTARAKAN BEBERAPA SIRI UNTUK

MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA KANAK-

KANAK DI SEKOLAH MENGENAI KEUNIKAN

PANTUN. BUKU INI DITULIS UNTUK

MENYAMPAIKAN NILAI DAN ILMU MELALUI

PANTUN. BUKU INI JUGA BOLEH MENJADI

RUJUKAN KEPADA GURU UNTUK MENGAJAR

PANTUN DISEKOLAH ATAUPUN UNTUK

MENYERTAI PERTANDINGAN. TAJUK ADAB

DIPILIH KERANA IANYA RUTIN HARIAN KITA.

ADAB BERKAIT RAPAT DENGAN KELUHURAN

BUDI DAN BUDAYA SESEBUAH BANGSA.

MOGA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA

PEMBACA. SAYA JUGA DALAM PROSES

MENGHASILKAN MANUSKRIP MARI

BERPANTUN UNTUK BEBERAPA SIRI YANG

LAIN SEPERTI KESELAMATAN, KEBERSIHAN

DAN WARISAN TRADISI.

Anda mungkin juga menyukai