Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURUACARA

MAJLIS ANUGERAH SAHSIAH DAN KOKURIKULUM


TARIKH : 2 November 2018

BIL AGENDA TEKS CATATAN


Assalamualaikum w.b.t.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kadatangan tuan-tuan, puan-puan dan hadirin  sekelian ke  Majlis Anugerah
Sahsiah dan Kokurikulum SMK Dato’ Sedia Raja.  Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar
lagi.  Para hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan tenang dan senyap.
Diharapkan sepanjang Majlis ini berlangsung, para hadirin dapat memeberi tumpuan sepenuhnya.

1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Encik Jamri Bin Ahmad,


Jemputan Pengetua Cemerlang SMK Dato’ Sedia Raja.
(Tetamu
Kehormat)
2 Nyanyian Lagu Hadirin sekalian, sebentar lagi kita akan menyanyikan Lagu Negaraku.
Negaraku,
selamat sultan Hadirin mohon berdiri.

LAGU NEGARAKU.

Hadirin dipersilakan duduk.

3 Kata-kata alu
aluan Daun layu di tengah gurun
Nampak Jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirahmanirahim,

1. Yang Berusaha, Encik Jamri Bin Ahmad, Pengetua


Cemerlang SMK Dato’ Sedia Raja

2. Yang Dihormati Tn. Haji Adnan bin Abd Rahman, Guru


Penolong Kanan Pentadbiran, Encik A Rahman bin Ahmad,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn Hj Mohd Jaffri
bin Dahalan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En
Mustafa bin Samsudin, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Dato’ Sedia Raja

3. Ketua-ketua bidang,

4. Guru-guru cemerlang

5. Para kaunselor

6. Guru-guru serta para pelajar sekalian

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke Majlis Anugerah Sahsiah dan Kokurikulum


bagi sesi 2018.

Untuk makluman para hadirin, Majlis Anugerah Sahsiah dan


Kokurikulum ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pengiktirafan
kepada para pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah
dalam aspek sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, dapat memberikan
semangat dan memberikan aspirasi kepada warga sekolah agar terus
berusaha untuk berjaya.

4. Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan

Bagi memulakan majlis marilah kama-sama kita menadah tangan


bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Justeru itu majlis dengan hormatnya menjemput Saudara Muhammad
Raihan bin Azali Sham dari tingkatan 4UKM untuk memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan

 BACAAN DOA

Amin. Amin Ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan ribuan


terima kasih kepada Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

5. Ucapan Sidang hadirin sekalian,


pengetua
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Dipersilakan tuan pengetua.

Sebagai pembuka tirai majlis yang penuh bermakna bagi warga


DASERA pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha, Encik Jamri Bin Ahmad,
Pengetua Cemerlang SMK Dato’ Sedia Raja untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Sahsiah dan
Kokurikulum SMKDSR tahun 2018.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

 UCAPAN PENGETUA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berusaha, Encik Jamri Bin Ahmad, Pengetua
Cemerlang SMK Dato’ Sedia Raja atas ucapan perasmian sebentar
tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi dapat kita hayati.

6. Tayangan
Montaj Unit Seloka bukan sebarang seloka
Kokurikulum Seloka pantun kiasan diri
SMKDSR Majlis kini berehat seketika
Saksikan wadah istimewa ini

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Marilah sama-sama kita saksikan persembahan tayangan montaj dari
Unit Kokurikulum SMK Dato’ Sedia Raja.

Begitulah tadi tayangan montaj program-program unit sukan dan


kokurikulum SMKDSR bagi tahun 2018 yang telah disediakan oleh
Puan Raihan Najwa.

7. Penyampaian Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil dan anugerah
hadiah kepada para pelajar.
Program Pasca
Peperiksaan Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah program pasca PT3/
Peperiksaan Akhir Tahun anjuran bersama pihak Bimbingan Dan
Kaunseling SMKDSR.

Untuk itu majlis menjemput Yang Dihormati , Tn Hj Mohd Jaffri bin


Dahalan, Guru Penolong kanan Kokurikulum SMK Dato’ Sedia
Raja untuk menyampaikan hadiah.

PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAGI


UNIT KOKURIKULUM

1. Liga DASERA – diminta wakil setiap kumpulan tampil


kehadapan untuk menerima hadiah

i. Bola sepak

Tempat Pemenang
Johan
Naib Johan
Ketiga bersama

ii. Bola Jaring


Tempat Pemenang
Johan ATJ
Naib Johan Spirit Soul
Ketiga bersama Transformers
Halloween
Penyertaan Great Warrior
Army
Turtle
Good girl

iii. Petanque Kategori Lelaki


Tempat Pemenang
Johan The Best
Naib Johan Bocah PB
Ketiga bersama KUA FC

iv. Petanque Kategori Perempuan


Tempat Pemenang
Johan Breeze
Naib Johan Dinamo
Ketiga bersama Clorox

2. PROGRAM ENGLISH CARNIVAL


- Dijemput Saudari Aini Izzah Atikah binti Alwi sebagai wakil
fasilitator untuk menerima hadiah.
- Seterusnya, dijemput wakil dari setiap kumpulan untuk
menerima hamper.
i. Marvel’s Group
ii. Halloween’s Group
iii. Lanet’s Group

3. ANUGERAH KOKURIKULUM 2018


 Refer senarai penerima anugerah kokurikulum (2)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Tuan Hj Jaffri bin Dahalan atas penyampaian sijil dan
hadiah.

8. Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah-anugerah Khas


Anugerah khas Kokurikulum.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Jamri Bin


Ahmad, Pengetua Cemerlang SMK Dato’ Sedia Raja diiringi oleh
Tuan Hj Mohd Jaffri bin Dahalan untuk menyampaikan hadiah.
Majlis mempersilakan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS


 Refer senarai penerima anugerah (3)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih atas penyampaian sijil dan anugerah itu tadi. Tahniah dan syabas
kepada penerima anugerah. Semoga dengan kecemerlangan dalam
bidang kokurikulum seiring dengan kemerlangan dalam sahsiah dan
akademik pelajar.

9. Tayangan Hadirin sekalian,


montaj Unit
HEM Majlis diteruskan lagi dengan acara seterusnya iaitu tayangan montaj
bagi program dari unit Hal Ehwal Murid DASERA bagi tahun 2018
sebagai halwa mata dan telinga. Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman, montaj tersebut disediakan oleh Puan Syareena binti


Hasan.

10. Anugerah Unit Seterusnya acara pada pagi yang indah ini diteruskan lagi dengan
HEM penyampaian Anugerah Unit Hal Ehwal Murid.

Dengan ini majlis menjemput Encik A Rahman bin Ahmad, Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan hadiah dan
sijil. Majlis mempersilakan.

i. Anugerah kehadiran terbaik 100 % (4)


ii. Anugerah Amalan Baik (5)
iii. Anugerah Kelas-peratus kehadiran terbaik (6)
iv. Anugerah kelas terbersih (7)
 Kategori menengah atas
 Kategori menengah rendah
v. Guru tingkatan terbaik (8)
vi. Penilai muda (9)
vii. Pengawas (10)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Encik A Rahman bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian
hadiah dan sijil itu tadi.

11. Anugerah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Nilam Murid
NILAM, (Lima Bintang).
Pengawas PSS
Dengan ini majlis menjemput Tuan Haji Adnan bin Abd Rahman,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah dan
sijil. Majlis mempersilakan.

i. Penerima Anugerah Lima Bintang (11)


ii. Pengawas Pusat Sumber Cemerlang (12)
iii. Pengawas Nilam Pusat Sumber 2018 (13)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Tuan Haji Adnan bin Abd Rahman, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian
hadiah dan sijil itu tadi.

12. Anugerah Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian


Tokoh NILAM
guru Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah TOKOH NILAM
GURU 2018. Penerima anugerah akan menerima plak dan sijil sebagai
tanda penghargaan dari Pusat Sumber sekolah.

Dengan ini majlis dengan menjemput sekali lagi Yang Berusaha,


Encik Jamri Bin Ahmad, Pengetua Cemerlang SMK Dato’ Sedia
Raja untuk menyampaikan sijil dan anugerah. Dipersilakan.

i. TOKOH NILAM GURU 2018 (13)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang


Berusaha, Encik Jamri Bin Ahmad, Pengetua Cemerlang SMK
Dato’ Sedia Raja atas kesudian menyempurnakan upacara
penyampaian sijil graduasi itu tadi.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil


dan anugerah kecemerlangan
Sahsiah dan Kokurikulum bagi tahun 2018. Semoga apa yang dicapai
hari ini menjadi pemangkin kejayaanuntuk diri sendiri dan juga kepada
orang lain khususnya.

13. PENUTUP Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan ini selesailah sudah Majlis Anugerah Sahsiah dan Kokurikulum


bagi sesi 2018.

Andai tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit,


Jadilah belukar di bawah lembah .
Andai tak dapat menjadi belukar selingkar, jadilah rumput sederet.
Andai tak dapat menjadi sepat, jadilah seluang yang lincah.
Andai tak bisa menjadi matahari, jadilah sebutir bintang.
Tidak semua boleh menjadi nakhoda, sesetengah perlu berbaju kelasi.
Besar bukan ukuran, kecil bukan perhitungan….
kerana kejayaan datang dengan perjuangan dan pengorbanan.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati,

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran,


kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian,  wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum...

Anda mungkin juga menyukai