Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS ASPIRASI AKADEMIK PT3 2016

TARIKH : 17 JAN 2017


HARI : ISNIN
MASA : 900 PAGI
PENGACARA MAJLIS: SIRIS (MF) SIRSYAM (SI)

CUE TEKS CATATAN

PENGUMUMAN/ Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja NA


ARAHAN lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat
duduk. Saya akan umumkan etika yang harus dipatuhi
bagi kelancaran majlis.

1. 1. Sila pastikan hand phone berada dalam mod senyap atau


tidak diaktifkan
2. 2. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu
kehormat diumumkan.
3. 3. Berdiri semasa nyanyian lagu patriotik
4. 4. Menghormati bacaan doa
5. 5. Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6. 6. Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat
duduk.
7. 7. Tidak membuat bising sehingga mengganggu kelancaran
acara.
8. 8. Hadirin diminta agar terus berada dalam dewan
sehingga tetamu kehormat meninggalkan majlis.

Terima kasih

PERARAKAN MASUK Mengumumkan perarakan masuk para penerima anugerah MF


1. PENERIMA Majlis Apresiasi Akademik PT3 2016 muzik
ANUGERAH gamelan/CD
Seterusnya perarakan masuk barisan guru-guru, tonggak SI
2. GURU-GURU wawasan PT 3, SMK Ismail Petra, SKK
PMR
Mengumumkan Perarakan masuk Yang Berbahagia Datuk MF
3. KETIBAAN Hj Mohd Rozali Bin lsohak, Yang Dipertua PIBG Smk
TETAMU DAN Ismail Petra dan dif-dif jemputan dengan diiringi Puan
VIP Pengetua dan barisan pentadbir SMK Ismail Petra ke
dalam dewan

LAGU PATRIOTIK Hadirin diminta agar terus berdiri untuk menyanyikan SI


lagu Negaraku Iringan CD

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin dan


dipersilakan mengambil tempat masing-masing
BACAAN DOA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha MF
Penyayang, marilah kita sama-sama memohon taufik dan
hidayah sempena majlis anugerah kecemerlangan ini.

Majlis mempersilakan Ustaz Saidi B Ibrahim untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al


fadhil Ustaz di atas bacaan doa itu tadi.

SI

PROTOKOL Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia MF

1. Yang Berbahagia Datuk Hj Mohd Rozali Bin MF


lsohak,
2. Yang Dipertua PIBG Smk Ismail Petra.
3.
4. Yang Berusaha Pn Hjh Faridah Bt Mohamad,
5. Pengetua Sek. Men. Keb Ismail Petra SI

6. Yg Brs En Nordin b Hassan


7. Penolong Kanan Pentadbiran
8.
9. Yg Brs En Mohd Sukri B Abu Bakar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

10. Yg Brs En Wan Huzaimi B Wan Ahmed


11. Penolong Kanan Kokurikuium
12.
13. Yang Berusaha Tn Hi Ariff Bin Osman
14. Penolong Kanan Tingkatan 6,
15.
16. Yang Berusaha Pn Wan Jah Wan Yusoff,
17. Penolong Kanan Pendidikan Khas,
18.
19. Yang Berusaha guru-guru kanan, guru-guru
cemerlang, kaunselor , para pendita ilmu, Yang
dihormati AJK PIBG, Ahli jawatankuasa kerja,
para ibu bapa, seterusnya yang diraikan para
penerima Anugerah Apresiasi Akademik PT3 2016
dan para pelajar yang dikasihi.

ALUAN PENGACARA Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi MF


kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama sekali
lagi dalam Majlis Apresiasi Akademik PT3 2016.
Pihak majlis mengalu-alukan para hadirin serta para
penerima anugerah ke majlis ini. Seangkasa terima kasih
buat tetamu kehormat kita yang sudi melapangkan masa
bersama-sama meskipun ada tugasan lain yang
memerlukan perhatian beliau.

SI
UCAPAN PENGETUA Sidang hadirin,

Tirai ucapan pagi ini dibuka dan dimulakan dengan


ucapan alu-aluan Puan Pengetua SMK Ismail Petra.

Tanpa melengahkan masa, sekarang majlis mempersilakan


Yang Berusaha Puan Hjh Faridah Bt Mohamad untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan

Ucapan berbudi terima kasih atas ucapan sebentar tadi. MF

UCAPAN PERASMI Kini tibalah acara yang dinantikan iaitu ucaptama MF


daripada tetamu kehormat. Maka majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Hj Mohd
Rozali Bin lsohak, Yang Dipertua PIBG Smk Ismail Petra
untuk menyampaikan ucaptama dan seterusnya
merasmikan Majlis Apresiasi Akademik PT3 2016..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dengan hormatnya menjemput Pn Pengetua untuk SI


mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Hj
Mohd Rozali Bin lsohak, Yang Dipertua PIBG Smk Ismail
Petra untuk membuat paluan gong sebanyak 3 kali sebagai
manifestasi bermulanya Majlis Apresiasi Akademik PT3
2016.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


MF
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datuk Hj Mohd Rozali Bin lsohak, Yang
Dipertua PIBG Smk Ismail Petra atas penyempurnaan
paluan gong itu tadi.

Semurni kata terima kasih kami ucapkan.

ANUGERAH PELAJAR Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu upacara MF


penyampaian Anugerah Apresiasi kepada calon-calon
cemerlang dalam peperiksaan PT3 2016. Rujuk
senarai jika
Penyampaian anugerah ini akan dimulakan dengan ada
Anugerah Prestasi Terpuji PT3 2016, Anugerah Akademik perubahan
Terbilang
Muzik
Bagi menyempurnakan majlis dengan segala hormatnya gamelan/CD
dijemput dan dipersilakan Ybrs Pn Pengetua Puan Hjh
Faridah Bt Mohamad untuk mengiringi Yang Berbahagia
Datuk Hj Mohd Rozali Bin lsohak, Yang Dipertua PIBG
Smk Ismail Petra, untuk menyampaikan anugerah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Penerima-penerima Anugerah Prestasi Terpuji PT3 2016,


Anugerah Akademik Terbilang SI
(rujuk nama pelajar diiringi muzik gamelan sepanjang
acara ini.

Penerima-penerima Anugerah Prestasi Terpuji PT3 2016, MF


Anugerah Akademik Cemerlang.
(refer list nama pelajar diiringi muzik gamelan
sepanjang acara ini.
SI
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Datuk Hj Mohd Rozali Bin lsohak,
Yang Dipertua PIBG Smk Ismail Petra, atas
penyempurnaan majlis penyampaian anugerah itu tadi.

ANUGERAH PELAJAR Ahli setia warga dewan, SI


TERBAIK
Dan kini tiba kepada kemuncak acara penyampaian
Anugerah Khas Akademik Terbilang PMR. Anugerah ini
diberi kepada pelajar paling cemerlang bukan sahaja
pencapaian akademik malahan dari sudut kepimpinan,
kokurikulum dan sahsiah diri.

Untuk menyempurnakan majlis, sekali lagi majlis SI


mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Hj Mohd Rozali
Bin lsohak, Yang Dipertua PIBG Smk Ismail Petra diiringi
Yang Berusaha Puan Pengetua untuk menyampaikan
ANUGERAH TOKOH PELAJAR PT3 2016.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dengan sebulat suara dan sukacita


menganugerahkan ANUGERAH TOKOH PELAJAR MF
2016 kepada saudari
______________________________________________

Dijemput saudari ________________________________


untuk menerima Anugerah Khas ini.

Dipersilakan Yang Berbahagia Datuk Hj Mohd Rozali Bin


lsohak, untuk menyarungkan selendang terlebih dahulu.

Dijemput dan dipersilakan ibubapa atau penjaga


______________________________________________
_ naik ke pentas untuk sama-sama menerima Anugerah
Khas ini. SI

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Diminta kekal sementara berada diatas pentas untuk sesi


ringkas fotografi.

Tahniah diucapkan buat saudari


_________________________________ dan syabas
sekali lagi buat ibubapa beliau diatas bimbingan dan
kejayaan anak beliau ini.

PENYAMPAIAN Sebagai tanda ingatan yang berkekalan, Majlis MF


CENDERAHATI mempersilakan Puan Pengetua untuk menitipkan cendera
kenangan kepada tetamu kehormat. Dipersilakan

1. Yang Berbahagia Datuk Hj Mohd Rozali Bin


lsohak,
2. Yang Dipertua PIBG Smk Ismail Petra.
3.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepda Puan
Pengetua atas penyempurnaan majlis sebentar tadi.

UCAPAN AKHIRAN Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima


anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk
kita semua untuk terus cemerlang dalam bidang masing-
masing.
SI
Buat pelajar yang menyaksikan majlis penganugerahan
ini, jadikanlah majlis ini sebagai pencetus kegemilangan
akademik pada hari muka.

Muzik
JAMUAN Sebelum kita akhiri majlis kita pada hari ini, saya gamelan /
mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis CD
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan
sepanjang berlangsungnya majlis ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi


hadir memeriahkan majlis. Sebelum berpisah, terimalah
serangkap pantun daripada kami
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Dengan ini, majlis memepersilakan puan pengetua


menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Hj
Mohd Rozali Bin lsohak, Yang Dipertua PIBG Smk Ismail
Petra dan dif-dif jemputan beserta barisan pentadbir untuk
perarakan keluar. Dan seterusnya ke
_____________________________________ untuk
santapan tengahari.

Mengumumkan tetamu kehormat meninggalkan majlis .

Diminta pada hadirin dan hadirat untuk berdiri.

Mengumumkan perarakan keluar guru-guru, tonggak


wawasan PT3, keluar dewan.

Penerima-penerima anugerah diminta berada di dalam


dewan untuk sesi fotografi.

Para hadirin, ibubapa dipersilakan untuk menjamu selera


di lobi dewan.

SEKIAN WABILLAHITAUFIK
WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WTH DAN
SALAM PERPADUAN.

Anda mungkin juga menyukai