Anda di halaman 1dari 12

PENGUMUMAN Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1Malaysia.

HAKIMAH
Selamat datang ke Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 11(3) yang gemilang ini untuk Majlis Hari Graduasi
Pra Sekolah 2017.
Berikut ada beberapa pengumuman untuk perhatian
kita bersama.

1. Para hadirin diingatkan untuk berdiri sejurus


pengumuman perarakan masuk tetamu kehormat ke
dalam dewan.
2. Hadirin juga diminta untuk senyap ketika majlis
berlangsung dan kekal di tempat duduk sehingga majlis
tamat.
3. Sekiranya Tuan Puan ingin mengambil gambar, bolehlah
berbuat demikian dari tempat duduk masing-masing
sahaja.
4. Kerjasama hadirin untuk menetapkan telefon bimbit
masing-masing kepada mud senyap adalah amat dihargai.
5. Pihak urus setia juga memohon agar kanak-kanak bukan
graduan dapat dikawal tingkah lakunya agar tidak
mengganggu majlis.
6. Ingatan mesra, setibanya tetamu kehormat di dalam
dewan, majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku dan lagu Sekolah. Justeru, hadirin diminta
untuk kekal berdiri sehingga kedua-dua lagu tamat
dinyanyikan.

Terima kasih atas perhatian Tuan-tuan dan Puan-puan.


PERARAKAN Para hadirin dipohon untuk berdiri.
MASUK Mengumumkan perarakan masuk para graduan, tetamu
HAKIMAH kehormat Yang Berusaha Puan Rohana binti Che Hassan
MUMTAZ Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(3) diiringi oleh barisan
SYED tetamu jemputan, para pentadbir dan guru-guru Prasekolah.

1
LAGU Hadirin yang dimuliakan,
NEGARAKU & Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
SEKOLAH sekolah. Untuk itu, para hadirin dipohon berdiri.
NAZILA -Nyanyian Lagu Negaraku & Sekolah-
MUMTAZ Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.
JUNAID

SALUTASI
SYED 1. Yang dihormati En.Norizan bin Naaim
Pegawai jabatan bahagian

2. Yang Berusaha Puan Rohana binti Che Hassan


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)

3. Yang Dihormati Encik Ahmad Iznan bin Yusoff


Pengerusi Pewaris Prasekolah 2017 SK Putrajaya Presint
11(3)

4. Yang Dihormati Encik Hipni Bin Mohd Moktar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)

5. Yang Dihormati Puan Hasiah bt Saad


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)

6. Yang Dihormati Puan Nurul Hidaya binti Miswan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)

Jawatankuasa Pelaksana Hari Graduasi Prasekolah 2017


Guru-guru, para ibu bapa dan waris
Serta graduan Pra Sekolah yang diraikan.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam kecemerlangan.

2
ALU-ALUAN Sirih berlipat sirih pinang
PENGACARA Sirih dari Pulau Mutiara
MAJLIS Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
HAKIMAH
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi hadir ke majlis merai.

Selamat datang ke Majlis Graduasi Prasekolah SK Putrajaya


Presint 11(3) 2017. Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian
dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana atas keizinan dan
rahmat-Nya, dapatlah kita bersama-sama berada di dalam
Dewan ini untuk meraikan tamatnya pengajian pra sekolah bagi
murid-murid pra sekolah dalam majlis yang indah ini.

Hadirin sekalian,
Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-
murid pra sekolah yang bakal menamatkan zaman persekolahan
pra sekolah mereka di SK Putrajaya Presint 11(3) yang kini
menghitung hari.

BACAAN DOA Tetak buluh panjang suluh


HAKIMAH Mari jolok sarang penyengat
SYED
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat.

Hadirin yang dirahmati Allah s.w.t.,


Bagi memartabatkan keberkatan majlis, majlis menjemput al-
Fadhil Ustaz Mohd faizal Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
3
-Bacaan Doa-
Amin ya Rabbal ‘alamin. Terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz
Mohd faizal Bin Ibrahim atas pimpinan doa itu tadi.

UCAPAN Molek bersinar cincin permata,


ALU-ALUAN Silau pandangan cahaya malam;
GURU BESAR Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.
HAKIMAH
MUMTAZ
Hadirin yang dikasihi,
Seterusnya adalah ucapan alu-aluan.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Rohana


Binti Che Hassan guru besar SK putrajaya present 11/3 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
-Ucapan Alu-Aluan-
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Pn Rohana Binti Che Hassan guru besar SK putrajaya
present 11/3 atas ucapan alu-aluan itu tadi.

UCAPAN Duduk bertimpuh gadis jelita,


PERASMIAN Buat Santapan kesatria pertiwi,
YANG Tampillah Tuan kami meminta,
Hulurkan madah kata perasmi.
BERHORMAT
HAKIMAH Hadirin sekalian,
SYED Seterusnya adalah ucapan perasmian.

Untuk itu, majlis dengan setulus takzim mempersilakan Yang


Dihormati Encik Norizan Bin Naaim untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Prasekolah
2017. Dengan penuh takzim, dipersilakan.
-Ucapan Perasmian-

4
BUNGA SELASIH BUNGA IDAMAN
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN MU TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN

MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI –


TINGGI UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA YANG DIHORMATI
ENCIK NORIZAN BIN NAAIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN
UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI
PRASEKOLAH 2017

Terima kasih diucapkan.

PERSEMBAHAN Dari kedah ke bandar Perlis,


ACTION Singgah bersantai di tepi jeti,
SONG Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
HAKIMAH Semoga hadirin terhibur di hati.
MUMTAZ
Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi kita bakal menyaksikan persembahan pembukaan
Action Song daripada murid-murid Tahap 1. Kumpulan ini
dibimbing oleh Pn. Rosnilaila bt Ahmad Nawi dan Pn. Nadia bt
Marjan.

-Persembahan Action Song

Terima kasih atas persembahan yang cukup bersemangat itu


tadi.

TAYANGAN Hadirin sekalian,


VIDEO AKTIVITI Seterusnya, marilah kita sama-sama saksikan Tayangan video
PRASEKOLAH Aktiviti Prasekolah sepanjang tahun 2017 yang telah disediakan
oleh Jawatankuasa Multimedia. Untuk itu majlis
HAKIMAH
mempersembahkan.
SYED
-Persembahan Video-

5
Terima kasih atas tayangan Video itu sebentar tadi. Video ini
telah disediakan khas oleh Yang Dihormati Encik Mohd Najmi
bin Yusuff.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dikasihi,


SIJIL KELAS PRA Majlis pada pagi ini akan diteruskan dengan penyampaian Sijil
AL-HAKAM Graduasi untuk Kelas Pra Al-Hakam.
NAZILA

Bagi menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya


menjemput Yang Dihormati Puan Nurul Hidaya bt Miswan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Putrajaya Presint 11(3)
diiringi oleh Yang Dihormati Puan Hashimah bt Ramelan
Guru Bimbingan dan kaunseling SK Putrajaya Presint 11(3)
Untuk menyampaikan Sijil Graduasi kepada para graduan.
Dipersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan Guru Kelas Pra Al-Hakam,


Yang Dihormati Puan Maisarah bt Ismail untuk mengumumkan
senarai nama graduan. Dipersilakan.
-Penyampaian Sijil-
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Dihormati Puan Nurul Hidaya bt Miswan atas kesudian
menyampaikan Sijil Graduasi sebentar tadi. Majlis turut
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati
Puan Maisarah bt Ismail.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


SENAM TARI Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan persembahan
MUMTAZ Senam Tari oleh anak-anak cilik pra Al-Halim. Senam tari ini
SYED telah dibimbing oleh Puan Hanifa bt Amiruddin dan dibantu
oleh Puan Siti Musawirah bt Sheikh Ghadzi. Untuk itu, majlis
mempersilakan.
-Persembahan Senam Tari -

6
Terima kasih anak-anak pra Al-Halim atas persembahan yang
cukup istimewa itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dimuliakan,


SIJIL PRA AL- Majlis kini diteruskan pula dengan penyampaian Sijil Graduasi
HAFIZ kepada murid-murid Pra Al-Hafiz.
SYED
Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Rohana
Binti Che Hassan Guru Besar SK Putrajaya
Presint 11(3) diiringi oleh Yang Dihormati Puan Hasiah bt
Saad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Putrajaya
Presint 11(3) bagi menyempurnakan upacara ini. Dengan
Setulus kasih, majlis mempersilakan.

Seterusnya dipersilakan Guru Kelas Pra Al-Hafiz, Yang Dihormati


Puan Faradila bt Ahmad untuk mengumumkan senarai nama
graduan. Dipersilakan.
- Penyampaian Sijil -
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Puan Rohana Binti Che Hassan atas kesudian
Menyampaikan Sijil Graduasi sebentar tadi. Majlis turut
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan
Faradila bt Ahmad.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


PERGERAKAN Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Pergerakan Kreatif
KREATIF oleh anak-anak cilik pra Al-Hakim yang dibimbing oleh Puan
HAKIMAH Rosalini bt Zawawi dan dibantu oleh __________________
SYED Untuk itu, majlis mempersilakan.
-Persembahan Pergerakan Kreatif-
Terima kasih anak-anak pra Al-Hakim atas persembahan yang
hebat itu tadi.

7
PENYAMPAIAN Hadirin yang dimuliakan,
SIJIL PRA AL- Majlis kini diteruskan pula dengan penyampaian Sijil Graduasi
HALIM kepada Pra Al-Halim.
MUMTAZ
Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha Puan Rohana Binti
Che Hassan Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(3) diiringi oleh
Yang Dihormati Cik Norhashimah bt Ramelan bagi
menyempurnakan upacara ini. Dengan setulus
kasih, majlis mempersilakan.

Seterusnya dipersilakan Guru Kelas Pra Al-Halim, Yang


Dihormati Puan Hanifa bt Amiruddin untuk mengumumkan
senarai nama graduan. Dipersilakan.
- Penyampaian Sijil -
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
Puan Rohana Binti Che Hassan dan Cik Norhashimah bt
Ramelan atas kesudianmenyampaikan Sijil Graduasi
sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Dihormati Puan Hanifa bt Amiruddin.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


PERGERAKAN Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pergerakan kreatif
KREATIF oleh anak-anak cilik pra Al-Hakam. Persembahan ini telah
HAKIMAH dibimbing oleh Puan Maisarah bt Ismail dan dibantu oleh Puan
SYED Aminah bt Ismail. Untuk itu, majlis mempersilakan.
-Persembahan Pergerakan Kreatif-
Terima kasih anak-anak pra Al-Hakam atas persembahan yang
hebat itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dimuliakan,


SIJIL Pra Al- Majlis kini diteruskan pula dengan penyampaian Sijil Graduasi
Hakim kepada murid-murid Pra Al-Hakim.
SYED
8
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Rohana
Binti Che Hassan diiringi oleh _____________________ bagi
menyempurnakan upacara ini. Dengan setulus kasih, majlis
mempersilakan.

Seterusnya dipersilakan Guru Kelas Pra Al-Hakim, Yang


Dihormati Puan Rosalini bt Zawawi untuk mengumumkan
senarai nama graduan.
-Penyampaian Sijil-
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
Puan Rohana Binti Che Hassan dan _____________________
atas kesudian menyampaikan Sijil Graduasi sebentar tadi. Majlis
turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati
Puan Rosalni bt Zawawi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,


BORIA DAN Sebentar lagi kita bakal menyaksikan persembahan Boria dan
JOGET Jogetoleh murid-murid Pra Al-Hafiz. Tarian Joget ini telah
SYED dibimbing oleh Puan Farahdila bt Ahmad dan dibantu oleh Puan
MUMTAZ Ruzaimah bt Zakaria. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-Persembahan Tarian Joget Melayu-
Terima kasih murid-murid Pra Al-Hafiz atas persembahan yang
cukup hebat itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dimuliakan,


ANUGERAH Sebagai kemuncak acara pada hari ini, sebentar lagi akan
diumumkan senarai penerima Anugerah Kecemerlangan
KHAS
Terbaik mengikut kelas, Anugerah Kehadiran Terbaik mengikut
BM kelas dan dua orang graduan yang diraikan ini akan dinobatkan
sebagai Tokoh Prasekolah 2017.

Untuk menyempurnakan adat penganugerahan ini, majlis


dengan takzimnya menjemput Yang Dihormati Encik Norizan
Bin Naaim diiringi oleh Encik Hipni Bin Mohd Moktar bagi
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
9
(Rujuk Senarai)

Warga dewan sekalian,

Saban tahun sekolah menyediakan anugerah khasTokoh


Prasekolah untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada
semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk
menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk
mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Majlis
diteruskan dengan penyampaian anugerah khas Tokoh
Prasekolah 2016.

1. Anugerah Khas Tokoh Prasekolah 2017


Ketika fajar mula menyingsing pada tanggal 30 September 2010,
melakar satu lagi sejarah buat pasangan bahagia, Encik Ahmad
Nabil bin Ab Rahim yang bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di
Agensi Nuklear Malaysia dan Puan Nur Hidayah bt Ahmad
sebagai guru atas kelahiran anak sulong mereka. Kehadiran
puteri ini, disambut dengan senyuman penuh kegembiraan.
Puteri daripada dua orang adik beradik ini dibesarkan dengan
penuh kasih sayang dan perhatian. Benarlah kata
punjangga, “benih yang baik jatuh ke laut menjadi sebuah
pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon nan rendang”. Kejayaan
akademiknya sentiasa konsisten sejak awal tahun. Menyimpan
impian yang besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi seorang
doKtor pakar. Beliau merupakan seorang yang pendiam. Namun
kata orang diam-diam ubi, lama-lama berisi.
Mempunyai daya kepimpinan yang istimewa dan beliau seorang
yang sangat aktif. Telah menyertai Pertandingan Nasyid
sempena Karnival Nasyid ceria Peringkat Wilayah Persekutuan
Putrajaya.

Maka dengan ini diumumkan DHIEA KHALISYA BINTI


SYAREELuntuk menerima Anugerah Khas Tokoh Prasekolah
Tahun 2017. Dipersilakan.

10
2. Anugerah Khas Tokoh Prasekolah 2017

Dilahirkan pada tanggal 9 Mac 2010 di Hospital Putrajaya.


Murid ini ialah anak bongsu kepada pasangan Tengku Ahmad
Afzanizam bin Tengku Mohd Nor dan Puan Nor Hasniza bt
Yusof. Seorang anak yang baik dan taat kepada kedua ibu
bapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan
sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda
lagi. Hobi di masa lapang ialah bermain bola sepak dan bercita-
cita ingin menjadi seorang juruterbang yang berjaya.
Mempunyai prinsip hidup ‘menggembirakan ibu bapa dan
keluarga’.
Dalam setiap peperiksaan dan ujian sekolah, beliau sentiasa
mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran .
Selain cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga bergiat
aktif dan menyertai pelbagai aktiviti, antaranya

1. Menyertai Pertandingan Futsal antara rumah sukan


mewakili rumah Merah sempena Sukaneka Prasekolah.

2. Mewakili pasukan Futsal Prasekolah sempena Hari Sukan


Negara dan mendapat Naib Johan peringkat Kebangsaan.

Maka dengan ini diumumkan ARIF IMRAN BIN MOHD HAFIZ


untuk menerima Anugerah Khas Tokoh Prasekolah SK
Putrajaya Presint 11(3) 2017. Tahniah kami ucapkan.

Majlis merakam terima kasih kepada ENCIK NORIZAN BIN


NAAIM dan ENCIK HIPNI BIN MOHD MOKHTAR bagi
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


PENUTUP Sebelum mengakhiri majlis pada hari ini, marilah kita sama-
SYED sama saksikan Persembahan Penutup oleh Nur Hanis dari kelas
4 dedikasi dengan lagunya helang . Untuk itu majlis
MUMTAZ
mempersilakan.

11
-Persembahan Penutup-

Terima kasih atas persembahan yang cukup hebat itu tadi.

PENGHARGAAN Kalau ada jarum yang patah


HAKIMAH Banyak kain tidak berjahit
MUMTAZ Kalau ada silap dan salah
SYED Jangan jadikan kenangan pahit

Hinggap di dahan si burung tempua,


Melihat si rusa di tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Lain masa bersua lagi.

Dengan ini selesailah sudah Majlis Hari Graduasi Pra Sekolah SK


Putrajaya Presint 11(3) 2017. Terima kasih diucapkan kepada
YANG DIHORMATI EN NORIZAN BIN NAAIM ,Yang Berusaha
Puan Rohana bt Che Hassan kerana sudi menyempurnakan
penganugerahan hadiah kecemerlangan kepada para graduan
yang diraikan.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan
majlis pada pagi ini.
Sekalung tahniah juga ditujukan kepada para graduan yang
telah berjaya mengungguli anugerah kecemerlangan.
PERARAKAN Tuan-tuan dan puan-puan,
KELUAR Mengumumkan perarakan keluar tetamu kehormat untuk
NAZILA meninggalkan majlis.
MUMTAZ Para hadirin dipohon berdiri.
SYED

12

Anda mungkin juga menyukai