Anda di halaman 1dari 5

TEKS MC BENGKEL PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN STANDARD 4 SK@S

DAN PROGRAM SEKOLAH CAKNA NAZIR ANJURAN JEMAAH NAZIR NEGERI


PULAU PINANG 2024

KETIBAAN TETAMU Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu


jemputan
Yang Berusaha En Muhammad Harun Bin Mohd
Salleh, Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang,
Yang Dihormati Dr Hasnoni Binti Hashim,
Timbalan Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang
Yang Berusaha, En Mat Saad bin Osman,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang
Perai Selatan Sektor Pengurusan Sekolah,
dan para tetamu jemputan.

KATA ALUAN Bismillahi rahmanirrahim,

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Terbang belatuk ke Kuala Perlis


Di tengah permatang mencari ikan
Kehadiran tetamu penyeri majlis
Selamat datang kami ucapkan

SENARAI PROTOKOL Yang Berusaha En Muhammad Harun Bin Mohd


Salleh, Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang,
Yang Dihormati Dr Hasnoni Binti Hashim,
Timbalan Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang
Yang Berusaha, En Mat Saad bin Osman,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang
Perai Selatan Sektor Pengurusan Sekolah,
Puan Rohayu Binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pulau Aman,
Barisan Pentadbir,
Rakan-rakan guru dan semua tetamu jemputan.

Pada pagi ini, majlis akan dimulakan dengan


Taklimat dan Bengkel PEMBELAJARAN
DAN PEMUDAHCARAAN STANDARD 4
SK@S.

Dengan ini, majlis berbesar hati menjemput


En. Helmy Irwan Bin Md Jusoh untuk
mengacarakan Taklimat dan Bengkel ini.
Dipersilakan.
DOA ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami
MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI
KESYUKURAN kehadrat Illahi kerana dengan
limpah dan izin- Nya jua, dapat kita
dipertemukan dan berkumpul pada hari ini
dalam Majlis Penyampaian Bantuan Sumbangan
oleh Badan Kebajikan Jemaah Nazir Negeri
Pulau Pinang.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,
majlis mempersilakan
En. Mohd Syazwan Bin Abdul Ghafar untuk
memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

- BACAAN DOA-

Terima kasih kepada En. Mohd Syazwan Bin


Abdul Ghafar atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi. Semoga dengan bacaan tadi,
diharapkan majlis ini mendapat rahmat dan
keberkatan daripada Allah S.W.T, Insha-Allah
UCAPAN GB Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan


daripada Guru Besar SK Pulau Aman. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Pn Rohayu binti Ibrahim Guru
Besar SK Pulau Aman untuk menyampaikan
ucapan alu-aluannya. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

-UCAPAN GB-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Pn Rohayu binti Ibrahim Guru Besar SK Pulau
Aman atas ucapan alu-aluannya sebentar tadi.
UCAPAN PPD Majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha, En Mat Saad bin
Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Seberang Perai Selatan Sektor Pengurusan
Sekolah untuk memberikan ucapan.

-UCAPAN PPDSPS-

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih


kepada Yang Berusaha En Mat Saad bin Osman
atas ucapan yang disampaikan.
UCAPAN KNNPP Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
Yang Berusaha Tuan jadi tumpuan
Persilakan tuan, memberi ucapan

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


menjemput Yang Berusaha En Muhammad
Harun Bin Mohd Salleh, Ketua Nazir Negeri
Pulau Pinang bagi menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

-UCAPAN KNNPP-

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih


kepada Yang Berusaha En Muhammad Harun
Bin Mohd Salleh atas ucapan beliau.
PENYAMPAIAN BANTUAN SUMBANGAN Hadirin yang dimuliakan,
MURID TAHUN 1-TAHUN 3
Majlis diteruskan lagi dengan pemberian
sumbangan _____________kepada 30 orang
murid Pulau Aman yang layak.

Oleh yang demikian, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, En Mat Saad bin Osman, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai
Selatan Sektor Pengurusan Sekolah bagi
penyerahan____________ dengan diiringi oleh
Yang Dihormati Dr Hasnoni Binti Hashim,
Timbalan Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang.
Majlis mempersilakan.

-TAHUN 1 HINGGA TAHUN 3-

Terima kasih diucapkan kepada En Mat Saad bin


Osman dan Dr Hasnoni Binti Hashim atas
penyerahan sumbangan sebentar tadi.
PENYAMPAIAN BANTUAN SUMBANGAN Bagi sesi penyampaian sumbangan berikutnya
MURID TAHUN 4-TAHUN 6 majlis menjemput Yang Berusaha En
Muhammad Harun Bin Mohd Salleh, Ketua
Nazir Negeri Pulau Pinang diiringi oleh Puan
Rohayu Binti Ibrahim, Guru Besar SK Pulau
Aman untuk ke pentas. Dipersilakan.

-TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6-

Terima kasih diucapkan kepada En Muhammad


Harun Bin Mohd Salleh dan Puan Rohayu Binti
Ibrahim atas penyampaian sumbangan itu tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Pn Rohayu binti Ibrahim, Guru
Besar SK Pulau Aman dengan diiringi oleh En.
Mohd Syazwan bin Abdul Ghafar Pen Kanan
Hal Ehwal Murid SK Pulau Aman utuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berusaha, En Mat Saad bin Osman, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai
Selatan Sektor Pengurusan Sekolah.
Dipersilakan.

Puan Rohayu dan En Mohd Syazwan Bin Abdul


Ghafar diminta kekal berada di atas pentas.

Seterusnya, majlis menjemput Ketua Nazir


Negeri PP, En. Muhammad Harun Bin Mohd
Salleh bagi menerima cenderahati daripada
pihak kami. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rohayu


Binti Ibrahim dan En Mohd Syazwan Bin Abdul
Ghafar atas penyampaian hadiah cenderahati itu
tadi.
PENUTUP Warga hadirin yang dirai,

Kita telah pun sampai ke penghujung majlis,


Oleh itu maaf jua dipinta atas sebarang
kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung. Kami memohon maaf sekiranya
ada kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai
makhluk Allah.
Majlis juga merakamkan penghargaan terima
kasih kepada Yang Berusaha En Muhammad
Harun Bin Mohd Salleh, Ketua Nazir Negeri
Pulau Pinang,
Yang Berusaha, En Mat Saad bin Osman,
Penolong Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat
Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan,
tetamu jemputan dan semua ibu bapa atas
kesudian hadir dan meluangkan masa dalam
Masjlis Sumbangan SK Pualau Aman sebentar
tadi,
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……
wassalamualaikum… Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai