Anda di halaman 1dari 3

Teks Program Sarana Ibu Bapa

Kelas Aliran Agama (KAA)

QUE CATATAN
 Pendaftaran Ibu Bapa Pendaftaran Ibu Bapa Pelajar Kelas Aliran Agama boleh
dilakukan di meja pendaftaran bersebelahan dengan
Dewan Bestari. Ibu bapa dipersilakan untuk mendaftar.
[ ulang suara ]

*mengumumkan ketibaan

Ceramah Hadirin sekalian, majlis dengan hormatnya mempersilakan


ibu bapa mengambil tempat di dewan bestari.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan


En Afandy bin Md. Nor, Penolong Pengarah Operasi
Bahasa Arab, JPNS untuk menyampaikan caramah beliau
yang bertajuk ‘Mendidik Cara Rasulullah’. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Afandy bin Md. Nor,


Penolong Pengarah Bahasa Arab, JPNS atas ceramah
sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN Melati kuntum tumbuh melata,


PENGERUSI MAJLIS Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Yang Berusaha, Tuan Haji Ramli bin Othman, Pengetua


SMK Dato’ Haji Mohd Redza
Yang Berbahagia, En Afandy b Md Nor
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab, JPNS
Yang Berbahagia, Tuan Hj Mohd Rofik bin Yusof, YDP
PIBG SMKDHMR
Yang Berusaha En Awaludin bin Abu Hassan, Penolong
Kanan Akademik
Yang Berusaha, En Mohd Isa bin Noh, Penolong Kanan
HEM
Yang Berusaha, Pn Elina bt Mahammad, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Barisan Ketua Bidang, guru bimbingan dan kaunseling,
guru-guru, para ibu bapa serta anak-anak pelajar yang
dikasihi sekalian,
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah


kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-
sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi
menyempurnakan Program Sarana Ibu bapa Pelajar Kelas
Aliran Agama SMK Dato’ Haji Mohd Redza 2017.
Untuk pengetahuan hadirin program sarana ibu bapa
adalah penting dalam memastikan para ibu bapa menyedari
tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama para guru
bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid. Hal
ini kerana persekitaran sekolah yang kondusif amat perlu
dalam menjamin kejayaan sseseorang murid. Oleh itu
pihak sekolah amat mengalu-alukan peranan ibu bapa
dalam setiap aktiviti yang diadakan untuk manfaat semua. .

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Bacaan Doa Untuk memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan AL


Fadil Ustaz Mohd Syafie bin Mohd Zain umtuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil ustaz


atas bacaan doa sebentar tadi.

Tayangan Video seterusnya marilah sama-sama kita menyaksikan bingkisan


yang telah disediakan khas buat tatapan semua.
Dipersilakan.
Ucapan Tuan Pengetua
Hadirin sekalian, kesinambungan majlis diteruskan dengan
menjemput Yang Berusaha, Tn Hj Ramli bin Othman,
Pengetua SMK Dato’ Hj Mohd Redza untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha,


Tuan Hj Ramli bin Othman, Pengetua SMK Dato’ Hj
Mohd Redza atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan YDP Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan
Hj Mohd Rofik bin Yusoff, YDP PIBG SMK Dato’ Hj
Mohd Redza untuk emnyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kpd Yang berbahagia


Tuan Hj Mohd Rofik bin Yusoff atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Perlantikan AJK Sarana Ibu Kini, tibalah masa yang dinanti2 kita semua iaitu sesi
Bapa Perlantikan AJK Sarana Ibu Bapa Pelajar Kelas Aliran
Agama sesi 2017.

Lawatan ke Kelas KAA

Anda mungkin juga menyukai