Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS DIALOG BERSAMA WARIS/ IBUBAPA TINGKATAN 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKULA JAYA


17 Sept 2021; Google Meet, Kediaman Masing2

CUE ANN
Salutasi
Bismillahir rahmanir rahim,

‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Dimulakan dengan lafaz segala puji bagi Allah, raja segala raja yang mentadbir sekalian
alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw….

Tuan2 dan Puan yang dirahmati Allah sekalian


Selamat datang diucapkan kepada barisan tertinggi

Yang Berusaha, Pn Nor Zamzila bt Ahmad@Ibrahim, Pengetua SMK PJaya


Yang Berusaha,Ustaz Ismail bin Ahmad, PK Pentadbiran SMK Pekula Jaya
Yang Berusaha, Puan Hajjah Che Faridah bt Abd Halim, PK HEM SMK P. Jaya
Yang Berusaha, En Mahiyidin bin Mat , PK Kokurikulum SMK PJaya

Barisan Guru Kanan Bidang, Barisan Kaunselor sekolah, guru-guru subjek T5 warga
pendidik SMK Pekula Jaya, yang dikasihi lagi dihormati para waris/ ibubapa pelajar
Tingkatan 5 tahun 2021, seterusnya tuan2 dan Puan2, hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.

Aluan Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin serta limpah
Pengerusi rahmatnya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam majlis sempena DIALOG
Majlis BERSAMA WARIS/ IBUBAPA PELAJAR TINGKATAN 5 yang dijalankan melalui
plantar media social, google meet pada malam ini. Bagi pihak penganjur, Ahli Jawatan
Kuasa Penyelaras Program Unit Bimbingan dan Kaunseling, saya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian atas kesudian untuk sama-sama memeriahkan majlis pada malam yang berbahagia
ini.

Juga untuk makluman semua, ketika ini juga berlangsungnya Teknik menjawab Bahasa
Inggeris untuk anak2 pelajar Tingkatan 5.

Bacaan Doa Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Memulakan atur cara majlis dan bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita
bersama-sama menadah tangan dan mengaminkan lafaz doa yang akan disempurnakan oleh
Alfadhil Ustaz Affan bin Othman. Majlis mempersilakan.
1
********************************** usai bacaan doa
****************************

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Alfadhil
Ustaz Affan bin Othman atas kelangsungan menzahirkan doa sebentar tadi. Semoga
dengan kalimah doa ini, kita mengharapkan agar majlis kita pada permulaannya penuh
dengan keberkataan, pertengahannya satu keuntungan dan persuraian selepas ini, satu
persuraian yang terpuji dan terpelihara.

Ucapan aluan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tuan Pengetua
Dialog Bersama waris seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara
takwim sekolah. Sesungguhnya ia bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama antara
pihak sekolah dengan waris pelajar, malahan turut juga dapat mengetengahkan segala
pandangan waimma idea bernas daripada warga sekolah mahupun para ibubapa sekalian.

Justeru, menjadi harapan kami warga poendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu
pencapaian anak-anak kita khususnya dalam SPM 2021 nanti. Insyaallah....

Hadirin yang dihormati sekalian

Adat Bahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka persada ucapan dan bicara pada malam ini, majlis dengan penuh takzim
dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Nor zamzila bt
Ahmad@Ibrahim, Pengetua SMK Pekula Jaya untuk menyampaikan ucapan…. Majlis
mempersilakan...

***************************************usai ucapan**********************************

Majlis merakamkan sepenuh apreasasi dan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan, harapan dan penerangan beliau yang disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan Bicara Hadirin yang dihormati sekalian


Penolong
Kanan. Seterusnya majlis mengorak langkah, menerus agenda pada malam ini dengan bicara dan
laporan daripada Penolong-penolang kanan SMK Pekula Jaya. Memulakan bicara dan
laporan dipersilakan

Yang Berusaha, Ustaz Ismail bin Ahmad, PK Pentadbiran SMK Pekula Jaya untuk
menyampaikan bicara dan laporan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan….

2
Majlis mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha……………… atas bicara
dan laporan yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha……………………. , Penolong Kanan


…………….. untuk menyampaikan bicara dan laporan beliau. Majlis mempersilakan.

2. PN Hajjah Che Faridah bt Abd Halim


3. En Mahayidin bin Mat

Dialog Bersama Hadirin hadirat yang dihormati sekalian


Guru Adiwira
SPM Acara yang akan menyusul seterusnya adalah sesi dialog waris/ ibubapa bersama pihak
- Cemerlang sekolah. Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para waris/ ibu bapa juga guru-
kerja kursus guru adalah amat dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk kebaikan bersama, malah ianya juga
- Informasi tidak lain bermotifkan strategi peningkatan pencapaian akademik anak-anak menjelang SPM
guru kelas yang akan datang.... jadi untuk sesi ini, kita lebih kepada santai- santai…. Dan tidaklah
terlalu formal…

Mungkin saya mulakan dengan guru-guru subjek, untuk memaklumkan kerja kursus atau
mungkin ada mana-mana guru kelas yang ingin menyampaikan informasi berkaitan kelas
masing2 dipersilakan….

Mungkin ada mana2 waris yang ingin mencelah, bertanyakan soalan, berkongsi idea dan
pandangan juga dipersilakan…

Penutup Mudah2an perkongsian idea, cadangan dan pandangan pada malam ini menjadi titik tolak
kepada peningkatan pencapaian anak2 pelajar khususnya dalam SPM 2021 nanti.
Insyaallah…

Hadirin dan Hadirat Yang dihormati sekalian,

Sedar tak sedar, majlis kita pada malam ini telah tiba ke penghujungnya.

Sebelum majlis melabuhkan tirai…

Majlis sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua waris/ ibubapa
pelajar Tingkatan 5 serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian menjayakan majlis pada
malam ini.

Tiada ucapan seindah kemaafan;


Tiada kemaafan semurni keiklasan;
Tiada keikhlasan setulus kesyahduan.

Bagi pihak majlis saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara, sepanjang saya mengendalikan majlis pada malam ini.

Sekian. Sehingga kita berjumpa lagi….. Saya sudahi majlis ini dengan Wabilahitaufik
walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.
3
4

Anda mungkin juga menyukai