Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS PENUTUPAN IHYA’ RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN 2023

PENGACARA MAJLIS : UMI MARNISAH 4INO

BIL ATURCARA ANN CATATAN


1 Semua guru Dari Raub pergi ke Pontian,
dan murid Terus pula ke Kuala Perlis,
berkumpul Harap semua berikan perhatian,
di surau Mohon saya mulakan majlis.
2 Ucapan alu- Bismillahirrahmanirrahim..
aluan
Pengacara Yang berusaha, Puan Hanie binti Kumil,
Majlis pengetua SMK Tandek

Yang dihormati, Puan Dayang khursiah binti


Datu Kadir, Penolong Kanan Kurikulum,
ketua-ketua bidang, guru-guru dan rakan-
rakan pelajar sekalian.

Assalamualaikum wbt, dan salam


Ramadhan al-Kareem.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum ke


Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan dan
Khatam Al-Quran Sekolah Menengah
Kebangsaan Tandek bagi tahun 2023.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Hadirin yang dikasihi,

Bagi memulakan majlis pada pagi nan


indah ini marilah kita sama-sama berdiri
bagi mengalunkan asma ulhusna.
….…………………………………………….
Terima kasih atas alunan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk
3 10:00 pagi Hadirin yang dimuliakan, bagi memohon
keberkatan yang maha esa marilah sama-
Bacaan doa sama kita menadah tangan memohon
doa kepada illahi. Oleh itu majlis
mempersilakan ……………………….. bagi
memimpin bacaan doa.

*************
Terima kasih diucapkan kepada ……………..
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

4 10.05 pagi Hadirin yang dimuliakan Allah,


- Perarakan Seterusnya, Marilah sama-sama kita
peserta saksikan perarakan peserta khatam Al-
khatam Quran bagi tahun 2023 ke pentas khatam.
- Majlis ….…………………………………..
Khatam Majlis kita beranjak maju pada pagi yang
bermula berbahagia ini dengan Majlis Khatam Al-
Quran oleh pelajar-pelajar SMK Tandek.
Oleh itu, majlis menjemput
Nu haqim fikri untuk mengemudi bacaan
khatam Quran. Dengan ini majlis dengan
segala hormatnya menyerahkan majlis,
kepada saudara Nuhakim fiqri.

*******

Terima kasih diucapkan kepada saudara


nuhakim fikri atas pimpinan khatam alquran
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian


cenderahati kepada para peserta khatam
Alquran. Oleh itu majlis bebesar hati
menjemput ………………………………… bagi
menyampaikan cenderahati kepada para
peserta.

(ikut list nama)

Terima kasih kepada …………………. atas


kesudian menyampaikan cenderahati
sebentar tadi
5 Ucapan Terbang di awan burung jentayu,
pengetua Di atas dahan bunga amarilis;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan perasmi majlis.

Hadirin,
Tanpa membuang masa, majlis diteruskan
dengan ucapan Puan Hanie binti Kumil,
pengetua smk tandek, sekaligus
merasmikan Majlis Penutupan Ihya’
Ramadhan dan Khatam Al-Quran bagi
tahun 2023. Dipersilakan....

************************

Terima kasih atas ucapan perasmian itu


tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya marilah sama-sama kita
memberikan tumpuan kepada tayangan
video aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan sepanjang bulan ramadan.

Terima kasih atas tayangan video sebentar


tadi. Begitulah antara aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan, dan diharapkan semua
para pelajar dapat manfaat atas aktiviti-
aktiviti tersebut.
6 Penyampai Hadirin, kini tibalah masa yang dinanti-
an nantikan iaitu penyampaian sumbangan
sumbangan kepada para pelajar yang terpilih. Dengan
itu, majlis dengan berbesar hati sekali lagi
menjemput puan hanie binti kumil
pengetua smk tandek diiringi Ustazah Fatin
Anisah selaku pengarah program, untuk
menyampaikan sumbangan kepada para
pelajar. Dipersilakan.

1) Penyampaian sumbangan bakul


makanan kepada anak yatim dan miskin
2) Penyampaian duit raya kepada asnaf
************************
Terima kasih diucapkan kepada puan
pengetua atas kesudian menyampaikan
sumbangan itu tadi.

7 penutup. Hadirin, dengan berakhirnya sesi


penyampaian sumbangan itu tadi, maka
berakhirlah Majlis Penutupan Ihya’
Ramadhan dan Khatam Al-Quran SMK
TANDEK tahun 2023.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Dengan itu, saya juga ingin mengambil


kesempatan untuk mengucapkan selamat
hari raya aidilfitri kepada semua hadirin,
sekian, wabillahi taufiq wal hidayah
wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai