Anda di halaman 1dari 9

SAMBUTAN HARI RAYA SK LABUNG 2015

(1)

ALUAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha En Baharom Bin Mohammed, GB
SKLA,
Yang Berusaha, barisan guru penolong kanan, rakanrakan guru, para pelajar dan hadirin yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1
Labung.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya menyambut Hari Raya.
Kuih bahulu sudah tersedia
Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa
(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah
sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana
kita sama-sama dapat berkumpul pada hari ini untuk
meraikan majlis SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
peringkat sekolah bagi tahun 2015.

(4) DOAHadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Sambutan hari raya Aidilfitri ini dimulakan dengan bacaan
doa. Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mahmood
Bin Jusoh bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis kita diberkati oleh-Nya.
(5)UCAPAN GURU BESAR
Pulut dihidang enak rasanya,
lemang dan dodol pilihan kita,
Bingkisan kata ucapan raya,
Tuan guru besar bermula bicara.
Hadirin sekalian,
Majlis dengan hormatnya mempersilakan yang berusaha,
En Baharom Bin Mohammed, Guru Besar SK Labung
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
** Terima kasih tuan.
(6) UCAPAN KETUA MURID
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis menjemput Muhammad Afiq Aiman bin
Mohd Shukri, Ketua Pelajar SK Labung bagi
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
** Terima kasih Muhd Afiq Aiman atas ucapan sebentar
tadi.

(7) PERSEMBAHAN MURID


Hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagulagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.................
**{1}
Terima kasih diucapkan kepada
__________________________
{2}
Terima kasih diucapkan kepada
__________________________
atas persembahan yang menarik itu tadi.
(8) PERSEMBAHAN GURU
Hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama berhibur dengan alunan suara
lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh.................
**{1}
Terima kasih diucapkan kepada
__________________________
{2}
Terima kasih diucapkan kepada
__________________________

atas persembahan yang menarik itu tadi.


(9) PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian
hadiah bagi pertandingan ....................
Sehubungan itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati
En.

Baharom

Bin

Mohammed

(dengan

diiringi

___________________________________
(_____________________________)
menyampaikan hadiah.
Bagi acara ________________________
Dipersilakan:
1.
2.
3.
Seterusnya bagi acara ________________________
Dipersilakan:
1.

bagi

2.
3.
** Terima kasih tuan.

(10) PENYAMPAIAN DUIT RAYA


Seterusnya ialah acara penyampaian duit raya kepada
para

pelajar.

Oleh

itu,

dipersilakan

__________________________________
menyampaikannya. Dipersilakan.

** Terima kasih tuan.

(11) PENUTUP DAN JAMUAN


Hadirin sekalian,
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis
mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat

bagi

sekolah ini dengan meriahnya. Terima kasih juga


diucapkan kepada para pelajar atas kerjasama yang
diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Ketupat rendang sudah tersedia
Kuah kacang tidak dilupa
Hidangan tersedia di meja
Mari bersama menjamu selera.
Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk
menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya
Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2012


(1) ALUAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim

Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH

Yang Berusaha, Encik Mohd Naseer bin Zainol, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Puan Jamilaton Rabaiee binti Haris, Penolong Kanan Tingkatan 6.
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan
untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat
berkumpul di Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2012.
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan Ustaz \Mohd Saifuddin b Hassan bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil
ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung
diberkati oleh Yang Maha Agung.
(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En. Aminudin bin
Mustafa, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM
dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara
sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong
kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik
sebentar tadi.
(6) JAMUAN
Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera
Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.
Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada SITI ROHAYA bt Sabri Goh untuk meneruskan
acara.
[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.
{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{3}
[Che Faridah]
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang
menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk

mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai