Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS HARI KUALITI (HARI Q) SK OTHMAN SHAWAL 2013

Mengumumkan ketibaan, Tuan Hj. Rozamri bin Hj.Kambol YDP PIBG SK Othman Shawal diiringi Yang Berbahagia Datin Zunaidah Bt Md. Jani Guru Besar SK Othman Shawal dan barisan GPK SK Othman Shawal. Semua hadirin diminta berdiri.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita sama-sama memperdengarkan alunan surah ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim dalam majlis Khatam Al-Quran yang akan disempurnakan oleh murid-murid SK Othman Shawal. Marilah kita sama-sama menghayati. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *KHATAM AL-QURAN

Sadakallahulazim.....

Bismillahirrahmanirrahim... Yang Berusaha, Tuan Hj.Rozamri Bin Hj. Kambol, Yand Dipertua PIBG SK Othman Shawal Yang Berbahagia, Datin Zunaidah Binti Md.Jani, Guru Besar SK Othman Shawal Yang Dihormati,Barisan Kepimpinan Penolong Kanan : Pn.Sapiah Binti Salleh, GPK 1 SK Othman Shawal PN. Mislia Binti Ujang, GPK HEM SK Othman Shawal En.Mustapha Kamal Bin Abu Bakar, GPK KOKU SK Othhman Shawal Pn.Zainab Binti yang Chik, GPK Pend.Khas SK Othman Shawal Yang Dikasihi, Guru-guru dan staf sokongan seterusnya putera dan puteri SK Othman Shawal yang dirai pada hari ini sekalian Assalamualaikum w.b.t.., salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung,

Meraikan anak-anak penuh ceria Selamat datang ke : Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Othman Shawal bagi sesi 2013 Saya, Puan Saayah Bt Abdul bersama dengan En. Awaluddin B. Abd. Rahim akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.Insyaallah.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan tahun 2013. Pihak majlis mengalu-alukan para hadirin serta para penerima anugerah ke majlis ini. Seangkasa terima kasih buat tetamu kehormat kita yang sudi melapangkan masa bersamasama meskipun ada tugasan lain yang memerlukan perhatian beliau.

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa Hadirin yang dimuliakan, Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus Bin Al-Hassan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*Doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa sebentar tadi.

Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah puan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Untuk tidak melengahkan masa lagi majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Datin Zunaidah Binti Md.Jani, Guru besar SK Othman Shawal, untuk menyampaikan ucapan aluannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*(ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Guru besar sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tuan Hj. Rozamri Bin HJ.Kambol untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Othman Shawal bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*(ucapan perasmian YDP PIBG)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan kesudian Tuan merasmikan majlis anugerah kecemerlangan SK Othman Shawal bagi tahun 2013 ini.

Para hadirin sekalian, Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid SK Othman Shawal yang akan mempersembahkan __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

(KENA RUJUK DENGAN GURU YANG URUS BAHAGIAN PERSEMBAHAN MURID)


Dipersilakan adik / pelajar dari tahun /tahap ___________________________________________________________________ Untuk menyampaikan persembahannya. Dipersilakan.

*persembahan murid

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan hebat itu tadi.

Hadirin yang dihormati, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah untuk kedudukan terbaik dalam kelas bagi Prasekolah, tahap 1, tahap 2 dan Pendidikan Khas. Terlebih dahulu, majlis menjemput __________________________________________________________________________________ diiringi __________________________________________________________________________________ untuk menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*penyampaian hadiah kedudukan terbaik dalam kelas (RUJUK SENARAI NAMA MURID DALAM BROSUR HARI Q)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ___________________________________________ Atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah Matapelajaran Terbaik bagi tahap 1 dan 2. Untuk menyempurnakan majlis ini, dengan sukacitanya menjemput __________________________________________________________________________________ Diiringi oleh ________________________________________________________________________ . dengan segala hormatnya dipersilakan.

*penyampaian hadiah matapelajaran terbaik (RUJUK SENARAI NAMA MURID DALAM BROSUR HARI Q)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ___________________________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Para hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah Khas dan Hadiah Bank Simpanan Nasional (Penyimpan Aktif). Majlis menjemput __________________________________________________________________________________ diiringi oleh ________________________________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*penyampaian Hadiah Khas (cenderahati murid Pend.Khas ke Tingkatan 1, cenderahati murid pemulihan khas) dan hadiah Bank Simpanan Nasional (penyimpan aktif). (RUJUK NAMA MURID PENERIMA HADIAH DALAM BROSUR HARI Q)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada __________________________________________________________________________________ atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah itu tadi.

Pergi sekolah seawal pagi, Melintas jalan berhati-hati, Penyampaian Anugerah diteruskan lagi, Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________________________________________________________________________________ diiringi oleh ________________________________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah bagi Penerima Hadiah Anugerah Khas. Dipersilakan.

*penyampaian hadiah untuk Anugerah Khas (RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH DALAM BROSUR HARI Q)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ___________________________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin,hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Pihak majlis seterusnya berbesar hati memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tuan Haji Rozamri Bin Haji Kambul atas kesudian beliau dapat turut serta dan menyerikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Othman Shawal 2013. Dijemput Yang Berbahagia, Datin Zunaidah Bt Md. Jani untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Puan Guru Besar SK Othman Shawal menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis anugerah telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan....

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman. Kalau ada jarum yang patah Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit Sebelum menutup tirai, dijemput semua tetamu jemputan, barisan GPK, Guru, Staf, serta semua tetamu yang hadir untuk menjamu selera dengan hidangan yang disajikan. Silakan tuan/puan menjamu selera. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai